Thursday, 11 May 2017

RESEPI:Cheesekut Lemak Manis yang tak perlukan oven

Assalamualaikum,
Entahlah sejak semenjak ni cheesekut jadi favourite food seisi rumah la pulak.Dah dua kali repeat buat dan bukan repeat order.Bagi aku,lebih baik buat dari beli sebab jimat.Ahhh,aku memang kedekut.Bukan kedekut,tapi jimat dalam bahasa lembutnya.

Nak guna mixer macam Anna Olson pun boleh,nak guna blender pun boleh,nak pukul guna pemukul telur pun boleh.Dan yang peliknya aku guna manual punya mixer.Tak pernah guna.So try guna.Memang gebu hasilnya.Yay jimat letrik!

BAHAN BAHAN:
1)Nestum original
2)Susu full cream or low fat pun tak mengapa
3)Susu pekat 3/4 tin (kurang lagi bagus)
4)Biskut crackers
5)Keju jenama tatura or jenama lain pun tak mengapa.

CARA CARA :
1)Masukkan kesemua keju tatura dan 3/4 tin susu pekat .

2)Masukkan susu cair 3 sudu dan adunkan.

3)Lepas mix kan,akan jadi macamni tau.Bagi jadi sampai kembang=)Pastu boleh rasa,agak agak kalau rasa tak sedap ditekak,boleh tambah susu pekat or susu cair.

Dan,biar dulu adunan keju lemak maneh ni ketepi sebab kita nak celup celup biskut.

 4)Celup biskut dalam susu cair dutchlady.Jangan lama sangat sebab nanti lembik sangat.

 5)Susun dalam bekas cecantik macamni lepas dah celup.Malangnya bekas aku ni tak ngam ngam.Terpaksa ku kepakmu wahai biskut=(

 6)Lepastu,jadikan adunan krim lemak keju ni sebagai lapisan kedua.Takpayah tebal sangat pun.Tapi ikutlah memasing nak buat macammana.

 7)Lapisan ketiga,tabur nestum.

Dan ulang balik proses celup nestum sampai bekas penuh.

Dah siap sampai layer atas,boleh masuk peti sejuk,tunggu sampai keras dan boleh masuk mulut dengan selamatnya❤️❤️

You can use my photo if you want=)

Salam sayang,syadiya xx.

5 comments:

  1. Ya Allah sedapnya tengok~~ T____T Terima kasih share! InshaAllah Nisha buat dengan Mama Nisha kalau ada masa nanti hihi

    ReplyDelete
  2. sedapnya nampak nak buatnya malas hahhahaha

    ReplyDelete
  3. waaa...dapnyeee...
    terliur dah ni :(

    ReplyDelete
  4. Kalau rajin, insyaAllah sy try buat 😄

    ReplyDelete
  5. senangkan buat cheesekut ni ...
    kakak pun baru buat last week, tak sempat share lagi dlm blog ..
    kakak buat cheesekut oreo T_T
    cheers.

    ReplyDelete