Monday, 16 September 2019

Kampung Agung, Penaga, Pulau Pinang what's good??

Assalamualaikum,
Selamat Hari Malaysia dan selamat bercuti pada saat akhir! Hehe sila nikmati waktu malam yang masih bersisa ni sebelum hari esok 🤪 Esok kelas aku pukul 8 pagi tapi saja curi masa sikit nak hapdet blog cerita pasal pergi jalan penang dengan family aku sebelum balik u haritu.

Haaa pastu aku nak update pasal diri aku yang kena kencing tak lawas (kencing kotor in english they called UTI) tapi takda masa, nantilah aku cerita sebab aku kalau membebel panjang betul! Hahaha and sekarang pun still kena kencing tak lawas tapi dah jumpa doktor dan hopefully sembuh. Semua yang baca tolong aminkan insan lemah macam aku ni supaya sihat please😭 penat 10 kali bangun p toilet.

Huwa dah satu perenggan aku membebel pasal kena kencing kotor. Demmm. Hahahah so itu hari masa sikitt hari lagi nak balik u start new semester, mak aku ajak pergi Kampung Agung,Penaga sebab katanya ada sarang burung macam dekat Indonesia tu.

Kalau nak search pakai Google Maps: Kampung Agung, Penaga, Pulau Pinang.

Harga masuk: RM5 dan takda apa apa cas dah lepastu.

Dikutip sisa sisa dari ig story aku. First Impression aku dekat this place : it was so cantik! Tapi spoil mood sebab beratur panjang nak bersarang telur. Tambah tambah jenis satu orang nak 100 gambar memang idakler nak tunggu. Last last aku fade up, aku pun pergi snap dekat port lain. Hahaha.
Sarang ni ada 4 tau. 2 jenis yang sama which is yang memang jadi tumpuan teruk. Yang lagi dua beshe beshe je.

Sorry terpaksa tutup muka sebab senyum macam nampak katak terbang T^T Ni sarang yang "beshe beshe" tu. Hahaha aku dengan cousin aku ja sebab tangkap gambar sini sebab ada sorang makcik tu duk kalut apa sangat taktau nak snap gambar anak dia takmau beratur helo melayu common sense lah beratoq lah 🙄 tengok aku dah membebel

Ada rumah tapi tokleh naik. Bawah rumah ni boleh. Ada congkak. Pastu ada toilet untuk orang pundi kencing tak functioning well. Tepi tu ada orang jual air jugak.


Fade up betul aku last last selfie sensorang pujuk hati tak dapat naik sarang ='D

Buaian pun ada. Sorry la edit gambaq muka jadi kuning macam mayat dah. Ampun hahaha

Tapi hampa dukla celah mana pun semua lawa untuk tangkap gambar ❤️

Kakak guwe

Me acah macam salji turun padahal panas lit lit hahaha

Ni pun beratur tau tapi okayla tak ramai sangat masih boleh bersabar

Buaian ni kena pandai cari. Ada dekat ceruk ceruk. Serius tempat ni memang luas. Jangan berharap dekat sarang burung tu ja ( said the one yang nak sedapkan hati and dissapointed sebab tak dapat naik sarang 🙄)

Syafi at buai laju laju sampai syurga sana. Agituu hahaha. Aku terbayang kalau padi menghijau mesti lagi bombbbb gambar gambar.

Kakak syaza

Adik syafa aka anak pungut


What is love? Love is when your parents are inside of the love. Hehe 💋
Love besar ni pun kena pandai cari kat ceruk tau. Tak ramai dekat sini sebab semua duk buat busy tangkap gambar dekat sarang burung. Circle shape pun ada tau, bukan setakat love. Cuma aku banyak tak tangkap gambar kawasan sini. Sebab didn't expect pun nak buat entri. Wahaha


Still at this love thing cuma aku outside the love so maksudnya apa tu :(


Kakak pun outside the love maksudnya apatu :( 

Haa yangni pun best port sebab nampak je pendek, padahal nak naik ni kena pakai ladder tau! 

Sekian sahaja daripada saya untuk entri kalini.Mintak maaf muka owner blog tak banyak sebab baju aku sangatlah tak mesra alam ye sebab mak aku cakap aku pakai baju kaler hitam kot. Pastu seluar aku cutting dia agak over, banyak gambar gambar yang nampak macam kaki aku ni tiang tiang bendera T^T 

Overall kampung penaga ni best! Cuma toksah pergi la masa cuti umum or whatsoever cuti sebab memang pack gilaa! Kalau sapa sapa yang kesabaran dia senipis kulit bawang seperti aku, haa tangkap gambar dekat port lain pun dah okay. 

Untuk student u yang tengah cuti sem, elok datang weekdays mungkin tak ramai.

Pastu sorrylah gambar terpecah sana sini sebab biasala aku nak edit bagi gambar gempak 💁🏻‍♀️

Berbaloi lah for me sebab orang jenuh p indonesia nak naik sarang burungg, ehh alih alih kok Malaysia ada. HAHAHA

Thanks for reading!
Salam sayang, syadiya xoxo


12 comments:

  1. wah taktau lak ada ni haha. dok area bagan taktau sangat area penaga ni hahaha boleh ah nanti cuti sem pi sana

    ReplyDelete
  2. Akak dok area sana gak tp x pi lg. Laki kak bkn jenis penyabar nk tgkp gmbr beratur2 ni....hahaha...drpd pi byr duit pstu keluar sia2 ja baik xyh pi lg. Nanti nk ajk kwn2 yg suka posing mai sini tgk hahaha haha

    ReplyDelete
  3. best jugak tempat ni! tak pernah pergi lagi..da macam kat indon konsepnya...moga kekal terpelihara sebagai tarikan pelancong

    ReplyDelete
  4. tak tahu pun ada tempat ni. Dah tak berapa jauh...nanti boleh cari lah

    ReplyDelete
  5. tak pernah sampai sini..tak tahu pun kewujudan tempat ni..kalo ada pegi penang, bolehlah pi tempat ni

    ReplyDelete
  6. 1st time dengar nama tempat ni. maksudnya baru tahu kewujudan dia. hehe

    ReplyDelete
  7. Bagus kak tempatnya, jadi pengen main kesana

    ReplyDelete
  8. Macam best. Tapi skerang tengah viral. Nak puas tangkap gambar kena p hari biasa kot, tak ramai orang

    ReplyDelete
  9. wahh best nye, cantik je pemandangan.. mesti nyaman je lepak kat sini.. kecuali ade orang duk berebut nak tgkap gamba hehe.. kesian

    ReplyDelete
  10. cantik sarang burung tu.nasiblah jauh..hihi..btw thanks follow blog titew..done follow back and follow u ig..

    ReplyDelete
  11. Wah, menarik sangat tempat ni. Dekat dgn kg, boleh singgah.
    neon signage
    sticker printing
    panel

    ReplyDelete

DO LIKE