Thursday 17 September 2015

Ragu ragu dengan otak.

Assalamualaikum,
Rindu dengan zaman sekolah rendah.Belajar mengira pakai otak sendiri.100 tambah 259 pun pakai otak.UPSR kena cari ceruk ceruk ruang kosong buat mengira.Masani zaman kalkulator tak wujud lagi.Polos gila ok aku mengira kalau boleh sampai esok.Keyakinan lak tinggi sebab rasa jawapan betul padahal kut kut la ada sangkut kat mana mana.Contohnya 2 tambah 3 dapat 6.Padahal silap.Tapi selalunya budak budak sekolah rendah ni mestilah dipupuk dengan sifat semak semula setelah mengira.Otak aku gila cergas mengira sendiri guna jari,kaki,tak cukup kaki tambah pensel buat jadi jari ke 11.Kekekeke.

Tapi sekarang,masuk alam sekolah menengah mulalah rasa "hai budak sekolah rendah,ko tengokla aku,aku guna teknologi kau masih sengkek.kakakakaka".Masa form1 ni kurang sikit guna kalkulator.Sebabnya exam asek tanpa kalkulator ja=') so takboleh sangat nak poyo bahawa akulah si pengguna teknologi dengan pantas.Sobs.Masuk form2,form3 seronok sangat menikmati perasaan yang kalkulator boleh dibawa apabila peperiksaan dijalankan.Of kos la nak bermegah dengan hadek hadek yang lain.(padahal lagi melembabkan otak).Kemain tau mengira soklan no 1 matematik objektif sepantas kilat aje.Tak sampai tiga minit dah lepas ke soklan 5 .Wah kau kemain gah dengan si kalkulator ya syadiya.Perasaan ni ada masa menengah rendah je tau.

Nak tahu perasaan masa dah masuk menengah tinggi ni?
Bila aku buat math,tambah tambah lagi buat addmath selalu sangat nak kalkulator ada disisi walaupun kadang kadang penambahan,penolakan,darab,bahagi adalah benda yang budak budak darjah 1 pun boleh melakukannya.

Beginilah ya nasib si otak yang ragu ragu.Rasanya otak ni pun dah kena ikut dengan kata hati yang suruh si kalkulator mengira benda benda simple macam 1 tolak 0 diatas.Kekekeke.Sampai kalau buat addmath cikgu cakap "cuba guna otak,jangan letak otak dekat kalkultor.benda senang". Sendu gila tau dengan diri sendiri yang entah hapa hapa ntah sebenarnya.BENDA SIMPLE KOT! Tapi sebenarnya cakap jelah ko pun same kan? *angkattkening hahahahaha.
Kadang kadang,dah kira dah pakai otak.Tapi sebab benda jadi ragu ragu kan, jadi aku pun terdetik "ayuhla kita menggunakan teknologi ini".Lepastu pulak rasa macam benda pro kan boleh tekan tekan jadi aku pun mulalah menekan dengan laju . Katakan : 198765432 aku pergi tekan 198766432111 haa kemain lebih angkanya sebab gelojoh nak mampus.kekeke.

Benda macamni selalu jadi kut rasanya?Faktor lebih mendalam sebab nak bersaing dengan kawan.Mana boleh hang dapat jawapan dulu! Let me said the answer lah wei.Gitew.Aku macamnilah.Selalu sangat macamni.Nak jadi juara queen of the calculator dalam kelas okay.Hahahahaha.
Jadi sebenarnya sikap ni tak elok pun.Kesian dekat otak kita sebab kita asek ragu ragu je dengan dia.Maafkan saya ek otak.Saya tak nampak awak,so saya rasa kalkulator yang kuno tu cam indah lak =') .Mesti otak sendu tuan dia berperangai laknat gini.Kkekekeke.

Okaylah,tuje entry kalini.Lepasni kita asah otak sama sama ya!

Salam sayang,syadiya.

Friday 11 September 2015

Aktiviti Menanam Pokok

Assalamualaikum,
di petang hari yang hening selalunya aku buat taik mata sebab hidup aku ni kan cam hectic jarang nak beriadah jengah keluar hirup udara segar belakang rumah kepe.Jadi tadi tak ku sangka dan tak ku duga,mak aku memborong banyak gila pasu pasu bunga.Dia cakap nak menanam pokok cabai (cili).Aku pun macam endah tak endah sebab aku tahu pokok pokok dengan pasu pasu tu semua takda kena mengena dengan aku.Ayat bangga macam memang takkan jadi mangsa anak buah mak nak menanam pokok.Sobs.
Jadi tadi,aku pun nak melelapkan lah mata buat kali kedua setelah selesai membasuh dan menyidai baju pada pukul 4 30.Tiba tiba,aku dikejutkan dengan suara seorang ibu yang sayup sayup mengetuk pintu mengatakan:
Adik,jum tolong mak tanam pokok.
I was like OMG!Tertimbus niat suci murni nak tidur,tapi disebabkan aku seorang anak yang taat lagi menghormati ibu,maka aku pun terus menyalin baju,pakai tudung lelawa sikit sebab nak tolong mak aku menanam pokok.Mesti si pembaca menyoal perlu ke lawa lawa?Haruslah,baru lah pokok tu tumbuh! Hiks (takda kena mengena) padahal aku dah target nanti nak masukkan gambar gambar dalam blog buat tatapan pembaca pembaca sekalian =)
Pokok yang akan ditanam adalah pokok cili dan juga pokok anthurium.Nama kemain gah ye kau pokok.Tapi sebenarnya penanaman lebih kepada pokok cililah.Pokok cili ni dah lama mak aku beria nak tanam sebab makcik aku tanam pokok cili berbuah lebat gila so takpayah nak pergi beli dah.
Mak aku ni jenis semua benda kalau boleh nak tanam.Haritu pokok pelam,pastu kangkung,pastu halia.Bukan apa sekarang ni jimat kalau tanam.Cuba tengok bunga kantan sekarang satu dah rm2.Mahal tau! Lebih baik menanam dapatlah 2,3 buat laksa free bunga kantan.Ni tidak,mahal nak teriak aku.

 Jadi,pokok yang ditanam adalah anak anak pokok cili yang comel dan menawan.Ada setengah dah layu sebab kesibukan hidup membuatkan anak anak pokok cili ni terbiar seketika oleh mak aku.Sorry pokok cili.Harap awak tabah.Hahahaha.Nama pun nak menanam,maka haruslah yang wajib ialah pasu.Nampak tak pasunya banyak mana?Sayalah yang mengangkutnya turun dari kereta.Semua pasu baru beli dari kedai pasu india.Ekekeke. Aktiviti petang ini bertiga sahaja.Aku,mak dan si kecil adik aku,Wiwin.

Sebelum meletakkan tanah ke dalam pasu,perlulah beringat untuk menutup lubang lubang pasu tersebut.Japgi kalau tak tutup tetiba tanah terkeluar dari bawah jangan nak kerek cakap pokok tu berak pulak.Hahaha! Tugas aku tolong mak aku 'senang' je.Angkut tanah yang ala ala dah dibakar belakang rumah.Tupun mengah nak mencangkul sebab peralatan untuk menanam pokok ni semua dekat rumah lama.Jadi segala peralatan yang ada harus bijak digunakan.




Lepas dah angkut tanah bakar tadi,masukkan setengah dalam pasu.Lepastu,masukkan pulak tanah lain.Aku taktahu tanah apa tapi yang pastinya tanah tu dalam guni besar tu.Makcik aku bagi dekat mak aku.Lepas dah masukkan dua dua,gaul sebati.Macam main masak masak pulakkan =) Lepastu buat lubang sikit,masukkan anak pokok cili tadi dan timbus guna tanah.Masani aku kena complain dengan mak.I said to her:
Mak,perlu ka guna tanganni?Gelinya.
Mak:Lepastu macammana nak tanam asdgfghjkl .
   Sendu gila tau mak cakap macamni.Hahahaha!Pastu mulalah aku teringat,dulu mak pernah cakap dekat aku : Budak sekarang ni nak tanam pokok pun tak reti.Semuanya menanam dekat facebook.(farmville)
 

Jadi,lepas dah tanam cecantik,bagilah anak anak cili ni minum sikit supaya cepat besar jadi cepatlah tuanmu boleh makan cilisss bebanyak.Pokok cili sudah selesai! Makanya,pokok kedua seperti yang aku sebutkan juga ditanam iaitu pokok anthurium! Pokok anthurium ni tanam anak anak dia jugak.Mak aku beli rm14.Dekat pasu tu tepi tepi melekat anak anak anthurium.Dapatlah dalam 6 anak pokok bila diasing asingkan.Pokok anthurium tu acana yaa? 
Inilah pokok anthurium ya anak anak.Pokok anthurium ni sekali tengok macam tak percaya je betul atau plastik.Pastu tadi mak aku hias letak tepi rumah.Then abah cakap "ni plastik ka betulni?" Hahahaah! 
Anak anak anthurium yang boleh ditanam yang warna hijau kecik kecik bawahtu =) gambar tak disertakan sebab masani aku dah letih menolong.Baru sekali weh.Belum banyak kali lagi mengadap tanaman tanaman hijau ni.Paling seronok badan memang sihat sebab peluh merenek renek keluar.Karangan bm lepasni haruslah menulis tentang faedah berkebun ataupun menanam pokok.Kuikui.

Jadi,setakat ini sahajalah my first experience menolong mak menanam pokok.InshaaAllah ada rezki tanam anggur lak saya akan kongsikan ya.kekeke.

Ohya sebelum terlupa,kamera yang aku guna ialah nikon d3100 yang berabad punya dah.Kamera ni dibeli sebenarnya kepunyaan mak aku turun dekat aku sebab aku je macam reti guna.Harga?Masa beli 4 tahun lalu rm1300+ gitu lah.Sekarangni mungkin dah murah sebab dah 4 tahun berlalu.Okay tuje.

Salam sayang,syadiya.
 

Tuesday 8 September 2015

Hambar.

Assamualaikum,
Hujung bulan 8 haritu,aku dengan family aku ada pergi Pinang.Kami pergi Pinang tak bawa kereta senang cakap saja nak rajinkan kaki naik feri pastu ambil bas rapid bila dah sampai Pinang.
Weols decide nak pergi stadium sebab dekat dekat situ selalunya ada pekan jual barang barang antik atau unik yang jarang jarang dapat.Senang cakap pekan serba serbi.Tengah seronok jalan jalan, ada 3 orang lelaki jual satu benda.Sebenarnya,menarik perhatian perempuan je sebab lelaki tengok mesti cau termasuklah abah dengan adik aku,nak nak lagi masatu pulakla nak hujan! Tapi disebabkan kesian dekat aku yang macam teringin sangat je nak beli benda tu,mereka pun menunggu puteri segala puteri ni cakap "nak beli nak beli"
And,lastly i bought it.Hahaha! Sebenarnya ni ala ala getah rambut tapi perempuan yang berambut panjang jela mampu menggulungkannya.Kalau jenis rambut pendek memang keinginan nak guna benda ni sipi sipi.Aku start teringin benda ni bila si penjual tu test benda ni dekat rambut palsu patung diorang.Maka,aku pun meminta lah sedikit empati dan simpati mak aku.Dapatlah 3.Satu harganya rm5.

Sebenarnya benda ni tak pernah aku nampak jual lagi dekat tempat aku,sebab tu aku cam excited gila beli =')

Lepastu balik balik,start lah mencuba tapi malangnya rambut ni tetap terburai senang cakap gulungan tu tak menjadi.Aku punyalah excited terlebih lebih tengok tengok hasilnya zero.Jadi,mintaklah empati dan simpati suruh mak try buatkan kat rambut aku.Last last jadi. Bila masanya nak jadi? Bila orang lain tolong buatkan.Tu yang HAMBAR sangat tu.

Benda ni sekarang jadi hiasan je kat bilik.Buat buat tenung, buat buat awak pandang saye,saye pandang awak je weh =') Jadi,sesiapa yang berminat nak beli second hand saya punya twist bun tu pm lah ya.Hahaha!

salah satu cara nak pakai.
Salam sayang,Syadiya.

DO LIKE