Sunday 4 October 2020

Buat spec mata baru RM67 only (bukan entri berbayar ok!)

 Assalamualaikum,
aku suka share benda yang baik dan memberi manfaat. Yang tak baik memang taklahhh nak share buat apa kan buat dosa agaknya T^T hahahah. Masa aku habis SPM which is umur aku 18 tahun, aku telah pergi ke hospital untuk buat medical checkup sebelum masuk U. Typical lah kan sebelum masuk U, hang kena buat medical checkup. Pastu typical jugaklah kalau buat kat gov hospital memang makan masa lama sikit tapi biasalah adatlah tu. So waktu buat checkup kat hospital untuk test mata yang baca perkataan dari jauh tu lah aku baru tau aku rabun =') Dahla nurse lelaki tu marah aku dia cakap "awak taktau ka awak rabun" HAMBOIH. Kalau saya tau saya pi buat spek dulu😭

Pastu esok tu cepat cepat aku buat spek which is 3 tahun lalu. Waktu tu power aku 150 kanan and 100 kiri. Aku buat RM250 kot tak silap aku. Mari aku sertakan gambar aku memakai spek lama aku berkenaan.

Nilah spec aku yang pertama dalam hidup aku. Aku memilih untuk tak ambil spec besar kerana tidak mahu menjadi seperti other girls (konon...) Tapi masani aku still takda kesedaran untuk pakai spec secara 'hari hari' which mean, aku hanya akan pakai kalau pergi ke kelas, atau kalau mata aku kena ketumbit seperti di dalam gambar. Ya, gambar ini ditangkap ketika aku terkena ketumbit. Lol. Hahhaha

Lepastu, dalam tahun ni jugak sebelum PKP start, kawan aku pergi kedai spec mata, so aku pun sajalah check power mata aku. Tengok tengok power mata aku naik secara menggila ye. Sebelah kanan dah 250, kiri dah 200. Like i never realise that =') Nak nak pulak, spek aku power dah lari banyak. Punca power mata aku naik mungkin sebab banyak tengok laptop (online class and kdrama and all movies πŸ˜”πŸ‘πŸ») 

Lama kelamaan aku jadi macam tak bolehlahhh tak pakai spek.Rasa nak ngamuk tau sebab tak nampak. So aku startla rasa nak buat spek baru. Pastu kawan aku nama dia Anis(Aku panggil dia Manis) dia ada buat IG story yang dia beli new spec online and cantik ok spec dia. So aku pun tertarik, aku tanya dia beli mana apa semua.

Anis cakap dekat aku boleh check kedaini punya facebook nanti boleh whatsapp depa kalau nak beli spec online. Factory eye wear ni kedai dia banyak gilo around KL. Tapi tulah, aku duduk Perak. So kita beli ja online. Apakan daya. Hahaha. Spec dekat kedai ni banyak jenis and harga .Hampa kena pandai godek godek FB dia. Nanti number whatsapp pun diorang ada letak. 

Nanti lepas dah whatsapp and bagitau design, sesiapa yang nak letak power boleh pergi kedai spec berdekatan rumah hampa and checklah mata macam biasa. Check mata free ye. Kalau kedai spec tu suruh bayar, hang cari kedai lain! Heh. Hahaha


Ni contoh aku whatsapp kedai factory eye wear tu and bagi power aku. Hampa jangan keronyok awal awal kertas check mata tu. Snap dulu bagi kat kedai ni okay! hahaha

Please jangan expect order harini esok sampai tau. Sebab it takes dalam seminggu untuk sampai. Postage depa ke semenanjung RM8 aje. Spec aku RM67 termasuk postage. Harga spec aku RM59. Kalau hampa nak beli spec taknak letak power pun takpa. Harga still sama aje. 

Memang harga RM59 ke?
Jawapan: kalau power hampa atas 500 baru harga lain. So macam aku power 200+, still harga RM59.

Dia sampai dalam bentuk parcel, and bila aku buka ada kotak macamni. I LOVEEE THIS TYPE OF KOTAK sangatlah rasa a gift to myself πŸ˜‚

And bila buka kotak ada lagi spectacles case and siap bagi spec cleanser lagi. So bagi aku sangatlah berbaloi.

Bila buka spec case ni ada dia bagi kain, kain ni normal okay, kalau takdak please mintak! Hahaha im joking. Love the kain sebab design lawa.

AND FINALLY, here it is :) my new specπŸ€“ i choose spec mengikut trend sekarang hahahaha now i realised i'm like the other girls πŸ˜œ

Lastly, my new look with a new spec.  I feel sooo good with a new spec sebab power spec dah match dengan kerabunan aku. And of course aku puas hati beli kat kedai ni. Aku ada baca comment dekat facebook, kebanyakkan customer diorang semua puas hati dengan spec from their shop. Ada sapa sapa pernah beli kedai sama dengan aku tak? Mehla komen. HeheπŸ₯°

Soalan: boleh percaya ke spec murah murahni? 
Jawapan saya: depend on you guys nak percaya or tak, for me aku pakai elok ja and sangat puas hati sebab murah, siap perfect bagi lens cleanser.

Thanks for reading!
salam sayang, syadiya xoxo.

DO LIKE