Thursday 19 July 2018

Drama last paper untuk semester dua.

Assalamualaikum,so this is my story;

Hari ini,7/7/2018,last paper aku.FAR 160 code pogrammenya atau lebih senang dikenal pasti sebagai paper account. Sem dua ini, aku banyak lena,banyak penat.Tak macam sem satu waktu aku selalu lena,aku ganti dengan study.Lepas paper,keluarga aku akan ambil aku balik rumah terus.DAN,paling malangnya, malam dimana aku study untuk paper account aku, telefon bimbit aku rosak.Entah kenapa tak mahu on.Aku serabut gila malamtu.Aku cuba tekan button home dan button on tapi tetap tak mahu on.Aku serabut nak study,serabut juga telefon bimbit tak mahu hidup. Aku cakap dengan diri aku "ah,biar.jum la kita sambung study"

Aku ingat malam tu,satu bilik aku semua tak tidur.Semua gigih baca buku sebab semuanya last paper kecuali rumet aku yang seorang,Niesa sebab tu bukan last paper dia. Aku cakap dekat rumet rumet aku 
"tak apa tak tidur, ni last paper. mak aku cakap last paper ni nama dia paper mati "
Dan malam tu,kami tidur pukul 3 pagi.Atau lebih tepatnya aku sorang je kot yang tidur 3 pagi.Yang lainnya tidur 2.30 pagi macamtu. Aku mengira waktu,exam tinggal lagi 6 jam iaitu nanti, pukul 9 pagi.

Aku tidur, bangun solat subuh,mandi,dan sambung baca nota nota. Yap, akaun juga perlu dihafal dan diingat.Bukan sekadar memegang kalkulator. Lepas aku mandi,aku siap awal terus pakai baju mengikut srd (sahsiah rupa diri),memakai tudung (hari itu aku pilih untuk pakai selendang:bukan kebiasaan aku),dan duduk di kerusi,meja study dan sambung membaca nota nota aku.

Pukul 8.15 pagi aku turun dan berjalan ke dewan bersama kawan aku sambil berborak TENTANG BUKAN AKAUN yang maksudnya,perihal tak penting.Sampai di dewan green house,aku terus melihat nama nama yang dilekat di dinding dan melihat nombor tempat duduk exam aku. 

"64"

Lepas melihat,aku duduk di tepi tepi dewan dan berborak dengan kawan kawan sorga firdaus TENTANG AKAUN.Tapi malangnya,apa yang diborak tentang akaun buatkan perut aku kecut.Rasa nak muntah,rasa nak masuk tandas menyahtinjah =)

Aku rasa kami berborak lama sangat sampaikan takda lagi orang diluar dewan sebab semuanya dah masuk.Aku melangkah ke dalam dewan dengan kaki kanan dan mulutku kumat kamitkan 

"wamaa taufiqi illa billah";my success is only for Allah

Aku mencari nombor 64 dan duduk. Meletakkan slip exam dan lain lainnya.Bersedia untuk menjawab.Bagi aku,FAR160 adalah one of the killer paper.Perlu mahir dan cepat membuat garisan,perlu pantas memahami asset,liabilities,&equity.Paper ini makan masa selama 3 jam.Maksudnya pukul 12 tengahhari aku akan tamatkan segala stres dan tekanan aku.

Pada jam yang pertama,semuanya okay aku jawab.Tapi,selang beberapa minit lepastu,aku mungkin agak kasar membuat garisan dan kotak sampaikan penutup pen aku jatuh.

SATU HAL yang memang kita tau dalam dewan exam: kalau barang jatuh,jangan ambil sendiri.Angkat tangan,pengawas akan datang dan ambilkan untuk kita.

Tapi disebabkan aku makhluk yang amatlah bimbang takut tak cukup masa,aku biarkan sahaja penutup pen itu DISITU.

DISITU.
DISITU.
DISITU.
Malang kali ini agak berbau mungkin?Sebab penutup pen aku jatuhnya BUKAN dekat dengan aku,tapi dekat dengan calon peperiksaan sebelah aku.

Minit seterusnya berjalan dan aku biarkan penutup pen malang itu DISITU.Tuhan itu sangat penyayang sebab salah sorang pengawas berjalan lalu sedar dan nampak akan penutup pen itu DANNNN
dia telah memberikan dan meletakkan penutup pen tu dekat meja calon peperiksaan sebelah aku =')
Calon peperiksaan sebelah aku iaitu seorang lelaki (let call him ANON stand for unknown),memandang aku dan aku juga memandang dia.Aku mahu gelak,tapi aku cuma senyum sebab macam kelakar??Dalam hati aku "shittttt that's mine!!!" 

Aku biarkan penutup pen yang bukan dia punya (kerana tu aku punya) di atas mejanya dan menyambung membuat garisan dan menulis sebab takut tak cukup masa.Many students failed this paper sebab tak cukup masa dan aku tak mahu tergolong dalam itu.

Sedang khusyuk aku buat Statement Of Financial Position,tiba tiba aku dengar bunyi penutup pen jatuh.Yepsss,penutup pen aku yang ada di meja Anon tersebut jatuh lagi buat kali kedua dan sekarang pelakunya bukanlah aku,tetapi si Anon.
Pengawas yang berbaik hati yang nampak hal tersebut terus datang dan lagi sekali meletakkan penutup pen aku yang malang itu di meja Anon.Dalam hati,aku mengeluh.

Buat kali kedua,aku biarkan penutup pen itu.Takda faedah aku melayan benda sia sia.Aku sambung,sambung dan sambung menjawab FAR160 dan akhirnya,40 minit sebelum tamat aku berjaya habiskan semua soalan!Of course ada soalan yang aku hentam tapi aku berpegang dengan satu prinsip iaitu:
jawab semua soalan,salah belakang cerita.


Aku habiskan dua dakwat pen.Last paper kannn.

Masa berjalan,dan peperiksaan tamat.

Anon beri balik penutup pen aku di tangan aku dan haruslah aku cakap terimakasih kitakan melayu tinggi dengan adab tak begitu?LOL

It was a longgg exam that i take sebab penuh drama padahal 3 jam je kot exam???
Thanks for reading!
Salam sayang,syadiya xoxo.


Tuesday 17 July 2018

BRACES PART 5 : dah tak jongang sangat (1 tahun 4 bulan)

Assalamualaikum,
you want to believe it or not , dulu aku jongang. Dahla jongang,gigi bersepah pulak tu.Sedih bukan?:( Bukanlah jongang teruk sangat,but you know.... tetap jongang.

Disebabkan aku dah pakai braces selama 1 tahun 4 bulan, aku betul betul enjoy everything about braces TERMASUKLAH everyday gigi berdarah.Don't know why tapi gigi aku memang sensitif sikit.Dulu aku ada pakai powerchain,tapi sekarang tak pakai dah sebab powerchain over nakmampos pergi tarik gigi aku sampai senget kekiri.TAPI TAPI,i really love powerchain.Cute gila kot powerchain?!

Hai,inilah namanya powerchain. Dia getah panjang yang menyatukan gigi.Gitew.Tak ingat ah last pakai bulan berapa,tapi sekarang aku dah tak pakai powerchain.

And inilah saya sekarang! Lol, i got gigi berlapis tapi sampai sekarang tak tarik tarik lagi.Klinik aku ni dia cam lambat sikit.

Still jongang,tapi aku nak panggil dia 

"tak jongang sangat"


Salam sayang,syadiya xx



Read more about braces:



                                            


DO LIKE