Showing posts with label AboutMe. Show all posts
Showing posts with label AboutMe. Show all posts

Sunday, 18 December 2016

Lepas SPM nak..

Assalamualaikum,
Masa aku tak lepas SPM dulu,setiap hari aku ulang ayat yang sama dekat kawan kawan aku,mak aku,abah aku,adik aku ntah sapa lagi ntah yang berbunyi :
"lepas SPM nak menjahit"

"lepas SPM nak belajar memasak bagi pandai meletop dabomb umph"

"lepas SPM taknak kerja,nak online shop ja"(pikiaq senang?)

"lepas SPM nak qada'tidur aku yang dulu masa tak cukup tido masa nak exam dulu ni"

"lepas SPM nak kemas bilik balik,ha gambar tertanggal tanggal"


and the good news is:
I .Still.At.Home.Bermalas.Malasan without doing anything.
Ada ah sekali dua aku terpaksa masak cedok resepi kat internet sebab mak aku tinggal aku pergi kerja dengan sengaja tak memasak.I should learn to cooking right?Alone right?Ntahla.Aku letak garam,gula macam "wat izikkk" "apa aku buat ni " "manis ah" "masin sgt" "letak benda ni ah,nampak ok" haa macamtu.Hahahahahaha.

Pastu,dah aku lek lek acah taknak kerja nak duduk rumah nak bukak online shop,aku mula terpikir "Aku terpaksa menanggung risiko untuk menjadi usahawan".Aku budak akaun  dan the most important:budak Ekonomii!Mestila aku tahu dengan jelas dan terperinci yang usahawan ni kena tanggung rugi woo.Aku tak mauSerius aku masih muda untuk menanggung risiko walaupun sebelum SPM aku kencang duhh nak bukak Online Shop.Huh?

Pastu aku mula terfikir ,i have a better plan :

"I should find a job".Pastu aku bagitau mak abah aku,depa setuju.Tapi aku yang pemalas nak cari kerja.Aku rasa nak kerja dari rumah...Tapi pikir senang?! 
Sampai aku yang daippp sangat ni memain dekat whatsapp tulis sesiapa yang nak ambil aku kerja bibik (beserta nombor telefon) sila inform.Desperate sangat tak?=)
Mak,Abah,Makcik,Dan segala manusia yang dekat dekat dengan aku banyak bg idea dekat aku nak kerja mana.Sampai aku pernah terfikir dan bgtau mak aku:"Mak kalau ada kawan mak yang ada anak kecik bgtau la.nak jadi baby sitter".Tapi ni memang kena bantah nauzubillah mashaallah subhanallah ah dengan mak aku.Katanya tak berbaloi.Pegi cari kerja yang lagi bagus dari memenatkan diri sendiri.Hang ingat senang? (ayat bagi drama nak mampus sikit)

Jadi,muktamadnya aku memang harus mencari kerja sebab kalau aku tak kerja aku takda duit dan aku akan menjadi pompuan yang lifeless in this planet yang ekonominya tengah meleset.

Baik i kawen je lar you.

Salam sayang,syadiya.xx



Sunday, 11 December 2016

Lahir Balik.

Assalamualaikum,
its been a long time I leave my blog and nowwwwwww im back gais.Ya tuhannn lama gila sangat ah ni tak bukak belog taip taip kat sinii.Eii rinduuuu T^T 
  Banyak benda baik dan buruk yang dah berlaku sepanjang 2016 yang berliku liku dan berbonggol bonggol ni.

1)Stayed at hostel.
Asrama harian panglima or known as ASHPAN was a great hostel that i have ever met!Sebab hostel ni pernah menang hostel paling tercantik dalam Malaysia.Aku duduk pun 8 bulan 4 hari ja -_- masa form5 ni lah aku mengenal erti membasuh baju,erti kawan itu apa,erti orang talam dua muka tu apa.sorry yang last ni memang dalam list.Aku dah nak keluar dalam 2 minggu nak SPM but PK refuse me to not.Aku menangis ada dalam 10 jam.Alah soploh jam ja kot.Sebab i cant bear the feeling of nak pikiaq perasaan orang.Aku tak suka.And for those warga ASHPAN who is reading my post; Im so sorry for all my mistakessss yang dah buat banyak dkt hampa.Banyak gila aku rasa.Aku tak cpt bergaul dgn orang.((padahal cepat sgt)) cuma aku kasar.Thats all.Hati aku baik tau=) By the way: DO GOOD ANYWAY. UNTUK APA? UNTUK ILMU YANG BERKAT.Bukan jaga hubungan dengan mak ayah,guru guru ja.dengan SENIOR pun sama. 

2)Dah habis sekolah=')
Aku sekolah dekat sini 2 tahun.Start form 4 sampai form 5 jelah.Tapi aku serius cakap,selesa sangat sekolah dkt sini.Its changed me a lot weh.Sumpah banyak sangatt T^T Tapi malangnya tudung aku tetap sesingkat itu.Well,aku pakai apa yang sama dgn perangai aku.Aku telah menadah dengan keterpaksaan mata aku untuk menghafal dan membaca buku buku sewaktu form5.Gila?Tak pernah la gila lagi.Tapi aku pernah depress.Ubatnya pandai pandailah istigfar.I got flying colours on trial but yaaaa,addmath hancus debaii debuii sikit.Doakan result spm aku straight A's.Nothing more than that yang aku mintak.

Soo yaaaa,terimakasih untuk cikgu cikgu 10 subject saya who have a good heart ajar dengan ikhlas.Walaupun ada la sekali dua saya ni tertidur dalam kelas tambah tambah pukul 11 sampai 12.Tapi masa nak dekat2 spm saya bawak spray untuk spray muka saya._. Em.

Terimakasih untuk kawan kawan yang layan perangai bendahari 5 Akaun or known as ALONG BESAR KAWASAN 5 AKAUN.Aku berani sumpah yang aku tak makan duit hampa dan yang penting! Duit syiling jala aku ambik=P ha yang ni aku dah habaq semorang ok? Terimakasih untuk kawan kawan baik(Semua pun baikkk) dengan aku.Even ada je yang jadi batu api.Eh tapi kawan jugak rasanyaaaa. 

3)Travelling
Aku habis spm 5hb.Pastu 6hb bertolak terus gi JB.7hb aku sampai dekat kaki denasaww ni.Ya,i went to USS.With a mahal nak mampus punya tiket.74 dolar.Tapi dapat murah sebab uncle cina belikan dapat 70 dolar bersamaan dengan ada ah dalam rm 200.Huwa, i should pay back my parents's burn money when im getting older i thought.Kesian depa.Tapi seronok masuk sini.Aku paling suka Transformer kot?Sebab rancak gila.Go there.Hilang stress.Muka pun serabai.YANG PENTING!Jangan make up tetebal stgi cayaq terbakaq semua.Aku dah meleleh leleh peluh.Pergi dari pukul 11 pagi sampai 4 30 petang.Guna agensi mana?Tak guna.Mai redah ja.Baru travelling.Campur Singapore,ni negara Asean ketiga lah aku pi.Masa aku darjah 6(2011) i went to Hatyai,Thailand.Masa aku form3(2014) i went to Medan,Indon.And habis spm lak pegi Singapore.Baru aku perasan semua negara ni aku pergi semua lepas aku habis exam-.-Post pasal pergi Singapore ni nanti nanti lah aku cerita.


Nyampah pulak tengok muka aku yang tak berapa lawa dekat tiga tiga pic.Oklah.Bye=)


Friday, 14 August 2015

About Me

Assalamualaikum,
disebabkan aku ni dikira seorang yang misteri tak pernah bercerita tentang siapa aku , dan senang cakap blogger lain anggap aku ni new blogger padahal aku dah menceburkan diri dalam dunia blog ni since aku darjah 6 (2011)lagi weh T^T .Jadi tanpa membuang saat saat yang sedang berjalan , aku nak jugaklah share 20 facts ke apa tapi yang pastinya pasal aku . 

#1 Nama adik beradik aku semua start dengan "Sya" (Syaza,Syadiya,Syafi,Syafa)

#2 Pembenci tegar cicak no satu dalam dunia. Dengar dia berbunyi bunyi pun bulu roma aku meremang . Kalau dia muncul aku menjerit. Eekekeke.

#3 My parents is a teacher. Mak aku cikgu sains tapi aku langsung tak minat sains ok. Pt3 result sains aku umpama kau jatuh gaung. Fikirlah gred apa ya. HAHAHA. Abah aku cikgu matematik dan aku seorang yang sangat meminati matematik.Mengira umpama jentik jentik ja bagi aku. Pt3 math aku taklah A tapi B . Sebab macam aku cakap ko ingat senang ke pt3.

#4 Bercita cita nak jadi pilot. Tapi rasanya tak jadi dah kut. So cita cita kedua nak jadi cikgu matematik. Cita cita ketiga nak jadi akauntan sebab aku ambil akaun.

#5 Garang, selalu menjerit, kuat marah. Bab menjerit ni selalu dipesan oleh mak abah begini ya "jangan menjerit kalau pergi mana mana" em sedih . Nak buat cane.

#6 Seorang yang jimat cermat (kedekut) untuk menghadapi dugaan masa hadapan ok. kuikui

#7 Tak pernah gemuk walaupun makan banyak gila . weh serius aku makan banyak gila. Tapi berat lagi turun.

#8 Suka menyanyi dan mestilah dalam hati selalu puji suara aku sedap . Kalau nak dengar aku nyanyi silalah follow ig saya ya : syadiyakhairul . Lepastu ko boleh kritik dan aku sudi mendengar segala cacian T^T

#9 Talkative sangat. Kalau rasa pendiam, jangan bersembang dengan aku. Tapi bestfriend aku adalah orang yang pendiam ntah macammana boleh bestfriend. Mungkin camaraderie kami ni tinggi. (Pikah)

#10 Sangat sangat tak suka tengok tv. Ya, sangat taksuka. Dengar lagu pun taksuka. Tambah lagi dengar orang menyanyi. (aku nyanyi takpee) Hahaha.

#11 Suka membaca.Selalunya beli mastika la sebab baca pasal benda feliks.Juga surat khabar, tak kisah surat khabar tu dua hari lepas atau seminggu lepas. Eh berita baru gakkan ?  Ekeke. Dan kadangkala novel. Tapi novel cinta sekarangni malas dah nak baca. Cliche . Mak bapak asyik suruh kawen dengan pilihan depa. Padahal zaman moden sekarang satu dalam sejuta uols.

#12
Bila bersembang sahaja aku jadi talkative . Tapi bila belajar aku akan jadi pendiam dan mata straight tengok cikgu (walaupun cikgu tu suara perlahan) . Orang duduk sebelah aku adalah Una dan Hawa. Kalau depa sembang aku suruh diam. Tak diam luku.

#13 Pernah buat tiga blog. Lagi dua tak ingat password. Link dirahsiakan kerana ayat ayat di dalam blog itu semua mashaaAllah.

#14 Selalu try buat cake/cupcake tapi tak pernah jadi. Pity me.

#15 Selalu tulis puisi dalam buku . Tapi kakak aku selalu curi curi baca dan minta ayat ayat puisi .

#16 Dulu pernah nak jadi photographer tapi rasa tak seronok sebab nanti bila tangkap gambar orang je gambar aku pulak yang sikit :b

#17
Cucu kesayangan atok dengan arwah tokwan . Sebab dari kecik melompat , berenang parit depan rumah sampai tak mau balik nyorok dekat sebelah rumah atok iaitu rumah maklong . Ekekeke

#18 Mempunyai seorang abah yang sangat baik ya . Tak pernah cakap takboleh kalau nak pergi mana mana. Sanggup hantarkan dan sanggup ambil.

#19
Mempunyai seorang emak yang dah habis sambung belajar tapi kalau konvo mak takmau pergi dia cakap dah tua tua buat apa pergi. Kuikui

#20 Pada asalnya nama aku tak ada maksud tapi bila selidik secara detail lagi menggunakan kanta, baru kutahu maksud nama aku adalah "alunan suci" (Syadiya Safiah)

Okay tuje. Toodles!


                                               Salam sayang, Syadiya . 

Monday, 20 July 2015

Pilot

Assalamualaikum.
Masa aku darjah 4,5,6 gitu. Aku selalu bercita cita untuk menjadi seorang yang ganas. No i mean; polis, pilot apeke yang ganas ganas la pokoknya. Lol. Hahahaha. Pastu dalam hati terdetik 'pilot ni semua lelaki kan . ada ke perempuan?' Bila menginjak usia ke alam tingkatan 1,2,3 berani la jugak nak tanya mak aku.
"Mak ada tak pilot perempuan?"
mak : "Ada ja."
"Adik nak jadi pilot" 

Mak pun bagitau aku, nak jadi pilot kena ambil fizik. Tapi masalahnya problem aku ni aku tak boleh ngam dengan sains. Otak aku otak math (sebab aku taksuka menghafal. sangat pemalas menghafal ye teman teman) . Tapi banyak gak cobaan cobaan dan kutukan kutukan yang aku hadap bila aku teringin nak jadi pilot. Contohnya kakak aku yang tersayang lagi tercinta mengatakan : "adik hang pandaika baca koordinat koordinat ni ?" langsung ku terdiam seribu bahasa. sedih naks. hahaha. Tapi aku tak pernah nak menagis memoyo la kalau orang kata kan.

Masa ambik result pt3 ,( i batch pertama tau adik adik sekalian) aku dapat cipuut je. Tapi masih adala A nya tu. Boleh kata result aku bercacat cela tapi takda failed. Sebab ko ingat senang ke pt3?! Bila nama kena panggil dengan guru kelas, duduk . dan cikgu tunjuk result. Rasa bersyukur walaupun tak gempak. Tapi sains aku memang out nauzubillah inalillahhiwainnalillahirojiun la nak habaq.
"Bagus takda failed, boleh masuk kelas sains tulen" aku macam nak teriak masa masa tu jugak. Dah kenapa sains result kelaut tapi masuk kelas sains ?! then baru tau, sorang je dapat A sains pt3 sekolah aku T^T MashaAllah. Hahahaha. Aku cakap dekat cikgu, takmau. tak reti. (Sebenarnya aku dah target nak ambik akaun ) kuikui. Bila bincang bincang dengan mak abah, depa cakap bawak dulu sains . Aku akur.

Tapi tak mengapa. Sebab aku masih mengharapkan cahaya cahaya peluang menerobos dari mana mana sudut. ciwah ayat guwa. Ya, memang peluang aku nak jadi pilot TAKKAN ADA DAH. Tapi bila fikir balik, tak guna aku ambik fizik kimia bio kalau nanti result SPM aku semua bakal jenazah (E) . LOL. At least aku boleh gak jadi akauntan nanti. Disebabkan form4 aku tak bersekolah di sekolah yang sama, peluang aku amat tinggi untuk aku memilih kelas kelas yang dicadangkan cikgu sekolah baru. Dan,apa yang aku tulis sebelum ayat ni betul betul berlaku ok! Gembira sangatsss.
Masa bagitau cikgu tu , aku dapat kelas aliran sains dekat sekolah lama. dia pun macam terkejut beruks jebons ke apa aku taktaula sebab memang result sains aku tu tak patut pun aku ambik sains. dia macam ni la "hidung tak mancung pipi terserong serong" (ntah betul ntah tak) hahahaha.

Cikgu tu macam feliks gila kut. Sebab sekolah baru aku ni budak budak dia memang gempak result terbaik. Dia cadangkan aku masuk kelas teknik sebab kemahiran hidup aku okay. Tapi aku tak berteknik. Nak lukis pun macam kayu je. Orang lidi mampula. HAHAHA. Sebenarnya dalam otak nak tunggu cikgu tu cadang kelas Akaun. Tak lama tu, dia cadang kelas Akaun. Aku gembira gila gila gila. Terus setuju. Walaupun peluang nak jadi pilot ni lenyap ditiup angin sepoi sepoi bahasa tapi sekurang kurangnya aku tak mencacatkan future aku nanti.
Kakak aku seorang pelajar yang mengambil aliran sains tulen. Sebab dia minat sains. Lain orang lain citarasa. Jadi apa salah aku ambil akaun kan?Walaupun takda siapa aku boleh tanya pasal akaun , tapi selagi ada usaha InshaaAllah aku berjaya .

 Dah dua exam tahun ni, alhamdulillah result aku cantik bersinar sinar . Glowing gitew. Hihi. Semoga result spm nanti lagi cantik . Aku pun taktahu aku bakal jadi apa. Mungkin akauntan yang bermain dengan duit. Atau ikut jejak langkah mak abah. Jadi cikgu. Or , pilot ? Hallo miracle everywhere tau. Man jadda wajada. Semoga semuanya baik baik belaka.


 

Kapten hafizah i wish ill be like you .
Salam sayang,
syadiya.
 

DO LIKE