Saturday, 28 March 2020

Jawab survey yougov boleh redeem RM70 dan benefits yang lain! (bukan entri berbayar)

Assalamualaikum,
Asyik asyik review movie ja dak syadiya ni :') hahaha takpalah mehla harini aku buat entri yang dapat memberi benefits to us. Straight to the point, kita mestilah suka kan buat benda yang dapat bagi manfaat dekat diri kita sendiri? Duduk atau baring tekan tekan smartphone pun boleh bagi manfaat dekat diri kita. Aku selalu jawab survey YouGov. YouGov ni survey berbayar. Sumpah nah aku cakap,  ini bukan entri berbayar. Ni feedback aku sendiri sebab aku dah lama buat survey YouGov and dah 2 kali redeem point and dapat duit RM70 (which mean RM140 sepanjang aku duk layan buat survey)

Buat survey ja pun weh, bukan hang kena p sental baju pun. Buat survey sambil baring pun dapat duit. Berapa minit ja dalam hidup hang digunakan untuk survey ni ๐Ÿ˜‚ First thing first, siapa yang belum ada akaun YouGov, boleh daftar dekat SINI (klik perkataan SINI tu, aku akan terus bawa hampa daftar).




Setiap kali ada survey baru, that survey akan naik dekat email hampa, and hampa boleh jawab. Topik untuk jawab survey ni random. Macam tadi aku jawab pasal covid-19. So memang aku jawab secara bersemangat! Hahaha. Btw jangan risau, jawab survey ni takda betul dan takda salah. Senang kata, survey ni macam opinion hampa sendiri terhadap sesuatu benda.



Ini contoh kalau ada survey baru, dia akan naik dekat emel macam gambar atasni. Tak kisah hampa nak jawab pakai laptop atau phone. Aku selalu pakai phone ja. Boleh guna google or safari(if iphone) untuk jawab survey survey ni.

And the best thing is, YouGov ni ada apps dia dekat playstore/appstore. So kalau takmau guna google or safari, hampa boleh guna apps YouGov. Jangan risau ye,fungsi dia sama jugak which dia akan bagi notification kalau ada survey baru yang hampa boleh buat. 

Berapa point akan dapat kalau buat survey ni?
My answer: depend on berapa pihak YouGov nak bagi. Aku pernah buat survey around 30 minutes hahaha tapi lumayan point yang aku dapat is 500 point okay!

Sampai berapa point baru boleh redeem duit dan benefits yang lain?
My answer: Kena capai 5000 point baru boleh redeem. And tak mustahil pun nak capai 5000 point kalau hampa rajin jawab. Halahhh, sambil makan keropok super ring pun boleh jawab ๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ
Contoh point yang aku dah dapat. And aku dah redeem RM70 from YouGov. Aku tak tipu tau. Tak baik menipu orang! Hahaha aku share benda yang manfaat so apa salahnya.

Selain redeem RM70, apa lagi yang boleh redeem pakai 5000 point?
My answer: ada lagi beberapa benefits yang hampa boleh pilih kalau taknak redeem RM70. Lemme attached you guys the photo for more better explanation.


So selain daripada redeem RM70, hampa boleh redeem:
1. RM60 topup
2. 2500 Air Asia BIG points (mean kalau hampa nak naik flight, air asia big points ni sangatlah berguna tapi aku tak pernah try sebab aku takda g mana mana plus tak reti dan akan belajar nanti. ok you can call me noob hahaha)
3. UNICEF Donation. Ni boleh bagi pahala dekat kita inshaaAllah =)

Buat survey ni kena rajin ja sebenarnya and overall survey YouGov ja yang aku berjaya dapat manfaat :') survey lain banyak cekadak. Hahaha. Tapi kalau hampa ada survey yang worth to do, boleh komen dekat bawah! Hehe

Lagi lagi in this pandemic time which is "corona virus time" apa salahnya kita goyang kaki makan keropok sambil buat survey. Takda sapa nak bagi RM70 dekat hang free free ok. Tapi survey YouGov hanya memerlukan effort goyangan dan pergerakan tangan ja untuk bagi benefits dekat diri hampa sendiri. Hoho.

Salam sayang, syadiya xoxo.

p/s: day 11 quarantine, hope we're still in a good mental condition :')


Friday, 20 March 2020

REVIEW MOVIE: 93 days & Contagion

Assalamualaikum,
so harini aku nak review dua movie yang cerita pasal virus. Sangat relatable dengan situasi yang kita tengah hadap sekarang ๐Ÿ˜Œ

1. 93 DAYS

Movie 93 days ni berdasarkan kisah benar yang jadi dekat Nigeria bila ada sorang lelaki ni dijangkiti virus Ebola. So doktor doktor yang rawat lelaki ni kebanyakkan semua dijangkiti virus Ebola jugak. And the best part aku suka pasal movie ni sebab i love to see how Nigeria handle virus Ebola ni supaya tak merebak dekat rakyat depa yang ada 21 Mil. 
Rating aku: 7/10 sebab boleh educate rakyat Malaysia jangan gatai duk keluaq merata and appreciate frontliner yang berhempas pulas rawat pesakit sampai ada yang infected jugak.



2. CONTAGION
Movie ni tahun 2011 punya, tapi sangatlah relatable dengan apa yang jadi dekat dunia kita sekarangni. Mengisahkan tentang seorang perempuan named Beth yang mati lepas balik dari Hongkong sebab kena satu virus. And virus ni pulak senang gila merebak. Macam covid-19 jugak. Kalau salam pun boleh berjangkit. Kat sini pun macam kebetulan cerita pasal rakyat buat panic buying and kena quarantine. Sampai aku rasa macam... producer movie ni memang tauka covid-19 akan berlaku sebab situasi lebih kurang ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
Rating aku: 7/10 

Thanks for reading!

Stay safe everyone, jangan keluar nanti polis kejaq hampa padanmuka. Kita duk ja rumah diam diam. Plus, tolongla kalau hampa adalah salah satu manusia yang pergi perhimpunan tabligh, tolonglah buat saringan. Bukan doktor tu nak p makan hampa pun. Jangan biarkan virus tu merebak sebab mencegah lebih baik daripada mengubati. Please remember that.

Salam sayang, syadiya. xoxo

p/s: day 3 quarantine, aku banyak kali dah buat coffee tiktok viral HAHAHA

SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI


OM suruh jawab soalan : Apakah  perkara yang menceriakan hari anda sepanjang Januari 2020?

Jawapan : benda yang menceriakan hari aku sepanjang Januari 2020 adalah aku berjaya settlekan diploma in accounting aku ๐Ÿ˜ญ❤️

Btw boleh klik gambar kat atas kalau nak join GA by Ombak Bergigi :)


Thursday, 19 March 2020

REVIEW MOVIE: 10 Things I Hate About You (1999)

Assalamualaikum,
dah lama aku tak melakukan apa apa dekat blog aku ni wahahah sebab biasala aku baru masuk degree pastu macam baru nak adapt dengan U yang baru kan, so makan masa sikit lah. Aku dapat sambung dekat UiTM Puncak Alam, and aku minta tukar UiTM Merbok and alhamdulillah aku berjaya tukar. Hoho

Btw please stay safe everyone, duduk ja dekat rumah diam diam. Paling kuat pun kalau bosan hang menangis ja sebab bosan sangat kan taktau nak buat apa. :')

Aku takda modal nak update apa apa dekat blog, tapi disebabkan aku ni kira macammm, suka jugaklah tengok movie, mehla aku review sikit demi sikit movie yang aku pernah tengok.

10 Things I Hate About You ni movie lama, tapi bagi aku dia masih relevan untuk ditonton. 

Genre: romance


Mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Cameron yang baru pindah masuk satu sekolah ni, and which dia jatuh cinta dengan sorang perempuan yang kira hot dekat sekolah tu sebab cantik named Bianca. Bianca ni pulak ada kakak satu sekolah dengan depajugak named Kat. Tapi kakak si Bianca ni which is Kat ni pelik sikit perangai dia. Kira macam... tak ramai suka dia kat sekolah sebab ikut kepala sendiri ja.  

Si mamat Cameron ni pulak nak sangat couple dengan Bianca. TAPI TAK BOLEH ye sebab ayah Bianca sangatlah tegas. Bianca ni tak boleh bercinta selagi kakak dia si Kat tak bercinta. So bapak dia sejenis yang:

"Hang tak boleh bercinta kalau kakak hang tak bercinta!"

So kalau Bianca nak bercinta, kakak dia kena ada pakwe. Annoying kan. Apalah nasib jadi adik. Kahkah. So mulalah si Cameron & Bianca rancang nak carikan pakwe untuk kakak dia which depa upah sorang lelaki dekat sekolah depa yang macam weirdo dan bad boy gila named Patrick untuk try bagi Kat jatuh hati dekat si Patrick ni lalu menge-date si Kat supaya Bianca dan Cameron boleh jugak bercinta.

Adakah rancangan Bianca dan Cameron berjaya?
 Tengoklah sendiri =P yang penting cerita ni tak mengecewakan ye kerana Patrick handsome dan si Kat cantik! Hahaha tapi adik dia si Bianca lagi cute la sebab mata bulat.

Rating aku: 9/10 sebab adaptasi dari buku Shakespeare kot takkan tak seronok plus hero handsome hoho.

Lepasni inshaaAllah aku rajin dan aku review lagi movie banyak banyak :D

Salam sayang, syadiya xoxo.

p/s: lets pray that this corona virus akan cepat habis. Amin ya Allah

Sunday, 16 February 2020

REVIEW MOVIE: To All the Boys: P.S. I Still Love You

Assalamualaikum,
aku banyak gilaaa tengok movie masa cuti semester ni. Tapi aku maleh nak review sebab aku adalah sejenis person yang "maleh aku" untuk semua benda. Tapi, sebab movie To All the Boys PS I Still Love You ni tengah syok trending dekat twitter, mehlah aku review sikit. Dan untuk movie lain yang aku dah tengok, tengoklah camna nanti kalau aku rajin aku review jugak okeh.


To All the Boys: P.S. I Still Love You adalah movie yang kedua. Mean hampa kena tengok movie yang first dulu (To All the Boys I've Loved Beforeuntuk faham macammana dia boleh couple dengan Peter. Btw, movie ni adaptasi daripada novel. Tapi aku tak baca novel berkenaan ye and aku baca dekat twitter yang novel lagi best daripada this movie. Obviously lah kan, kebanyakkan novel lagi fun dari movie.

Hero: Peter Kavinsky
Heroin: Lara Jean
Orang ketiga: John Ambrose

Mehlah aku start! Hehe. Okay so first movie cerita pasal Lara Jean ni dia buat surat untuk 5 orang lelaki yang dia pernah suka. Mean lelaki yang dia suka masa kecik and etc. Tapi surat tu dia tak pernah pun pos dekat kelima lima lelaki tu. But badly, adik dia (Kitty) gatal tangan ye pergi bagi dekat kelima lima lelaki tu.

Fast forward, Lara ni bercinta dengan one of the boys yang dia pernah suka masa dia kecik which is Peter Kavinsky.

And dulu, masa Lara bagi surat dekat kelima lima lelaki ni, semua lelaki jumpa dia untuk tanya pasal surat tu except for one boy which is John Ambrose. And masa Lara & Peter dah couple, tiba tiba Lara dapat surat daripada John Ambrose yang balas balik surat Lara yang lama tu๐Ÿ˜ฉ EEE bencinyaaa Lara dah couple kot John you're so late T^T Hahaha

Kebetulan jugak masatu, Lara buat charity work dekat rumah orang orang tua & John pun buat charity work dekat situ. Kiranya macam only 2 of them buat charity work kat situ . Likee.. i hate coincidence sis. Hahaha

They talk so much about their life tapi Lara tak pernah cerita yang dia dengan Peter bercinta which i hate sebab janganla bagi John Ambrose tu harapan :( Like you should told him yang hang tu dah berpunya la Lara :( :( Last last, Peter sendiri yang bagitahu John, Lara tu girlfriend dia.

So adakah Lara still bercinta with Peter? Watch okay this movie. Not going to be the spoiler here hehe plus aku just cerita sedikit plot =)

So my conclusion is: 
 Sekuat mana pun we try to tak gaduh dengan partner kita and protect our relationship, THERE WILL ALWAYS BE PERGADUHAN. Mean, you cannot avoid gaduh dengan partner when it comes to relationship. So that was what happened to hubungan Lara & Si mamat Peter ni.

And, I really love how politely Lara & Peter communicate bila depa ada salah faham. Takda terjerit jerit sana sini. Like, really healthy.

Plus, Lara should not be a gatal girl nak flirt dengan John!! Dia sepatutnya bagitahu yang dia dah ada bf. Urgh. 

Rating aku: 7/10 sebab cerita To All the Boys: P.S. I Still Love You ni sebenarnya slow.

Salam sayang, syadiya xoxo.



Saturday, 15 February 2020

#5 QUOTE

"If you take the trash out of the kitchen and leave it by the door, what happens? Your entire house stinks. Don't cut off toxic energy halfway. If you're going to get rid of it, get rid of it fully." -S.Mcnutt

Friday, 14 February 2020

Result semester 5 (ANC)

Assalamualaikum,
Im happy girl (woman to be precisely) for today!! Hehe seperti tajuk entri ini, alhamdulillah, i managed to get ANC for my diploma.

again...
people will said
"DIPLOMA JE PUN" without knowing how diploma works. Tambah tambah makcik pakcik bawang. So yuck by saying that sentence. Hergh.

Alhamdulillah alhamdulillah aku sangat sangat bersyukur by what i got for my last semester in diploma.
Aku tak expect langsung for this result. Itu hari untuk entri tajuk Done Diploma, aku ada membebel sikit yang aku ada menangis sebab ada satu paper tu aku memang takboleh buat. Aku boleh jawab, tapi jawapan aku macam orang tanya A, hang jawab B. Ha, itulah aku masa jawab paper AUD339 ye:') 

Aku macam... paper audit ni not going to work on me kot. Habislah kena jawab balik nanti:') Sampai macamtu aku fikir. Dasar student otak terlampau fikir๐Ÿ˜ฉ Hahaha. Itu hari aku gaduh dengan bf aku, so alang alang nangis tu aku nangis sekali untuk paper audit. HAHAHA senang 2 in 1. Pastu tengoklah aku dapat A. Sumpah it was unexpected. Aku target B ja sebab tahu aku jawab macam hapa lagi. Hahaha. Terimakasih madam ❤️

Okay sebab dah dapat semua A dan ada satu A- dan B. Mehla aku cerita pasal paper ENT berkenaan. ENT ni subjek entrepreneur. Maksudnya hang kena cipta produk yang inovatif dan "tak pernah hang nampak kat muka bumi ni". Tapi disebabkan lecturer aku tu agak susah sikit orangnya, maka my groupmates can only work for B. The end. Okay tak jugakla, hahaha al-kisahnya, ada satu groupmate aku hantar assignment GROUP HALAI BALAI. Dia tak double check dengan kami sebelum hantar dekat lecturer.

One thing you guys should learn bila masuk U, please, please sangat sangat, kalau buat kerja berkumpulan, pleaseeee, double check kan dengan groupmates. Jangan hantar kerja sampah. Sebabtulah kalau submit kerja sampah akan dapat B. Aku serius taknak salahkan sesapa pun aku dapat B untuk ENT, tapi yeah you know girl,you make us got B. Okaylah senang kata takda rezeki kan :))

And for taxation aku dapat A- pun aku taktahu sebab apa. Aku rasa konfiden aku ni dah tahap tahap king coco cakap melayu ada slang dah masa aku jawab paper tax ๐Ÿ˜ฉ Mungkin aku ada salah masa tekan calculator kot. Hhahaha

Apa apapun, that's all i can work for. And of course, im happy. Sangat sangat happy dapat ANC.

Terimakasih to my parents, family, lecturer, friends yang banyak tolong. I really love you guys.

Paling penting, ingatlah, university is not a place untuk compete with your friends. University is the place to learn, belajar sama sama. Bukannya compete again each other and label diri "bodoh" or "pandai". 

Dan paling penting juga, my lecturer once said

"Keberkatan ilmu tu kena jaga, sebab itu adalah adab menuntut ilmu"

Yay officially dah habis diploma dengan jayanya! Im the proudest human ever๐Ÿ˜ญ

Salam sayang, syadiya xoxo.


Thursday, 13 February 2020

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends


Giveaway Wang Tunai Mamapipie




Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends


  1. Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai
  2. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang.
  3. Tag 3 rakan ( Messarah | Mellya Crayola | Safeni Feni )
  4. Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga
  5. Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang
Ini syarat wajib dan mama akan check satu.. satu.. Kalau tak patuhi syarat ni korang akn disqualified.

Mama galakkan korang rajin singgah dan komen blog penaja kerana hadiah utama akan dipilih sendiri oleh penaja. Mama pun tak pasti bagaimana cara mereka akan memilih pemenang nanti..

  • Digalakkan Follow Media Social Mama: Instagram FB Youtube Twitter FB Page
  • Last sekali, tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
  • Tarikh tutup giveaway adalah pada 29 Feb 2020 11.59 malam. 
  • Insya Allah, pemenang akan diumumkan pada 5 mac 2020


Hadiah Wang Tunai RM1000 - Senarai Hadiah

Wang tunai sejumlah RM 1000 akan dihadiahkan kepada 17 orang pemenang.. Banyak kan.. Alhamdulillah, Semoga murah rezeki penaja kita. Sama-sama kita doakan agar penaja-penaja kita sentiasa murah rezeki dengan rezeki yang berkat, diberkati Allah dan bisnes sentiasa menjadi. Seramai 17 pemenang akan dipilih memenangi total RM1000 nanti. Pemenang hadiah utama akan dipilih sendiri oleh pihak penaja. Jom tengok senarai hadiah yang akan dimenangi:

Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

1 x RM200

Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

2 x RM100

Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

14 x RM50


Korang boleh copy code html di bawah dan paste as html dalam blog post korang. Good luck semua!!


Monday, 10 February 2020

BRACES PART 10: tarik gigi lapis

Assalamualaikum,
dah 8 hari aku tak update blog sebab aku demam hahaha. Aku dah demam 6 hari harini. Naknak kadang kadang waktu siang aku elok ja aktif, tapi datang malammm, terus demam tu attacked aku weh๐Ÿ˜ญnampak macam aku menipu kan tetiba siang sihat malam demam? Kenyataannya tidak ye, aku dah search dekat pakcik google, rupanya ada demam malam :') jangan risau aku dah gi klinik cuma entahla nakk. Kalau tak baik jugak aku nak g hospital. Ni pun aku rasa panas panas badan lagi. Tapi aku gagahkan jugak cerita pasal braces. Sebab views aku untuk braces paling tinggi :P sksksk gurauu.

Okay yay dah cukup satu perenggan pasal demam. Hahaha ok jum sambung pasal braces. Kisahnya aku dah 7 bulan tak pergi jumpa doc braces aku. Ya weh, 7 BULAN. Hampa tak salah baca tau. Memang 7 bulan dah aku tak p appointment braces. Bukan aku sengaja nak mengelak pergi appointment braces, tapi tarikh yang doktor set kan aku untuk jumpa dia tu yang bermasalah.

Tarikh okkk bermasalah, bukan aku๐Ÿ™„ Konfiden kan aku menyalahkan tarikh? Kalau tarikh adalah manusia mesti dia pukul aku sebab salahkan dia. Hahaha. Ye, aku ada problem dengan tarikh. Contoh kan, klinik tu whatsapp aku:

Situation 1

Klinik gigi: awak ada appointment on this date blablabla

Me: oh saya ada test dekat U. Tukar tarikh boleh?

Klinik gigi: maaf doktor ada tarikh ni saja

Situation 2

Klinik gigi: awak ada appointment on this date yadayadayada

Me: saya final exam. Boleh bagi tarikh lain?

Klinik gigi: tarikh ni ja available

Nampak sama ke situasi ni? Tapi tidak okeh ๐Ÿ˜‚

 Daripada aku annoying 50% dekat klinik gigi aku ni, terus annoying aku naik jadi 80% tau sebab dia takda tarikh lain nak bagi. Ini jugak menyebabkan gigi aku sebagai "a loser" sebab adik aku yang pakai braces kat hospital kerajaan dah rata ye gigi beliau. 

Masuk bulan 3 ni dah 3 tahun aku pakai braces, jadi untuk tak menjadi loser, aku dengan jayanya telah berjaya menarik (erti kata lain: tarik gigi) gigi aku! Hehehe. Kisah dia aku ada gigi lapis, ada gigi taring dan paling penting ada gigi berserabut dulu senang cerita. Kahkah. Tapi disebabkan mak aku baik, dia bagila aku pakai braces kat swasta after habis spm. Lagipun, hospital kerajaan tak ambil non student pakai braces. 

So, aku dah berjaya menyah-belahkan gigi taring aku dan gigi berserabut aku tu. Cuma gigi lapis aku ja belum tarik. Bila gigi lapis ni tak tarik, ia menyebabkan senyuman aku sangat sangat sangat buruk (For me lah, i don't know how others look at me)

So memang takla aku nak senyum nampak gigi. Then, after nak dekat 3 years pakai braces, on 9 Feb 2020, barulahh doktor tu "kasihan" melihat aku, maka dia pun tarik gigi aku. Hahaha sorryla doktor tu tak kesian pun kat aku, it's her job untuk tarik gigi aku pun kan. Tahpapetah aku๐Ÿ™„


Nampak tak yang aku bulatkan merah tulah proses besi berkenaan sedang gigih tarik gigi aku. Kalau nampak benda lain minta maaf la ye sebab acah betul guna bulatan warna merah dah macam ada hantu dalam tu๐Ÿ˜ญ hahaha

Adakah tarik gigi sakit?

Jawapan aku: sakit :)) serius sakit weh. Rating kesakitan 8/10 kott sebab dua gigi depan aku ni turut serta sakit. Sekarang pun sakit lagi. Lagipun aku demam sekali, so memang pakej terbaik yang tak dapat kat mana mana la :'))

Sekarang aku suka ambil warna gelap macam hitam & ungu gelap sebab senang kerja aku takpayah nak susah susah pening kepala malu kalau braces tu tukar warna kekuningan , kelumutan, dan kekotoran. Wahaha

Dan tak lupa, aku still jongang T^T Hahaha but konklusi, braces is good and aku masih seronok pakai braces. 

Thanks for reading, salam sayang syadiya xoxo



Read more about braces:

Wednesday, 29 January 2020

Pilihan Airport Transfer

Assalamualaikum,
Aku nak tanya satu benda ni, korang yang suka pergi travel ni selalunya nak ke airport tu naik apa? Sebabnya, aku selalu jugaklah tengok yang jarang orang ambil berat pasal airport transfer ni. Yang diorang selalu fikir pasal flight dengan penginapan serta aktiviti yang nak buat nanti je. Sedangkan airport transfer ni sepatutnya menjadi salah satu benda yang perlu kita ambil tahu masa kita nak travel. Terutamanya untuk korang yang jenis memang teliti dengan segala jenis kos. Sebabnya,  airport transfer ni jugak ada yang memerlukan kos sikit atau banyak yang akan kita guna tu bergantung pada pilihan yang kita buat. So kat sini aku nak share a few airport transfer yang boleh korang pilih ketika travel. 



1. KLIA Express


KLIA express ni apa? 
      Okay, KLIA Express ni  sediakan perkhidmatan terus daripada KL Sentral terus ke KLIA atau KLIA2. KLIA Express ni memang sangat membantu kita untuk menjimatkan masa daripada kesesakan lalu lintas yang selalu sangat berlaku. Perjalanan daripada KL Sentral ke KLIA mengambil masa kurang lebih 28 minit je. Selain dari tu, ia menyediakan kemudahan yang selesa untuk penggunanya. 

Standard harga tiket KLIA Express untuk sehala dalam RM55 seorang jika kita 
beli di kaunter. Kalau nak dapatkan cheap KLIA Express promotion,korang
 boleh beli dekat Traveloka. Harga untuk seorang dalam RM48 sahaja. 
Jadi kat sini, korang dah boleh jimat RM7 bila beli dengan Traveloka. 
      Pastu, kadang kadang Traveloka ada jugak buat diskaun 10% untuk KLIA Express ni. Korang dah boleh jimat lagi 10%, so kos untuk seorang just RM43.20 je. Bagi aku sangat berbaloi.

 

        Aku galakkan untuk yang travel solo atau berdua bolehlah gunakan KLIA Express ni sebab berbaloi. Bagi mereka yang mempunyai jadual yang pack pun korang boleh guna KLIA Express ni sebab tak payah fikir jalan jem lah dan sebagainya.

2. Grab


Aku rasa ramai jugak suka guna grab untuk ke airport. Sebab grab ni  lebih convenient untuk mereka yang travel dengan group yang melebihi 3 orang. Berbanding KLIA Express, kalau dengan group 4 ke 7 orang ni lebih sesuai menggunakan grab sebab harga grab lagi murah. Plus, grab akan ambil direct daripada pick up place yang kita dah set awal-awal. So, ianya lebih mudah.

       Selain itu, grab ni lebih fleksible daripada segi masa. Kalau kita nak ke airport atau nak gerak balik daripada airport tengah malam pun, tak ada masalah. So, kita tak perlu risau mengenai time schedule macam KLIA Express. Cumanya kalau guna grab ni make sure safety first. Yelah sekarang ni banyak sangat kes yang menakutkan berlaku melibatkan grab driver ni. Jadinya kalau naik grab ni, make sure share live location dan ambil no plat kereta serta screenshot info grab driver tu bagi pada keluarga atau kenalan yang rapat. Tapi kalua dah sorang-sorang dan malam cubalah elakkan guna grab ni. Just untuk prevention.

3. Dihantar oleh keluarga atau kawan-kawan 
         Ini yang kebanyakan daripada kita buat. Sebab ianya lebih mudah dan keselamatan pun terjamin. Just bagi pendapat aku secara peribadi kalau kita ada pilihan lain, gunalah pilihan lain tu. Yelah kita yang nak pergi bercuti kenapa orang lain yang kena bersusah payah hantarkan kita ke airport bukan? Tapi dah kalau diorang yang dah willing nak hantar tu, kita terima jelah. Rezeki jangan ditolakkan.

Y        Yang best kalau family yang hantar, mungkin diorang takdelah minta bayaran ke apa. Yelah keluarga kan. Tapi kalau kawan yang hantarkan tu walaupun diorang tak minta, hulurlah sikit untuk dia support minyak dan tol. Ini lebih kepada budi bahasa lah. Kita dah minta tolong orang, takkan lah kita tak hulur sikitkan. 



Actually banyak je lagi airport transfer yang boleh korang pilih. Tapi aku share 3 je dulu, sebab selalunya memang 3 ni je yang orang selalu guna. Kalau korang tak tahu nak pilih apa try book airport coach guna Traveloka ni. Bukan KLIA Express je yang ada dekat situ, malahan ada beberapa pilihan lain yang korang boleh cuba juga nanti.


Thanks for reading!
salam sayang, syadiya xoxo.

Tuesday, 28 January 2020

Kurus sangat

Assalamualaikum,
Aku sebenarnya having a problem dengan "how do i look". Tapi highlightkan lah dulu problem tu.

The problem is how people see me. Aku rasa orang kalau tengok aku mesti cakap "badan tak cukup zat" wattefishhh kan?

And it's not my problem pada awalnya sebab BMI aku normal. Tinggi aku 160 cm dan berat aku 47.5kg. Here i attached you guys the evidence


Normal okay :( The problem is howwww people look at me pastu cakap aku 'papan' 'skeleton' 'tak cukup zat' 'tak makan ka' warghhh im stgesss

Weh to be honest, aku makan banyak gila. The portion i take to eat is A LOT. SOOO LOT. Even adik aku yang badan berisi pun makan the same portion as me. Atau ayat lain dia: portion aku makan, sama dengan adik aku makan. Eh kenapa aku meng-complicatedkan ayat ni T^T hahaah

Setiap kali aku mengadu dekat orang yang rapat dengan aku,

ayat yang depa akan cakap adalah "because you are tall, that's why people see you as unnormal" nahh. Sampai satu tahap aku rasa macam... 

"nak makan pil gemokkan badanlah" Tapi tetiba teringat one of my friend ada cakap yang makcik dia dulu kurus then lepas consume pil gemok, terus gemok sangat sampai takleh nak kurus. Im scared siot hahaha

Konklusi dia, how people look at you is not that important pun sebenarnya tapi tulah, stress kot sebab nampak kurus sangat. Bayangkan everytime aku berdiri atas weighing scale, aku berharap berat badan aku 50++ tapi stay 47.5kg rasa nak mencarut tapi bukankah berzikir lagi mendapat pahala๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ 

Dalam gambar ye kot aku nampak normal sebab kita mestilah akan pilih gambar kita untuk diupload ke alam maya yang nampak "normal" dan bukannya "tak cukup zat" kan? Kahkah

Terimalah saya yang BMI normal tapi orang cakap not normal normal๐Ÿคช Ni gambar 3 tahun lepas (taken on 12 May 2017) tapi aku rasa i remain the same je sampai sekarang.

Thanks for reading.

salam sayang, syadiya xoxo.

P/s: tengah cuti semester dan nak kerja tapi all i do is menganggur 



Saturday, 25 January 2020

Majlis Pre-Graduasi Fakulti Perakaunan

Assalamualaikum,
aku dah habis diploma dalam minggu lepas, lepastu masa aku last semester, assignments,tests dan jugak quizzes dah jadi aku punya bestfriends, makanya aku memang tak tersempat nak update blog nak blogwalking apatah lagi ๐Ÿ˜Œ Disebabkan aku last semester, so mestilah ada dinner pre-graduasi, tapi dinner ni tak wajib pun. Ikutlah sapa yang nak pergi boleh pergi, sapa taknak pergi nobody cares. Ha gitew. Hahaha so aku pun pergilah sebab dah last sem kan. Bila lagi aku nak melagha ๐Ÿ˜ญ

Yuran RM45 quite mahal tapi lagi sekalii, who cares asalkan dapat pergi dinner kan๐Ÿ™„ Aku tak terlibat dengan organization dinner ni so aku adalah student yang "buat dekat mana mana pun ok" so depa buat dekat Hotel Syuen, Ipoh. Tapah to Ipoh boleh tahanlah jugak kan.

Disebabkan aku owner blog ni so aku letaklah gambar aku dulu ye tak๐Ÿคช
Aku beli baju dekat Zalora, brand Zalia. RM140+ kottt tak silap tapi dapat diskaun so i paid RM100+ aje. This dress takda pun the detailings dekat lengan tu tapi mak yang tambah. Hehe i love my mom.

My roomates and classmates !

From left: Nisa, Teah, Me, Aimi, and Haifaa ๐Ÿ˜˜
Nak jugak letak nama sebab kotla bila tua nanti duk tengok entry ni kan pastu tak ingat nama bolehla rujuk sini. Lolll. Berhubung terok sel otak aku.

 Me and Teah๐Ÿ‘ฉ‍❤️‍๐Ÿ’‹‍๐Ÿ‘ฉ


Me & Haifaa ๐Ÿ‘ฉ‍❤️‍๐Ÿ’‹‍๐Ÿ‘ฉ

Me & Pijah ๐Ÿ‘ฉ‍❤️‍๐Ÿ’‹‍๐Ÿ‘ฉ
Btw aku takdalah tinggi mana pun okayla aku considered as tinggilah sebab 160 hahaha tapi aku jadi lebihhhh tinggi sebab that dinner day aku pakai heels ampun semut semut sekalian HAHA

Me with my ex jiran bilik, Afieqahkuuu๐Ÿ‘ฉ‍❤️‍๐Ÿ’‹‍๐Ÿ‘ฉ

Me with my ex classmate masa semester 1, Husna ๐Ÿ‘ฉ‍❤️‍๐Ÿ’‹‍๐Ÿ‘ฉ

Me with my ex roomates for sem 1& 2, Niesa๐Ÿ‘ฉ‍❤️‍๐Ÿ’‹‍๐Ÿ‘ฉ
Ye semua orang adalah ex T^T hahaha

Me with Cas classmate aku untuk last semester ๐Ÿ‘ฉ‍❤️‍๐Ÿ’‹‍๐Ÿ‘ฉ

Me with Nisa yang sudi mendengar luahan hati dan kesedihan. Nice human that ever existed ๐Ÿ‘ฉ‍❤️‍๐Ÿ’‹‍๐Ÿ‘ฉ

My classmates for last semester with our lecturer yang ajar audit, Madam Mai ❤️ I don't know why setiap kali sem, setiap kali tu aku punya classmates akan bertukar. Hahaha so kalini kelas aku,  2 orang ja lelaki. Ini gambar tak cukup korum actually. 

My semester 1 until the last semester friends ❤️


My interim girls ❤️ (Kiri atas: me, nisa, zack, and afieqah. Kiri bawah: khairina, sofea and betty)
Kesabaran aku menipis ye masa tunggu photobooth ni sebab panjang gila orang beratur. Photobooth ni free. Tangkap gambar banyak kali pun takpa. 

 My makeup. Lighting tak berapa nak ada. Hoho. So aku pakai foundation superstay, mascara ciked, lipstick in2it, blusher tu aku tonyoh lipstick in2it and blend, eyeshadow ciked roomates aku punya. Hahaha i do makeup but i don't really have that skill. You know what i meannn?

Okay my last photo untuk dinner! Hehe aku tak snap la besar mana dewan dekat Hotel Syuen ni tapi seriuss besar gila aku tak expect pun sebesar tu. Hahaha. Makanan pun aku tak snap sebab aku tak expect nak buat entri dekat blog T^T. Makanan aku tak berapa suka sangat sebab it's not that good :D

Overall, dinner was fun.  Yang paling aku suka sebab photobooth ja lain lain tu okaylaaa. Btw this dinner was held on 23 Nov 2019 so dah lama jugaklah budak syadiya ni baru nak buat entri :')

That's all for my entry! Thankyou for reading.

Salam sayang, syadiya xoxo.



DO LIKE