Thursday 29 December 2016

REVIEW: Novel GANTUNG (fixi)


SINOPSIS:
"Musketeer Code-no all for one,just one for all"

Gibbs,Ray,KJ,dan Troll-sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit.Mereka berempat mencipta Musketeer Code:peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend,tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.


Sehinggalah peraturan itu dilanggar..dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua.Kemudian-

So,pendapat aku pasal novel ni:of kos ler seronok kalau tak,takdalah aku nak review.Haa,tambah tambah lagi sebab novel ni adaptasi jadi short film dekat astro first tahun 2017 ni tak silap and ada 8 episod.Pelakon yang aku kenal pun Randy Pangalila,Ikmal Amry(auchhh <3),and Hafrez Adam and lagi sorang mamat indon aku tak kenal.

Mula mula baca sekali novel gantung ni aku macam tak faham,jadi kena baca slow slow.Aku baca pon sebab excited nak mamposss dahla berapa hari lagi aku SPM paper ekonomi asas.Pastu lepas baca,aku pegi tanya kakak aku lagi.Kakak aku pulak explain panjang lebar mcm aku ni tak pernah baca,dan aku pun macam "oh ha yaka".Em tengkorak betul.Hahaha.

Kalau rasa jijik nak baca,takpayah la baca nak oi.Sebab penulisnya Nadia Khan dah tulis kecik atas tu "untuk pembaca matang"

Ok bye,salam sayang,syadiya.

Wednesday 28 December 2016

RESEPI:Aiskrim Choki Choki Gebu Gebas.

Assalamualaikum,
Harini nak tunjuk sikit resepi mudah untuk buat aiskrim choki choki yang serius talk gebu gebas sangat!Mohon excited cem aku.Hahahaha.So,resepi aku ambik dari Akif Imtiyaz.Mana boleh ubah,ubah la.Tapi aku tak ubah.Follow je step mudah.

Bahan bahan:

1)Air masak guna 4 tin.Lebih senang bila letak je susu cair,ha isi dengan air masak 4 tin.Sebab kalau cawan ni macam takut tak sama.
2)Susu pekat 1 tin
3)Susu cair 1 tin
4)Plastik aiskrim gambar gorila.legend duh.
5)Choki choki.Ikut suka banyak mana.
6)Tepung jagung 2 sudu setengah.
7)Secubit garam.Takda dalam gambar.


Cara cara:
1)Masukkan air masak 4 tin,susu pekat dan susu tin.Masak ikutla api besar mana.Sampai keluar buih sikit.
2)Kecilkan api,masukkan tepung jagung dua sudu setengah.Kacau sampai sebati.
3)Masukkan garam secubit.Kacau lagi.Then tutup api.Biar dulu,bagi sejuk.
4)Toskan sebab dalam tu ada ketulan ketulan sikit.
5)Masa tengah sejuk ni,pergi lah tenyeh choki choki dekat plastik tu.Jangan letak terlalu atas sebab nanti nak simpul susah choki choki tu terkena dkt simpulan tu.
6)Then,bolehla masukkan air tu dalam plastik.
7)Masuk peti sejuk.
8)Then,boleh makan!

Tadaaaa!

Ok bye dah settle=) sayang,dikya.

Friday 23 December 2016

Bernasib Malang di Black Canyon?Sayalah Tu.

Assalamualaikum!
So todayyy,I went to Aeon,Taiping.Nak makan makan katanye.So,mak pilih makan dekat Black Canyon.Aku first time makan dekat Black Canyon.Makan dekat restoran ni kena guna kertas yang tick tick bagai plus berapa kuantiti yang kita nak makan tu.Cemana la atok dan nenek yng tak reti.Hm susah susahh nak tulis bagai.Tapi bagi aku,senang.
Aku order nasi putih,kailan ikan masin,ayam(masak apa tak hengat):all of this sangattt sedap!Pergi try.Sedappp.Nak lagi please=') .Disebabkan aku selsema terok,aku telah memilih air yang aku pikir sedap sangat iaitu Hot Espresso.Dalam hati fikir,mungkin rasa sama dengan Nescafe?Try jalah.

Pastu lepas order yang lamanya 30 minit (kot?) aku pergi tandas.Balik balik,seronok sangat! My air dah sampai!Pastu duduk.Tengok air.Cawan haluihhhh gila T^T Besaq cawan yang bebudak main masak masak tu.Tak lawak serius.Aku try.Kotlah cawan kecik rasa sedap kan?Then,i tried.Pastu mulalah  muka aku jadi kecut pecut lecuttt apa tidaknya PAHIT YA AMATT YA TUHAN! Dahla harga RM6.90(I is kedekut)

Last last,aku pergi order air lain.Aku order Hot Chocolate.Nasib baik sedap dan manis=') Haha.Air Hot Espresso aku tadi macam sayang pulak tak minum,pastu aku decide nak mintak sugar yang packet tu lagi dua.Aku mintak dkt pekerja dia,dan he gave.Pastu aku kacau ah lepas letak.And what the suprise gaiisss?! Suprise dia?Still.Same.Pahit =') Aku rasa aku silap air sebab air ni nampak mcm untuk golongan tua.Aku mana tahan pahit wehh.Serius cam peria(bukan paria).

Lepastu,dah settle makan,aku bayar.Aku memang mangsa untuk kena bayar.Yang cashier tu boleh pulak tanya aku :

"Everything okay?Sedap kan?"
Aku macam... adakah dia tahu masalah yang sedang aku alami?Kebetulan dan jodoh apakah yang sedang tuhan tunjukkan?Ahaks bajet nak mati.

Pastu aku ni kan pandai buat buat ok.Aku cakap "Ok ja semua"dengan riak bahagianya.

Bagi aku,Black Canyon is sooo sedap!Tapi kena pandai pilih makanan la.Overall sedap kecuali My sweet love darling forever si Hot Espresso.
 Yang kecik comel tula Espresso yang sweet=)

Bye!

Sunday 18 December 2016

Lepas SPM nak..

Assalamualaikum,
Masa aku tak lepas SPM dulu,setiap hari aku ulang ayat yang sama dekat kawan kawan aku,mak aku,abah aku,adik aku ntah sapa lagi ntah yang berbunyi :
"lepas SPM nak menjahit"

"lepas SPM nak belajar memasak bagi pandai meletop dabomb umph"

"lepas SPM taknak kerja,nak online shop ja"(pikiaq senang?)

"lepas SPM nak qada'tidur aku yang dulu masa tak cukup tido masa nak exam dulu ni"

"lepas SPM nak kemas bilik balik,ha gambar tertanggal tanggal"


and the good news is:
I .Still.At.Home.Bermalas.Malasan without doing anything.
Ada ah sekali dua aku terpaksa masak cedok resepi kat internet sebab mak aku tinggal aku pergi kerja dengan sengaja tak memasak.I should learn to cooking right?Alone right?Ntahla.Aku letak garam,gula macam "wat izikkk" "apa aku buat ni " "manis ah" "masin sgt" "letak benda ni ah,nampak ok" haa macamtu.Hahahahahaha.

Pastu,dah aku lek lek acah taknak kerja nak duduk rumah nak bukak online shop,aku mula terpikir "Aku terpaksa menanggung risiko untuk menjadi usahawan".Aku budak akaun  dan the most important:budak Ekonomii!Mestila aku tahu dengan jelas dan terperinci yang usahawan ni kena tanggung rugi woo.Aku tak mauSerius aku masih muda untuk menanggung risiko walaupun sebelum SPM aku kencang duhh nak bukak Online Shop.Huh?

Pastu aku mula terfikir ,i have a better plan :

"I should find a job".Pastu aku bagitau mak abah aku,depa setuju.Tapi aku yang pemalas nak cari kerja.Aku rasa nak kerja dari rumah...Tapi pikir senang?! 
Sampai aku yang daippp sangat ni memain dekat whatsapp tulis sesiapa yang nak ambil aku kerja bibik (beserta nombor telefon) sila inform.Desperate sangat tak?=)
Mak,Abah,Makcik,Dan segala manusia yang dekat dekat dengan aku banyak bg idea dekat aku nak kerja mana.Sampai aku pernah terfikir dan bgtau mak aku:"Mak kalau ada kawan mak yang ada anak kecik bgtau la.nak jadi baby sitter".Tapi ni memang kena bantah nauzubillah mashaallah subhanallah ah dengan mak aku.Katanya tak berbaloi.Pegi cari kerja yang lagi bagus dari memenatkan diri sendiri.Hang ingat senang? (ayat bagi drama nak mampus sikit)

Jadi,muktamadnya aku memang harus mencari kerja sebab kalau aku tak kerja aku takda duit dan aku akan menjadi pompuan yang lifeless in this planet yang ekonominya tengah meleset.

Baik i kawen je lar you.

Salam sayang,syadiya.xx



Wednesday 14 December 2016

END - NEW YEAR GIVEAWAY BY IZZATI ATHIRAH

Jemput join giveaway from Izzati Athirah.Untuk lebih lanjut klik je gambar kat atas ni=)

Saya letak gambar ini :
Throwback;I went to Kem Gemilang by my sekolah before SPM.Kem yang banyak diberi nasihat,motivasi dan tak lupa juga,all of us studying at there(Hotel SSL Traders,Taiping).Salah satu motivasi,pasal belon.Tukar dengan kawan.But i refuse! Hahaha.Sebab aku taksuka budak tu.Jahat gila omg.Aku mintak balik belon aku.Cikgu suruh jaga belon ni.Aku jaga sampailah balik kem.Bayangkan dahla usung beg balik kampung.Dengan belonnya.Susah ya amot.And aku berjaya bawa balik belon ni sampai masuk hostel(budak hostel).Aku conteng conteng.Then one day,aku seronok conteng,belon ni pecah.Aku conteng apa?Aku conteng benda yang berbaur nasihat dekat aku.Contohnya : Kalau tak tahan lelahnya belajar,maka tanggunglah peritnya kebodohan(Imam Shafie).


Tuesday 13 December 2016

Universal Studios Singapore

Assalamualaikum,
7hb itu hari aku pergi USS.Pergi balik hari ja.Tak mampu nak stay dekat hotel sana harga mahal nak mampusss.1 dolar singapore bersamaan dengan RM3.10.Baru search google tadi.Ahahaha.Aku masuk USS harga sebenar 74 dolar.Tapi ada uncle cina dreba bas tolong belikan dapat 70 dolar.Masuk memang takyah beratur sebab awal sangat perginya.
Pakai travel agensi mana?
Abah decide to not using mana mana travel agensi sebab lagi mahal rasanya harga?Konsep;main redah.Sepanjang 3 negara aku pegi,pegi Singapore ni ah first time main redah kot.Aku macam was was.Tapi dalam hati 'asalkan sampai sudah'.
Mula mula nak naik bas yang katanya rm5 je dah boleh sampai USS.Tapi bas tu lambat.Sejam sekali baru sampai.Makanyaaa,redah dekat bus stop Johor Bahru.Tanya satu uncle cina yang tengah baca sotkabar "mana bas nak pergi uss?" pastu dia tunjuk dekat satu bas yang nak jalan dah.Naik situ.Itu bas untuk pekerja singapore yang duduk dekat JB sebenarnya.Uncle cina sot kabar ni cakap RM8 ja.Tapi naik naik,uncle cina yang bawak bas ni cakap "RM 10" ah ok latu.Double.Dasar penipuu tadi memula cakap RM5-.- Hahaha.

Pastu sampai Woodlands,cop pasport.Aku taksuka pegawai imigresen singapore.I thought depa bisu.Dahla muka masam-_- Omg scary macam em malas ah nak ingat.Then,gegas pergi dekat bas balik.Aku tak menikmati pemandangan.Aku qada' tidur aku yang dulu bekas aku bersengkang mata study masa SPM.hahaha.Tapi lama gak ah sampai USS.Tahla lama ke tidak atau mata aku ni yang ckp lama?Sampai sampai dalam pukul 11 .30.Masuk masuk rasa heavennya!

Abah cakap jangan buang masa.Sebab takut tak habis main.SOOO,benda first yang kami masuk adalah :
1)World's First Sesame Street Spaghetti Space Chase
Ni dekat luar.Sesame Street ni pasal Elmo.Elmo yang comelll.Serius comel.Dekat dalam Sesame Street ni banyak pasal galaxy.Kalau masuk dalamni,fefeeling dekat galaxy,nampak elmo makan spagethi.Aku banyak tak snap dalam Sesame Street ni sebab susah sikit nak snap dan tak nampak sangat pon keadaan dia macammana.

2)World's Tallest Dueling Roller Coasters
Bagi gelap sikit agar menampakkan effect yang takut dekat belakang tu.Kahkah.Ini paling seram aku rasa dan tak dapat ditandingi oleh mana mana benda lagi dah.Dia punya menjunam tu!Menangis weh menangis!Tak sebenarnya tak sempat nak nangis pun sebab dia laju sangat.Mata aku ni jadi hangat hangat sebab laju sangat udara masuk mata sampai berair.Like seriously?! Mohon pergi dan try.Sekali seumur hidup je yols.

3)World's First Transformers Ride
Transformer ni 3D punya.Ini pun memang tak allowed nak bawak camera,fon untuk rakam ke apa.Bahaya sebab transformer ni bergoyang sana sini.Tapi ni paling aku suka plus buat aku sakit badan tahap gila punya sebab lama dan menakutkan.Go try.Seronok dan seram.

4)Revenge of the Mummy
Mumia ni pun sejenis yang seram weh.Serius seram.Segala gambar yang aku letak ni semua dekat kawasan kawasan tempat tu ja.Sebab kat dalam dia takleh bawak camera pa semua.So segala binatang tu aku tinggal dkt mak aku.Mak aku tak naik.Mumia tu macam ride gak ah.Tapi ekstrem.Macam transformer jugak cuma mumia ni sat sangat.Ah tak puas! Go try.Ni seronok.Tah semua benda aku cakap seronok.Ahahaha.

5)Shrek 4-D Adventure

Ini dalam far far away punya kawasan.Belakang tu istana Shrek dengan Fiona.Dalam ada panggung wayang untuk tonton kisah Shrek 4D.Ini memang 4D melampau.Bayangkan keldai si Shrek tu bersin sampai terpercik air dia dekat aku.Geli nak mampus walaupun air biasa je dia pancut kat aku.Aku dah "eiuu" Hahahaha.Dalam pun tak tangkap gambar.Banyak outdoor je.Indoor bagi aku untuk menikmati game jer.Hahaha.Ha,semua dan segala tok nenek yang ada dalam ni FREE kecuali lah pergi makan dengan ole ole punya kedai tu.

Tak silap aku,lepas Shrek 4-D ni kami pergi makan jap.Bawak roti sorang sebungkus ja kot.Tu pun kebulur lagi.Hahahah.So peringatan:bawak roti 5 bungkus.Lagi murah dari makan dekat sini.Asal kenyang perut.Tak pun bawak ah makanan sendiri.Nasi lemak ke.Pekerja sini takdanya nak check.Kami makan dekat kedai dalam USS ni.Aku tak ingat nama kedai dia apa.Tapi mahal lah bagi orang Msia.Sebab total kami makan 32 dolar kot.Kalau convert ke RM jadi lahh RM99=') Padahal yang kami makan hanyalah Fish and Chips dua set,air coke 3.

6)World's First Puss In Boots Roller Coaster
Ha,yangni memang jelas nampak roller dia.Masa first aku naik roller aku macam dah penat.Seriously banyak gila kot roller coaster T^T Kalau aku tak naik nanti adik beradik aku cakap apa pulak.Layankan jalah.Lagipun sekali seumur hidup.Tapi aku rasa nak datang lagi pasni.Tunggu kaya gila gila baru aku datang balik k?Hahaha.Puss In Boot punya roller coaster ni pun mencabar jiwa aku jugak.Adrenaline merembes dengan teruk aku rasa masani.

7)Jurassic Park Rapids Adventure

Jurassic Park ni fav aku gak.Sebab aku basah lencun gaklah! Dahla tak bawak baju salin!Kat luar lepas dah lencun ni ada tempat bagi dry.Tapi of kos ler bebayar.Aku mana kaya sangat nak dry dry bagai ni.So aku biar ja.Start dari jurassic park ni la aku dah jadi sememeh like wad izikkk.
(Sumber google)
Ni aku cedok google ja.Pelampung macamni kami naik.Tapi serius seronok!Go try please go and tryy u.u Hahaha.Peringatan:Bawaklah baju lebih siap siap.Sebab ada setengah orang yang tak basah.Macam aku memang basah jugaklah.

8)Jurassic Park Roller Coaster
(sumber:google)
Ntahla berapa banyak roller coaster dah aku naik weh.Tapi serius semua menakutkan.Takdak lagi roller coaster yang tak menyeramkan aku.Sumber google sebab tak sempat nak snap.Masa aku terhad.Tapi seronok roller coaster jurasic park ni sebab boleh tengok kawasan dekat USS.

9)World's First Madagascar Ride
Waktu ni dah pukul 4 10.Nak kena pergi dekat uncle china bas tu balik pukul 4 30.Memang takut tak sempat.So aku ada gambar ni ja.Kahkah.Bosan madagascar ride ni.Kalau ada dak dak kecik mungkin seronok.Sebab dalam air dan tengok lion,zebra and lain lain joget joget and banyak kartun jelah.Ni sempatla kalau nak rest jap.Not bad.Hahaha.

Semuanya ada 10.Aku sempat 9.Satu lagi tak sempat.Water World Jurasic Park.Nanti kalau aku banyak duit lagi,aku akan pergi Water World Jurasic Park first sekali sebab benda ni ja yang tak sempat.Doakan saya jadi kaya ya gais?Hahahaha.

Mesti ada yang pelik sebab aku tak bergambar dengan patung patung elmo or firaun bagai macam Kak Paten kan?Tahla nak oi.Segala benda tu takda pon masa aku datang u.u Elmo adalah dua tiga.Tapi beratur panjang gila dan yang beratur semua dak dak kecik.Bagi peluang lah ko dah tua syadiya u.u 

Oklah,sesiapa yang nak pergi USS.Bolehla ambik peringatan dekat atas atas ni yang aku dah bold.Aku tak sempat pergi Merlion.Tak cukup masa.Thanks for reading!=) Salam sayang,dikya.



Sunday 11 December 2016

Lahir Balik.

Assalamualaikum,
its been a long time I leave my blog and nowwwwwww im back gais.Ya tuhannn lama gila sangat ah ni tak bukak belog taip taip kat sinii.Eii rinduuuu T^T 
  Banyak benda baik dan buruk yang dah berlaku sepanjang 2016 yang berliku liku dan berbonggol bonggol ni.

1)Stayed at hostel.
Asrama harian panglima or known as ASHPAN was a great hostel that i have ever met!Sebab hostel ni pernah menang hostel paling tercantik dalam Malaysia.Aku duduk pun 8 bulan 4 hari ja -_- masa form5 ni lah aku mengenal erti membasuh baju,erti kawan itu apa,erti orang talam dua muka tu apa.sorry yang last ni memang dalam list.Aku dah nak keluar dalam 2 minggu nak SPM but PK refuse me to not.Aku menangis ada dalam 10 jam.Alah soploh jam ja kot.Sebab i cant bear the feeling of nak pikiaq perasaan orang.Aku tak suka.And for those warga ASHPAN who is reading my post; Im so sorry for all my mistakessss yang dah buat banyak dkt hampa.Banyak gila aku rasa.Aku tak cpt bergaul dgn orang.((padahal cepat sgt)) cuma aku kasar.Thats all.Hati aku baik tau=) By the way: DO GOOD ANYWAY. UNTUK APA? UNTUK ILMU YANG BERKAT.Bukan jaga hubungan dengan mak ayah,guru guru ja.dengan SENIOR pun sama. 

2)Dah habis sekolah=')
Aku sekolah dekat sini 2 tahun.Start form 4 sampai form 5 jelah.Tapi aku serius cakap,selesa sangat sekolah dkt sini.Its changed me a lot weh.Sumpah banyak sangatt T^T Tapi malangnya tudung aku tetap sesingkat itu.Well,aku pakai apa yang sama dgn perangai aku.Aku telah menadah dengan keterpaksaan mata aku untuk menghafal dan membaca buku buku sewaktu form5.Gila?Tak pernah la gila lagi.Tapi aku pernah depress.Ubatnya pandai pandailah istigfar.I got flying colours on trial but yaaaa,addmath hancus debaii debuii sikit.Doakan result spm aku straight A's.Nothing more than that yang aku mintak.

Soo yaaaa,terimakasih untuk cikgu cikgu 10 subject saya who have a good heart ajar dengan ikhlas.Walaupun ada la sekali dua saya ni tertidur dalam kelas tambah tambah pukul 11 sampai 12.Tapi masa nak dekat2 spm saya bawak spray untuk spray muka saya._. Em.

Terimakasih untuk kawan kawan yang layan perangai bendahari 5 Akaun or known as ALONG BESAR KAWASAN 5 AKAUN.Aku berani sumpah yang aku tak makan duit hampa dan yang penting! Duit syiling jala aku ambik=P ha yang ni aku dah habaq semorang ok? Terimakasih untuk kawan kawan baik(Semua pun baikkk) dengan aku.Even ada je yang jadi batu api.Eh tapi kawan jugak rasanyaaaa. 

3)Travelling
Aku habis spm 5hb.Pastu 6hb bertolak terus gi JB.7hb aku sampai dekat kaki denasaww ni.Ya,i went to USS.With a mahal nak mampus punya tiket.74 dolar.Tapi dapat murah sebab uncle cina belikan dapat 70 dolar bersamaan dengan ada ah dalam rm 200.Huwa, i should pay back my parents's burn money when im getting older i thought.Kesian depa.Tapi seronok masuk sini.Aku paling suka Transformer kot?Sebab rancak gila.Go there.Hilang stress.Muka pun serabai.YANG PENTING!Jangan make up tetebal stgi cayaq terbakaq semua.Aku dah meleleh leleh peluh.Pergi dari pukul 11 pagi sampai 4 30 petang.Guna agensi mana?Tak guna.Mai redah ja.Baru travelling.Campur Singapore,ni negara Asean ketiga lah aku pi.Masa aku darjah 6(2011) i went to Hatyai,Thailand.Masa aku form3(2014) i went to Medan,Indon.And habis spm lak pegi Singapore.Baru aku perasan semua negara ni aku pergi semua lepas aku habis exam-.-Post pasal pergi Singapore ni nanti nanti lah aku cerita.


Nyampah pulak tengok muka aku yang tak berapa lawa dekat tiga tiga pic.Oklah.Bye=)


Sunday 3 January 2016

TIPS:Atasi Stress.

Assalamualaikum,
Orang sekarang tambah tambah yang muda belia dah cakap "aku stress!" "aku tertekan!".Eh kenapa tak terus cakap gila?Mihmih.Kalau nak cakap stress,semua orang pun pernah stress.Cuma cara manusia tu sendiri atasi stress tu yang mampu buat dia kembali hidup aman damai cemerlang gemilang terbilang meletop kebabom gitewww.

You know,aku pernah menghadap bermacam macam masalah di usia muda ini kerana aku adalah perempuan yang suka buat masalah terhadap orang sekeliling aku -_- setiap tahun pulak tu.Jahat pulak rasa diri aku ni (lap air mata)

Kalau masalah kecik setakat conteng dinding tu takpa ah,tapi tahap masalah aku ni ditahap dunia bakal menggeleng kepala dengan aku.Bukan tuje,aku nak kena hadap orang kutuk/caci/hina/baling tahik lagi kat aku weh.

"umur berapa?"

"berapa kau dapat pt3?" (dengan muka sinis)

Nak nak pulak tanya macam orang orang bermasalah ni selalunya bodoh.Ehhh orang buat masalah ni selalunya bijak.Kalau tak bijak masakan bisaa dia buat masalah?Tak gitu?Hehe.

Penipu lah kalau aku cakap aku tak pernah menangis macam orang gila bila stress.Aku pernah.Terlampau penah ang tau dak.Cuma sekarang bila nak stress tu fikir fikir ah dulu bawak baik buruk ke tidak. Tips atasi stress yang aku bagi ni yang pernah aku cuba.Belum cuba belum tahu kan?Apa kata awak cuba ok?Hihi.

Yang pertama,jangan berkawan dengan orang yang jatuhkan kau.Patahkan semangat kau.Kutuk kutuk kau lagi.DONT EVER!Nampak tak amaran tegas aku?
Yang kedua,tahap stress aku dah dikawal dengan baik kerana aku dikelilingi dengan manusia yang positif.Maka,aku pun terikut ikut untuk menjadi positif =)Syukur alhamdulillah.

Yang ketiga,jangan berseorangan.Japgi kalau duduk sesorang fikiran asyik terbayang masalah yang lepas.PADAHAL DAH BERLALU.Buat apa nak ingat balik bukan?Move on jelah.Walaupun menyesal tu boleh sampai ke mati kau ingat.

Yang keempat,gelak/cakap/senyum selalu.Benda basic ok.Ciwahhh.

Yang kelima,penuhkan jadual harian anda.Takpayah buat jadual pun takpa.Pandai pandai ah adjust masa nak buat homework,nak mandi,nak solat dll. Jugaa bila nak tidur.Jangan ambil masa yang lama untuk tidur.Maksud aku bila rasa mata tu takboleh nak tutup jugak,bangun.Buatla aktiviti lain yang lebih  bawak paedahnye.Nanti kau lagi stress.Dahla banyak masalah.Pastu nak tidur mata asyik terbukak.

Memang,sampai satu masa boleh rasa dah tak tahan nak pura pura happy.Rasa nak menangis semahu mahunya.Kalau boleh menangis sampai takda suara.Sebab apa?Sebab rasa sakit hati yang teramat amat.

Tak apa,buat lah.Nangis la nakk~TAPI INGAT,sekali tu je.Lepas engkau nangis.Terus kau kesat air mata tu,lepastu kau cakap"aku kuat" =)

Allah maa'ana.

Salam sayang,syadiya.

Saturday 2 January 2016

Story Of 2015.

Assalamualaikum,
Selamat tahun baru semua!360 hari dalam tahun 2015 ofkos ler ada baik dan buruknya.Yang baiknya result aku tak teruk.Yang buruknya,pimples aku tak hilang lagi.Eh dah tahuke.Hm takpalah nak cerita jugak.Nak cerita yang buruk buruk terjadi dalam 2015 agak kejam pulak sebab aku rasa banyak yang buruk.Jadinya,lebih baik aku cerita yang baik baik agar mendapat keberkatan Ilahi.Hihi.

  • Pindah sekolah 
    Ini memang unexpected ah.Masa ni aku dah takda perasaan bila nak pindah.Kita haruslah membuat kenalan yang baru bila dah besar besar ya teman teman.Takkan nak terperuk di tempat yang sama.

    Bila pindah sekolah,makanya aku telah meninggalkan kekasih kekasihku disana..Maaflah bukan kekasih lelaki,tapi si perempuan(girlfriends orang orang selalu kata).Selamani aku ada 3 orang girlfriends atau lebih tempat babygurls(geli nak mati) yang sekepala dengan aku.

    Yang pertama,Pikah.Dialah yang mengajar aku erti no feelings weh.Serius dia sangat cantik.Rambutnya gen resesif.Tapi yang aku tau dia bukan anak mat salih ok.Satu satunya manusia yang boleh buat dia marah aku sorang je.Sebab aku suka memaksa dia.Tapi sebenarnya dia sangat sayangkan aku.Kan Pikah?(tolong cakap ye).Paling sedih,aku tak ada gambar dengan dia sebab dia adalah bangsa yang takut dekat kamera.Maksud aku taksuka tangkap gambar.Kalau ada pun sekeping.Tupun dah tak ingat folder mana aku letak.

    Dan yang kedua,My fav, SUN! Stand for Syadiya Umi Nurin.Depa ni pulak mengajar aku bercakap kuajo.Tapi depa jugak lah yang menyedarkan aku ketika aku tersengukur.(mata ke atas tangan dibahu).Mesin mulut kami tak boleh ditandingi oleh mana mana manusia sebab serius memang kurang ajar.Kakaka.Pernah weols hangout sesama,pastu sorang makcik ni usha usha kami.Lalu dia menyapa kami dengan ayat ayat pedas iaitu:

    "Kenapa loqlaq sangat ni?"(Dengan muka yang tak puas hati)

    flashback dua tahun lepas:(me,nurin,umi)

  • Meet the new!
    Dengan rasminya,aku telah membuat kenalan yang baru apabila aku masuk sekolah baru.Eh manusia mana yang bila ke tempat baru takda kenalan?Poyo giler.

    Aku telah memilih aliran akaun.Chaiyok chaiyok for life! Dan aku juga telah berkenalan dengan semua classmate aku secara harom.Maksud aku tertegur sebab nak mintak duit kelas,pastu terus jadi kawan.Pelik bukan?Apapun i love 4 Akaun.Taun depan dah tua jadi 5 akaun k teman teman jangan ingat muda mudi sangat diri tu.

  • Flying colours.
    Aku telah semaksima mungkin membijakkan otak aku yang agak 'so so' ini agar belajar dan alhamdulillah aku telah berhasil =') Sedih sebab dulu bongok.Haha!


    Okay,thats all yang aku rasa bahagia.Mihmih.Terimakasih kerana menyaratkan mata untuk menatap dan membaca!

    Salam sayang,syadiya.

DO LIKE