Wednesday 17 May 2017

New Me in 2017.

Assalamualaikum,
tahun 2017 ni aku ingatkan gigi aku ja yang berubah,maksud aku pakai braces.Tapi ada jugak yang berubah.Aku bukan botokslah! Haha.Kisahnya aku dapat matriks,aku dapat uitm tapah kos diploma perakaunan dan aku juga baru check tadi aku dapat ipg.

Tapi,aku dilemma pasal ketiga tiga benda ni.'pro and contra' ada dalam tiga tiga tempat tu.Masa aku form 5,cikgu tak banyak sokong niat aku nak sambung matriks dan mak aku pulak tak sokong aku untuk ipg (walaupun mak abah aku cikgu,but look, they dont support kot weh -_-).Sebab aku memang tak sesuai jadi cikgu.Dahla kalau ajar classmate aku pun,aku cakap laju gila.Pastu garang.

Jalan terbaik,aku pilih uitm.Sebab aku memang minat akaun.Since form5,niat aku memang nak sambung diploma perakaunan.Perginya pulak ahad ni untuk daftar.Kalut gila nak settle medical checkup dengan bayar yuran dekat bank islam (tak settle lagi pun)

Talking about medical checkup.Here's the starting to my 'new' me.Kawan aku dah buat medical check up,pastu dia cerita lah serba sikit kat aku apa yang kena buat nanti.Salah satunya,baca huruf dari jauh sambil tutup sebelah mata.Kawan aku ni rabun,dan badly dia tak bawak spek masa pergi.So dia tak nampak! Hahaha and goodly akak kerja klinik tu bagi pinjam spek dia.So dia lepas.

Aku pulak baru pergi semalam.Aku pergi medical checkup dekat hospital ja.Sebab nak jimat kos.Duit nak banyak guna -i -iz-kedekut.

Aku pergi dengan kawan aku,si Una tapi ramai gak budak sekolah aku yang buat that day.Pastu weolls pun sembang sembang kosonglah sambil tunggu (lama sangat).Tunggu punya tunggu,nama aku pun dipanggil.

Mula mula,timbang berat badan dengan ketinggian.Berat aku turun jadi 43 kg and tinggi 156 cm.(BMI tak normal balik T^T but it's okay *tangangemalai)

Then,nurse lelaki tu (wujudkah nurse lelaki? ah wat eva) suruh aku berdiri dekat satu garisan merah.Dalam hati aku apa yang dia suruh buat ni hish.

"Pandang depan,baca huruf depan tu"menyentak lamunan ku betul.

Baca huruf tu pulak jauh gaklah,dan kena tutup sebelah mata.Badly dua dua mata aku teruk! Tak nampakkkkk.Ada 8 level.Level 1 huruf paling besar.Level 8 tu paling kecil.Dekat level 4 pun aku dah tak nampak.Wanted to cry,but tak bolehhhh.Perempuan harus kuat! (i need emoji muscle ketul2 here).

Dahla mulut nurse lelaki tu boleh tahan mashaAllah.

"kamu buta ka apa?"

"teruknya mata kamu"

"kamu taktahu ka kamu rabun ni?"

"pergi balik buat spek,esok datang balik"

Disebabkan aku nak siap cepat medical checkup,petang tu jugak aku ajak kawan aku,si Anis (i call her Maneh -Manis ) pergi buat spek.Sama sama mengajaklah jugak.Sebab dia nak cari kasut sport.Dua dua meluahkan perasaan.Dia soal nak duduk hostel atau tak.Aku pulak luahkan kebengangan aku pasal mata.

Dia bawak aku pergi kedai spek yang sama dia buat untuk spek dia.Owner kedai cermin mata ni so nice person!Pekerja dia pun baik gila.
Dia cakap "haiyaaa manyak rabun aaa" -_-.Aku kan peramah.Aku cakaplah saya pun taktau saya rabun.Sebelum tu aku dah bagitau dah uncle tu pasal medical checkup aku yang malang.Check check,memang rabun.

Dengan bangganya tanpa rasa salah memilih kedai spek uncle niiii,spek aku siap dalam masa 30 minit.Sampai ada kawan tanya "spek tipu ka".Takdak masa nak carik spek tipu!Hahahaha

Rabun jauh 100.Silau 70.
RM 220.

Dan aku mula sedar,rupanya mata aku bukanlah elok sejak aku menduduki SPM 2016.Im so sad.Serious.This ruin my mood.

Dan aku juga sedar,
Success need sacrifice.
Oklah aku mengaku,memang aku baca buku dalam gelap.Sebab aku kesian dengan seisi dormmate aku ketika aku duduk hostel.Hang sanggup ka tengok depa semua tidur dalam keadaan bercahaya?Cepat kerepot tahu tak kalau tidur pakai lampu?(please say yes to this fact).Terngiang ngiang suara adik dorm mintak izin nak tutup lampu."Kak yaya kami nak tutup lampu sini boleh?".Wajiblah aku jawab YA.Yang nak tidur 18 orang.Yang nak membaca buku seorang.Bukan soal beralah,tapi soal kesian T^T.Tapi dorm aku memang akan bukak lampu satu bila masuk tidur.So aku baca buku pun pakai satu lampu tu jalah.Boleh bayang tak suram dia cenna.Huhuks.


Senang cerita,aku memang banyak membaca tanpa henti masa aku form5.I need a bom-good-wow result in spm.And i got it! Tapi mata ni lah,jadi rabun.

 Aku masih dalam fasa belajar pakai spek kejap kejap.Rasa berat ja muka sebab sangkut spek.Menaip ni pun,aku pakai spek.Sebab uncle kedai cermin mata tu cakap .Pakai spek masa guna lappy,masa tengok papan putih or yang berkenaan dengan huruf yang kecil kecil.

By the way,aku dah tak cam orang kalau orang tu jauh.Nampak macam dia ada dua kepala.HAHAHA i swear i didnt lie.

It's me and Maneh.Look! We look like a twin.Because of that spek dengan gigi besi je pun.Hahahaha

Hello new me in 2017! (wipe tears)

salam sayang,syadiya xx.


Sunday 14 May 2017

Nak jadi usahawan muda,lebih tepat perempuan paling kaya waktu muda.

Assalamualaikum,
Kalau budak akaun,mesti dah tahu konsep entiti berasingan.Di mana bila kau ada perniagaan,kau tak boleh sesuka hati tak bayar.Wajib bayar.Sebab sesebuah perniagaan dan kau adalah benda yang berasingan.Jadi kalo aku buat tudung brand aku sendiri pun,aku kena bayar.Waddefishh?!Tapi itulah konsep berniaga.Kalau tak, rugi besar la.

Kisahnya kakak aku dah habis matriks,dia cuti lama.Aku pulak baru nak start study balik (tak decide lagi sama ada aku mahu ke u atau ke matriks).

Pastu paling gawat masalah remaja perempuan termasuk aku pulak ialah hal tudung.I like shawl.But at the same time, i like bawal kanggarooooo more! Beli bawal saudya pun still tercarik carik bawal kanggaroo.Sebab bawal kanggaro ni look nice gila bila pakai.Kemas.Teratur.Nampak ayu.

Bila pergi stall jual tudung,bila tanya ja "ada tak bawal kanggaroo?" hampa jawapan semua takdak.So we decided to make our brand tudung.

Harga bawah rm10.

 Tudung bawal photoshoot gitew. Yang tudung biru tu kakak aku.Yang tudung koko tu cousin aku.

Young entrepreneur (inshaaAllah) yang gigih berphotoshoot di Marina Island.Semata mata photoshoot kot?! Dan rest in peace tujuh kupang padahal masuk dalam Marina ni punya lah sekejap.Cis.

Instagram dah ada, username : by.syas .
Boleh follow dah okay!=)

Salam sayang,syadiya xx.

Thursday 11 May 2017

Hostel Atau Rumah Sendiri ?

Assalamualaikum,
Masa aku form5,aku duduk asrama dari bulan 3 sampai bulan 11.So kiranya tak sampai setahun pun aku duduk asrama.Dalam 8 bulan lebih ja.Kalau nak tanya samada lebih baik duduk asrama or duduk rumah sendiri jawapan aku senang,dua dua ada baik buruk.

TEMPAT BEST UNTUK BELAJAR?
My Answer:Hostel.
Sebab apa hostel?
Sebab ada waktu prep.Prep ni memang membantu buat yang baloq liat nak study dalam dorm,so hampa boleh luangkan waktu berkasih sayang dengan homework or revision masa prep.

TEMPAT BEST MAKAN SEDAP?
My Answer:Rumah sendirilah!
Takkan lah hostel bagi makan sedap T^T.Kalau nak dapat ais ketul pun memang payah la bila masuk hostel.So bila duduk rumah sendiri ni memang boleh makan apa yang kita mahu.

OVERALL AKU SUKA HOSTEL ATAU RUMAH SENDIRI?
My Answer:Rumah sendiri of course!

KENAPA RUMAH SENDIRI?
My Answer:Sebab tak banyak buang waktu dari segi membasuh baju sebab hostel aku takdak mesin basuh.Guna tangan.Tapi ada setengah hostel ada.Depend lah.
Sebab lain,aku kena bangkit awal nak mampus masa duduk hostel.Around 5 am mesti dah mandi.Kalau aku duduk rumah,6 30 baru aku bangkit.HAHAHA.Sebab rumah aku sebelah sekolah.

Dan lebih penting,bila duduk rumah,kalau kau buat salah pun kau sendiri yang tanggung.Macam duduk hostel,warga asrama akan cari cacat cela aib kau di mana mana.Malah mungkin mereka selak karpet untuk mencari salah kau.

Kenapa duduk hostel kalau rumah sebelah sekolah?
Sebab masa aku form5,parents aku pergi haji.So memang takda sapa boleh jaga makan minum.Lastly duduk hostel.Pastu bila nak keluar,ketua warden dah tak bagi.Hm tak tak ,tak rasa nak mencarut pun ok.Saya ni ikhlas orangnya.

Sebenarnya hostel atau rumah sendiri,dua dua ada pro and contra.Tapi dah aku suka rumah lagi nak buat cenna.*matadiatastangandibahu



Salam sayang,syadiya xx.

RESEPI:Cheesekut Lemak Manis yang tak perlukan oven

Assalamualaikum,
Entahlah sejak semenjak ni cheesekut jadi favourite food seisi rumah la pulak.Dah dua kali repeat buat dan bukan repeat order.Bagi aku,lebih baik buat dari beli sebab jimat.Ahhh,aku memang kedekut.Bukan kedekut,tapi jimat dalam bahasa lembutnya.

Nak guna mixer macam Anna Olson pun boleh,nak guna blender pun boleh,nak pukul guna pemukul telur pun boleh.Dan yang peliknya aku guna manual punya mixer.Tak pernah guna.So try guna.Memang gebu hasilnya.Yay jimat letrik!

BAHAN BAHAN:
1)Nestum original
2)Susu full cream or low fat pun tak mengapa
3)Susu pekat 3/4 tin (kurang lagi bagus)
4)Biskut crackers
5)Keju jenama tatura or jenama lain pun tak mengapa.

CARA CARA :
1)Masukkan kesemua keju tatura dan 3/4 tin susu pekat .

2)Masukkan susu cair 3 sudu dan adunkan.

3)Lepas mix kan,akan jadi macamni tau.Bagi jadi sampai kembang=)Pastu boleh rasa,agak agak kalau rasa tak sedap ditekak,boleh tambah susu pekat or susu cair.

Dan,biar dulu adunan keju lemak maneh ni ketepi sebab kita nak celup celup biskut.

 4)Celup biskut dalam susu cair dutchlady.Jangan lama sangat sebab nanti lembik sangat.

 5)Susun dalam bekas cecantik macamni lepas dah celup.Malangnya bekas aku ni tak ngam ngam.Terpaksa ku kepakmu wahai biskut=(

 6)Lepastu,jadikan adunan krim lemak keju ni sebagai lapisan kedua.Takpayah tebal sangat pun.Tapi ikutlah memasing nak buat macammana.

 7)Lapisan ketiga,tabur nestum.

Dan ulang balik proses celup nestum sampai bekas penuh.

Dah siap sampai layer atas,boleh masuk peti sejuk,tunggu sampai keras dan boleh masuk mulut dengan selamatnya❤️❤️

You can use my photo if you want=)

Salam sayang,syadiya xx.

Friday 5 May 2017

RESEPI:Ayam Masak Kicap Pedas Lada Hitam (simple)

Assalamualaikum,
Entri ini tiada secebis mahupun secubit gambar.Harap maaf.TAPIIII,resepi ini terhad.Memang resepi mak aku.

UNTUK AYAM SEPARUH(tak perlu goreng ayam)

Bahan bahan:
1)Bawang besar sebiji + halia seinci (blend bersama air)
2)Bawang merah sebiji atau dua biji (hiris)
3)Bawang putih seulas (hiris or tak nak letak pun takpa)
4)Cabai blender (satu senduk)
5)Garam secukup rasa 
6)Kicap 3 sudu atau lebih kalau nak nampak lagi hitam
7)Lada hitam satu sudu (tumbuk manja manja)
8)Bawang besar .Potong bulat.
9)Air setengah cawan

Peringatan: Cabai blender mesti lagi banyak dari kicap dan lada hitam jangan banyak sangat takut berangin di tekak teruk sangat.

Cara cara:
1)Tumis bawang merah dan bawang putih.
2)Masukkan bawang besar dan halia yang sudah diblend.
3)Masukkan cabai blender.Kacau hingga naik minyak.
4)Masukkan kicap.
5)Masukkan garam secukup rasa.
6)Masukan ayam.
7)Tambahkan air sedikit.
7)Masukkan bawang besar yang dipotong bulat.

Haa,kalau nampak warna hitam macam tak berapa pekat,tambah la lagi kicap.Tapi jangan banyak sangat.

Dan,boleh dimakan dengan jayanya!=)

Yang pasti ayam masak kicap lada hitam takda kena mengena dengan ayam kfc ok.Muahahaha (sumber:google)

Salam sayang,syadiya xoxo

Wednesday 3 May 2017

Kena tipu masa kecik.

Assalamualaikum,
Taktau kenapa harini teringat balik apa yang jadi masa kecik tambah tambah bab kena kelentong dengan mak😂
Yang pertama mak pernah cakap,

"Makan nasi tu bagi habis,nanti nasi menangis!" 

Yang kedua,when im so fanatic with susu and my mom wanted to stop it sebab nak masuk darjah 1 dah.
She put tauge dalam botol susu pastu aku pulak ingat yang tu ulat,terus berenti minum susu. Hm sian.

Tapi bila muhasabah balik,ada faedahnya mak tipu.Pasal nasi,sebab taknak membazir.Orang afrika jenuh takdak makanan,kita yang ada makanan nak buang buang=')

Pasal susu pulak,mak nak kurangkan belanja.Susukan mahal dan aku pun dah besar waktu tu.Dasar taktahu malu.Hahaha

Hey.Its me .And.Its my mader.

Salam sayang,syadiya xx


Tuesday 2 May 2017

Kerja Satu Hari.

Assalamualaikum,
Dari habis paper ICT pada 5/12/2016 sehingga harini,aku tak pernah bekerja .Kerja aku cuma duduk rumah.Belajar masak,lipat baju,sidai kain,sapu sampah,mop lantai(jarang because i hate mop sebab renyah).So,i can marry la kalau camni kan?!
Tell me guys,masak apa yang aku tak reti?Haa,ayam paprik?Ayam masak pedas?Ayam masak kicap?Alah petik jari ja.Muahahaha.Dari potong bawang yang slow macam siput babx ,terus skill aku boleh jadi power macam James Oliver.Padahal akulah manusia paling malas nak turun dapur kalau kakak aku balik sebab dia yang akan tolong mak aku dekat dapur.Aku akan berusaha lari.

TAK BOSAN KA CUTI LAMA TAK KEJA?
Bosan la jugak.Dah la duduk rumah sorang sorang dari pagi sampai petang sebab parents aku kerja.Nak keluar lagilah malaz.Sebab memang rutin hidup setelah habis spm sentiasa sama.Bangkit,solat,mandi,tengok tv cerita kesukaan (Pangako Sayo),pastu baru kemas rumah.

BUT,
one ,
day.
I read my friend punya status whatsapp.Macam dalam keadaan cemas sebab dia sorang je yang jaga kedai.Dia kerja kedai jam dekat Mydin and Mydin dekat gila dengan rumah aku.Aku pun balas lah whatsap status dia tanya kenapa.Dia kata dia penat sangat layan customer dia sorang sorang.So secara haromnya,dia ajak aku teman dia.

Aku pun gegas gegas la teman dia.Dari pukul 12 tengahari sampai 10 malam.Boss kedai kawan aku ni pun memang naiss person ever.Siap tanya aku ,adakah aku memakai fake braces hanya untuk menunjukkan kecantikan dan kehipsturan?Memang aku menafikan lah kenyataan dua orang boss kawan aku tersebut!

Sebenarnya memang aku dah lama nak kerja,jadi bila dapat peluang kerja seharini memang aku bersorak riang ah kalau boleh nak bawak pom pom girls datang.Kahkah.A very so very so very very nice experience for me semalam sebab dapat keje.Hihi dan tak boleh lupa,semalam aku terspeaking dengan Mat Egypt dengan her beautiful daughter,Mariam.Peramah sangat akuni.Sapa suruh anak dia comel sangat.

Gaji walaupun sehari ja aku kerja memang bagi aku banyak lah.Padahal ikhlas nak teman kawan aku dalam kesusahan.Hm ayat bff till jannah sangat.

Gambaq besaqnya.Nampak habis jerawat.
Belakang saya tulah yang ajak saya kerja.Namanya Hidayah Milik Allah.Oh bukan,itu bab dalam agama islam.Namanya Hidayah Wai. 
(Throwback:Gambar 8 bulan yang lepas.Jamuan raya)

p/s:Saya dapat matrik pulau pinang.

Salam sayang,syadiya xx.

DO LIKE