Thursday 8 August 2019

BRACES PART 9: ahli baru di gigi bernama "coil spring"

Assalamualaikum,
Wahwawawawaaaa dah sampai part 9 eh aku cerita pasal braces dan dah 2 tahun 5 bulan jugaklah aku pakai braces. Aku ada bagitau kat entri sebelumni yang proses melawakan gigi aku adalah sangat lambat sebab aku malas gila nak pergi klinik braces aku itu. 

Aku geram gila sebab sepatutnya aku dah habis bayar duit braces, but unfortunately masa aku datang appointment dia cakap baki aku tertunggak lagi RM100. 

I know that this is  klinik swasta tapi takkan tak pernah dengar jangan main main dengan duit orang kot? :(

Pastu nak jadi cerita, itu hari aku appointment di klinik gigi tersebut, ada pekerja kaunter baru (sebab that was the first time I saw her). Aku memang bawa RM100 ja untuk bayar duit baki tertunggak. So lepas appoinment- nak bayar kat kaunter, tetiba akak tu kata baki aku lagi RM300.

weh mahu tak ngamok aku?!! Dahla aku dah marah klinik gigi ni dekat wassap, depa siap tunjuk lagi baki aku RM100, then tiba tiba RM300?! IM DEAD.

Pastu aku cakaplah "bukan ke baki saya lagi RM100? Saya ada bukti"

Pastu terus akak kaunter tu cam ragu ragu and check balik dan langsung cakap aku dah habis bayar and cuma ada tertunggak RM80 sebab tukar besi & pakai coil spring.

Wah panjang nak mampos aku mengadu. Yalah, memanglah kita pakai braces kat  swasta orang ingat kita kaya tapi duit orang janganlah main main. Aku sepatutnya dah habis bayar lama dah, tapi klinik gigi aku tetiba naikkan harga tak bagitahu customer dia.

Kalau orang nak cakap "Alah dah tahu takdak duit buat apa pakai swasta"
I do have money ( I mean: my mom) tapi kita dah ada kontrak sampai bila and berapa amount nak kena bayar so bila klinik tu yang exceed-kan bayaran kita sapa je tak bengang kan.

I don't want to reveal nama klinik sebab periuk nasi depa TAPI for sure kalau aku ada anak nanti and anak aku gigi berterabur, klinik gigi yang aku pergi ni will not be the first klinik gigi aku akan pergi & will never go walaupun harga affordable sebab duk makan duit orang ja keja!

Okay fuh fuh done marah :D

So jomla aku cerita sebab penat dah aku membebel. Hahaha. Okay, aku baru pakai coil spring dekat gigi. Meh aku tunjuk gambar ye.


Haa yang aku bulatkan merah tu la coil spring. Mula mula aku taktau apa function coil spring ni. Tapi sebab otak aku cergas & bertenaga, maka aku pun search la kat google. 

Coil spring ni adalah spring untuk jarakkan gigi bagi ada ruang. 

Aku ada gigi lapis. So doktor nak tarik gigi lapis aku tu kedepan. Tapi malangnya, takda ruang untuk gigi lapis aku untuk kedepan. Jadinya, doktor terpaksa letak coil spring untuk menjarakkan dua gigi diantara gigi lapis itu. 

Hm faham tak? Takpalah kalau tak faham aku copy ayat google jap.

The coil spring slides over the archwire and fits between brackets. It is used to push 2 brackets apart, therefore creating space between 2 teeth in the same jaw. ( credit to www.orthodontist-brisbane.net/braces-faqs/parts-of-braces/)

Selalunya aku appoinment braces tukar getah ja which is masuk dalam bilik jumpa doktor and around 5 minit dah settle. Tapi tidak untuk kalini yee sebab kali ini lama gilaaa, aku rasa around15 minit atau lebih aku duk berbaring nganga mulut ngadap doktor.

Doktor aku memang nak bagi ada ruang jugak dekat gigi, so digerudinya gigi aku :( I don't know term apa yang aku nak guna, alahhh tapi faham fahamla gerudi gigi tu macammana. Hahaha. 
Disebabkan doktor nak bagi ada ruang jugak, sampai berdarah darahlah gigi aku. Dahlah aku dah janji dengan Wiwin nak makan sushi ( which is dia merajuk and kami terpaksa makan sushi pada lusanya) .

Tahap kesakitan doktor gerudi sampai keluar darah adalah 3/10 sahaja sebab masih boleh makan dan bergembira.

Disebabkan aku juga tukar code besi, so ofcourse lah sakit sikit sikit jugak. Tahap kesakitan jugak aku kasi 3/10.

Aku ada baca satu blog ni which dia cakap setiap kali dia appointment braces tukar getah , dia mesti akan sakit sangat sangat. Aku berkerut dahi membaca kerana almost more than 10 times of appoinment braces, aku pernah sakit 2 kali sahaja masa tukar getah.

So aku andaikan, rating kesakitan seseorang itu mungkin berbeza agaknya.

Kalau orang tanya aku tak sabar tak nak buka braces?
Jawapan aku: Aku kalau boleh taknak bukak braces sebab aku suka gila braces! It kinda cute and cool. Cuma aku nyampah dengan "kadang-kadang" sakit selepas appointment braces tersebut.

But overall, I do enjoy braces ðŸ˜¬ ðŸ˜¬ 

Thanks for reading! salam sayang, syadiya xoxo

Read more about braces:


12 comments:

  1. bestnyaaa... ekin pun teringin nak pakai braces.. tapi tulahh.. kena kumpul duit slow2.. ehehheee

    ReplyDelete
  2. mahalnya pakai braces. kalau gigi x tersusun memang patut pakai braces. kdg2 nampak comel gak pemakai braces ni, kan?
    abam kie follows your blog.
    www.zukidin.com

    ReplyDelete
  3. Salam. auntie dah follow back.

    mmg guna duit yang banyak for all this. braces ye.. anak auntie pun ada mengecek nak guna. i said let it be dulu. tunggu u kerja.. boleh gitu?

    ReplyDelete
  4. Bab bayaran tu kena telus. Tak mustahil orang lain pun kena nanti.

    ReplyDelete
  5. Kalau kak ana pun jadi marah suka2 naikkan harga.

    ReplyDelete
  6. Ooooo kwn saya mmg rajin pg klinik gigi utk braces dia. Sbb always ada problem haha... btw, saya followers ke 656!!

    Yeayyy

    ReplyDelete
  7. agak2 berapa lama lg yek kene pakai tu dik? teringat adik no 2 akak pun ada pakai braces... rasanya dia dh pakai setahun lebih... tp dia mmg jaga makanbetul2... kadang kesian gk banyak jenis makanan yg ssh dia nk mkn

    ReplyDelete
  8. wah.. apa ya rasanya gigi dipakein kawat gitu? sakit kah mba?

    ReplyDelete
  9. wah sya sebaliknya pulak, kalau boleh nak bukak braces cepaaat and tak enjoy sangat hahah..

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. ehh patutnya dia kena kekalkan harga yang dah dipersetujui la. mana boleh main naikkan gitu ja..
    kalaupun deal tu 2 tahun.. kena jugala stay harga yang sama.

    ReplyDelete
  11. akak teringin nak pakai braces sbb nampak cantik tapi orang kata gigi akak dah cantikk. Haihhhh nafsu nafsu.

    ReplyDelete

DO LIKE