Thursday, 13 July 2017

Latest Entry.

Assalamualaikum,
Dont have anything important to share pon,resepi atau tips macam zaman kegemilangan SPM atau selepas SPM pun dah tamat la weh(wipe tears sejuta kali sebab rasa sedih nak matey).I keep asking myself:

"kenapa doc fatin liyana dah lama tak apdet blog ek"
"kenapa hamis jalika dah tak main blog ek"
 Pastu kena batang hidung sendiri baru aku rasa macam..
I FEEL YOU GUYS! I FEEL YOU!

Sebenarnya aku masuk u tanpa membawa laptop.Takda gadget pun nak taip taip.Kalo assignment pulak aku pinjam laptop kawan kejap dengan perasaan malu dan segan.HaHa.Pastu aku pun macam penyegan la nak update blog pakei lappy orang.Macam tak feel langsong ok pakai lappy orang!

Sepertimana manusia biasa menjadi manusia,maka aku pun manusia biasa.Life is smooth sahaja.Cumanya aku gembira bagai mahu menari raver bilamana no more baju sekolah to wear(padahal sedih),bilamana ke kelas boleh pakai baju ikutsukahati.com dan bilamana tiada lagi loceng berbunyi menandakan prep bermula (kecuali pakcik techinician yang membunyikan wisel menyuruh siswi memakai tudung sebab dia nak fix kabel .Lol )

Lupa nak bagitahu,aku sambung study dekat Uitm Tapah.Sapa yang baca pastu dia sama U dengan aku boleh lah komen.Aku sambung diploma akaun sebab ada cousin aku kat situ.(EEE padahal aku sambung situ sebab memang dah target nak sambung dip akaun=))Paling tak boleh nak tahan sedih bila tak ada post entri hari raya pun kat blog aku.Waddefishh!

Btw,alang alang masih dalam bulan syawal, I would like to wish SHRMZDB.Tak boleh panjang panjang.Keyboard pendek tak sampai.Muahaha.

Ni aku update pun sebab balik ada appoinment braces dan rasanya semangat kebeloggan telah kembali bermaustatin di hati kembali.Acah ja nanti senyap gak T^T.ESOK NAK UPDATE LAGI LAH.
Nah aku lanja gambar raya 3 tahun lepas;2014.Kecikkan sikit sebab muka hodoh dan gambar raya tahunni semua dalam phone tak sempat transfer.Pity me.

Salam sayang,syadiya xx. 

Friday, 9 June 2017

Awat Sepi?

Assalamualaikum,
Kenapa blog saya sepi?Sebab saya busy dah masuk u=(

salam sayang,syadiya xx

Wednesday, 17 May 2017

New Me in 2017.

Assalamualaikum,
tahun 2017 ni aku ingatkan gigi aku ja yang berubah,maksud aku pakai braces.Tapi ada jugak yang berubah.Aku bukan botokslah! Haha.Kisahnya aku dapat matriks,aku dapat uitm tapah kos diploma perakaunan dan aku juga baru check tadi aku dapat ipg.

Tapi,aku dilemma pasal ketiga tiga benda ni.'pro and contra' ada dalam tiga tiga tempat tu.Masa aku form 5,cikgu tak banyak sokong niat aku nak sambung matriks dan mak aku pulak tak sokong aku untuk ipg (walaupun mak abah aku cikgu,but look, they dont support kot weh -_-).Sebab aku memang tak sesuai jadi cikgu.Dahla kalau ajar classmate aku pun,aku cakap laju gila.Pastu garang.

Jalan terbaik,aku pilih uitm.Sebab aku memang minat akaun.Since form5,niat aku memang nak sambung diploma perakaunan.Perginya pulak ahad ni untuk daftar.Kalut gila nak settle medical checkup dengan bayar yuran dekat bank islam (tak settle lagi pun)

Talking about medical checkup.Here's the starting to my 'new' me.Kawan aku dah buat medical check up,pastu dia cerita lah serba sikit kat aku apa yang kena buat nanti.Salah satunya,baca huruf dari jauh sambil tutup sebelah mata.Kawan aku ni rabun,dan badly dia tak bawak spek masa pergi.So dia tak nampak! Hahaha and goodly akak kerja klinik tu bagi pinjam spek dia.So dia lepas.

Aku pulak baru pergi semalam.Aku pergi medical checkup dekat hospital ja.Sebab nak jimat kos.Duit nak banyak guna -i -iz-kedekut.

Aku pergi dengan kawan aku,si Una tapi ramai gak budak sekolah aku yang buat that day.Pastu weolls pun sembang sembang kosonglah sambil tunggu (lama sangat).Tunggu punya tunggu,nama aku pun dipanggil.

Mula mula,timbang berat badan dengan ketinggian.Berat aku turun jadi 43 kg and tinggi 156 cm.(BMI tak normal balik T^T but it's okay *tangangemalai)

Then,nurse lelaki tu (wujudkah nurse lelaki? ah wat eva) suruh aku berdiri dekat satu garisan merah.Dalam hati aku apa yang dia suruh buat ni hish.

"Pandang depan,baca huruf depan tu"menyentak lamunan ku betul.

Baca huruf tu pulak jauh gaklah,dan kena tutup sebelah mata.Badly dua dua mata aku teruk! Tak nampakkkkk.Ada 8 level.Level 1 huruf paling besar.Level 8 tu paling kecil.Dekat level 4 pun aku dah tak nampak.Wanted to cry,but tak bolehhhh.Perempuan harus kuat! (i need emoji muscle ketul2 here).

Dahla mulut nurse lelaki tu boleh tahan mashaAllah.

"kamu buta ka apa?"

"teruknya mata kamu"

"kamu taktahu ka kamu rabun ni?"

"pergi balik buat spek,esok datang balik"

Disebabkan aku nak siap cepat medical checkup,petang tu jugak aku ajak kawan aku,si Anis (i call her Maneh -Manis ) pergi buat spek.Sama sama mengajaklah jugak.Sebab dia nak cari kasut sport.Dua dua meluahkan perasaan.Dia soal nak duduk hostel atau tak.Aku pulak luahkan kebengangan aku pasal mata.

Dia bawak aku pergi kedai spek yang sama dia buat untuk spek dia.Owner kedai cermin mata ni so nice person!Pekerja dia pun baik gila.
Dia cakap "haiyaaa manyak rabun aaa" -_-.Aku kan peramah.Aku cakaplah saya pun taktau saya rabun.Sebelum tu aku dah bagitau dah uncle tu pasal medical checkup aku yang malang.Check check,memang rabun.

Dengan bangganya tanpa rasa salah memilih kedai spek uncle niiii,spek aku siap dalam masa 30 minit.Sampai ada kawan tanya "spek tipu ka".Takdak masa nak carik spek tipu!Hahahaha

Rabun jauh 100.Silau 70.
RM 220.

Dan aku mula sedar,rupanya mata aku bukanlah elok sejak aku menduduki SPM 2016.Im so sad.Serious.This ruin my mood.

Dan aku juga sedar,
Success need sacrifice.
Oklah aku mengaku,memang aku baca buku dalam gelap.Sebab aku kesian dengan seisi dormmate aku ketika aku duduk hostel.Hang sanggup ka tengok depa semua tidur dalam keadaan bercahaya?Cepat kerepot tahu tak kalau tidur pakai lampu?(please say yes to this fact).Terngiang ngiang suara adik dorm mintak izin nak tutup lampu."Kak yaya kami nak tutup lampu sini boleh?".Wajiblah aku jawab YA.Yang nak tidur 18 orang.Yang nak membaca buku seorang.Bukan soal beralah,tapi soal kesian T^T.Tapi dorm aku memang akan bukak lampu satu bila masuk tidur.So aku baca buku pun pakai satu lampu tu jalah.Boleh bayang tak suram dia cenna.Huhuks.


Senang cerita,aku memang banyak membaca tanpa henti masa aku form5.I need a bom-good-wow result in spm.And i got it! Tapi mata ni lah,jadi rabun.

 Aku masih dalam fasa belajar pakai spek kejap kejap.Rasa berat ja muka sebab sangkut spek.Menaip ni pun,aku pakai spek.Sebab uncle kedai cermin mata tu cakap .Pakai spek masa guna lappy,masa tengok papan putih or yang berkenaan dengan huruf yang kecil kecil.

By the way,aku dah tak cam orang kalau orang tu jauh.Nampak macam dia ada dua kepala.HAHAHA i swear i didnt lie.

It's me and Maneh.Look! We look like a twin.Because of that spek dengan gigi besi je pun.Hahahaha

Hello new me in 2017! (wipe tears)

salam sayang,syadiya xx.


Sunday, 14 May 2017

Nak jadi usahawan muda,lebih tepat perempuan paling kaya waktu muda.

Assalamualaikum,
Kalau budak akaun,mesti dah tahu konsep entiti berasingan.Di mana bila kau ada perniagaan,kau tak boleh sesuka hati tak bayar.Wajib bayar.Sebab sesebuah perniagaan dan kau adalah benda yang berasingan.Jadi kalo aku buat tudung brand aku sendiri pun,aku kena bayar.Waddefishh?!Tapi itulah konsep berniaga.Kalau tak, rugi besar la.

Kisahnya kakak aku dah habis matriks,dia cuti lama.Aku pulak baru nak start study balik (tak decide lagi sama ada aku mahu ke u atau ke matriks).

Pastu paling gawat masalah remaja perempuan termasuk aku pulak ialah hal tudung.I like shawl.But at the same time, i like bawal kanggarooooo more! Beli bawal saudya pun still tercarik carik bawal kanggaroo.Sebab bawal kanggaro ni look nice gila bila pakai.Kemas.Teratur.Nampak ayu.

Bila pergi stall jual tudung,bila tanya ja "ada tak bawal kanggaroo?" hampa jawapan semua takdak.So we decided to make our brand tudung.

Harga bawah rm10.

 Tudung bawal photoshoot gitew. Yang tudung biru tu kakak aku.Yang tudung koko tu cousin aku.

Young entrepreneur (inshaaAllah) yang gigih berphotoshoot di Marina Island.Semata mata photoshoot kot?! Dan rest in peace tujuh kupang padahal masuk dalam Marina ni punya lah sekejap.Cis.

Instagram dah ada, username : by.syas .
Boleh follow dah okay!=)

Salam sayang,syadiya xx.

Thursday, 11 May 2017

Hostel Atau Rumah Sendiri ?

Assalamualaikum,
Masa aku form5,aku duduk asrama dari bulan 3 sampai bulan 11.So kiranya tak sampai setahun pun aku duduk asrama.Dalam 8 bulan lebih ja.Kalau nak tanya samada lebih baik duduk asrama or duduk rumah sendiri jawapan aku senang,dua dua ada baik buruk.

TEMPAT BEST UNTUK BELAJAR?
My Answer:Hostel.
Sebab apa hostel?
Sebab ada waktu prep.Prep ni memang membantu buat yang baloq liat nak study dalam dorm,so hampa boleh luangkan waktu berkasih sayang dengan homework or revision masa prep.

TEMPAT BEST MAKAN SEDAP?
My Answer:Rumah sendirilah!
Takkan lah hostel bagi makan sedap T^T.Kalau nak dapat ais ketul pun memang payah la bila masuk hostel.So bila duduk rumah sendiri ni memang boleh makan apa yang kita mahu.

OVERALL AKU SUKA HOSTEL ATAU RUMAH SENDIRI?
My Answer:Rumah sendiri of course!

KENAPA RUMAH SENDIRI?
My Answer:Sebab tak banyak buang waktu dari segi membasuh baju sebab hostel aku takdak mesin basuh.Guna tangan.Tapi ada setengah hostel ada.Depend lah.
Sebab lain,aku kena bangkit awal nak mampus masa duduk hostel.Around 5 am mesti dah mandi.Kalau aku duduk rumah,6 30 baru aku bangkit.HAHAHA.Sebab rumah aku sebelah sekolah.

Dan lebih penting,bila duduk rumah,kalau kau buat salah pun kau sendiri yang tanggung.Macam duduk hostel,warga asrama akan cari cacat cela aib kau di mana mana.Malah mungkin mereka selak karpet untuk mencari salah kau.

Kenapa duduk hostel kalau rumah sebelah sekolah?
Sebab masa aku form5,parents aku pergi haji.So memang takda sapa boleh jaga makan minum.Lastly duduk hostel.Pastu bila nak keluar,ketua warden dah tak bagi.Hm tak tak ,tak rasa nak mencarut pun ok.Saya ni ikhlas orangnya.

Sebenarnya hostel atau rumah sendiri,dua dua ada pro and contra.Tapi dah aku suka rumah lagi nak buat cenna.*matadiatastangandibahu



Salam sayang,syadiya xx.

RESEPI:Cheesekut Lemak Manis yang tak perlukan oven

Assalamualaikum,
Entahlah sejak semenjak ni cheesekut jadi favourite food seisi rumah la pulak.Dah dua kali repeat buat dan bukan repeat order.Bagi aku,lebih baik buat dari beli sebab jimat.Ahhh,aku memang kedekut.Bukan kedekut,tapi jimat dalam bahasa lembutnya.

Nak guna mixer macam Anna Olson pun boleh,nak guna blender pun boleh,nak pukul guna pemukul telur pun boleh.Dan yang peliknya aku guna manual punya mixer.Tak pernah guna.So try guna.Memang gebu hasilnya.Yay jimat letrik!

BAHAN BAHAN:
1)Nestum original
2)Susu full cream or low fat pun tak mengapa
3)Susu pekat 3/4 tin (kurang lagi bagus)
4)Biskut crackers
5)Keju jenama tatura or jenama lain pun tak mengapa.

CARA CARA :
1)Masukkan kesemua keju tatura dan 3/4 tin susu pekat .

2)Masukkan susu cair 3 sudu dan adunkan.

3)Lepas mix kan,akan jadi macamni tau.Bagi jadi sampai kembang=)Pastu boleh rasa,agak agak kalau rasa tak sedap ditekak,boleh tambah susu pekat or susu cair.

Dan,biar dulu adunan keju lemak maneh ni ketepi sebab kita nak celup celup biskut.

 4)Celup biskut dalam susu cair dutchlady.Jangan lama sangat sebab nanti lembik sangat.

 5)Susun dalam bekas cecantik macamni lepas dah celup.Malangnya bekas aku ni tak ngam ngam.Terpaksa ku kepakmu wahai biskut=(

 6)Lepastu,jadikan adunan krim lemak keju ni sebagai lapisan kedua.Takpayah tebal sangat pun.Tapi ikutlah memasing nak buat macammana.

 7)Lapisan ketiga,tabur nestum.

Dan ulang balik proses celup nestum sampai bekas penuh.

Dah siap sampai layer atas,boleh masuk peti sejuk,tunggu sampai keras dan boleh masuk mulut dengan selamatnya❤️❤️

You can use my photo if you want=)

Salam sayang,syadiya xx.

Wednesday, 10 May 2017

Do you feel me?

Assalamualaikum,
The most laziest part is to open this gadget.Entah kenapa selalu cakap "nanti lah aku bukak lappy apdet belog" padahal still tak bukak pun sebab ada penyakit badan lemah gemalai atau orang panggil malas.Bahahahaha.

Selalunya aku rajin gila update blog sebab nak memenuhi waktu lapang aku yang memang lapang sesangat sementara nak tunggu result upu 4 hari lagi dan sebenarnya aku tak buat apapun sekarang.Tak kerja pun.Still ugly potato yang mereput kat rumah.

Tapi bila aku start drive,walaupun sekejap ke mana mana sekalipun,badan aku jadi penat.Pastu dah sampai rumah,terus rebah,dan terlelap-laloq-lena tanpa mahu buat apa apa.Ye taknak buat apa apa.Sebab penat.

do 
you
feel me?


 atau aku ja yang rasa benda ni?Penat la drive.Pasni nak tempah driver.Syarat syarat haruslah hensem dan tawaduq.Kahkah.
Baik takyah ambik lesen dan sebenarnya saya takdak duit pun nak menggajikan driver.

Salam sayang,syadiya xx

Friday, 5 May 2017

RESEPI:Ayam Masak Kicap Pedas Lada Hitam (simple)

Assalamualaikum,
Entri ini tiada secebis mahupun secubit gambar.Harap maaf.TAPIIII,resepi ini terhad.Memang resepi mak aku.

UNTUK AYAM SEPARUH(tak perlu goreng ayam)

Bahan bahan:
1)Bawang besar sebiji + halia seinci (blend bersama air)
2)Bawang merah sebiji atau dua biji (hiris)
3)Bawang putih seulas (hiris or tak nak letak pun takpa)
4)Cabai blender (satu senduk)
5)Garam secukup rasa 
6)Kicap 3 sudu atau lebih kalau nak nampak lagi hitam
7)Lada hitam satu sudu (tumbuk manja manja)
8)Bawang besar .Potong bulat.
9)Air setengah cawan

Peringatan: Cabai blender mesti lagi banyak dari kicap dan lada hitam jangan banyak sangat takut berangin di tekak teruk sangat.

Cara cara:
1)Tumis bawang merah dan bawang putih.
2)Masukkan bawang besar dan halia yang sudah diblend.
3)Masukkan cabai blender.Kacau hingga naik minyak.
4)Masukkan kicap.
5)Masukkan garam secukup rasa.
6)Masukan ayam.
7)Tambahkan air sedikit.
7)Masukkan bawang besar yang dipotong bulat.

Haa,kalau nampak warna hitam macam tak berapa pekat,tambah la lagi kicap.Tapi jangan banyak sangat.

Dan,boleh dimakan dengan jayanya!=)

Yang pasti ayam masak kicap lada hitam takda kena mengena dengan ayam kfc ok.Muahahaha (sumber:google)

Salam sayang,syadiya xoxo

Wednesday, 3 May 2017

Kena tipu masa kecik.

Assalamualaikum,
Taktau kenapa harini teringat balik apa yang jadi masa kecik tambah tambah bab kena kelentong dengan mak😂
Yang pertama mak pernah cakap,

"Makan nasi tu bagi habis,nanti nasi menangis!" 

Yang kedua,when im so fanatic with susu and my mom wanted to stop it sebab nak masuk darjah 1 dah.
She put tauge dalam botol susu pastu aku pulak ingat yang tu ulat,terus berenti minum susu. Hm sian.

Tapi bila muhasabah balik,ada faedahnya mak tipu.Pasal nasi,sebab taknak membazir.Orang afrika jenuh takdak makanan,kita yang ada makanan nak buang buang=')

Pasal susu pulak,mak nak kurangkan belanja.Susukan mahal dan aku pun dah besar waktu tu.Dasar taktahu malu.Hahaha

Hey.Its me .And.Its my mader.

Salam sayang,syadiya xx


Tuesday, 2 May 2017

Kerja Satu Hari.

Assalamualaikum,
Dari habis paper ICT pada 5/12/2016 sehingga harini,aku tak pernah bekerja .Kerja aku cuma duduk rumah.Belajar masak,lipat baju,sidai kain,sapu sampah,mop lantai(jarang because i hate mop sebab renyah).So,i can marry la kalau camni kan?!
Tell me guys,masak apa yang aku tak reti?Haa,ayam paprik?Ayam masak pedas?Ayam masak kicap?Alah petik jari ja.Muahahaha.Dari potong bawang yang slow macam siput babx ,terus skill aku boleh jadi power macam James Oliver.Padahal akulah manusia paling malas nak turun dapur kalau kakak aku balik sebab dia yang akan tolong mak aku dekat dapur.Aku akan berusaha lari.

TAK BOSAN KA CUTI LAMA TAK KEJA?
Bosan la jugak.Dah la duduk rumah sorang sorang dari pagi sampai petang sebab parents aku kerja.Nak keluar lagilah malaz.Sebab memang rutin hidup setelah habis spm sentiasa sama.Bangkit,solat,mandi,tengok tv cerita kesukaan (Pangako Sayo),pastu baru kemas rumah.

BUT,
one ,
day.
I read my friend punya status whatsapp.Macam dalam keadaan cemas sebab dia sorang je yang jaga kedai.Dia kerja kedai jam dekat Mydin and Mydin dekat gila dengan rumah aku.Aku pun balas lah whatsap status dia tanya kenapa.Dia kata dia penat sangat layan customer dia sorang sorang.So secara haromnya,dia ajak aku teman dia.

Aku pun gegas gegas la teman dia.Dari pukul 12 tengahari sampai 10 malam.Boss kedai kawan aku ni pun memang naiss person ever.Siap tanya aku ,adakah aku memakai fake braces hanya untuk menunjukkan kecantikan dan kehipsturan?Memang aku menafikan lah kenyataan dua orang boss kawan aku tersebut!

Sebenarnya memang aku dah lama nak kerja,jadi bila dapat peluang kerja seharini memang aku bersorak riang ah kalau boleh nak bawak pom pom girls datang.Kahkah.A very so very so very very nice experience for me semalam sebab dapat keje.Hihi dan tak boleh lupa,semalam aku terspeaking dengan Mat Egypt dengan her beautiful daughter,Mariam.Peramah sangat akuni.Sapa suruh anak dia comel sangat.

Gaji walaupun sehari ja aku kerja memang bagi aku banyak lah.Padahal ikhlas nak teman kawan aku dalam kesusahan.Hm ayat bff till jannah sangat.

Gambaq besaqnya.Nampak habis jerawat.
Belakang saya tulah yang ajak saya kerja.Namanya Hidayah Milik Allah.Oh bukan,itu bab dalam agama islam.Namanya Hidayah Wai. 
(Throwback:Gambar 8 bulan yang lepas.Jamuan raya)

p/s:Saya dapat matrik pulau pinang.

Salam sayang,syadiya xx.

Friday, 28 April 2017

BRACES IV -PowerChain (46 DAYS)

Assalamualaikum,
Tak perlu lagi aku bagitahu makna braces sebab dah banyak kali kot bagitau.Hehe.

"apa kebaikan dan kelebihan braces ni?"
My answer:boleh tukar warna setiap bulan pastu boleh belagak comel pastu boleh bagi rata gigi.

"apa keburukan braces ni?"
My answer:Sakit dia tak tertanggung.Japgi hang tumbuh ulser,pastu satgi gigi rasa goyang goyang,rasa makan tak pernah kenyang,dan mula mensyukuri nikmat makanan sebelum pakai braces.Oh ya! Tak lupa juga,lidah main peranan penting sewaktu memakai braces kerana makanan sering tersekat di celah celah gigi.

And aku mula sedar,aku sedang membebel bahawa braces lebih banyak keburukan..Bukanlah camtu,maksud aku saat saat pakai braces ni memang perit tapi perit tulah yang akan tukar manis bila tengok gigi dah rata.Sep sikit! Tak lupa juga,aku makin sayang dekat braces.

Okaylah,mari tumpu pada tajuk utama.
2 weeks ago,i went to my clinic sebab nak tukar getah braces .Aku pergi dengan sepupu aku sebab buat sekali dekat tempat sama.Tengok tengok kami masuk tukar getah pun sekali.And badly we decided to choose the same colours of bands tanpa berbincang ok.Dasarr betul ini pompuan memang carik gaduh dan aku mengalah sebab warna getah dekat doctor yang tukar getah sepupu aku tu lagi banyak.Hah ambik ambik! *gayabaling

This month,memang aku tak berharap pun nak pakai POWERCHAIN sebab sakit cabut gigi pun tak sudah lagi.

Okay,POWERCHAIN TU APA?Nama pun power kan.Memang sakit dia power dan bagi aku,istilah powerchain ni nak mempercepatkan gigi supaya rapat.Aku letak dua dekat belah kiri dan kanan sebab aku cabut dua gigi kiri dan kanan.

 Gigi aku dah jadi macamni sebijik.Gongak tengah tengah tu sebab cabut.Yang warna ungu tulah PowerChain 
(sumber:google)

Sakit dia tak terkata.Aku pakai tak panjang.Amboi this person pakai semua.Panjang noks.Tak rasa nak nangis ka?Hahaha
(sumber:google)

Lepas pakai PowerChain rasa macammana?
 Aku rasa lagi sakit dari mula mula pakai braces.Tak terperi sakit dia!Terus aku cakap  dekat doktor,saya sakit dan buat muka sakit (dengan gimik muka mata tertutup) .Doktor cakap "maaflah sakit sikit ye sebab getah kecik".Nak ja jawab,oh kalo camtu pakai getah rambut jela.Kahkah

Sepupu aku pulak relaks ja muka happy sambil cakap tak sakit apa =') Waddee! Aku punyalah sakit.Tapi taktau lah kan sebab cousin aku dah pakai lama.Aku baru first appoinment.

Berapa lama sakit disebabkan PowerChain?
3-5 days tak silap. Memang lama.So back to routine,makan bubur=') .Tapi hari kedua aku dah belasah makan nasi dengan udang.Nikmatnya ya tuhan walaupun bergegar gigi aku kesakitan tapi apa ku kisah asalkan gendang gendut tali kecapi ,kenyang perut senang hati =) .Lepastu serik terus makan bubur ja hari hari seterusnya.Belagak sangat kan.

Bukan study sahaja perlukan pengorbanan,braces juga perlukan pengorbanan dari segi kesakitan yang berlainan cabangnya.

Bulan ni still pakai warna biru.Cuma biru up sikit lagi terang.Kroh kroh





Salam sayang,syadiya xx.


Wednesday, 26 April 2017

Cameron Highlands Short Vacay III (Agro-Technology Park Mardi)

 Assalamualaikum,
Memang tebiat aku kalau share pasal vacay,mesti ada sambungan.Tapi kadang tak menjadi pon sambungan aku.Contoh sambungan vacay yang hangat hangat tahi ayam;pergi Indon dulu,pastu pergi Langkawi tahun duaribulimabelas.Acah sangat ayat terakhir entri berkenaan "Hari lain nanti aku share dekat next entri" Padahal bayang entri seterusnya pun TAK NAMPAK.HAHAHA jiwa kacau!

So kalini memang aku tepati janji lah kiranya kan.Taman MARDI memang tak pernah tak pergi .Wajib family aku pergi kalau dah sampai Cameron.Masuk berbayar.Harga tiket tak ingat tapi murah je.Family aku suka pergi MARDI sebab banyak tanaman.Not my family.My mother to be specific.

Cantik angat ❤️

 Apa nama pokok ni.Kalau boleh nak mengurai sampai ke tanah.

 Rasa cam nak petik,pastu ikatkan buat ganti penyapu lidi.

He doesnt like me.I see that.Gotcha!

 Masa aku datang ni,ada bukak macam macam stall.Waffle,Ice cream,dll.Sedap ice cream ni.Tapi ngilu gigi aku.Bukan gigi,besi lebih tepat.

 ❤️

Kawasan dalam MARDI ni memang luas.Tak ingat gambaq ni dekat tempat yang mana satu.Mana mana pun cantik.

 Sebab teman Adip pilih kaktus la ibu jari aku bengkak macam kek naik tinggi T^T Dia gedik nak beli satu.Padahal dah sampai rumah terpecahsepaibelai dia punya kaktus.Kahkah

 Ni dekat kawasan yang ada arnab.

 Masuk dalamni berbayar.Adip sorang je yang masuk sebab dalam ni semua budak budak.Teringin nak masuk tapi nanti memalukan diri -.-

 Ada kerusi dekat sebelah kandang arnab ni.(panggil kandang ke untuk arnab?Maaf kalau salah.Bahahaha).Makin mengembang tangan aku lepas pegang kaktus.Decide letak fresh care,and berjaya turun mengempis.Mine is freshcare cherry ❤️Hihi ❤️

Besaqnya bunga yang paling tengah ni.Hohooooo

Ni sebenaqnya dinding surau.Sapa suruh lawa sangat.


Should or shouldnt you go to MARDI?My answer:You should go to MARDI!Sebab boleh kenal banyak jenis flora! ❤️

Salam sayang,syadiya xx

Thursday, 20 April 2017

Hanugeracemer

Assalamualaikum,
Tajuk entri ni kalau boleh nak buat semua yang baca taknak baca plus nak meleleh hingus sebab pabendala yang diz gurl cakap?

HARI ANUGERAH CEMERLANGGG!(beserta gimik pompom disini).It was a good day,a good moment to share and of course,a good memory to be remember sebab aku suka baca blog sendiri.Bagi aku blog sendiri adalah blog yang paling menarik sebab cerita takboleh dijual beli(apa aku cakap zzz)

Peringatan:ini entri bergambar yang tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati tapi wajib ada kena mengena dengan hidup aku,keluarga,rakan taulan,dan juga guru guru.

Sumber gambar:DSLR,fon kawan,fon mak guwe.

Aku yang depan lelaki tu.Ni mak aku punya gambaq guna fon ni.Tau tak mak aku beleter masani suruh perbetul tudung sebab that topi ruin my anak skarf.Habis jendol+keluaq rambut.Huwaaaa.

 Gimik hari anugerah tahunni style ah.Robot bergerak.Nak satu!Nak suruh kemas rumah.Dah malaz ni.

Pastu dah naik atas pentas pon,parents aku memang tak ambik gambaq aku masa atas pentas T^T?Takdak gambaqqqq.Nak kena tunggu posmen mai hantar gambar yang kami bayar 20 hengget tu.

With my 100% supporters or backbone!❤️❤️❤️(Stressnya tengok tudung tu)

you can't buy successful without your effort.effort may take you to the hard situation,but yaa,it will be paid soon.xoxo syadiya


Outdoor with classmate.Classmate aku 5 orang ja yang dapat pergi hari anugerah.Yang lelaki tu jiran kelas.Kanakesh namanya.Entah ah dia ada ship ship kot dengan kawan aku belakang tu.Tertawa mesra nampak.

Topi aku dah terbabas ke Kanakesh.Kahkah

 Amboi Kanakeshhhh,dahla kami yang ajak hang masuk gambaq sekali,pastu kemain lompat melebih orang yang ajak (busuk hati)

With my classmate dan sorang lagi tak cukup iaitu Iliya.Suka buat hal sendiri.Tampa kang iliya ni.(from left:Me,Dayah,Una,Aten)

Semoga Syadiya Nur(saja tambah Nur padahal nama takdak Nur hahaks) berjaya mendapat ACCA besaq nanti.

Semoga Syadiya Nur akan sentiasa meneliti resit selepas membeli barang seperti selalu.

My supporter.Always.Kak Meni❤️Akak dorm aku.Memang selalu teman aku study sampai lewat malam tapi tak sampai 'lewat' malam,dia dah tidoq.

Semoga kamu yang membaca entri ini tak berangan bahawa kejayaan datang bergolek.Ayuhlah usaha.

Semoga kamu mengetahui yang saya pakai tudung mak saya.baju from online shop;GreenScha(kalau berkenan),beg entah tak ingat dah lama,dan skirt of course pasaq kemboja.

My adik bongsu is the best photorapher.Nasib hang ada,kalau dak aku nak suruh sapa tangkap gambar aku.

With Manis.Tabiat baik:suka panggil nama orang 'Anis'dengan panggilan Manis.

Jenuh dah tarik tudung tapi topi takmau bawak bincang dengan aku.

Last.Terimakasih yang banyak tolong saya.Saya hargai jasa anda semua.Saya dapat lapaneyduabi sebab ramai tolong,ramai nasihat,ramai bagi tips.Saya dah share tips dekat blog,so pandai pandai lah geledah blog saya dengan cara yang sopan tau!

Boleh jadi kita benci sesuatu,padahal baik bagi kita.Contohnya,masa saya PT3,i got E in sains.Pastu masa SPM,saya dapat A+ siap dapat paling terbaik matapelajaran sains padahal MASA BILA AKU MINAT ENTAH MASA BILA?! Nak tau masa bila?Baca la entri cara best nak bagi result spm cemerlang ni.Semoga bermanfaat!

Salam sayang,syadiya xx