Showing posts with label REVIEW. Show all posts
Showing posts with label REVIEW. Show all posts

Saturday, 2 November 2019

Try request sample libress and berjaya dapat. (serius ini bukan entri berbayar ok!)

Assalamualaikum,
aku selalu ja jenguk blog aku ni tapi takda modal nak update apa apa. Sekarang aku tengah habiskan sisa sisa midterm break aku :') esok aku dah balik U balik dah. Aku rasa since start midterm break sampai sekarang, aku tak pernah la rehat chill chill sebab almost everyday aku akan buat assignments and segala yang berkaitan dengan U. Aku cuba husnuzon bahawa ini last sem aku so marilah fighting! Hahaha btw Isnin ni aku ada presentation entreprenuer. Doakan aku and group aku tau!

Sebelum hampa  meneruskan bacaan, aku nak tekankan bahawa entri ni memang bukan entri berbayar dan bukan iklan okay! Ni memang entri yang aku sendiri nak share😊Also, entri ini lebih sesuai dibaca oleh perempuan😊 

Mehla aku cerita, aku ni kan suka jimat dan suka benda free. Btw siapa ja taksuka benda free cuba bagitau? Hehe. So aku gigihla cari sample macam macam produk dekat google. Aku gigih mencari sebelum aku masuk semester baru.

Aku request sample libress.Pulaktu tamak request sampai 2 samples 😂😂
Request saja saja je sebab aku tak pernah try mana mana sample. So aku tak berharap pun aku dapat sample libress ni.

Dalam 20 hari lepastu, parents aku bagitau ada barang aku sampai.

Cuba teka apa?

Haruslah sample libress 💁🏻‍♀️
Ampunkan customer macam aku ye libress sebab request sampai dua samples! Hahaha sebab aku tak sangka la aku akan dapat. Terharu siot aku:').  Aku tak ingat aku request jenis pad yang macammana sebab aku suka hati tekan mana mana jenis yang aku suka. HAHAHA. Lagipun aku kalau beli pad, akulah sejenis manusia yang ambil je mana mana. Sapa macam aku? Ha boleh ah geng😌 Tapi ini serius aku nak puji libress sebab packaging yang aku dapat ni cute!

Dalam packaging ni ada 4 pad. Weh benda free kot sample kot so aku sangat amaze sebab dapat 4 pad!!

And ada 2 panty liner. Lagi sekali, siapa nak bagi free banyak banyak camni. Thanks libress!

So total dalam satu packet ada 4 pad + 2 pantyliner

dan juga....

DAPAT VOUCHER WEHHH! Dahlah aku yang request sample, pastu libress siap sertakan voucher lagi. So kalau beli pad harga RM6, hampa dapat RM4.50 ja sebab dah ada voucher ni. Again, thanks libress 😭❤️

Overall, i love how libress marketkan depa punya produk, siap bagi voucher dalam sample!

Sesiapa yang nak try sample depa pandai pandaila taip dekat google "sample libress" hehe.

Thanks for reading, salam sayang syadiya xoxo.


Thursday, 30 May 2019

Terjebak beli FOCALLURE

Assalamualaikum,
aku bukak blog orang, review focallure...

Aku bukak youtube, orang duk review jugak..

 Aku agak mental ye sebab keinginan aku sangatlah tinggi nak try product focallure ni. Nampak tak bukan makcik makcik ja senang terpengaruh, anak muda macam aku pun senang nak mampus terpengaruh!Plus, senang gila nak beli easy mizy sebab boleh beli kat shopee. Pastu kan weh... aku pun order lah satu :Dv

Mula mula aku beli FOCALLURE CRAYON : RM 3+ (around this range).Tapi aku takda gambar dengan lipstick tu sebab aku tak snap and warna aku beli tu nude sangat.Tapi sumpah recommended. Function tak aku buat entri ni? Takpa sabaq sat sebab nanti aku swatch ok untuk the second time aku order! Hehe.

Pastu aku agak berpuas hati sebab
"Dahlah murah, nice pulak tu!"

Makanya jiwa muda aku pun order lagi. Kalini aku order 7!!!! Tamak kan! Sebab kawan aku punya 3, aku punya 4 (refer: untuk mak, kakak, serta adik aku)
Tapi aku tak order crayon, aku order matte.

Sebab aku punya 4 ja, so ada 4 jela eh yang aku akan swatch.

Packaging : 8/10 aku bagi sebab nampak mahal kan kan kan??
Tapi katanya ada packaging lagi lawa sekarang. Aku tengok youtube la Lily Brahim tunjuk. Tak tipu memang lawa weh!

Harga focallure matte ni : RM4++(around this range and campur postage rm5 if not mistaken and bahagi dengan kawan kawan) So tips dia, "buy in bulk" boleh jadi murah 

Code colour yang aku beli.

Ok jumla kita swatch ye anak anak



Sumpah dia matte sangat sangat. Kalau pakai sikit pun dah okay dah sebab warna dia UMPHHHH!

And aku bebal la sebab packaging warna lain, bila pakai warna lain sikit. Tang ni aku bagi 5/10 rating dia.

Ni aku pakai warna Frence Beige. Aku calit sikit je weh punyala warna di UMPH kan. Kalau aku pakai banyak sumpah nampak aku black metal. AHAHAHA

Overall puas hati je dengan lipstick focallure. 

Focallure ni product China. Kalau siapa nak try aku recommended je. Boleh cari dekat Shopee belambak jual tau!

Salam sayang, syadiya xoxo

Wednesday, 24 January 2018

One World Hotel Yang Terbaik.

Assalamualaikum,
As holiday is around the corner,aku rasa mesti semua orang nak pergi bercuti.Tak kisahlah nak stay mana masa bercuti tu,tapi bagi aku paling selesa kalau duduk hotel.Selalunya family aku kalau pergi bercuti,selalu pergi dalam negara.Memang aku tak nafi kat luar negara banyak sangat tempat melancong tapi apa salahnya kat dalam negara kita sendiri weh?Seronok jugak ok!Pastu kita pulak sejenis kalau nak gi bercuti mesti nak luar bandar.So harini aku nak ajak hampa semua try bercuti dalam bandar pulak.Apa salahnya kan? Aku nak suggest satu hotel ni that is One World Hotel yang sangat bagus dan puas hati! One World Hotel ni dekat Bandar Utama so memang percutian di bandar lah,tapi jangan risau sebab serius takkan rugi langsung.
Sebab apa aku cakap bagus dan mesti puas hati?Sebabnya hotel ni dah bertaraf 5 bintang guys!  Lagipun servis dengan kualiti memang 100% dijamin. Ramai orang cakap kat aku tempat fitness hotel ni wajib cuba so not bad juga lah. Nak nak pulak tu hotel ni  bergabung dengan One Utama, shopping mall yang paling maju di sini. So boleh la shopping sekali and jimat terus  masa sebab takyah nak  mengadap jammed nak pegi ke OU ni sebab sebelah menyebelah je weh. Dah nama pun percutian bandar,memang senang sangat nak dapatkan pengangkutan macam UBER dengan GRAB .Murah pun murah.Jimat lagi duit.Bukan tu je, MRT pun dekat so lagi senang nak bergerak pergi tengok tempat lain.

Sesiapa yang ada urusan kerja kat area Bandar Utama bolehlah duduk hotel ni sebab hotel ni ada tawar corporate rate.So  korang semua, book one world hotel on Traveloka untuk memudahkan korang.Hotel ni sediakan 438 bilik hotel,memanglah nampak banyak tapi maybe sebab dalam bandar,so memang cepat sangat weh habis.So aku suggest korang book awal awal dekat Traveloka sebabnya kadang kadang pelancong luar negara or yang duduk luar selangor pun duk duduk One World Hotel ni.Memang kebiasaankan kalau orang luar datang negara kita and kita pulak datang negara lain.
   Dekat hotel ni tersedia bilik suite eksekutif,so kalau korang ambik bilik ni memang kemungkinan besar akan dapat kerusi urut personal.Seronok kan?Boleh bayang tak dalam bilik hotel sendiri ada kerusi urut?24 hours dalam bilik tu boleh dapat urutan auto tau so takpayah susah susah nak pergi SPA nak relakskan badan sebab spa centre pun dah 5 bintang.Dah nama pun 5 bintang so memang nilah percutian mewah kalau memang korang tengah cari and also hotel yang tarafnya international macamni confirm kualiti servis diorang ambil berat.
Lagipun ,One World Hotel ni ada facilities yang lain.Contohya ruang ruang mesyuarat dan dewan,so hotel ni memang dapat buat event.Tak lupa jugak,kat sini ada bilik bilik khas bagi korang yang menginap di bilik bilik Executive dan Premier.Jadinya buat yang bermalam di bilik bilik ni,korang memang akan dapat keutamaanlah untuk daftar masuk di Peridot Club Lounge tanpa perlu nak daftar daftar di meja penyambut tetamu yang biasa.Bukan setakat tu je,korang jugak boleh sarapan,makan tengah hari and menikmati makan malam di Lounge yang sangat eksklusif dan peribadi.Then,minum petang pun ada sedia jugak.Memang perut boleh kenyang sangat.Syoknya weh!Hahaha

Hotel ni jugak sajikan hidangan terbaik di restoran restoran terkemuka yang terkenal around Kuala Lumpur termasuklah Cinnamon Coffee House,Restoran Jepun Kura,Restoran Cina Zuan Yuan,dan beberapa tempat makan lagi.Tak kisah lah sajian Asia or western,semua tu ada dekat One World Hotel ni.Memang rambang mata nanti nak makan tau!Bagi aku,sajian buffet di Cinnamon Coffee House hotel ni berkemungkinan yang paling terbaik di Malaysia.Sebab apa aku cakap macamni?Sebab banyak sangat pilihan dan jugak nampak menyelerakan boleh buat diri sendiri terliur.Tak berbunyi ke perut yang tengah baca ni?Hahaha.Aku seratusperatus boleh jamin yang korang akan berpuas hati!
 
Dah jadi kebiasaan jugak untuk syarikat yang ada ramai staff,mesti diorang akan buat kursus,latihan or family day kan?Jangan risau sebab One World Hotel ada menyediakan tau tempat tempat untuk beraktiviti!Tapi kalau tengah kursus tu jangan nak ponteng pulak pergi One Utama yang sebelah hotel ni.Kot kotlah nak pergi tengok wayang.Hergh,tak pasal pasal ilmu baru yang masuk tu terbang.Hahaha.So,bila lagi kita nak support hotel hotel tengah Bandar kan?Asyik pergi pulau sana,pulau sini je,bila pulak nak try dalam bandar so nilah masanya guys. Try rasa kelainan sebab bercuti di kesibukkan Bandar.It’s quite rare tau!

So untuk yang dah book hotel bolehla have fun and enjoy it ! And yang belum book tu nak tunggu apa lagi?Boleh book sekarang dengan tekan link yang dah aku gariskan and boldkan tu.Aku bawak terus korang gi book.Easy mizi je weh! Jangan tunggu lama lama nanti bilik semua full menangis tak berlagu nanti weh=’) Hahaha.Let’s try this awesome holiday in town!


DO LIKE