Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Thursday, 11 May 2017

Hostel Atau Rumah Sendiri ?

Assalamualaikum,
Masa aku form5,aku duduk asrama dari bulan 3 sampai bulan 11.So kiranya tak sampai setahun pun aku duduk asrama.Dalam 8 bulan lebih ja.Kalau nak tanya samada lebih baik duduk asrama or duduk rumah sendiri jawapan aku senang,dua dua ada baik buruk.

TEMPAT BEST UNTUK BELAJAR?
My Answer:Hostel.
Sebab apa hostel?
Sebab ada waktu prep.Prep ni memang membantu buat yang baloq liat nak study dalam dorm,so hampa boleh luangkan waktu berkasih sayang dengan homework or revision masa prep.

TEMPAT BEST MAKAN SEDAP?
My Answer:Rumah sendirilah!
Takkan lah hostel bagi makan sedap T^T.Kalau nak dapat ais ketul pun memang payah la bila masuk hostel.So bila duduk rumah sendiri ni memang boleh makan apa yang kita mahu.

OVERALL AKU SUKA HOSTEL ATAU RUMAH SENDIRI?
My Answer:Rumah sendiri of course!

KENAPA RUMAH SENDIRI?
My Answer:Sebab tak banyak buang waktu dari segi membasuh baju sebab hostel aku takdak mesin basuh.Guna tangan.Tapi ada setengah hostel ada.Depend lah.
Sebab lain,aku kena bangkit awal nak mampus masa duduk hostel.Around 5 am mesti dah mandi.Kalau aku duduk rumah,6 30 baru aku bangkit.HAHAHA.Sebab rumah aku sebelah sekolah.

Dan lebih penting,bila duduk rumah,kalau kau buat salah pun kau sendiri yang tanggung.Macam duduk hostel,warga asrama akan cari cacat cela aib kau di mana mana.Malah mungkin mereka selak karpet untuk mencari salah kau.

Kenapa duduk hostel kalau rumah sebelah sekolah?
Sebab masa aku form5,parents aku pergi haji.So memang takda sapa boleh jaga makan minum.Lastly duduk hostel.Pastu bila nak keluar,ketua warden dah tak bagi.Hm tak tak ,tak rasa nak mencarut pun ok.Saya ni ikhlas orangnya.

Sebenarnya hostel atau rumah sendiri,dua dua ada pro and contra.Tapi dah aku suka rumah lagi nak buat cenna.*matadiatastangandibahu



Salam sayang,syadiya xx.

Saturday, 1 April 2017

Cara best nak bagi result spm cemerlang!

Assalamualaikum,
"study hard! study smart" but im just that study hard student weh.Camna nak bagi smart?Jap aku fikir.Adakah study smart seperti sambil baring baca buku sejarah?Oh wrong.

Tips yang aku bagi ni random.Kalau sepuluh,sepuluhla.Kalau limabelas,limabelas lah.Ikut kemampuan otak nak ingat.(Btw saja letak tajuk cara best supaya tak boring asyik 'tips' all the time.zzz)

1)Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa
Rasanya semua dah tahu yang ini.Elakkan gaduh.Aku anak second,dan aku selalu dengar orang cakap anak nombo dua ni dia pelik,pastu keras kepala.Semua nak ikut dia.Exactly i agree! Rating agree 10/10 akak bagi! Hahaha!Im that person.I have a big gap with my parents.Im not blaming my parents.No im not.Maybe faktor aku rapat dengan atok aku.Pastu bila jumpak parents aku,mesti aku macam taknak bonding.
IF YOU HAVE THE SAME PROBLEM AS ME,MY SOLUTION:Jumpak kaunseling sekolah.Orang akan nampak kau bermasalah,padahal tak pon.Masa aku nak spm,aku jumpak kaunseling,cikgu kaunseling tanya aku "dah mintak maaf dekat parents?"dan yang spoilnya,aku sejenis yang tak reti mintak maaf depan depan(jerit emoji here).Sapa sama dengan aku?SOLUTION NYA: Buat surat!.Aku tak malu buat surat,aku menulis ketika aku tinggal di asrama,tempat kejadian yang spesifik: dalam dorm,aku nangis.Adik dorm aku semua muka macam tahik+blur pelik. Macam tertanya tanya "ala tulis surat jeponn nangis pehal kak yaya ni?" K.
^
^
^
Panjang nak mampus mak hoi baru nomor satu?--CUTTTT!

2)BIAR MASALAH TEPI(Kalau taknak tepi,letak bawah pun boleh)
Aku bukan serius person,aku sejenis perempuan yang gila gila,gelak tak boleh belah macam nak terjatuh gusi.Kahkahhhh(miss school detected).Masing masing ada masalah,dan cara kita tangani masalah tu yang buat kita hidup sejahtera.Kalau ada boyfriend,pastu gaduh.Cilek.Cool.Ingat,target tahun ni nak SPM result leklok.Masa aku form5,aku siap gaduh dengan sorang lelaki dari batch yang sama lagi dan aku dikecam hebat oleh seisi lelaki berbatch99 di sekolahku (kecuali budak lelaki kelas aku).Tapi dah mintak maaf dah.Tapi tetap taksuka dia.Biasa ini biasaaa.Tapi jangan endah sangat.Pergi mateyy drama drama alright?

3)YOU DONT NEED A PHONE.
Im a big fanatic of smartphone.I mean:INSTAGRAM.I spend my time just to scrolling ig and stalk artis yang hensem hensem dan lawa lawa.Damn my bad!=( <--- ni masa lepas spm.Haha!Adik adik,takpayah ada fon.Kalau jenis bagitau homework dalam whatsapp tu,guna je fon mak hang.Mak hang mesti bagi kalau benda baik=) Tapi selama aku form5,duduk asrama,takda fon-dan budak kelas aku yang duduk asrama selalu ketinggalan sebab takda whatsapp tapi hidup lagi alhamdulillah hahahaha.Kalau budak kelas yang duduk asrama spesies yang rajin,selalulah guna smartphone asrama iaitu PUBLIC PHONE untuk menghubungi kawan yang tinggal di rumah.Dari situ jelah yang boleh ditolong untuk homework,atau kelas tambahan cancel(ini selalu bersorok riang tertawa mesra)

4)BUAT NOTA KECIL (POCKET SIZE)
Betul betul boleh masuk poket punya nota ok?CARA:Kertas A4,lipat dua.lipat lagi dua.Staple or rebenkan or ring kan.Sejenis aku,aku suka staple.Kalau ring boleh jadi serabut(pada pendapat aku).Kalau nota saja tak cukupppp!Nota tu wajiblah berwarna warni.Baru senang masuk otak.Nota favourite aku yang paling aku boleh ingat sampai sekarang,nota sains.Bila aku selak nota aku,aku sering tertanya tanya "bila masa aku buat,kenapa terlampau kemas dan cantik dan rasa ingin buat bantal busuk?"zzzz.Sampai sekarang,aku masih ingat struktur otak yang aku lukis dalam nota.Hebatnya kaleringgggg!

5)MAKSIMUMKAN MASA.BUAT LEBIH.
Kalau cuti minggu,tak balik kampung (for budak asrama),lepas subuh aku tak tidur dah.Terus mandi.Sorang sorang(selalu berharap ada orang mandi jugak sebab penakut yakmat dan kadang kadang ada yang mandi!).Lepas mandi,buat la latihan yang cikgu bagi.
Kalau untuk hari sekolah,dalam kelas tumpuan aku 99.9% sebab 0.1% tu dah dibawa angin sebab aku mengantokkkk yang tak dapat ditahan!Selalunya pukul 11 ke 12.Lepas rehat.Masa yang rasa nak lena.Lepas balik sekolah,here's the rushing time.(Oh i miss school..)Aku budak akaun,ambil 10 matapelajaran(Ada yang ambil 9).Balik everday 2.15 weh.Im kerayingg.Prep petang untuk budak asrama start 3.30.Kelas aku dari hostel jauh.Nak balik take time (konon alasan).Pastu pandai pandailah uruskan masa dan diri dalam sesingkat 2.15 hingga 3.30 untuk mandi,makan,dan solat.
CARA AKU: Takpayah mandi.Youre not busuk.You just cherish your time babe.Masa untuk mandi,aku bawak untuk tidur.Sebab apa?Sebab aku takkan ada masa untuk tidur dah sampailah waktu tidur malam aku -selalu pukul 12 pagi.
Masa prep,study betul betul.Kalau ada yang bising,buat ja "shhh" pastu acah la macam hang tak cakap shh tu pun *mata ke atas tangan dibahu*
CARA AKU LAGI:masa otw nak tidur,kalau tak boleh tidur,bukak nota sejarah,baca.Paling teruk aku boleh cakap,aku terlelap sekejap sambil memegang buku sejarah ditangan.Sumpah tak bohong!Hahaha!

6)SARAPAN
Roti/biskut pun dah okay sangat.Macam aku,depend on dewan makan la.Kadang kadang yang tak best bila dapat makan cornflakes yang takda rasa tu=') pastu terus teringat mak dekat rumah.Sebab sebelum duduk hostel,everyday aku bawak bekal sesedap dan sarapan sesedap.Kalau tak reti sarapan pagi,TRY JUGAK.Lama lama jadi okay.Kadang kadang aku pun sejenis yang bila lepas makan,tak sampai satu jam,dah rasa nak pi tandas-nak kentut-nak menyahtinjah.Kahkah.

7)SOLAT HAJAT(everyday) 
If you can do.If you have a good energy.Tapi takkan takda tenaga? Paling koman buat dua rakaat.Masa aku form5,i did it every single day.CARA AKU:Lepas asar,terus sambung solat hajat.Mintak dekat tuhan sungguh sungguh.Mintak yang besar.Jangan yang kecil.Even benda tu mustahil dan cam peliks,tapi takdir Allah tu di mana mana.

8)DALAM SUJUD(doa)
Setiap solat 5 waktu yang kita buat,sujud terakhir-sujud lama lama.Bukan nak suruh tidoq ka apa,bukan yaaaaaa.Hahahaha.Ni nak suruh doa dalam sujud.Aku suka doa dalam sujud.

9)MINAT SEMUA MATAPELAJARAN
Aku minat semua cikgu yang ajar aku.Sebab cikgu aku semua jenis yang baik,taksuka sibuk pasal hal anak murid dengan mendalam.They just accepted what you're in the school,dan bukan luar sekolah.Sebab ada jenis cikgu yang suka sibuk hal budak masa di luar sekolah.It's annoying.Sorry to say.Cikgu aku semua yang depa ajar,aku minat.Senang cerita,aku minat subject yang depa ajar.Macam akaun,aku minat sebab cikgu aku tu suara dia lantang,bila balik terngiang ngiang suara dia di celah celah lubang telinga aku.Hahahaha.

10)CARI KATA KATA SEMANGAT
Tak kisah la sapa pun orangtu.Here's  the quotes yang buat aku terus nak study dan sentiasa terbayang bayang untuk tak kecundang dalam spm:

"hang kena study elok elok,jangan jadi macam aku,tengok nak cari kerja pun susah"Sepupu aku.

"kalau tak tahan lelahnya belajar,maka tanggunglah peritnya kebodohan"Imam Shafie.

"Dunia ini untuk berjuang dan untuk penat,kita rehatlah bila mati nanti di syurga-Nya"Ahmad Ammar.

Rindu zaman belajar sebab bangkit awal,tidur lambat dan jerawat tak banyak (kecuali bawah dagu)
Btw,i just cropped my friend-Anis beside me sebab tak banyak gambar skulah sorang sorang.

Semoga bermanfaat.
Salam sayang,syadiya xx



Monday, 6 March 2017

TIPS FOR MAKEUP

Assalamualaikum,
Pis pisss this is a hack tau?Hahaha.Aku bukan nak ajar makeup yang jenis power power macam kat youtube tu sebab basic pun ZERO.HAHAHA.

1)CARA MELICINKAN BIBIOR WHEN WEARING LIPSTICK

LIP BALM
Okay ni ha lip balm yang paling aku minat sangat tahap anoreksia nervosa.Ehehe.Lip balm ni mak aku beli masa pergi makkah haritu.Anyone know mana jual dekat Malaysia bagitau tauu?

LIPSTICK
Whatever lipstick you have.Ni aku beli harga murah jeni sebab aku mana beli yang mahal cukuplah mampu memerahkan bibir.

CARA: Pakai lipbalm (jangan tebal sangat) and ratakan di sekeliling bibir,and then apply kan lipstick dekat bibir.It will be smooth.Tak kasar.Senang!


2)CARA MELENTIKKAN BULU MATA TAHAP MACAM PAKAI BULU MATA PALSU
MASKARA AND PENGEPIT BULU MATA
Maskara murah and pengepit bulu mata pun murah dari MR DIY.Hm sejenis pelik akuni beli kat MR DIY.Haha!

The hack:
First,kepitkan bulu mata padat padat kepitnya.
Second,apply maskara.
Third,lagi sekali kepitkan bulu mata.
Last,apply maskara.

Ulang dua kali jeppp.Kalau banyak kali pun boleh =)

Hope can benefit the reader! 
Salam sayang,syadiya.xx

________________________________________________________________________

HADIAH GIVEAWAY INDIA AND TAHUN BARU BY DYLLA REZAN
Thanks a lot kak Dylla Rezan!=) Semoga murah rezeki.

Wednesday, 8 February 2017

What I Buy Every Month and a TIPS to make it tidy.

Assalamualaikum,
so guys what do you like to buy every month?Baju?Maaflah saya tak beli baju setiap bulan,tak keje duit manada u.u Hahaha.Tapi benda yang setiap bulan aku beli ni memang murah.Berbaloi.Lawa.Eh barang kemas ka apa?Bukannnnn tu mahai la noks.Hahaha.Senang kata,benda ni kalau cakap "mak nak rm10" terus dia bagi.



Ya post ni banyak untuk girls,kalau rasa boys nak baca pun bolehhh.Hahaha.Mana tahu nak bagi tips kat bini.Nilah harta dunia yang aku ada setakat ni.Bahaha!Im not going to SHOW OFF tapi post ni lebih kepada nak share WHAT I BUY EVERY MONTH.Rumah aku dekat dengan Pasar Kemboja yang besar besaran punya tu.Maila datang sini.Tudung,baju ha apa lagi semua murah dekat pasar kemboja.Tapi aku tatahannn wehh.Aku kalau shopping 30 minit pun aku tak mampu nak bertahan sebab aku suka pening kepala.Dengan bisingnya,dengan ramai orang.Oh i kennot u.u

TIPS nak simpan tetudung ni?
Firsttt!Carila laci ke apa yang boleh sumbat tudung muat muat.Macam shawl,aku gulung pastu tenyeh kan dia masuk gerobok macamtu.

Yang macam kuih lapis tu pulak bawal.Bawal ni susah nak gulung sebab dia leperr.Hahaha.Carila bekas yang macamtu,susunkan dia .Taklah berterabur tudung.Trust me,it's work!

Kalau ada tips lain pun,share kan la eh?Aku pernah jugak try tempat letak tudung jenis penyangkut tu.Tapi sememeh ja aku tengok.hahah

Jadi,WHAT DO YOU BUY EVERY MONTH?=)

Salam sayang,syadiya xx

Sunday, 3 January 2016

TIPS:Atasi Stress.

Assalamualaikum,
Orang sekarang tambah tambah yang muda belia dah cakap "aku stress!" "aku tertekan!".Eh kenapa tak terus cakap gila?Mihmih.Kalau nak cakap stress,semua orang pun pernah stress.Cuma cara manusia tu sendiri atasi stress tu yang mampu buat dia kembali hidup aman damai cemerlang gemilang terbilang meletop kebabom gitewww.

You know,aku pernah menghadap bermacam macam masalah di usia muda ini kerana aku adalah perempuan yang suka buat masalah terhadap orang sekeliling aku -_- setiap tahun pulak tu.Jahat pulak rasa diri aku ni (lap air mata)

Kalau masalah kecik setakat conteng dinding tu takpa ah,tapi tahap masalah aku ni ditahap dunia bakal menggeleng kepala dengan aku.Bukan tuje,aku nak kena hadap orang kutuk/caci/hina/baling tahik lagi kat aku weh.

"umur berapa?"

"berapa kau dapat pt3?" (dengan muka sinis)

Nak nak pulak tanya macam orang orang bermasalah ni selalunya bodoh.Ehhh orang buat masalah ni selalunya bijak.Kalau tak bijak masakan bisaa dia buat masalah?Tak gitu?Hehe.

Penipu lah kalau aku cakap aku tak pernah menangis macam orang gila bila stress.Aku pernah.Terlampau penah ang tau dak.Cuma sekarang bila nak stress tu fikir fikir ah dulu bawak baik buruk ke tidak. Tips atasi stress yang aku bagi ni yang pernah aku cuba.Belum cuba belum tahu kan?Apa kata awak cuba ok?Hihi.

Yang pertama,jangan berkawan dengan orang yang jatuhkan kau.Patahkan semangat kau.Kutuk kutuk kau lagi.DONT EVER!Nampak tak amaran tegas aku?
Yang kedua,tahap stress aku dah dikawal dengan baik kerana aku dikelilingi dengan manusia yang positif.Maka,aku pun terikut ikut untuk menjadi positif =)Syukur alhamdulillah.

Yang ketiga,jangan berseorangan.Japgi kalau duduk sesorang fikiran asyik terbayang masalah yang lepas.PADAHAL DAH BERLALU.Buat apa nak ingat balik bukan?Move on jelah.Walaupun menyesal tu boleh sampai ke mati kau ingat.

Yang keempat,gelak/cakap/senyum selalu.Benda basic ok.Ciwahhh.

Yang kelima,penuhkan jadual harian anda.Takpayah buat jadual pun takpa.Pandai pandai ah adjust masa nak buat homework,nak mandi,nak solat dll. Jugaa bila nak tidur.Jangan ambil masa yang lama untuk tidur.Maksud aku bila rasa mata tu takboleh nak tutup jugak,bangun.Buatla aktiviti lain yang lebih  bawak paedahnye.Nanti kau lagi stress.Dahla banyak masalah.Pastu nak tidur mata asyik terbukak.

Memang,sampai satu masa boleh rasa dah tak tahan nak pura pura happy.Rasa nak menangis semahu mahunya.Kalau boleh menangis sampai takda suara.Sebab apa?Sebab rasa sakit hati yang teramat amat.

Tak apa,buat lah.Nangis la nakk~TAPI INGAT,sekali tu je.Lepas engkau nangis.Terus kau kesat air mata tu,lepastu kau cakap"aku kuat" =)

Allah maa'ana.

Salam sayang,syadiya.

Sunday, 20 December 2015

Tips:Penjagaan Instax

Assalamualaikum,
Instax kalau sekali orang tengok boleh cakap harga ribu ribu ah,padahal harga tak sampai pun ribu ribu.Jaga instax ni  jangan duk halai balai ja sebab ianya adalah sejenis benda yang agak sensetif.

Warna instax yang baru telah muncul! Ada dua warna iaitu raspberry dengan ungu.Tapi masa aku nak beli tu ada warna ungu je so aku decide beli ungu.Kalau nak raspberry kena tempah.Malas ah nak tunggu tunggu ni.Baik aku ambil je ungu ni.

Tips yang aku nak kongsikan ni memang sangat sangat berguna untuk maknusia maknusia yang baru beli instax.Jangan mengkhinzir buta menggunakannya hokayyy.Japgi baru sehari pakai dah inalillah ini kamera.Kekekeke.

1)Cabut bateri bila tidak digunakan.
Kalau tak bukak bateri bila tak guna,japgi ang punya instax tu akan berair air dan rosak.Nak ke?

2)Ubah mode mengikut keadaan.
Ada 4 jenis mode.Kalau gambar rumah mean maksudnya gunakan mode tu masa dalam rumah.Mode awan lak aku pernah guna,tapi apa yang terjadi adalah yang keluar hanyalah filem yang kosong!Penat mak temah kibah tau uols.Senang senang masa outdoor,guna mode sun.Memang akan okay.Jangan tersilap sebab...
Nah,ambik ang.Ini yang telah terjadi kepada aku.Bayangkan,sekeping filem dah rm2.50.Aku dah mencacatkan 4 filem bersamaan rm10.Jadi,berhati hati.Jangan jadi macam aku.

3)Letak filem instax dengan berhati hati.
Bila filem instax dah habis,mesti lah kita nak isi filem yang baru kan.Ushar ushar sikit dekat filem tu sebab ada satu spot yang sensetif.Mean kalau kau pegang,satu filem tu dah tak boleh guna.Bayangkan,satu filem ada 10 keping bersamaan rm25.

4)Beli beg/case instax.
Aku beli jenis leather.Banyak warna tapi yang ini yang nampak macam gah.Muahahaha.Harga rm55.Kalau beli dekat onlineshop mungkin akan dapat harga lebih murah.
Belakang beg ni ada tempat simpan filem.Takla dia berterabur merata hala.

5)Jangan tarik filem.Biar filem keluar sendiri.
Maksud aku disini,bila dah lepas tangkap gambar mesti tangan tu gatal gatal nak filem tu keluar cepat sebab tak sabar nak tengok gambar rupa camana.Lebih baik anda elakkan! Nanti merosakkan lagi.

Thats all yang aku boleh share.Semoga memberi manfaat buat pengguna pengguna instax =)

Salam sayang,syadiya.







Thursday, 12 November 2015

10 Tips:Bila Kau Exam

Assalamualaikum,
Ada sesiapa yang masih rasa tertekan melihat tajuk entri post aku tak?Kihkih.Sabar sabar,tips exam ni tahun depan aku boleh la usha usha balik bila aku nak exam.Baca balik ke entri sendiri?Ewww.Haruslah.Tahukah anda blog yang paling menarik adalah blog diri sendiri?Hahahaha.
Tips tips atau helah atau cara yang akan aku bagi ni aku dapat dari bermacam macam manusia.Antaranya adalah mak aku,orang yang aku sayang,dan tak lupa juga diri sendiri.Tapi lebih kepada mak aku lah yang selalu bagi tips tips bila exam ni.Exam dah habis baru tergopoh gapah aku nak buat entri pasal exam.Tapi tak mengapaaaa,dak dak SPM masih ada lagi tak gitu?Harap dapat membantu =)


1)Buat nota kecil guna pen warna warni.
Nak exam takkan nak usung kitab ke hulu ke hala weh.Jadi,keratlah kertas A4 atau testpad kepada 4 bahagian.Ikut suka nak besar mana.Asal boleh muat masuk poket pun dah okay sangat.Selamani aku adalah manusia yang menghabiskan berpuluh puluh helai kertas semata mata mahu membuat nota ok! Entah dalam kotak dah berapa juta puluh ribu aku punya note dari zaman form3. 
Nak nampak menarik nota anda agar tak nampak hambar dan kusam,gunalah magic pen.Aku guna faber castel RM3 dan tak lupa juga,aku guna highlighter.

2)Makan pagi.
Sepanjang exam ni aku duk makan benda ringan ringan macam biskut biskut je.Pastu cicah dengan air milo.Tak pun nescafe.Selalunya aku makan nasi tapi ubah sikit sejak exam ni.Takut berat sangat.Mesti anda tertanya tanya bahawa saya seorang yang kedekut kerana membeli roti kering bukan?
Hahaha!Bukan apa,selalunya aku beli yang sedap sedap asyik kena pelahap dengan adik adik aku ja.Belum sempat nak exam lagi tau dak =')

3)Spirulina
Natang apa ni hoii?! Hahahaha.Okay ni sebenarnya spirulina.Didatangkan khas dalam bentuk ala ala pil yang cinonet.Mak aku yang sarankan bila exam makan spirulina.Boleh menguatkan tenaga,tak ngantuk.Tapi serius bila exam aku memang tak ngantuk plus bertenaga nak jawab.
Harga spirulina ni 100+ tapi parents aku ahli so taktau la berapa dapat.You can try it.Spirulina ni famous lani.Sampai sekarang dah ada biskut spirulina.Aku pun takleh nak teka rasa biskut tu cana sebab spirulina ni cam rumpai lumut lumut rumput rasa dia.Eh pernah rasa rumput ke aku ni ?! Hahaha!

4)Minum susu
Beli susu tepung pun boleh lah bancuh.Tapi aku golongan malas so kita beli yang instant.

5)Tipu kawan:bila dia tanya jawapan,bagi jawapan salah.
Apa yang aku maksudkan ialah,selalunya bila kita terpandang kawan kawan masa tengah jawab exam ni,kekadang kawan jenis suka tanya jawapan ni akan terpandang kita.Alahai!Mata bertemu mata lak dah.Malas guwa nak layan.Kisahnya terpandang tapi kan dah kena..Haha!
Jadi,bila dia mintak jawapan,buat la baik sikit bagi dia jawapan.Selalunya soalan objektif jelah.Contoh,soalan no 6 kau jawab A,kau bagitau la dia jawapan kau D. 
Tipu untuk kebaikan tak mengapa rasanya?Eh sapa suruh kau nak tiru! Kira baik la tu aku bagi jawapan.Hahahaha.

6)Tidur cukup
Mata pun nak lelap jugak.Otak pun sama.Tak guna dah baca daripada pukul 8 malam sampai 6 pagi.Nanti otak jem.Kesian otak.Mata pun kesian jugak.Kalini paling lambat aku tidur pukul 2.Aku start study pukul 8.
Yang lambatnya sebab nak ingat dan cara paling berkesan nak ingat adalah sambil menulis.Sebab tu la terhasilnya nota nota aku yang indah indah macam atas tu =')

Kalau dah tak sempat sangat pukul 1.30 macamtu aku dah stop buat nota dan start baca sahaja.Masuk jugak.Tapi esok pagi tu kena bukak "kitab" sikitla.

7)Jangan lupa pada si kalkulator!
Untuk yang ambil akaun macam aku,kalkutor is the most priority for us! Bayangkan ada 4 sub(Akaun,Math,Addmath & Ekonomi)aku nak kena guna kalkulator.Pastu paling sobs gila kalkulator aku slow masa aku tengah study addmath!Dahla esok tu Addmath hoi.Jenuh nak contact kawan mintak pinjam jap.Sedih gila.

Hallo,kalkulator ni aku peram daripada form1 sampai form4 tau.Nampak tak cermat aku di tahap kemampusan mana?Hahaha.Takleh jadi jugak asek pinjam kalkulator orang,maka aku ajak mak aku pergi kedai jam tukar bateri kalkulator.Aku pun tak tengok keadaan bateri aku macammana.Tah tah dalam proses pereputan dan berkarat.Uhuk.

8)Jangan semak jawapan.Move on.
Lepas jawab exam haruslah aku bersama rakan rakan sibuk bermain teka teka jawapan.Amalan ini masih lagi tak boleh dihapuskan.Padahal tak baik nak semak balik.Ini menyebabkan fikiran tak tumpu exam exam akan datang.Aku lettew.Sekarang pun dalam proses memberi nasihat pada diri sendiri tentang sifat bidaah ini.kekeke.

9)Makan coklat
 Haruslah makan ketika jawab exam.Wah ngajar ye engko ni syadiya ?Hahaha.Bukan apa,mak aku cakap bila makan coklat manis ni apa yang kita lupa boleh ingat balik =) 
Pastikan line clear bila nak makan takut cikgu nampak tak pasal pasal makan hati kena denda luar kelas.

10)Doa
Amalan membaca doa,membaca bismillah seringkali dilupakan bila menjengah alam sekolah menengah.Sekolah rendah jeke pupuk macamni?Aku pun selalu beringat,sebelum bukak paper tu baca bismillah,doa dan macam macam lagi lah.Tips ni kakak aku bagi rasanya.Dia selalu bagi doa doa kat aku.

Wamaa taufiqi illa billah pun dah cukup baik yang bermaksud my success is only for Allah.

Cukup 10 tips daripada aku.Nak buat 20 jenuh pulak aku nak merodok.Kihkih.Supaya dapat membantu anda semua =)

Salam sayang,syadiya.


Thursday, 29 October 2015

Tips:Room Deco

Assalamualaikum,
Sejak aku berpindah ke rumah yang baru (padahal dalam satu daerah yang sama),aku telah mencari bermacam macam info untuk mencantikkan bilik.Sebab dekat rumah lama pun aku jenis yang nak bilik cecantik.Bayangkan,katil dulu palang biru,tapi aku mahu menampakkan ianya berwarna putih,maka aku telah melilitnya dengan kain perca baju mak aku yang berwarna ala ala putih, agar ianya nampak lebih feminin.Gila bukan perempuan ini?

Mak aku adalah seorang mak yang sangat memahami jiwa anak perempuannya.Dia akan tanya bilik nak cat warna apa,langsir macammana,cadar nak yang macammana.Rak rak takpayah la nak sebut.Sebab as usually,semua tu biasanya haruslah berwarna koko ya.Takda masa nak pergi jelajah ini Perak semata mata mahu mencari rak yang berwarna sama.Huh!  
Langsir tu kakak aku yang pilih.Material kain adalah cotton.Aku pilih banyak kombinasi warna pastel yang ala ala baby giteww warnanya.Langsir ni jarang tak jarang.Sebab kalau bangkit,boleh agakla aku bangkit pukul berapa.
Gambar daun yang ada 3 tu pulak sebenarnya mengandungi ayat ayat alquran.Aku taktau aku rembat mana hoi tapi aku rasa dekat rumah aku yang lama.
Orang orang kemboja dok renovate rumah sampai berhabuk tau satu rumah.Over sangat depa ni .Sedih aku.Jadi aku pun merodok lah mana mana benda yang cantik.Lagipun selamani gambar tu tak diguna di mana mana pun.Gambar daun ni aku guna bluetack je.Hukhuk.

Rama rama yang ala ala beterbangan di langit biru tu i got from kedai EKO RM2 iaitu kedai penjimatan untuk orang kedekut cam aku.Tapi,harganya bukanlah RM2,tetapi RM4.Hahaha! 
Bukan sahaja MR DIY yang harus anda pergi,tetapi kedai EKO RM2 juga anda wajib pergi ya!Banyak gak benda cecantik.Suka sangattt=)

Dinding pulak sebelum ni adalah berwarna putih,tetapi disebabkan bagi aku putih ialah satu warna yang agak bosan dan sunyi,maka haruslah cat baru disamakan dengan warna langsir.
Waktu aku mengecat:warna cat tak sekata,buruk serta sememeh.Tetapi esoknya its turn good! Thanks cat! Cat apa pun aku tak ingat jenama.Haha! Sebenarnya dinding belakang katil ini sahaja yang bercat baby blue,yang depan,kiri,kanan adalah bercat hijau.Nak bagi nampak menarik katekan.
Catch your eyes je tau bila masuk bilik aku.Kekeke.
Katil pulak memang dah ada so sekali lagi penjimatan sebab aku orangnya adalah kedekut.Katil alhamdulillah queen.Bolehla aku bergolek ke sana ke mari.

Cadar katil pulak sama je dengan warna warna langsir iaitu baby blue dan bunga bunga berwarna baby pink dan putih.Aku tak masukkan sebab keadaan yang tak mengizinkan.Guess it!Hahaha.
Cadar katil pulak pilihlah yang jenis tak gerak .Takla bila bangkit nanti kena perbetul tepi kanan atas bawah.Penat ang tau dak.
Ya,jenis cadar katil macamni aku guna.Harga:RM100+.Tapi sekarang dah murah.Pergi pasar kemboja pun ramai makcik makcik jual.Haritu aku pergi survey,paling murah sekarang RM90. 
(Sumber:meaningfull2.rssing.com)

Dah sampai ke tahap cadar,lupa pulak aku nak bagitau,disebabkan nak menampakkan langsir lebih meletop,maka kain langsir yang jarang telah dibeli.Kalini langsir jarang aku letak warna baby pink.Baby baby sangat.Tumbuk sekali.
Penjimatan kali ketiga ialah, langsir ni mak aku yang buat.Kalau tempah orang harganya akan jadi berganda ganda.Kita haruslah buat sesuatu secara bijak ya teman teman.Hiks.
Gambar langsir jarang tak nampak pulak dalam gambar berkenaan tapi sebenarnya ada belakang langsir utama.Maaf ya.Pandai pandai la anda meneka ianya berbentuk bagaimana.Ala,bayangkan kain jarang warna baby pink je.Over angat ite ni.

Sudut tepi:
Aku amat gemar melihat deco deco di twitter mahupun majalah.Tapi majalah ni kurang sikit la sebab banyak yang terlampau mak mak.Diharapkan majalah deco deco bilik untuk remaja prempuan akan diterbitkan.Eheee.
Jadi,antara carian aku di twitter ialah Amazing Bedroom,kadang kadang Amazing House takpun nak lebih melampau aku search Dream House buat angan angan di siang hari.
Contoh yang buat aku telah melakukan perkara ini di rumah lama mahupun di rumah baru.
(sumber:google)

Nah,ini adalah apa yang aku dah lakukan.Walaupun agak berserabut bersimpang siur tetapi ianya akan membuatkan maknusia maknusia yang masuk ke bilik aku berkata WOW.Aku si owner pun tak adalah sebegitu.Kahkah.
Gambar gambar aku lekat guna bluetack.Takla rosak dinding.Lekat macamtu sahaja.Kalau lebih rajin,silalah liminit.
Yang macam pinggan dekat hujung tu adalah cermin DIY.Aku hanya guna cermin tu.Tahu tak puas tapi puas bagi aku.Kekekeke.Asalnya cermin tu kosong,lepastu aku tertengok DIY cermin dekat twitter,maka aku try lah.
Keliling tu kertas A4 berwarna sahaja.Sadis bukan u.u
Sebenarnya DIY cermin tu aku tengok dia guna sudu plastik.Tapi sebab macam renyeh ja guwa tengok maka guwa pun guna alternatif lain.Benda benda camni otak otak kena berfungsi.Atas rak buku pulak,aku letakkan frame gambar family.Saja buat kelainan. Kos ?Takda kos buat semuani.Haha!

Tepi cermin pulak ialah surah.Surah masuk exam,elok jugak lepas tengok cermin pakai bedak,sikat rambut boleh baca kejap kan=) Siap letak sallotape cecomel lagi bagi rajin nak baca.Hahaha!
Tepi surah pulak ialah gambar ala ala polaroid.Gambar ni sebenarnya dicuci cara biasa.Pergi kedai kodak lepastu mintak nak cuci macam polaroid.4 keping hanya RM3.Nampak tak penjimatan kali ke berapa yang aku telah sebut?Tapi haruslah anda beringat bahawa tak semua kedai gambar boleh mencuci sedemikian.Sobs.
Ada sekeping je memang kertas gambar polaroid betul.Tupun atas ihsan dan impati kakak aku yang menyuruh kawannya mempolaroidkan gambar berkenaan.

Thats all yang aku mampu share.Semoga memberi manfaat buat yang membaca.Thanks for reading! 

Salam sayang,syadiya.

DO LIKE