Sunday, 22 November 2015

How Girls Build Their Confident.

Assalamualaikum,
Aku suka baca kontroversi kontroversi yang selalu melanda twitter.Hei bukan kontroversi retis tau tapi ni kontroversi pengguna pengguna twitter yang timbul di TL twitter aku.Haritu aku baca ramai girls yang mengamuk sebab sorang user twitter ni tweet yang perempuan yang selalu makeup adalah perempuan yang fake.

Bagi aku,tak pun.Aku tak menyokong langsung statement user berkenaan.Make up is the way for girls to build their confident sebenarnya.Masa aku tak matang doluu doluuuu kan,aku selalu menggunakan effect yang akan menutup acne dan scar aku yang berlambak lambak.Apakan tidak,aku adalah golongan remaja yang mempunyai muka yang tidak licin.Haha!

Dekat luar dia buruk weh,dalam gambar kemain dia cantik!

Bukan tak pernah,tapi pernah je aku kena kutuk dengan secebis dua budak sekolah aku macam statement di atas kerana aku mempunyai liker yang banyak padahal gambar aku tu adalah gambar FAKE katanyeee.Masa ni zaman facebook adalah sangat meletup seperti popcorn meletop.Kekeke.Fake bukan apa,fake sebab tutup acne dengan scar ni ha.Terus aku tertanya tanya pada diri aku :

Habistu,takkan aku nak upload gambar yang hodoh,penuh acne dan scar serta menampakkan aku seperti hantu?

Sapa je nak upload gambar yang tak cantik?Yang air liur tengah tumpah tumpah? 

Kadang kadang,gambar 100 keping pun belum mampu melekat di hati aku  ok.Heheheee.Kau same kannn.Nak nak lagi gambar kelas,mahu 1 ribu keping baru boleh puaskan hati semua orang.Haha!

Aku golongan manusia yang tak adalah pergi merata hala konfiden aku tinggi melangit.Aku sekarang pun masih ada gak acne dengan scar.Acne bukan senang weh nak hilang.Tambah lagi scar.Makan masa berbulan bulan.Bila tengok kawan kawan cantik dan muka depa ploles gila bak ang ,aku pun taktau masani aku jadi macammana.Cuma berharap "i wish i get her skin!"  

Perempuan mana yang tak nak nampak cantik.Semua nak hoih.Foundation,bedak,gincu,eyelinear,blusher,lipbalm,bulu mata pelesu,pengepit bulu mata dan segala tok nenek is the method untuk nampak cantik.Zahirnya,manusia suka tengok yang lawa lawa,dan suka nak nampak lawa.Sapa je suka tengok benda buruk buruk kecuali setan.Hahaha!

Cuba bayangkan kalau pergi kenduri kahwin,si pengantin perempuan nampak pucat sebab tak mengenakan sebarang make up.Ada ke orang nak puji?Tah beratus orang pulang balik apa?Haaa.Sebabtu bagi aku,makeup ni tak salah di mana mana pun.Malah,menambahkan konfiden perempuan.Wah sembang kencang macam mak mak aku ni.Kahkah.



Salam sayang,syadiya.



Thursday, 19 November 2015

Result PAT.

Assalamualaikum,
Alhamdulillah,result PAT turns good.


Ini bukan untuk riak dan takaburrrr,cuma berkongsi kegembiraan yang diluar jangkaan.Terimakasih mak abah,cikgu cikgu,kawan kawan yang banyak tolong. daripada aku kosong sampailah dah berotak penuh.
Asek no dua je aku ni sebab i cant beat the first!Hahaha.Tapi inshaaAllah boleh.Cuma apa yang aku boleh cakap,UPSR and PT3 is not the end of your world.Positif kan diri kita sendiri walaupun aku rasa aku ni adala gak malang malang dia.Kekekeke.
Tak lupa juga,terimakasih yang tak berpenghujung untuk dak dak classmate 4 Akaun for the sweet and damn memories in this year! Taun depan dah SPM.Rasa macam budak budak yang layak lagi main gelongsor,papan jongket dan buaian.Haha!


Salam sayang,syadiya.


Tentang si Manusia Melayan si Manusia dengan Tidak Adil.

Assalamualaikum,
Entri kalini formal sikit.Semua orang pernah rasa agaknya.

Kita semua ada hati,yang diberi yang 'kadang' dihargai yang kadang dicerca,dirobek,tak cukup dirobek,dipijak sampai hancur.Sedih bukan? 
Apa yang hati kita selalu buat adalah yakin bahawa seseorang amat perlukan kita.Contohnya "dia bestfriend aku betulni"padahal baru mengenali dua tiga bulan.Eh betulke?Eh yakin sangat ke? Apa yang aku nak pesan disini,kita jangan seratus peratus yakin bahawa dialah orangnya!Yang aku cari selama ini.NO! WE WILL NEVER KNOW siapa yang akan setia sampai kita hembus nafas akhir,yang setia jadi kawan baik kita,teman rapat kita sampai kita hilang.

Aku jugak menanggung benda yang sama,terlampau percaya,terlampau yakin bahawa bila menganggap bahawa dia bestfriend,makanya dia akan yakin dan anggap yang kita juga bestfriend dia.But,who knows hidup ni bukannya selalu adil.Yang adil hanya si Dia. Kita main agak agak yang dia pun anggap kita "bestfriend" padahal dalam hati dia memanggil kita "hei bajingan!" "hei lahanat!" siapa tahu bukan?

Lepastu esok esok lusa dah macam tak rapat.Tiba tiba dia keluar dengan manusia yang lagi baik daripada kita.Bestfriend baru.Apa yang bakal kita rasa ? Sedih.Rupanya apa yang kita yakin selamani hanya dianggap sampah di tepi jalan yang disepak manusia.Haha! Apa yang kita rasa bukanlah pada seluruh anggota fizikal tubuh badannya, tapi apa yang kita  rasa adalah RASA PERCAYA yang sama sama kita yakin walhal yakin itu hanya terletak pada diri kita.


Allahu.Pengajarannya,DONT TRUST ANYONE. Ajar hati berdikari.Manusia akan pergi dan kembali. 

Salam sayang,syadiya.

Wiwin sangat pandai

Assalamualaikum,
Aku ada 4 orang adik beradik campur aku.Aku si tengah.Bawah aku ada lagi dua orang.Sorang lelaki (Syafi),sorang perempuan (Syafa).Bukan kembar pun, nama ja lebih kurang.Aku selalu bgtau adik aku si perempuan ni bahawa "mak malas kut nak letak nama hang so senang senang ubah ja nama syafi jadi syafa kakakaka".Yang kecik sekali ni kami panggil Wiwin.Tak panggil adik sebab family aku yang lain dah panggil aku adik. 

Walaupun adik aku dua dua ni mempunya gender yang berlainan,tetapi kedua duanya seakan akan dianggap lelaki oleh kami sekeluarga.Sebab Wiwin is totally like a boy!No maksud aku dia bukan berpakaian seperti lelaki,tapi dia memang asek duk kawan dengan cousin cousin aku yang lelaki.Lepastu faktor dia lebih rapat dengan Syafi.Dia tak berapa rapat dengan aku dengan kakak aku sebab gap dia dengan kami dua jauh beza.Aku gap dengan dia 4 tahun.Kakak aku 5 tahun.

Dah nama pun anak bongsu woih,mestila dia segala galanya.Si manja,si mengada pastu paling seronok bila aku,kakak aku,dengan si Syafi cakap dia anak angkat,anak hindu dan sebagainya.Dahla muka dia lain sikit.Haha! Paling aku ingat dia pernah nangis nangis tanya mak aku betulka dia anak angkat,mak pun bersubahat sama menjayakan misi penipuan kami ni dan berkata "ya" hahahahaha.Last last dia tanya atok aku.Sebab atok aku ni jujur,dia cakap kami semua main main ja.Punah disitu jeler misi nak kenakan Wiwin.

Orang cakap si bongsu ni jenis malas belajar.Memang pun.Adik aku ni dah 12 tahun sekarangni,tapi perangaii tak berubah ubah!Tau nak main ja.Lepastu rajin pulak mengasuh anak pakcik makcik aku yang kecik kecik.Tak matang langsung -_- .Setiap hari diajaknya kami pergi rumah atok sebab nak kawan dengan budak budak.Kadang kadang sampai menangis sebab tak dapat pergi.Kahkah.

Darjah 6 la makbapak luar sana nak paksa anak gi tusyen sebab nak pandai.Ada gak yang tusyen kat sekolah je.Macam adik aku memang tusyen dekat sekolah.Tapi aku boleh kira dengan jari berapa kali dia pergi dan tak boleh kira dengan jari berapa kali dia tak pergi.Ya you know what i mean.Hahahaha.Dia selalu tak pergi.Kerja dia tersadai dekat rumah atok aku.Pastu naik basikal,pastu beli aiskrim,pergi mancing dan yang sewaktu dengan 'bermain'. 

Kami sekeluarga memang tak boleh nak jangka berapa dia dapat untuk UPSR.Sebab base on cerita yang aku dengar dari kawan kawan aku,budak malas belajar ni selalunya result dia gempak gempak.Wiwin ni memang cikgu tak target ah nak dapat 5A.Cikgu target dia 3A.Tapi dia jenis tak kisah.Kan aku bgtau tadi dia ni malas belajar so dia kisah apa kan.Hahaha.

Lepastu dua hari lepas masa dak dak UPSR dapat result,abah ambik aku masa balik sekolah.Dia suruh teka Wiwin dapat berapa A.Tapi yelah,nak meneka ni susah.Adik aku ni tak dapat dijangka.Jahat gak aa,aku teka dia dapat 3A je weh! Hahahaha.Last last abah cakap "Wiwin dapat 4AIC". Aku terus gelak terkekeh kekeh terbahak bahak kalau boleh anak tekak ni nak terkeluaq bak hang.Hahahaha! Serius aku tak jangka.Balik balik sekolah,mak aku terus tunjuk gambar Wiwin menangis sebab dapat result 4A nya tuu.C biasalah,bahasa inggeris.

Tapi aku rasa dah cukup power la Wiwin dapat 4A even dia main,dia mancing la dia perangai tak matang.Dont judge a book by its cover ok.Hahahaha.Siblings aku result semua lain lain.Kakak aku 5A,aku 3A2B je weh T^T,yang adik aku lelaki tu(Syafi)2A3B,And lastly si bongsu Wiwin 4A1C.

We proud of you Wiwin =)

Siblings wear the same ok! Tudung hitam,Wiwin,tudung oren,aku dan tudung krim Kakak aku. (Flashback eid mubarak)

Salam sayang,Syadiya.



Saturday, 14 November 2015

Perihal Nama.

Assalamualaikum,
Masa aku kecik aku ada satu sifat,sifat suka merajuk.Rasanya sampai sekarang kot sifat tu,kecik ka besar sama ja aku rasa.Muahahaha.Aku pernah merajuk sebab nama aku cam pelik...Aku selalu tanya mak abah aku kenapa nama aku lain daripada adik beradik aku yang lain.Nak nak lagi adik aku yang kecik sekali tu asyik cakap macamni :

"Nama kami semua dua suku kata,hang sorang ja tiga suku kata" 
Pastu bila aku tengok tengok balik memang nama aku sorang ja tiga suku kata.
Syaza,Syadiya,Syafi,Syafa.Nampak tak kesedihan aku di skala ritcher berapa?Kekekeke.Aku pun macam,aahla.Kenapa nama aku sorang ja woi.
Pastu aku suka tanya mak abah aku maksud nama aku,tapi depa pun macam krik krik,krik krik.Sobs gila.Bila search je keluar maksud syadiyah iaitu "menyanyi" .Gila tak gempak.

Pangkal nama pulak Safiah.Nama macam orang dolu dolu gitew.Bayangkan classmate aku kat skolah lama panggil aku "Peah".Mak abah aku bagi nama elok elok tau! Banyak kali gak aku tanya mak aku kenapa bagi nama Safiah ni.Last last she ended up with saying "Haa,wardina safiyyah tu burukka namanya".Terus aku berbunga bunga,betul lah sedap gak nama wardina safiyyah =)Hikhik.Cerita sebenarnya Safiah sebenarnya nama nenek aku.

Ada satu hari,abah bersungguh sungguh cerita yang dia bgtahu nama anak anak dia dekat kawan dia.Lepastu kawan dia cakap nama aku paling sedap.Dalam hati abah ni nak ambil hati ka lagu mana?! Hahahaha.Aku takdala percaya sangat. Tapi bila masuk sekolah menengah,sorang cikgu ni rasa nama aku pelik.Boleh pulak dia cakap dekat aku "Haa,nanti balik tanya mak ayah awak apa maksud nama awak".Hek elehhh,cikgu jeles lettew nama cikgu tak pelik cam saye =') Hahahahaha.
Banyak benda jadi bila nama aku agak sedap ni tau.Kekekeke.Pernah sekali nurse yang datang sekolah cakap nama aku sedap.Terus berbunga bunga.Jadi,apa yang abah cakap tu betullah kut yang nama aku ni sedap.Hukhuk.

Aku ni dalam kalangan kawan kawan terkenal dengan satu nama ,iaitu Dikya.They dont call me Syadiya.Ada yang kata terbelit lidah.Ada yang kata susah panjang sangat.Pastu sebab classmate aku selalu sangat panggil Dikya,pernah guru kelas aku taun lepas panggil aku Dikya hoihhhh.Hahahaha.
Yang panggil Diya pun ada gak.Cikgu bm aku sekolah lama.Tak pernah pernah orang memanggil aku sebegitu.Terharu kembang semangkuk secawan sebaldi rasanya.Ew.

Dan sebenarnya,maksud nama aku adalah Alunan Suci (Syadiya Safiah).

Gambar sangatlah tak relatable untuk post ini


Salam sayang,syadiya.




Thursday, 12 November 2015

10 Tips:Bila Kau Exam

Assalamualaikum,
Ada sesiapa yang masih rasa tertekan melihat tajuk entri post aku tak?Kihkih.Sabar sabar,tips exam ni tahun depan aku boleh la usha usha balik bila aku nak exam.Baca balik ke entri sendiri?Ewww.Haruslah.Tahukah anda blog yang paling menarik adalah blog diri sendiri?Hahahaha.
Tips tips atau helah atau cara yang akan aku bagi ni aku dapat dari bermacam macam manusia.Antaranya adalah mak aku,orang yang aku sayang,dan tak lupa juga diri sendiri.Tapi lebih kepada mak aku lah yang selalu bagi tips tips bila exam ni.Exam dah habis baru tergopoh gapah aku nak buat entri pasal exam.Tapi tak mengapaaaa,dak dak SPM masih ada lagi tak gitu?Harap dapat membantu =)


1)Buat nota kecil guna pen warna warni.
Nak exam takkan nak usung kitab ke hulu ke hala weh.Jadi,keratlah kertas A4 atau testpad kepada 4 bahagian.Ikut suka nak besar mana.Asal boleh muat masuk poket pun dah okay sangat.Selamani aku adalah manusia yang menghabiskan berpuluh puluh helai kertas semata mata mahu membuat nota ok! Entah dalam kotak dah berapa juta puluh ribu aku punya note dari zaman form3. 
Nak nampak menarik nota anda agar tak nampak hambar dan kusam,gunalah magic pen.Aku guna faber castel RM3 dan tak lupa juga,aku guna highlighter.

2)Makan pagi.
Sepanjang exam ni aku duk makan benda ringan ringan macam biskut biskut je.Pastu cicah dengan air milo.Tak pun nescafe.Selalunya aku makan nasi tapi ubah sikit sejak exam ni.Takut berat sangat.Mesti anda tertanya tanya bahawa saya seorang yang kedekut kerana membeli roti kering bukan?
Hahaha!Bukan apa,selalunya aku beli yang sedap sedap asyik kena pelahap dengan adik adik aku ja.Belum sempat nak exam lagi tau dak =')

3)Spirulina
Natang apa ni hoii?! Hahahaha.Okay ni sebenarnya spirulina.Didatangkan khas dalam bentuk ala ala pil yang cinonet.Mak aku yang sarankan bila exam makan spirulina.Boleh menguatkan tenaga,tak ngantuk.Tapi serius bila exam aku memang tak ngantuk plus bertenaga nak jawab.
Harga spirulina ni 100+ tapi parents aku ahli so taktau la berapa dapat.You can try it.Spirulina ni famous lani.Sampai sekarang dah ada biskut spirulina.Aku pun takleh nak teka rasa biskut tu cana sebab spirulina ni cam rumpai lumut lumut rumput rasa dia.Eh pernah rasa rumput ke aku ni ?! Hahaha!

4)Minum susu
Beli susu tepung pun boleh lah bancuh.Tapi aku golongan malas so kita beli yang instant.

5)Tipu kawan:bila dia tanya jawapan,bagi jawapan salah.
Apa yang aku maksudkan ialah,selalunya bila kita terpandang kawan kawan masa tengah jawab exam ni,kekadang kawan jenis suka tanya jawapan ni akan terpandang kita.Alahai!Mata bertemu mata lak dah.Malas guwa nak layan.Kisahnya terpandang tapi kan dah kena..Haha!
Jadi,bila dia mintak jawapan,buat la baik sikit bagi dia jawapan.Selalunya soalan objektif jelah.Contoh,soalan no 6 kau jawab A,kau bagitau la dia jawapan kau D. 
Tipu untuk kebaikan tak mengapa rasanya?Eh sapa suruh kau nak tiru! Kira baik la tu aku bagi jawapan.Hahahaha.

6)Tidur cukup
Mata pun nak lelap jugak.Otak pun sama.Tak guna dah baca daripada pukul 8 malam sampai 6 pagi.Nanti otak jem.Kesian otak.Mata pun kesian jugak.Kalini paling lambat aku tidur pukul 2.Aku start study pukul 8.
Yang lambatnya sebab nak ingat dan cara paling berkesan nak ingat adalah sambil menulis.Sebab tu la terhasilnya nota nota aku yang indah indah macam atas tu =')

Kalau dah tak sempat sangat pukul 1.30 macamtu aku dah stop buat nota dan start baca sahaja.Masuk jugak.Tapi esok pagi tu kena bukak "kitab" sikitla.

7)Jangan lupa pada si kalkulator!
Untuk yang ambil akaun macam aku,kalkutor is the most priority for us! Bayangkan ada 4 sub(Akaun,Math,Addmath & Ekonomi)aku nak kena guna kalkulator.Pastu paling sobs gila kalkulator aku slow masa aku tengah study addmath!Dahla esok tu Addmath hoi.Jenuh nak contact kawan mintak pinjam jap.Sedih gila.

Hallo,kalkulator ni aku peram daripada form1 sampai form4 tau.Nampak tak cermat aku di tahap kemampusan mana?Hahaha.Takleh jadi jugak asek pinjam kalkulator orang,maka aku ajak mak aku pergi kedai jam tukar bateri kalkulator.Aku pun tak tengok keadaan bateri aku macammana.Tah tah dalam proses pereputan dan berkarat.Uhuk.

8)Jangan semak jawapan.Move on.
Lepas jawab exam haruslah aku bersama rakan rakan sibuk bermain teka teka jawapan.Amalan ini masih lagi tak boleh dihapuskan.Padahal tak baik nak semak balik.Ini menyebabkan fikiran tak tumpu exam exam akan datang.Aku lettew.Sekarang pun dalam proses memberi nasihat pada diri sendiri tentang sifat bidaah ini.kekeke.

9)Makan coklat
 Haruslah makan ketika jawab exam.Wah ngajar ye engko ni syadiya ?Hahaha.Bukan apa,mak aku cakap bila makan coklat manis ni apa yang kita lupa boleh ingat balik =) 
Pastikan line clear bila nak makan takut cikgu nampak tak pasal pasal makan hati kena denda luar kelas.

10)Doa
Amalan membaca doa,membaca bismillah seringkali dilupakan bila menjengah alam sekolah menengah.Sekolah rendah jeke pupuk macamni?Aku pun selalu beringat,sebelum bukak paper tu baca bismillah,doa dan macam macam lagi lah.Tips ni kakak aku bagi rasanya.Dia selalu bagi doa doa kat aku.

Wamaa taufiqi illa billah pun dah cukup baik yang bermaksud my success is only for Allah.

Cukup 10 tips daripada aku.Nak buat 20 jenuh pulak aku nak merodok.Kihkih.Supaya dapat membantu anda semua =)

Salam sayang,syadiya.


Wednesday, 11 November 2015

Happy Birthday Myself! (10hb)

Assalamualaikum,
Rindunya nak memberontak di ruangan yang satu ini! Huk over sangat.Dah 20+ hari rasanya blog ni kesepian setelah entry yang lepas pasal room deco yang macam kopok leko ja entrinya.Aku pun macam pelajar biasa gak,apa tidaknya aku pun ambik exam la ko tahu tak? Hahaha.Jadi,aku telah menabur janji yang begitu kuat pada diri aku yang aku takkan update secebis mahupun sebesar hama pun entri.Nak fokus exam lah katekan.Hek eleh drama gila aku ni weh.Hahaha.

Alhamdulillah!Syukur today is the last day of my examination.Last tadi paper ICT.Well,siapa yang ambil ICT mestilah tau yang ICT ni satu paper je.Tak macam sub lain.Pastu dak dak kelas aku pulak dibahagikan.15 orang ambil ICT,dan 10 orang ambil Sains Sukan.Sedih pulak aku tengok kawan kawan aku terpaksa menadah mata dan otak untuk menjawab exam lagi sedangkan lagi 15 orang sudah bergumbira k uols.Aku latuuuu.

Ya ya,kita semua sudah pun mengetahui bahawa 10 hb haritu adalah Deepavali bersamaan dengan date Birthday aku yang agak so so.Apa tidaknya asyik dibahan dan diucap dengan "Dikyavali" .Suwit sangat dorang ni tau wish birthday kita macamtu =') 
Disebabkan deepavali adalah perayaan,dan semestinya sekolah cuti, keluarga aku rancang nak pergi jenguk Kakak aku.Bagi semangat sikit dia kan SPM.
Birthday aku ni bagi aku taklah gilang gemilang sambutnya .Kalau takkk,dulu kemahen aku punya birthday party kawan kawan aku,mak aku,abah aku datang bawak hadiah jenis gedabak punya.Itu cerita dululah masa aku budak budak ! Hahaha.

Sekarang dah tak excited macam dulu sebab dah besar takyah gedik macam macam serta yang bukan bukan k gais.
Cadangnya mak nak beli kek untuk aku masa lawat Kakak.Tapi abah pulak dah lajak sampai sekolah Kakak.So weols makan ja apa yang dibawak.Mak aku bawak makanan seperti Ikan masak 3 rasa dan juga Cheesekut! 

Cheesekut ni berlemak gila.Kalau hari hari buat boleh naik 10 kilo dalam masa sebulan aku rasa.

Makan pulak lagi strategik tempatnya.Dalam sekolah Kakak.Sobs.Tak apa,asalkan aku senang hati makanan sedap sedap!Lepas dah habis makan,decide pergi Mall pulak dah kakak dengan adik aku nak main bowling.Disini aku pun macam konfius,sebenarnya Birthday sapa ni ? Haha! Aku diajak sebenarnya,tapi aku jenis tak reti main bowling.Asyik 0 ja.Baik aku yang berguling dekat situ.Heh.

Tengah depa main tu aku pun lencong la sesorang dekat Mall tu.Tetiba dekat luar tu ada mesin gambar ala ala jepun mata besaq.Haa.Hahaha.Sebelum ni aku pernah gak la ada experience masuk dalam kotak tangkap gambar ala ala jepun tu.Aku pernah tangkap gambar dengan cousin cousin aku.Masatu 3 tahun lepas.Kahkah.Memang gambar dia cantik gila.Harga pun cantik nak mampus.Padahal dapat 4 keping kecik ja bersamaan RM13.

Kalini semua ikut cakap aku sebab hari  jadi aku so bukan selalu nak dengar cakap aku yang entah hapa ni kan.
Aku,mak aku,kakak aku ,dan adik aku yang lelaki (sibuk gila) pun masuklah dalam kotak berkenaan.Wah kemain ok kami posing kalau boleh nak berguling guling posingnya! Hahaha. 

Maka,hasilnya :
Agak hambar sebab its dont turn good macam yang aku dengan cousin aku tangkap T^T .Waktu dalam kotak tu kemahen kami pilih nak suasana yang terang,mata cantik dan lain lain.Tengok tengok keluar rupa macam tanggaci filem tamil weh.Sesuai sangat dengan deepavali.Hahaha.
Tapi tak apa,buat kenang kenangan jalah gambar ni pada birthday aku.Jadi,gambar ni pun koleksi aku buat lekat kat dinding.

Salam sayang,syadiya.