Friday, 5 May 2017

RESEPI:Ayam Masak Kicap Pedas Lada Hitam (simple)

Assalamualaikum,
Entri ini tiada secebis mahupun secubit gambar.Harap maaf.TAPIIII,resepi ini terhad.Memang resepi mak aku.

UNTUK AYAM SEPARUH(tak perlu goreng ayam)

Bahan bahan:
1)Bawang besar sebiji + halia seinci (blend bersama air)
2)Bawang merah sebiji atau dua biji (hiris)
3)Bawang putih seulas (hiris or tak nak letak pun takpa)
4)Cabai blender (satu senduk)
5)Garam secukup rasa 
6)Kicap 3 sudu atau lebih kalau nak nampak lagi hitam
7)Lada hitam satu sudu (tumbuk manja manja)
8)Bawang besar .Potong bulat.
9)Air setengah cawan

Peringatan: Cabai blender mesti lagi banyak dari kicap dan lada hitam jangan banyak sangat takut berangin di tekak teruk sangat.

Cara cara:
1)Tumis bawang merah dan bawang putih.
2)Masukkan bawang besar dan halia yang sudah diblend.
3)Masukkan cabai blender.Kacau hingga naik minyak.
4)Masukkan kicap.
5)Masukkan garam secukup rasa.
6)Masukan ayam.
7)Tambahkan air sedikit.
7)Masukkan bawang besar yang dipotong bulat.

Haa,kalau nampak warna hitam macam tak berapa pekat,tambah la lagi kicap.Tapi jangan banyak sangat.

Dan,boleh dimakan dengan jayanya!=)

Yang pasti ayam masak kicap lada hitam takda kena mengena dengan ayam kfc ok.Muahahaha (sumber:google)

Salam sayang,syadiya xoxo

3 comments:

  1. cikja baruuuu je nak tgk rupa dia mcm mana. pedas pedas ni memang fav cikja sangat!

    ReplyDelete
  2. wah sedapnya sis :D kena try ni. hehe

    ReplyDelete