Friday 12 November 2021

Cara unlock course hero (bayar below RM1)

 Assalamualaikum, 

lama dah aku tak update blog story story sikit sebab aku lazy =')

Disebabkan sekarang dah masuk new semester, jadinya mestilah ada berlungguk assignments and tercari cari dekat mana nak rujuk certain questions. Aku very tak reti ya nak unlock course hero, so caranya adalah:


"Unlock it thru shopee"

Btw ni bukan entri berbayar tau weh. Yang senangkan diri aku, memang aku share. Hahaha

So caranya, unlock jee thru shopee. Maksudnya, you guys boleh beli pakai shopee. Aku selalu beli dekat shopee @popcatstudy for only 86 sen untuk satu pdf.

Caranya:

1. Klik beli
2. Contact seller
3. Kasi email and link course hero yang kita nak unlock.
4. Tak lama lepastu, diorang akan emel kita the pdf  =)


Easy as satu dua tiga weh.




Ni contoh aku chat seller berkenaan. 


Semoga membantu =) <3

Tuesday 14 September 2021

Result semester 5 degree

 Assalamualaikum, 

lama gilaaaa aku tak update blog. Aku selalu ja jenguk blog aku tapi aku takda mood nak taip. Wahahah. So dikesempatan ini aku nak berkongsi kegembiraan aku :') Aku berjaya dapat dean list lagi untuk third semester odl (online distance learning). Masalahnya aku punya result adalah benda yang aku sangatlah tak jangka aku akan dapat. Out of my mind weh result aku dapat.


Alhamdulillah :') It is beyond my expectation. Result kalini terlampau baik untuk aku. Hahaha aku expect aku tak dekan sebab ODL for the third time was super hard. Aku jadi demotivated.

Tips aku semester lepas adalah "Jangan tangguh kerja, jangan procrastinate. You gotta do what you gotta do"

Terimakasih untuk my friends yang banyak gilaaaaa tolong aku during past semester <3

Salam sayang, syadiya

p/s: aku nak cerita pasal braces tapi tengokla kalau terbukak hati hahaha


Wednesday 28 July 2021

Got my first vaccine shot 💉!

 Assalamualaikum,

Dah nak dekat 5 bulan aku tak update blog hahaha gila betol. Semuanya sebab aku busy online distance learning punya new semester. Bayangkan last aku update adalah masa awal nak start semester dan sekarang aku dah habis semester and sedang final exam. Waddefish ._. 

So kisahnya aku nak cerita la sikit sebagai kenang kenangan yang aku dah dapat first shot of vaccine masa 20 July 2021 itu hari. Aku dapat vaksin dekat poliklinik, so tak ramai orang sangat.

Disertakan disini gambar aku selfie dengan borang vaksin jelah ekk. Sebab aku punya muka masa tangkap gambar memegang kertas "saya sudah divaksin" agak huduh :D


So my side effects lepas cucuk adalah:
1.Sore arm
2. Sakit kat bahagian lengan
3. Sakit kepala
4. Rasa nak demam

Sakit kepala dalam 2 days, yang sore and sakit arm tu about 3 days kot. Rasa nak demam tu 1 days after. Dahlah aku ada paper esoktu. Aku cepat cepat makan panadol lalu rasa nak demam tu pun berlalu. Hahaha. Lain lain effect tak ada. By the way i got comirnaty vaccine (Pfizer).

Lama jugaklah aku tunggu nak dapat vaksinasi ni. Aku register mysejahtera since 23 Feb 2021 kot :') so aku quite happy. Don't worry guys, later might be your turn!❤️

Thanks for reading,
salam sayang syadiya xoxo







Friday 26 March 2021

Result semester 4 degree dan projek cuti sem .

 Assalamualaikum,
lama gila aku tak menaip dekat blog sebab aku malassssss sangat hahaha. 2 hari lagi dah nak start semester baru online distance learning (yeap still ODL for the third time). Makin lama soalan exam makin susah ya ala ala kemahiran berfikir aras tinggi tapi sebagai seorang student yang baik, kita kenalah berusaha semampu habis dan berdoa kepada tuhan supaya dapat dekan :')

Dan alhamdulillah aku berjaya dapat dean list lagi semester ni. Aku bersyukur sangat sangat walaupun pointer aku takdalah tinggi mana pon. Dia cam tak satisfied sangat pun for me tapi aku bersyukur. Terimakasih kepada parents, kawan kawan yang banyak tolong ðŸ’–
Apa yang aku tak suka pasal odl ni sebab masih ada group assignments. I hate group assignment. Semua kena bincang pakai whatsapp, takleh nak maki maki groupmate depan depan. Hahahah tibeh.

Okay cukupla sembang pasal ODL nanti kemarahan aku makin membuak pulak. Dahla lagi 2 hari nak start ODL balik. Malasnya ya tuhan. 
Mari aku cerita, cuti semester aku start 12 Feb sampai 27 March ajaa, nampak pendek tapi aku rasa bosan nak mampus asyik asyik kdrama, tak kdrama movie. Repeatlaaa dua ni sampai rasa nak menangis. Hahaha pastu kawan aku bagi cadangan suruh aku try buat embroidery bagi hilangkan bosan.

So aku pun belilah embroidery set dekat shopee. 
Inilah hasilnya :)

First aku buat yangni dulu. Ambil masa dalam 5 hari nak siap sebab sakit belakang weh duduk lama lama menjahit benda alahni. Hahaha. Dekat set embroidery ni dia bagi sekali jenis jahitan yang kena buat and kalau aku tak faham how to stitch, aku akan straight belajar dari youtube sampai aku reti. Sebenarnya nak embroidered ni senang aja weh. Serius. Hehe. Btw gigih aku nak pakai filter instagram tapi sucknya quality. Erghhh.

Then, lepas siap yang first embroidery aku, aku take a break dalam 2 hari and baru start the second embroidery. (I bought 2 sets of embroidery). This is the result for the second embroidery:

Tadaaaaa! I try to stitch my name hahaha nampak macam ugly but its okay first try kan.


My two embroideries ðŸ§µ 
Finally i have a new skill ya! Rasa best pulak bila embroidered ni sebab melatih diri supaya bersabar untuk siapkan dua benda alahni. Hahaha

Proud of myself. If i don't who will? T^T

Thanks for reading,
salam sayang, syadiya xoxo.


Saturday 2 January 2021

BRACES PART 12: cabut dua batang gigi bawah + tips berhentikan darah

 Assalamualaikum,

Hi semua! Selamat tahun baru 2021! Curi masa kejap nak update pasal cabut dua batang gigi bawah on 19/12/2020. Nak dekat 2 minggu jugaklah aku dah nyahkan gigi bawah aku. Wahahaha. So cerita dia camni, kenapa aku cabut 2 batang gigi bawah after dah near 4 tahun pakai braces kan? Ni semua sebab aku selalu tangguh masa. Hahaha aku memang taknak cabut so aku duk buat rehearsal mengelak ngelak setiap kali dentist suruh cabut. Contoh:


Dentist : Okay awak kena cabut gigi bawahni. Saya cabut harini jugak boleh?

Me: Eh takbolehh saya banyak tests mingguni

Dentist: Kalau macamtu nanti free awak datang. Jangan lupa whatsapp klinik dulu

Me: Okay


Lepastu berminggu minggu laa aku malas sangat nak cabut. Sampai aku rasa macam "ala nanti kena cabut jugak. Better sekarang aku cabut sebab nanti lagi busy dengan macam macam assignments."

 So alhamdulillah aku berjaya cabut dua batang gigi bawah aku:')

Rating kesakitan: 4/10 sahaja.

 Senang cakap, ada ulser lagi sakit😂 Cabut gigi bawah sebenarnya tak sesakit cabut gigi atas. Cabut gigi atas sakit sangat. Pastu cabut gigi bawah ni, aku sangat bangga dengan diri aku sebab klinik bagi 6 pil ubat tahan sakit, and i just ate one!! So memang bearable lah sakit tu. Aku tak ingatlah braces part berapa yang aku cerita pasal aku cabut gigi atas, tapi memang merana kalau ingat cabut gigi atas. Whaha

Cabut gigi bawah punya experience:

🌼 Dentist cucuk ubat kebas dengan kelembutan so masa cucuk pun tak sakit sangat

🌼 Kebas lepas cucuk tahan lama dalam 2 jam or more so i don't feel the pain.

🌼 Darah berhenti cepat jugak. Cabut pukul 2, pukul 5 dah berhenti :D If you read my previous post pasal cabut gigi atas, darah aku tak berhenti sampai esok hari ya. So aku sangat takut kalau gigi bawah pun darah lambat berhenti.

🌼 Only take satu pil ubat tahan sakit sebab the pain is bearable

🌼 Disebabkan kebas sangat, aku tak sedar darah+air liur dah bercucuran meleleh terkena mask ðŸ˜‚


Okay ni pulak TIPS nak berhentikan darah secara cepat. Kawan aku student dentist so dia banyak bagi tips dekat aku (shout out to Alisya ❤️)  and it really works ya! Im happy ! Hahaha

1. Lepas cabut tu, aku terus letak ais supaya nanti tak rasa terlalu bengkak

2. Jangan gigit gauze (kapas) kuat sangat nanti dia akan disrupt blood clot and nanti lagi lambat sembuh

3. Jangan fikir sakit too much sebab nanti badan kita pun akan ikut sakit so natijahnya lagi lambat sembuh jugak

4. Makan aiskrim macam mcflurry or aiskrim vanilla but  i didnt have ice cream masani so aku banyak minum air ais. Punnn really help jugak hehe

5. Jangan makan makanan panas panas. Makan yang sejuk sejuk aja ya

6. Jangan makan makanan yang keras. Makan makanan lembut lembut macam bubur.

7. Jangan minum pakai straw

8. Kalau nak tidur, teruskan letak kapas and letak towel kecik bawah leher waktu tidur sebab takut ada darah+ayaq lioq tumpah. Hahaha

InshaaAllah darah akan berhenti cepat. Anyway cabut gigi mana je yang rasa selesa kan? Mesti akan rasa tak selesa. Nak cantik kenalah tahan. Wahh gituuu. Hahaha. 

By the way masuk 2021 ni nak dekat 4 tahun aku pakai braces :) Gigi aku lambat gerak sebab aku jarang sangat pergi appoinment. BUT i still and always enjoy wearing braces ðŸ’– 

Terimalah GIF saya dan kakak bersama my rata teeth :D (tapi still jongang wahaha)

Thanks for reading :) Salam sayang, syadiya xoxo.


Read more about braces:


DO LIKE