Saturday, 30 March 2019

2019 Comeback GiveAway by Cik Roxa

Klik banner di atas untuk join GA :)

Pengumuman pemenang: 13-15 April 2019


Tuesday, 19 March 2019

Garu garu muka

Assalamualaikum,
disebabkan sekarang punyalah panaih lit lit, aku taktau la kat tempat lain panaihhh litlit atau tak, tapi obvious sangat lah sekarang ramai gakla cakap panas. Aku kan study kat Tapah, so Tapah ni jarang jarang la nak panas. Dalam seminggu mesti ada hujan. Tapi start aku masuk balik U ni, ya tuhan panaih dia takleh nak bendung. 

Oklah cerita dia start camni, aku ni pemalas jaga muka. Dulu aku jerawat banyak gila tapi disebabkan dah besaq la konon, jerawat aku dah tak larat nak buat come back so memang jarang jerawat nak naik banyak. TAPI,bukanlah maksudnya kulit aku licin. Ada jugakla tumbuh sesikit.

Aku ni pemalas tau nak proses muka. Kalau aku beli scrub muka, setahun pun belum tentu habis. Sebab apa? Confirm lah sebab aku malas! HAHAHA. Level pemalas aku ni ibarat hampa kena seret orang seberat 45kg. Haa,aku ah tu. 

Contoh macam gosok gigi. Aku kan pakai braces. So bila masuk U, aku akan mandi pukul 6 petang. Lepas mandi aku akan berus gigi aku bebersih siap cungkil pakai berus gigi braces tu. Dan aku SANGGUP tahan lapaq sebab aku adalah remaja yang pemalas nak memberus gigi di tengah malam buta ye.

Ha same goes to muka aku.

Muka aku ni tak pernah burn. I told you honestly, memanggg tak pernah langsung.Cumanya awan ni taklah selalu cerah sebab dia nak jugak mendung kan, jadinya kalau kena panas, MUKA AKU SELALU MERAH MERAH. 

NI bukan muka merah merah nak cendol tu aku lepuk hampa satgi! Ni kalau bebetul kena panas cahaya matahari yang superb tu. Kalau tak memang beshe beshe je merah muka aku. Then minggu lepas, aku pergi pasar malam dekat dalam U aku. Waktutu habis kelas awal dalam 4.30. 4.30 petang ni memang rancakla matahari berdansa memancarkan cahaya gemilang beliau itu ye.

Tapi aku sejenis gigih, nak jugak beli itu beli ini dekat pasar malam. Aku dah rasa dah muka aku berdenyut. Alaaa, hampa pernah tak rasa denyutan kepanasan? Kalau tak pernah rasa takpala, duk ja dediam u.u

Tapi aku tak syak la jadi teruk. So after balik, malamtu aku start garu garu muka aku pakai jari jari halusku ini =") Takkan nak garu guna lutut kot kan. Ye i know salah nak garu garu muka ni tapi tahap kegatalan muka aku ni adalah ditahap gatalnya perempuan muda kat luaq sana yang gatai nak kat laki orang!!! Okay tak tak aku gurau :D hahaha tahap gatal dia tu aduhhh tak senang duduk lah ceritanya.

It has been a WEEK. And the consequences yang aku dapatlah adalah kulit aku jadi kering and menggelupas. Kalau dalam gambar tak obvious. Tapi depan depan, hm nangis aku weh.

Sekarang pun duk merenyam gatai! Arghhh. Pastu alhamdulillah la aku pergi Pekan Tapah tadi pergi guardian cari aloe vera yang Maisarah Mahmud duk review tu tapi habeh. Haih student U aku semua baca review Maisarah ka?! So aku beli je product lain yang contained with aloevera.

Doakan muka aku tau. Aku tak kisah kalau ada pimples, but ada kulit gatal + menggelupas ni sumpah aku rasa takmau kawan semorang! Okay motif sangat apa aku cakap ni!!Hahaha

Ha aku dapat beli ni je:') :')

 Nampak ja pipi aku macam nampak okay apa semua padahal kalau hang pegang kulit muka aku rasa macam "eww adik beradik ulaq ka" deepnya sapa cakap camni kat aku , aku pukoi dia satgi kottt. (p/s: sebelah tu adik aku, itulah Wiwin)

Okay dahla banyak betul ngadu kat blog.

Salam sayang,syadiya xoxo

P/s: entri pergi Danok tak habis lagi..aku takda idea lah nak update apa sebab duduk u.Ni pun aku pakai data free 1GB 1 hours ye sebab rajin redeem dekat hotlink red. Kahkah.