Wednesday, 29 January 2020

Pilihan Airport Transfer

Assalamualaikum,
Aku nak tanya satu benda ni, korang yang suka pergi travel ni selalunya nak ke airport tu naik apa? Sebabnya, aku selalu jugaklah tengok yang jarang orang ambil berat pasal airport transfer ni. Yang diorang selalu fikir pasal flight dengan penginapan serta aktiviti yang nak buat nanti je. Sedangkan airport transfer ni sepatutnya menjadi salah satu benda yang perlu kita ambil tahu masa kita nak travel. Terutamanya untuk korang yang jenis memang teliti dengan segala jenis kos. Sebabnya,  airport transfer ni jugak ada yang memerlukan kos sikit atau banyak yang akan kita guna tu bergantung pada pilihan yang kita buat. So kat sini aku nak share a few airport transfer yang boleh korang pilih ketika travel. 



1. KLIA Express


KLIA express ni apa? 
      Okay, KLIA Express ni  sediakan perkhidmatan terus daripada KL Sentral terus ke KLIA atau KLIA2. KLIA Express ni memang sangat membantu kita untuk menjimatkan masa daripada kesesakan lalu lintas yang selalu sangat berlaku. Perjalanan daripada KL Sentral ke KLIA mengambil masa kurang lebih 28 minit je. Selain dari tu, ia menyediakan kemudahan yang selesa untuk penggunanya. 

Standard harga tiket KLIA Express untuk sehala dalam RM55 seorang jika kita 
beli di kaunter. Kalau nak dapatkan cheap KLIA Express promotion,korang
 boleh beli dekat Traveloka. Harga untuk seorang dalam RM48 sahaja. 
Jadi kat sini, korang dah boleh jimat RM7 bila beli dengan Traveloka. 
      Pastu, kadang kadang Traveloka ada jugak buat diskaun 10% untuk KLIA Express ni. Korang dah boleh jimat lagi 10%, so kos untuk seorang just RM43.20 je. Bagi aku sangat berbaloi.

 

        Aku galakkan untuk yang travel solo atau berdua bolehlah gunakan KLIA Express ni sebab berbaloi. Bagi mereka yang mempunyai jadual yang pack pun korang boleh guna KLIA Express ni sebab tak payah fikir jalan jem lah dan sebagainya.

2. Grab


Aku rasa ramai jugak suka guna grab untuk ke airport. Sebab grab ni  lebih convenient untuk mereka yang travel dengan group yang melebihi 3 orang. Berbanding KLIA Express, kalau dengan group 4 ke 7 orang ni lebih sesuai menggunakan grab sebab harga grab lagi murah. Plus, grab akan ambil direct daripada pick up place yang kita dah set awal-awal. So, ianya lebih mudah.

       Selain itu, grab ni lebih fleksible daripada segi masa. Kalau kita nak ke airport atau nak gerak balik daripada airport tengah malam pun, tak ada masalah. So, kita tak perlu risau mengenai time schedule macam KLIA Express. Cumanya kalau guna grab ni make sure safety first. Yelah sekarang ni banyak sangat kes yang menakutkan berlaku melibatkan grab driver ni. Jadinya kalau naik grab ni, make sure share live location dan ambil no plat kereta serta screenshot info grab driver tu bagi pada keluarga atau kenalan yang rapat. Tapi kalua dah sorang-sorang dan malam cubalah elakkan guna grab ni. Just untuk prevention.

3. Dihantar oleh keluarga atau kawan-kawan 
         Ini yang kebanyakan daripada kita buat. Sebab ianya lebih mudah dan keselamatan pun terjamin. Just bagi pendapat aku secara peribadi kalau kita ada pilihan lain, gunalah pilihan lain tu. Yelah kita yang nak pergi bercuti kenapa orang lain yang kena bersusah payah hantarkan kita ke airport bukan? Tapi dah kalau diorang yang dah willing nak hantar tu, kita terima jelah. Rezeki jangan ditolakkan.

Y        Yang best kalau family yang hantar, mungkin diorang takdelah minta bayaran ke apa. Yelah keluarga kan. Tapi kalau kawan yang hantarkan tu walaupun diorang tak minta, hulurlah sikit untuk dia support minyak dan tol. Ini lebih kepada budi bahasa lah. Kita dah minta tolong orang, takkan lah kita tak hulur sikitkan. 



Actually banyak je lagi airport transfer yang boleh korang pilih. Tapi aku share 3 je dulu, sebab selalunya memang 3 ni je yang orang selalu guna. Kalau korang tak tahu nak pilih apa try book airport coach guna Traveloka ni. Bukan KLIA Express je yang ada dekat situ, malahan ada beberapa pilihan lain yang korang boleh cuba juga nanti.


Thanks for reading!
salam sayang, syadiya xoxo.

Tuesday, 28 January 2020

Kurus sangat

Assalamualaikum,
Aku sebenarnya having a problem dengan "how do i look". Tapi highlightkan lah dulu problem tu.

The problem is how people see me. Aku rasa orang kalau tengok aku mesti cakap "badan tak cukup zat" wattefishhh kan?

And it's not my problem pada awalnya sebab BMI aku normal. Tinggi aku 160 cm dan berat aku 47.5kg. Here i attached you guys the evidence


Normal okay :( The problem is howwww people look at me pastu cakap aku 'papan' 'skeleton' 'tak cukup zat' 'tak makan ka' warghhh im stgesss

Weh to be honest, aku makan banyak gila. The portion i take to eat is A LOT. SOOO LOT. Even adik aku yang badan berisi pun makan the same portion as me. Atau ayat lain dia: portion aku makan, sama dengan adik aku makan. Eh kenapa aku meng-complicatedkan ayat ni T^T hahaah

Setiap kali aku mengadu dekat orang yang rapat dengan aku,

ayat yang depa akan cakap adalah "because you are tall, that's why people see you as unnormal" nahh. Sampai satu tahap aku rasa macam... 

"nak makan pil gemokkan badanlah" Tapi tetiba teringat one of my friend ada cakap yang makcik dia dulu kurus then lepas consume pil gemok, terus gemok sangat sampai takleh nak kurus. Im scared siot hahaha

Konklusi dia, how people look at you is not that important pun sebenarnya tapi tulah, stress kot sebab nampak kurus sangat. Bayangkan everytime aku berdiri atas weighing scale, aku berharap berat badan aku 50++ tapi stay 47.5kg rasa nak mencarut tapi bukankah berzikir lagi mendapat pahala😭😭 

Dalam gambar ye kot aku nampak normal sebab kita mestilah akan pilih gambar kita untuk diupload ke alam maya yang nampak "normal" dan bukannya "tak cukup zat" kan? Kahkah

Terimalah saya yang BMI normal tapi orang cakap not normal normalπŸ€ͺ Ni gambar 3 tahun lepas (taken on 12 May 2017) tapi aku rasa i remain the same je sampai sekarang.

Thanks for reading.

salam sayang, syadiya xoxo.

P/s: tengah cuti semester dan nak kerja tapi all i do is menganggur 



Saturday, 25 January 2020

Majlis Pre-Graduasi Fakulti Perakaunan

Assalamualaikum,
aku dah habis diploma dalam minggu lepas, lepastu masa aku last semester, assignments,tests dan jugak quizzes dah jadi aku punya bestfriends, makanya aku memang tak tersempat nak update blog nak blogwalking apatah lagi πŸ˜Œ Disebabkan aku last semester, so mestilah ada dinner pre-graduasi, tapi dinner ni tak wajib pun. Ikutlah sapa yang nak pergi boleh pergi, sapa taknak pergi nobody cares. Ha gitew. Hahaha so aku pun pergilah sebab dah last sem kan. Bila lagi aku nak melagha πŸ˜­

Yuran RM45 quite mahal tapi lagi sekalii, who cares asalkan dapat pergi dinner kanπŸ™„ Aku tak terlibat dengan organization dinner ni so aku adalah student yang "buat dekat mana mana pun ok" so depa buat dekat Hotel Syuen, Ipoh. Tapah to Ipoh boleh tahanlah jugak kan.

Disebabkan aku owner blog ni so aku letaklah gambar aku dulu ye takπŸ€ͺ
Aku beli baju dekat Zalora, brand Zalia. RM140+ kottt tak silap tapi dapat diskaun so i paid RM100+ aje. This dress takda pun the detailings dekat lengan tu tapi mak yang tambah. Hehe i love my mom.

My roomates and classmates !

From left: Nisa, Teah, Me, Aimi, and Haifaa πŸ˜˜
Nak jugak letak nama sebab kotla bila tua nanti duk tengok entry ni kan pastu tak ingat nama bolehla rujuk sini. Lolll. Berhubung terok sel otak aku.

 Me and TeahπŸ‘©‍❤️‍πŸ’‹‍πŸ‘©


Me & Haifaa πŸ‘©‍❤️‍πŸ’‹‍πŸ‘©

Me & Pijah πŸ‘©‍❤️‍πŸ’‹‍πŸ‘©
Btw aku takdalah tinggi mana pun okayla aku considered as tinggilah sebab 160 hahaha tapi aku jadi lebihhhh tinggi sebab that dinner day aku pakai heels ampun semut semut sekalian HAHA

Me with my ex jiran bilik, AfieqahkuuuπŸ‘©‍❤️‍πŸ’‹‍πŸ‘©

Me with my ex classmate masa semester 1, Husna πŸ‘©‍❤️‍πŸ’‹‍πŸ‘©

Me with my ex roomates for sem 1& 2, NiesaπŸ‘©‍❤️‍πŸ’‹‍πŸ‘©
Ye semua orang adalah ex T^T hahaha

Me with Cas classmate aku untuk last semester πŸ‘©‍❤️‍πŸ’‹‍πŸ‘©

Me with Nisa yang sudi mendengar luahan hati dan kesedihan. Nice human that ever existed πŸ‘©‍❤️‍πŸ’‹‍πŸ‘©

My classmates for last semester with our lecturer yang ajar audit, Madam Mai ❤️ I don't know why setiap kali sem, setiap kali tu aku punya classmates akan bertukar. Hahaha so kalini kelas aku,  2 orang ja lelaki. Ini gambar tak cukup korum actually. 

My semester 1 until the last semester friends ❤️


My interim girls ❤️ (Kiri atas: me, nisa, zack, and afieqah. Kiri bawah: khairina, sofea and betty)
Kesabaran aku menipis ye masa tunggu photobooth ni sebab panjang gila orang beratur. Photobooth ni free. Tangkap gambar banyak kali pun takpa. 

 My makeup. Lighting tak berapa nak ada. Hoho. So aku pakai foundation superstay, mascara ciked, lipstick in2it, blusher tu aku tonyoh lipstick in2it and blend, eyeshadow ciked roomates aku punya. Hahaha i do makeup but i don't really have that skill. You know what i meannn?

Okay my last photo untuk dinner! Hehe aku tak snap la besar mana dewan dekat Hotel Syuen ni tapi seriuss besar gila aku tak expect pun sebesar tu. Hahaha. Makanan pun aku tak snap sebab aku tak expect nak buat entri dekat blog T^T. Makanan aku tak berapa suka sangat sebab it's not that good :D

Overall, dinner was fun.  Yang paling aku suka sebab photobooth ja lain lain tu okaylaaa. Btw this dinner was held on 23 Nov 2019 so dah lama jugaklah budak syadiya ni baru nak buat entri :')

That's all for my entry! Thankyou for reading.

Salam sayang, syadiya xoxo.



Thursday, 23 January 2020

Done diploma :)

Assalamualaikum,
15 Jan 2020 last paper aku untuk diploma which is MKT243. Maksudnya dah seminggu aku balik rumah TAPI aku malas nak update apa apa dekat blog TAPI aku setiap hari melawat blog aku dan juga yeee of course la aku sentiasa malas apa lagi yang relatable dengan aku selain "malas" ?? hahahaha. So setelah seminggu balik, benda terbaik dan berfaedah yang aku buat hanyalah evaluating every fun & good movies (dalam erti kata lain: menonton sejumlah besar movies) Pastu aku quite murung sebab dah habis diploma.

Hampa dengar tak?

I just finished my diplomaπŸ˜­πŸ˜­πŸ˜­πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰ Sedih tapi dalam masa yang sama aku happy gila sebab aku dah malas nak duduk Tapah yang serba tak ada apa. (Elleh padahal rindu lagi lollll)

Aku officially berjaya created happy moment dengan kawan kawan selama 2.5 years dekat Uitm Tapah dan the worst part adalah bila terpaksa berpisah, saying goodbye to each other, hug each other, recap balik happy moment sama sama . Sebab rumah masing masing jauh kan. Sorang duduk negeri ni, sorang duduk negeri tu, so masing masing taktau tahun bila lagi nak jumpak.

Aku kalau nak cakap aku banyak happy moment tuuuuu, okaylah adalah jugak happy moment tapi most of the time aku nerdy sikitπŸ€“ sebab aku sentiasa mengadap buku, plus aku tak banyak kawan rapat (kawan banyak, tapi yang really good to you is sikit)

Overall, diploma was good.

Untuk last semester exam, fuhhh hahaha first paper aku dah terkebil kebil jawab pastu balik bilik aku nangis 2 kali siottt :') hhahaha aku tak pernah nangis untuk beberapa helai kertas tapi kalini aku tewas. Bayangkan betapa losernya seorang student sebab kalah dengan beberapa helai kertas?!! urghhh. Susah dia tu ibarat dicurangi T^T The second time i cried sebab kawan aku ws aku dia cakap

"dah banyak kali kau bagitau kau tak boleh buat paper ni, paper tu, dari kita semester 1 kau selalu cakap macamtu, tapi tulah, kau selalu dapat cemerlang je. aku tahu kau boleh"


Pastu terus aku nangis HAHAHAHA sebab sedih. Doakan aku dekan tau semua orang last semester akuni!! hehe kalau tak dapat dekan aku tahu tuhan sentiasa ada plan yang lagi baik and inshaallah more beautiful things are coming on my way <3

Most importantly, thankyou to every single soul in my diploma. Diploma was tough as heckkk but thankyou for every good soul, because of your existence, diploma had been easy for me. I gained experience and also lessons on how good or bad people is, how toxic human are and EVEN US, can be the toxic one too. I even see this world in more bigger picture. I never forget every one of you who help me through this journey! 


Bak kata Dilan,

perpisahan adalah upacara menyambut hari hari penuh rindu.


Ada rezeki kita jumpa waktu degree okay diploma people! hehe 

Salam sayang, syadiya xoxo.

p/s: im not ready to take acca yet so degree is my choice :)


January Giveaway by Awesome Dreamer


Klik link diatas untuk join giveaway ni okay! :)

JANUARY GIVEAWAY by FHR

Klik link dekat atas kalau nak join okeh :D


Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

  http://www.mamapipie.com/2020/01/giveaway-tahun-baru-2020.html
Klik gambar di atas kalau nak join GA :)

Saya pilih hadiah nombor 4 :D

DO LIKE