Tuesday, 28 August 2018

1 tahun lebih bertapak 🧕

Assalamualaikum,
Siapa yang pernah baca entri INI ,aku pernah la cerita sikit sikit yang aku ada buat dan jual tudung🧕 
Yes, i made it.
Beli kain,
Potong sendiri,
dan juga jahit sendiri. 

Penipulah aku kalau aku cakap tak pernah ada orang merungut pasal tudung aku. Salah satunya merungut pasal potong kain tak sama. The truth is, nak potong kain tudung sangat susah. Tahap kesusahan boleh mencecah hingga rasa nak stress jerit jerit weh! Aku mainkan peranan dalam memotong tudung manakala kakak dan mak aku tolong jahit tudung.

Orang request macam macam warna tapi susah sebab kami pun depend dengan warna apa kedai kain jual. Hope you really feel me T^T



2 warna ni dah sold outtt dengan sangat cepat(BUT WILL BE RESTOCK SOON!)Patutla jenama terkenal macam duck & ameerazaini boleh sold out awal. Aku telah menamakan tudung belah kiri tu as NESLO,manakala nama gedik dan mengada CHOCOLATE SHAKE pulak kakak aku yang letak.Stress gila nama tudung pepelik.

Ini contoh kakak aku pakai tudung code colour chocolate shake di pagi aidil adha. Wah gitew. Pastu tudung ni terus sold out sebab ada model yang menggayakan.Tehpapetah.


MOSS GREEN dah sold out awal awal sebab boleh buat 2 pcs je tudungni kain tak cukup. Satu bidang biasa which is 45, lagi satu 43. Kalau nak beli boleh komen ye yang bidang 43 ni nanti sis kasi harga murah sebab pendek la tudung tu macam takboleh nak jadi solehah.Solehehhh boleh kot agaknya.

PISTACHIO STILL ADA!

Ini semua dah sold out dengan cepat.Sampai kawan aku puji cakap cantik cantik warna kalini.Alhamdulillah =D

First time bawal aku keluarkan warna hitam sebab lucky day pergi kedai kain so dapatlah warna ni.Rezeki lagi sebab most of the girls or boleh kata semua perempuan look really good dengan tudung warna hitam.

All the colours!
YANG STILL AVAILABLE: PISTACHIO & BLACK


Instagram: by.syas 👇👇



Disebabkan ada 2 colours yang still available, you guys still boleh pm kalau nak beli.
Kain tiptop!

Material: Cotton voile
Sangat sangat senang dibentuk and senang nak iron.
RM10 sahaja untuk 1 pcs tudung kita ni 😋 
Beli 3 pcs dapat RM27 potongan kaw kaw guwe bagi sama lho orang ya!

Cara order? 
☎️Whatsapp : 0174974574 

P/S:Gambar semua aku edit sendiri kat rumah pakai kos murah and kertas murah sebab tu nampak macam dah keredut kertas putih belakang tu sebab aku reuse balik.Nanti aku share okay kalau nak buat gambar tudunggitu.Sharing is caring kan 😘

Thanks for reading ! Salam sayang,syadiya xoxo



Monday, 27 August 2018

Result Semester 2

Assalamualaikum,
Aku taktahu orang lain sama macam aku atau tak, tapi kenyataannya level confident aku adalah rendah.Aku tak yakin dengan diri aku. Untuk semester dua,aku tak yakin dengan satu kod programme ni sebabnyaaaaa banyak sangat kena hafal senang cakap memang kena hafal ,faham ,dan ingat which is

"MGT 162" or  fundamental of management. 

Aku sebenarnya merasakannnn yang benda camni memang kena expect dah sebab accounting bukan setakat mengira tapi menghafalal.Nak mampoz lagi sem 3 depan ni dengar cerita LAW susah ='))

Balik cuti ni aku asyik terfikir apa yang aku dah buat dekat paper MGT162 tu.Sumpah rasa teruk.Dahla beria keluar awal padahal taktahan nak terkencing sejuk kannnn so aku keluar ah awal alang alang terus balik bilik g kencing. KAHKAH.Kalau aku teringat paper ni mesti aku takut.Takut apa? Wajiblah takut repeat guys!

Walaupun aku pelajar cemerlang spm,tapi benarlah kecemerlangan itu tak berpanjangan. Akibat daripada berfoya foya dan lalai aku amatlah bimbang akan result aku.Lagipun aku tak study smart ataupun study hard masa sem 2. Yang aku tahu hanyalah balik bilik , tidur dan tidur dan tidur ye sampaikan rumet aku amat aneh dengan perubahan aku.

Tapi disebabkan doa ibu bapa dan berbekalkan usaha yang tak seberapa,

dapatlah 

"DEAN LIST " untuk semester 2! 

Alhamdullillah walaupun ramai perlekehkan cakap "ALA DIPLOMA SENANG"dan taklupa juga yang mencebik apabila aku ambik diploma, saya harap anda cili mulut sendiri sebab masuk dan ambil mana mana pun tak senang kalau takda usaha. 
Pointer DL tu biarlah aku ja tahu nanti ko kata riak terlebih kan.Emo pulak kekeke.


salam sayang,syadiya xoxo

Saturday, 25 August 2018

Review: Pulang & Hantu Kak Limah

Assalamualaikum,
Aku sebenarnya tak berniat nak review tapi disebabkan dua movie melayu ini sering diperkatakan oleh manusia maka aku pun mulalah nak review.

1.PULANG
Kakak aku la ajak aku sangat tengok cerita ni. Aku baru ja tengok padahal dah keluar cerita ni lama sebab aku macam wad iz diz dohhh.TAPII CERITA NI AMATLAH SERONOK DAN SEDIH.

Menceritakan tentang Thom si isteri yang setia tunggu suami dia Othman untuk pulang ke pangkuan dia.Macam biasa,jatuh cinta dan kahwin and dapat pulak anak nama Omar.Tapi Othman ni nak ubah hidup family dia sebab miskin kan. So dia mintak izin Thom nak berlayar ikut kapal .Ayat yang aku ingat dalam cerita ni adalah "Aku janji aku pulang Thom" nangis sis.Tapi, Othman ni tak balik balik sampaikan isteri dia sanggup pergi HongKong cari dia tapi dia dah berlayar ke lain. 

Rating: 9.5/10 sebab cerita ni bagus and remy ishak hensem. Boleh kot noh? HAHAHA

2.HANTU KAK LIMAH
Okay,siapa je kan yang tak tengok HKL (Hantu Kak Limah) ni? Dah 27.5 juta kot depa duk kutip!
Cerita ni ada sikit macam pee mak but the truth yang cerita ni nak sampaikan adalah kita ni start guna sungai sebagai jalan pengangkutan.
Aku suka HKL yang first lagi berbanding HKL 2. HKL2 ni menceritakan adakah benar kak limah dah meninggal atau tak. Disebabkan kak limah cantik,dia telah pun berkahwin dengan seorang lelaki bernama Khuda. 

Rating: 5/10 sebab aku taksuka part merapu dalam cerita ni macam hantu jepun & bab bunian tu takpayah pun takpa buang cost ja ajak uqasha senrose berlakon.

p/s: Tak sabar nak tunggu Munafik 2!

Thanks for reading <3 ! salam sayang,syadiya xoxo

Tuesday, 14 August 2018

Pahang : Taman Negara Pahang (Naik bot & Santuari Ikan Kelah)

Assalamualaikum,
aku rasa aku berbaik hati nak cerita sambungan pergi pahang itu BULAN. Aku pergi bulan 2 ke 3 tah aku lupa tapi sebelum semester dua dan sekarang aku dah habis semester dua dah pun.Berapa lama ntah aku peram T^T

After pergi national elephant conservation centre (NECC),kami terus pergi Taman Negara Pahang.Jalan nak ke taman negara ni serius cakap kiri kanan kelapa sawit pastu jauh dari pam minyak.So,isi lah penuh penuh sebelum nak ke taman negara ni ya kalian kalian.

Family aku sampai taman negara waktu petang.Kami duduk Han Rainforest Resort.Serius cantik gila tapi malangnya aku tak snap pulak kawasan situ sebab masatu tak berniat langsung nak update untuk cerita dekat blog.Lol gila kan perangai? Jap,aku search kat pakcik google bagi menambahkan impak seronoknyaa Han Rainforest Resort ni.

Ni contoh bilik yang aku mintak ihsan dari pakcik google.Aku tak berpuas hati bab kebersihan.Sebab musim aku datang ni musim cuti sekolah,pastu dapat la bilik yang dekat ceruk ceruk and badly bilik tu kotor sikit.Ada taik cicak atas katil(ok,bukan kotor sikit,tu kotor banyak so eiuuuu),DAN boleh pulak decorating bilik tu ada gambar biawak besar gila! APE APE JELARR.

Aku tak ingatla harga duduk sini sebab masih muda untuk membayar kerana wajiblah bapak aku yang bayarkan.

Malamtu kami semua pergi Restoran Terapung.

Sebenarnya restoran terapung ni banyak.So kena pandai pandai pilih lah.


Makanan kat sini semuanya agak mahal.sebabnyaa tahla aku pun taktahu.Maybe sebab ramai gila mat saleh and minah saleh so depa naikkan harga. MAYBE LAA.

 Mak dan adik angkat (sebab muka dia lain).Masa kecik adik aku suka nangis nangis sebab aku,kakak aku suka cakap dia anak angkat.AHAHAHAHA


 Kakak aku suruh kecikkan mata jadi mata sepet.

        Aku kan pengguna snapchat tegar so busy sikit larrr main main fon.


 Aku bersimpati dengan mat saleh pakai baju oren tu.Dia order lama gila tak sampai sampai.Pastu kami punya sampai dulu.Last last dia blah.

Kami order aiskrim ni.Tahla aku tak ingat rasa dia tapi not bad lah.Boleh lah ditelan.Harga dia mahal jugak.

Aku tak snap pulak makan apa dekat sini.Tapi kami order sikit je sebab saja nak try kan.

Btw,nak datang restoran terapung ni agak junam sikit.Kena pandai pandai lah and jalan dia for kereta pun agak sempit.Lepas habis makan,jalan jalan situ and balik hotel sebab esok pagi dah nak start menerokai indahnya taman negara (glap glap glap apploss aplosss)

Sebenarnya,banyak aktiviti boleh buat dekat Taman Negara and also banyak jugak duit yang hang kena sedia dan laburkan untuk aktiviti berkenaan.
Macam family aku,kami just naik bot,pergi santuari ikan kelah,jungle trekking and canopy walk.TAPI sebenarnya banyak je lagi.Contohnya macam perkampungan orang asli.

So,aktiviti first kami pergi adalah naik bot and aku tak ingatla apa tempat tu tapi air dia cantik.Masa ni aku tak enjoy sangat sebab aku datang bulan & senggugut pastu aku rasa serabut gila dengan air.Nak buat aktiviti ni aku cadangkan dekat sesiapa yang nak pergi tu,pakai ja selipar.Takyah gedik sneakers ew ew pa semua na.

 Ni abah aku tangkapkan gambar. Dia confident nak guna dslr padahal tak pernah pakai so jadi camni lah hasilnya. Tempat nak naik bot ni sama tempat dengan restoran terapung.And kami naik pengangkutan yang memang Han Resort ni sediakan.


My kakak.

 Mak & Abah dengar laki ni bebel mungkin.

 Dah naik bot yay! Aku tak ingatla harga naik bot ni maaf guys.Tapi mahal jugaklah and nak ke tempat tu ambil masa dalam 2 jam.Masa mula mula naik bot ni aku cuak gila weh.Seat dalam boat ni banyak,muat ah dalam 6 orang.But depa suruh ambik 2 boat sebab berat mungkin nak naik 6 orang sekaligus.

 So aku disuruh duduk diantara mak dan abahku.Mungkinkah aku anak emas? Ops.

 Gigih tau aku nak tangkap gambar pusing belakang sebab kotlaa masa aku pusing belakang ni kang terbalik pulak boat ni.Over bukan paranoid aku?Bukan biasa biasa!

 Gedikla matahari ni nak cium cium aku.Eh.

 Abah aku kerja jadi mangsa aku ja sebab aku asyik cakap "abah pusing belakang,senyum"

Bayangkan hebat tak aku membaling dslr kepada mak aku secara haram di atas bot dikala bot ni melambung lambung.


Aku rasa salah satu sebab depa tak bagi naik ramai ramai dalam satu bot sebab ni lah.Banyak batu batu.Susah bot mahu majuuu.

 Dah sampai !Kakak,wiwin and syafi.Depa naik bot lain.


Kena jalan jauh sikit nak ke tempat air cantik ni.Sebab tu pakai selipar je.Nanti ko nak touch touch air payah.


Tengoklah betapa jernihnya air <3

Aku tak ingat la nama tempat ni so aku panggil je ah kawasan air jernih. lol hahahaha

Rasanya takda pulak ikan.Yang lelaki belakang tu adik aku. Dia taknak pakai baju sama kami.Tahla kenapa.Dia pepelik sikit.


 Apa lagi? marilah meng-acah

 Kakak aku nak try duduk atas dahan pokok ni.Acah macam buaian la kan.Pastu aku marah lah tak bagi satgi patah.Pastu balik hotel kakak aku buka instagram,dia cari hashtag this place and ada ja minah saleh duduk atas dahan.Dimarah marahnya aku :'D hahaha

Nak ke destinasi kedua pulak.

 Ni tempat kedua,SANTUARI IKAN KELAH.

 Malasla nak bagi cerah gambar.Tapi tu ada signboard tulis nama tempat ni ye anak anak.

Me and kakak. Pakai je selipar jangan cakap tak cantik ka apa satgi hang nak terjun ayaq kot?apasal aku nak emo? keke

 Lepas naik tangga,kena turun balik.Macam ada jalan la untuk turun bawah.Masa dekat jeti tadi awal awal depa dah bagi makanan ikan.Tapi kena bayar lerr.

 Hang tengok muka aku.Masani aku memang emotional la sebab aku period pastu memang takla nak bemesra bersama air ni.

Hang nampak dak abah aku boleh jumpak kawan dia dekat pahang padahal aku duduk perak utara :')

Me with abah guwe yang kacak

Nampak tak aku tak ikhlas nak berendam?

Aku duduk atas kayu besar tu ja.Family aku yang lain semua berenang jauh jauh bagi makan ikan.Ikan sini tak friendly langsOOOOnggg.Blurp makanan pastu terus blah at least salam la aku yang dah feed ko ni ?

Nature is the art of the God -Dante alighieri

Untuk naik bot & Santuari Ikan Kelah ni aku highly recommended untuk orang yang memang suka nature.Kalau taksuka jangan pegi la eh.Nanti ko menyesal pastu ko memaki hamun aku di komen bawah pulak.Eh tibehh.

Next entri aku cerita pasal jungle trekking dengan canopy walk pulak inshaaAllah kalau sempat sebab nak buat entri ni pun makan masa seminggu T^T

Thanks for reading! salam sayang,syadiya xx