FOLLOWERS

Tuesday, 12 June 2018

Picture tells a thousand words

Assalamualaikum,
i do miss my blog.Dont have enaf time to blogging.Disebabkan wifi rumah laju macam usain bolt lah sangat,maka aku pun nak buat la entri dah habis SEM 2 DENGAN JAYANYA huwa rasa macam baru semalam parents i hantaq i gi belajaq kat uitm dihatiku =(

Bak kata doc fatin liyana,instead of cakap banyak patah , baik letak gambar sebab gambar menceritakan seribu huruf.Wowz sangatz kanz.



Kawan sorga pidaus sem 1 & sem 2 (from left:Hafizah,Me,Farah,Fatihah) letak nama penuh mana tau hilang ingatan pastu selak selak blog eh ada kawan rupanya dak syadiya ni .

Okay banyak dah 2 thousand words aku rasa sebab 2 gambar kan.

Salam sayang,syadiya.

p/s:i should not blogging ahhh i have 2 quizzes ya ampun!

Tuesday, 22 May 2018

Salam Ramadan (6th days)

Assalamualaikum,
Asyik busy memanjang dan menambah keperitan tak apdet blog sebab wifi U macam siput but it's okay harini aku dapat jugak taip setelah sekian lama.Mari berhuhu.Nak tambah geram lagi bila tengok chatbox blog aku penuh dengan web yang entah apa apa.I should block that web.Melucahkan blog saya!

In this opportunity la kononnya kannn, i would like to wish HAPPY RAMADAN TO ALL THE MUSLIMS! Marilah kita kauttt pahala dibulan mulia ini (emoji love terbang terbang)

Belanja gambar muka dah sememeh teruk sebab handle dinner as a assignment project.

Salam sayang,syadiya xoxo.

p/s:please use the shoutbox as your footprint and ignore the 'sick' web.

Monday, 26 February 2018

Pahang:National Elephant Conservation Centre & DeerLand Park

Assalamualaikum,
Cuti raya cina itu hari family aku decide nak pergi Pahang.Mak aku sebenarnya yang nak pergi sangat.Second option kami semua ialah Sabah.Tapi mak buat ayat sedih dia cakap dari dia kawen dengan abah dia nak sangat pergi Taman Negara dekat Pahang.So ni alang alang dah semua ada dekat rumah sebab kakak aku dengan aku cuti sem,maka here we go!PAHANG FOR LIFE (inside emoji pompuan pakai dress menari please)

Abah cadang nak bertolak pergi Pahang hari khamis pukul 4.30 pagi ye:') Dia cakap takmau jem.TAPI,disebabkan kami semua melayu yang sentiasa dengan janji janji melayu,4.30 jadi ke 5.30 tapi still jalan lenggang dan takdala sesak sangat.

Lupa sampai pukul berapa tapi benda first kami buat adalah dapatkan homestay.Abah booked siap siap homestay (Mutiara Homestay).Sangat sangat selesa and really recommended!Untuk bilik yang besar RM120 and yang kecil RM70.

Mutiara Homestay,Lanchang,Pahang.Search je kat pakgoogle kalau nak datang sini=)

Disebabkan sampai awal,so kami semua decide nak pergi terus tengok gajah.Pakmat homestay ni cakap eloklah pergi time pukul 12-1tengahhari macamtu sebab boleh mandikan gajah.I was so excited nak mandikan gajah dohhh!


Gambar ke lima tanpa orang photobomb.Aku geram betul masa aku nak tangkap gambar ni ada budak kecik around 8 years saja nak masuk.Nak kena gigit ke??

Masuk sini tengok gajah: FREE TAPI boleh derma seikhlas hati.My mom bagi RM20.Depend on berapa nak bagi.

BAGI MANDI GAJAH:
RM10 satu kepala.Family aku ada enam kepala.So RM60.

 Function benda ni untuk letak kat baju.

 Ha,letak macamni.Depend la nak letak kat seluar ka tudung ka asalkan nampak.

First,lemme watch a movie first.HAHA.Takdalah sebelum start tengok gajah,ada tayangan pasal gajah.

 For those yang nak bagi mandi gajah,akan ada guider yang explain all about the elephant.Contohnya,nama nama gajah dekat sini,how the elephants got their name from.

 Aku lupa apa nama gajah ni=') Tapi yang ada dalam sangkar (is that sangkar?hahahaha) semuanya anak anak gajah.


 Me with baby elephant <3

Me again feeding the baby elephant name .... ((forgot))

Another baby elephant that i feed <3

Makanan untuk bagi makan gajah boleh beli ada satu stall dekat situ.Kami bagi makan tebu satu ikat RM3 and kacang yang gambar thumbs up tu RM2 .Agak agak berebut dengan adik beradik aku sebab nak bagi makan,ha aku gi beli lagi lah cerita dia.Lol

Lepas bagi makan anak gajah,guider bawak kami pergi tengok mak dan bapak gajah mandi.Things i love about elephant is depa ni sangat bijak sangat faham apa tuan dia cakap.Good job dear elephant!

Berguling teruk depa mandi dalam aiq ni tau dak.

Lepas dah bagi mandi gajah,they make some show to all the visitor.

 Buah tembikai ni free.Boleh feed banyak kali dekat gegajah (available tak gegajah ?hahahaha).Gajah ni taksuka orang yang saja acan dia.Contoh:nak bagi makan tapi duk tarik balik.Kejap lagi dia ngamuk tau :) Sejenis aku,aku suka bagi makan haiwan.Aku nak rasa dia punya skin tu.

Me,kakak , and wiwin. 

Apa gajah buat masa show ni?Setiap gajah ada ability yang tersendiri.Contoh gajah A can make a fake sleep.Gajah B can take the food from highest place and others.Seronok sebab memang terbukti elephant ni bijak bestari gitew.

Lepas tengok show ni , kami terus pergi dekat tepi parit tadi nak tunggu turn bagi mandi gajah.Aku taktau lah orang melayu ni memang taksuka binatang atau apa,tapi most people yang bagi mandi gajah tu omputih.Mak saya cakap sebab negara omputih depa takdak benda benda macamni.

 Depan dua orang ni guider gak.Guider untuk anak anak gajah i guess.Beria dia suruh jirus anak gajah yang namanya Lepa (adik aku panggil dia dua lipa)ni padahal dia jirus dekat kami.Kuajaq gila perangai!

 Worth day with Lepa si anak gajah <3

Mula mula guider ni suruh ambil pasir gosok badan Lepa,lepastu baru jirus dia bagi bersih.

It doesnt take a long time to bath the elephant and lepastu kami semua pergi DeerLand Park sebab dekat ja dari National Elephant Conservation Centre ni.

Entrance fee : RM7 dewasa ,RM5 kanak kanak untuk warganegara Malaysia.Kalau selain dari tu agak mahal. Aku banyak tak snap dalam deerland ni sebab bukannya deerland sangat pun.Banyak lagi binatang lain macam ular,kura kura,burung etc.So rating aku dekat deerland ni 4/10 sahaja.

Lapar depa ni macam takleh bawak bincang.Nasib tak gaduh cakap cakap dekat situ.Kalo tak terkejut beruk aku.

Dah basah basah bagi mandi gajah pun excited lagi masuk deerland and got one sticker again! 

Tak lama pun kami dekat deerland ni,and terus balik homestay sebab kepenatan.

Thanks for reading! Salam sayang,syadiya xoxo.






Tuesday, 20 February 2018

Bahagia.

Assalamualaikum,
15 Feb 2018;tarikh ni parents aku pilih untuk memulakan percutian ke Pahang AND ALSO tarikh keluarnya result for student Uitm.It's quite stress.Aku tak confident langsung dengan diri aku.I told my parents aku nak try mintak ipg this year lagi and they dont agree with that. 

"Kalau tak minat jangan paksa diri" -parents

"tapi akaun susah"-me

And i still remember when i have finished all my exam,i had some chit chat moment with my parents .

"hm adik taktau adik jawab apa masa exam.rasa teruk gila" and both of them laugh and smile to me.LIKE WHAT?IM STRESS AND YOU THINK IT'S FUNNY ? t^t

Malam 14 Feb 2018,aku tidur awal dalam pukul 10 lebih sebab aku taknak fikir fon berbunyi sebab emel pasal result dah dihantar.It was a sweet night .Nyenyak gila aku tidoq weh!Kebetulan esoknya which is 15 Feb tu kami semua kena bangun awal around 4am sebab abah ajak bertolak awal pergi Pahang sebab taknak jem.

Aku bangun pagi 15Feb tu macam amnesia jap sebab serius weh aku lupa pasal result dah x)TAPI bila aku tekan ja button on dekat fon aku,aku rasa macam nak sumpah seranah sebab dah ada emel masuk noti.DAMN IT.Nak taknak,i have to face it.

Aku buka emel,aku baca.Banyaknya A.Macam...MACAM TAK LOGIK.
It was my blur moment sebab first time kan dapat result semester 1.Dahla buka emel masa pukul 4.30 lebih.Aku sebut "yayyyy"with a serak suara baru bangun tidur.HAHAHA.Pastu kakak aku tanya "dapat berapa?"

ME: DEKAN 

Pastu aku terus lupa nak mintak ipg sebab aku happy gila.Alhamdulillah for everything.Hope to see the new DL in the next 4 semester!


P/S: Next entry will be about my trip to Pahang.

Salam sayang,syadiya xoxo.


Wednesday, 24 January 2018

One World Hotel Yang Terbaik.

Assalamualaikum,
As holiday is around the corner,aku rasa mesti semua orang nak pergi bercuti.Tak kisahlah nak stay mana masa bercuti tu,tapi bagi aku paling selesa kalau duduk hotel.Selalunya family aku kalau pergi bercuti,selalu pergi dalam negara.Memang aku tak nafi kat luar negara banyak sangat tempat melancong tapi apa salahnya kat dalam negara kita sendiri weh?Seronok jugak ok!Pastu kita pulak sejenis kalau nak gi bercuti mesti nak luar bandar.So harini aku nak ajak hampa semua try bercuti dalam bandar pulak.Apa salahnya kan? Aku nak suggest satu hotel ni that is One World Hotel yang sangat bagus dan puas hati! One World Hotel ni dekat Bandar Utama so memang percutian di bandar lah,tapi jangan risau sebab serius takkan rugi langsung.
Sebab apa aku cakap bagus dan mesti puas hati?Sebabnya hotel ni dah bertaraf 5 bintang guys!  Lagipun servis dengan kualiti memang 100% dijamin. Ramai orang cakap kat aku tempat fitness hotel ni wajib cuba so not bad juga lah. Nak nak pulak tu hotel ni  bergabung dengan One Utama, shopping mall yang paling maju di sini. So boleh la shopping sekali and jimat terus  masa sebab takyah nak  mengadap jammed nak pegi ke OU ni sebab sebelah menyebelah je weh. Dah nama pun percutian bandar,memang senang sangat nak dapatkan pengangkutan macam UBER dengan GRAB .Murah pun murah.Jimat lagi duit.Bukan tu je, MRT pun dekat so lagi senang nak bergerak pergi tengok tempat lain.

Sesiapa yang ada urusan kerja kat area Bandar Utama bolehlah duduk hotel ni sebab hotel ni ada tawar corporate rate.So  korang semua, book one world hotel on Traveloka untuk memudahkan korang.Hotel ni sediakan 438 bilik hotel,memanglah nampak banyak tapi maybe sebab dalam bandar,so memang cepat sangat weh habis.So aku suggest korang book awal awal dekat Traveloka sebabnya kadang kadang pelancong luar negara or yang duduk luar selangor pun duk duduk One World Hotel ni.Memang kebiasaankan kalau orang luar datang negara kita and kita pulak datang negara lain.
   Dekat hotel ni tersedia bilik suite eksekutif,so kalau korang ambik bilik ni memang kemungkinan besar akan dapat kerusi urut personal.Seronok kan?Boleh bayang tak dalam bilik hotel sendiri ada kerusi urut?24 hours dalam bilik tu boleh dapat urutan auto tau so takpayah susah susah nak pergi SPA nak relakskan badan sebab spa centre pun dah 5 bintang.Dah nama pun 5 bintang so memang nilah percutian mewah kalau memang korang tengah cari and also hotel yang tarafnya international macamni confirm kualiti servis diorang ambil berat.
Lagipun ,One World Hotel ni ada facilities yang lain.Contohya ruang ruang mesyuarat dan dewan,so hotel ni memang dapat buat event.Tak lupa jugak,kat sini ada bilik bilik khas bagi korang yang menginap di bilik bilik Executive dan Premier.Jadinya buat yang bermalam di bilik bilik ni,korang memang akan dapat keutamaanlah untuk daftar masuk di Peridot Club Lounge tanpa perlu nak daftar daftar di meja penyambut tetamu yang biasa.Bukan setakat tu je,korang jugak boleh sarapan,makan tengah hari and menikmati makan malam di Lounge yang sangat eksklusif dan peribadi.Then,minum petang pun ada sedia jugak.Memang perut boleh kenyang sangat.Syoknya weh!Hahaha

Hotel ni jugak sajikan hidangan terbaik di restoran restoran terkemuka yang terkenal around Kuala Lumpur termasuklah Cinnamon Coffee House,Restoran Jepun Kura,Restoran Cina Zuan Yuan,dan beberapa tempat makan lagi.Tak kisah lah sajian Asia or western,semua tu ada dekat One World Hotel ni.Memang rambang mata nanti nak makan tau!Bagi aku,sajian buffet di Cinnamon Coffee House hotel ni berkemungkinan yang paling terbaik di Malaysia.Sebab apa aku cakap macamni?Sebab banyak sangat pilihan dan jugak nampak menyelerakan boleh buat diri sendiri terliur.Tak berbunyi ke perut yang tengah baca ni?Hahaha.Aku seratusperatus boleh jamin yang korang akan berpuas hati!
 
Dah jadi kebiasaan jugak untuk syarikat yang ada ramai staff,mesti diorang akan buat kursus,latihan or family day kan?Jangan risau sebab One World Hotel ada menyediakan tau tempat tempat untuk beraktiviti!Tapi kalau tengah kursus tu jangan nak ponteng pulak pergi One Utama yang sebelah hotel ni.Kot kotlah nak pergi tengok wayang.Hergh,tak pasal pasal ilmu baru yang masuk tu terbang.Hahaha.So,bila lagi kita nak support hotel hotel tengah Bandar kan?Asyik pergi pulau sana,pulau sini je,bila pulak nak try dalam bandar so nilah masanya guys. Try rasa kelainan sebab bercuti di kesibukkan Bandar.It’s quite rare tau!

So untuk yang dah book hotel bolehla have fun and enjoy it ! And yang belum book tu nak tunggu apa lagi?Boleh book sekarang dengan tekan link yang dah aku gariskan and boldkan tu.Aku bawak terus korang gi book.Easy mizi je weh! Jangan tunggu lama lama nanti bilik semua full menangis tak berlagu nanti weh=’) Hahaha.Let’s try this awesome holiday in town!


Thursday, 18 January 2018

Kisah Roomate Penyayang

Assalamualaikum,
Disebabkan saya baru sahaja balik ke rumah,jadi saya ada sikitlaaa rasa rindu dekat rumet saya yang agak rumit ni.

(Omg i hate the way that i smile before i wear the long powerchain.Ugly duckling!)
The left one is me,the purple is Ainaa aka Na'a (please speak it properly haha!),belakang sekali is Sofea aka Pia,and depan Pia is Anniesa aka Niesa.

Im the roomate with a nagging style.Like yeah,nagging you knowwwwww.Suka bebel gitu.Na'a pulak jenis suka gaduh mulut dengan aku.Sofea paling pendiam dalam bilik senang cakap kalau tetiba lempar barang dia luar bilik pun dia macam tak kisah maybe and diam jugak maybe??And Niesa is soooo pekak 24 hours sumbat telinga tu dengan earphone!Tengok aku dah nak nagging ni?

All of us from faculty accountancy except...PIA!My pity went to her sebab dia paling banyak penat dalam bilik aku rasa.All the time she will read the science book...Dahla tebal....Hm.....

While the accounting students love to tengok movie together on the weekend.Weekend yalls tambah dengan baru sem 1 lagi asyik la tengok movie.Pia selalu pergi bilik sebelah kalau nak study sebab bilik sebelah aku sorang akaun,3 sains.

Aku perangai jenis masuk air dan yang sama naik masuk air dengan aku adalah Na'a.Kalau bukak lagu tu,kalau boleh nyanyi sama sama macam akulah juara padahal suara macam itik dengan angsa sangat!

Roomate aku pulak yang paling baik dan sangat sopan adalah PIA.Sopia=sopan.Sopan=sopia.Em mecing mecing.Aku cakap dia sopan sebab dia tak pernah kentut dalam bilik.Macam aku dengan roomate aku yang lain semua kentut bersepai.Hahahahaha.

BUT,THAT ONE DAY...
Me:*kentut
Pia:EEE!PERGI LA KENTUT DEKAT LUAR.

And all of us like...
WHOAAAA
:o
:o
:O
Pia said that?!Terus aku malu em K.Mari berhuhu.

AND ALSO THAT ONE DAY,Na'a and Pia balik that week kecuali aku dengan Niesa.So tinggal kami berdua jelah.Pastu malamtu,aku tidur lambat dalam pukul 2,main main ws dulu and rasa cam nak peepee,lalu aku pun pergi la ke tandas berseorangan sebab lampu koridor ada.Biasan cahaya lampu tu menampakkan yang Niesa dah tidur.So aku cam oh ok takpalah sebab baru kejap tadi dengar dia nyanyi lagu korea(she is k-popper guys-.-) .Pastu lepas peepee aku masuk tutup pintu apa semua,sambung tengok fon.TIBA TIBA,
Aku dengar someone menyanyi.

Niesa,

Dia ada dekat depan meja study tengah berdiri.Aku panggil dia buat taktahu and teruskan menyanyi.Padahal tadi aku nampak dia dah tidur kot?!
IF all of you at my situation mesti ingat dia ni dah kena sampuk ke apa kan?Sumpah kuat gila aku panggil "Niesa Niesa!"padahal jarak aku dengan Niesa dekat je pun pahal tak dengar ni confirm kena sampuk pastu aku rasa nak maki hamun masa tinggal berdua ni lah tetiba nak kena sampuk pehal kan.Rasa nak meraung guling guling.
Pastu aku ambil alternatif nak bukak lampu,baru nak pergi bukak lampu niesa menyahut cakap 

"YE?APE?" 

damn guys.Dia pakai earphone sebab tu dia tak dengar.Nak luruh jantung mak nak oi='))))

Okay next Na'a pulak.Dengan Na'a ni paling banyak aku rasa .Tambah tambah bab gaduh tu nombor satu.Dia suka marah sebab alarm aku ada 30 tapi satu pun tak pernah aku bangun=") Thanks korunkkk sebab tabah dapat roomate macam saya padahal taklah setabah mana.

Na'a:Dikya pagi tadi alarm ko berbunyi aku rimas gila ko tak bangun nak tutup pun.Pastu aku sampai pergi dekat katil ko nak tutup tapi tak jumpa fon ko.
Me:Hehehehe,ada belakang badan kot tersorok.

Also Na'a
Na'a from bilik air:Dikyaaa!Ambilkan towel aku.
Banyak kali pulak tu guys (tepuk dahi)

And also Na'a
Me and Na'a in gaduh gaduh mulut situation dan ayat ni mesti keluar dekat mulut dia 
"Kau keluar bilik sekarang dikya!!"


Sekian sahaja kisah roomate saya yang penyayang.Ops sorry 'ex' roomates la =P

From left:Pia,Niesa,Me,and Na'a
Pia:You tengok tangan i ni ade ape?!
Niesa:I pun taktahu jap pikir
Me:Ahahaha nak gelak jap sopan ciked la top mulottt
Na'a:ehehehehe

Masa one day kenal.Semua cam acah sok suci sangat!

From left:Me,Pia,and Na'a 

 Me and Niesa


From left:Me,Na'a and Pia.


Thanks for reading.
salam sayang,syadiya xx.

Wednesday, 17 January 2018

Hello 2018!

Assalamualaikum,
It's been a long day,month,and also year (?) I did not update my blog =( Bukan sebab apa,sebabnya aku agak busy tak sempat nak update as i am a full time student now and struggling with account is quite stress.Kenapa aku rasa cam segan segan eh nak update?=( HaHa.So, i just finished my final exam and that's mean aku dah habis semester 1! Yehuuuu tolong support kegembiraan aku plis=')

Pastu harini cam nak throwback balik gambar gambar 2017 sebab rasa 2017 ni macam manis manis gula=')
Ini adalah gambar dimana usaha dibayar cash dabombbb when i got the good result in spm tapi malangnya bila ko masuk u,result spm tu orang tak tengok dah tau! So anggap ja result spm ni hadiah untuk diri sendiri ingat yang usaha hang dah dibayar=)

Went to Uitm Tapah as i got to further my study there.It was so amazing to be there like yeah mds was 'fun' (bersama emoji lap air mata).Roomate aku ada 4 orang campur aku.Sorang orang KL,sorang Johor,and sorang negerisembilan.And aku lah paling kuat nagging.Lol!Hahaha.Gonna miss all of them as a roomate sebab sem 2 nanti dah tukar roomate weh=') Semua jenis pembersih so masing masing cakap taknak roomate pengotor please.


Ini classmate saya masa interim.From left;Nisa,Ainaa and me the cutie Syadiya.Ehehehek.Roomate merangkap classmate pun boleh guys.Masa interim 24 jam aku nengok muka dia.Pastu masuk sem1 kelas tetiba auto pulak,so berpisah jua kami bertiga.

It's Raya AidilFitri day but i dont have any entry raya=')sedih sangat sangat sebab dah agak lupa blog.HaHaHa.Baju raya made by mak.com of kos.

From left:Azi,Me,Teah,Pijah,And Su aka Farah.
Ni rackun rackun seperjuangan sem 1 saya.Kawan gossip,borak borak,lepak makan.I have a lot photos with them tapi takkan nak letak semua so ambik yangni macam proper BUT still,they said iam the spoiler.Betul weh,aku kalau ambik gambar dengan depa,muka depa dah elok tapi tetiba sampai muka aku je mesti jelir lidah la,mulut muncungla.Hahaha!Sorry guys.Lots love ok.

Done 14/14 weeks with them.Semester one punya classmates is cool enaf babehhh.By the way,still tak cukup kalau tangkap gambar.

Mari tutup entry ini dengan muka sendiri.Muahahaha.Seperti biasa,azam tahun baru semoga saya mendapat 4 flat setiap sem.=')

Salam sayang,syadiya.xx