Wednesday, 29 January 2020

Pilihan Airport Transfer

Assalamualaikum,
Aku nak tanya satu benda ni, korang yang suka pergi travel ni selalunya nak ke airport tu naik apa? Sebabnya, aku selalu jugaklah tengok yang jarang orang ambil berat pasal airport transfer ni. Yang diorang selalu fikir pasal flight dengan penginapan serta aktiviti yang nak buat nanti je. Sedangkan airport transfer ni sepatutnya menjadi salah satu benda yang perlu kita ambil tahu masa kita nak travel. Terutamanya untuk korang yang jenis memang teliti dengan segala jenis kos. Sebabnya,  airport transfer ni jugak ada yang memerlukan kos sikit atau banyak yang akan kita guna tu bergantung pada pilihan yang kita buat. So kat sini aku nak share a few airport transfer yang boleh korang pilih ketika travel. 



1. KLIA Express


KLIA express ni apa? 
      Okay, KLIA Express ni  sediakan perkhidmatan terus daripada KL Sentral terus ke KLIA atau KLIA2. KLIA Express ni memang sangat membantu kita untuk menjimatkan masa daripada kesesakan lalu lintas yang selalu sangat berlaku. Perjalanan daripada KL Sentral ke KLIA mengambil masa kurang lebih 28 minit je. Selain dari tu, ia menyediakan kemudahan yang selesa untuk penggunanya. 

Standard harga tiket KLIA Express untuk sehala dalam RM55 seorang jika kita 
beli di kaunter. Kalau nak dapatkan cheap KLIA Express promotion,korang
 boleh beli dekat Traveloka. Harga untuk seorang dalam RM48 sahaja. 
Jadi kat sini, korang dah boleh jimat RM7 bila beli dengan Traveloka. 
      Pastu, kadang kadang Traveloka ada jugak buat diskaun 10% untuk KLIA Express ni. Korang dah boleh jimat lagi 10%, so kos untuk seorang just RM43.20 je. Bagi aku sangat berbaloi.

 

        Aku galakkan untuk yang travel solo atau berdua bolehlah gunakan KLIA Express ni sebab berbaloi. Bagi mereka yang mempunyai jadual yang pack pun korang boleh guna KLIA Express ni sebab tak payah fikir jalan jem lah dan sebagainya.

2. Grab


Aku rasa ramai jugak suka guna grab untuk ke airport. Sebab grab ni  lebih convenient untuk mereka yang travel dengan group yang melebihi 3 orang. Berbanding KLIA Express, kalau dengan group 4 ke 7 orang ni lebih sesuai menggunakan grab sebab harga grab lagi murah. Plus, grab akan ambil direct daripada pick up place yang kita dah set awal-awal. So, ianya lebih mudah.

       Selain itu, grab ni lebih fleksible daripada segi masa. Kalau kita nak ke airport atau nak gerak balik daripada airport tengah malam pun, tak ada masalah. So, kita tak perlu risau mengenai time schedule macam KLIA Express. Cumanya kalau guna grab ni make sure safety first. Yelah sekarang ni banyak sangat kes yang menakutkan berlaku melibatkan grab driver ni. Jadinya kalau naik grab ni, make sure share live location dan ambil no plat kereta serta screenshot info grab driver tu bagi pada keluarga atau kenalan yang rapat. Tapi kalua dah sorang-sorang dan malam cubalah elakkan guna grab ni. Just untuk prevention.

3. Dihantar oleh keluarga atau kawan-kawan 
         Ini yang kebanyakan daripada kita buat. Sebab ianya lebih mudah dan keselamatan pun terjamin. Just bagi pendapat aku secara peribadi kalau kita ada pilihan lain, gunalah pilihan lain tu. Yelah kita yang nak pergi bercuti kenapa orang lain yang kena bersusah payah hantarkan kita ke airport bukan? Tapi dah kalau diorang yang dah willing nak hantar tu, kita terima jelah. Rezeki jangan ditolakkan.

Y        Yang best kalau family yang hantar, mungkin diorang takdelah minta bayaran ke apa. Yelah keluarga kan. Tapi kalau kawan yang hantarkan tu walaupun diorang tak minta, hulurlah sikit untuk dia support minyak dan tol. Ini lebih kepada budi bahasa lah. Kita dah minta tolong orang, takkan lah kita tak hulur sikitkan. 



Actually banyak je lagi airport transfer yang boleh korang pilih. Tapi aku share 3 je dulu, sebab selalunya memang 3 ni je yang orang selalu guna. Kalau korang tak tahu nak pilih apa try book airport coach guna Traveloka ni. Bukan KLIA Express je yang ada dekat situ, malahan ada beberapa pilihan lain yang korang boleh cuba juga nanti.


Thanks for reading!
salam sayang, syadiya xoxo.

20 comments:

  1. kita tak travel sangat...tapi kat Melaka selalu la naik grab,memang mudah nak kemana2 kan..
    heheh lagi jimat kalau naik ramai2.. :D

    ReplyDelete
  2. kawan ummi kalau nak g airport naik bas dari kl sentral.. lagi murah kateny// tp kalau naik klia express lg cepat kan cuya.heheh

    ReplyDelete
  3. memang guna ERL je ke KLIA...cepat dan mudah walau harganya agak mahal tapi perjalanan memang menepati masa.

    ReplyDelete
  4. Seronok juga Naik erl.. cepat Dan relax kan

    ReplyDelete
  5. bestnya kat sana, kat sabah ini huhuhu......

    Salam kenalan dari saya, pemilik blog oohsenyum.com

    saya nak tanya awak ini, awak berminat tak tukar link blog dengan saya (bloglist) insy Allah akan menambahkan lagi trafik ke blog awak.



    Kalau awak sudi beritahu ye, terima kasih banyak-banyak. Di bawah ini link blog saya. Saya harap awak sudi

    https://www.oohsenyum.com/

    ReplyDelete
  6. Baru last year I tried naik KLIA express for the first time, and my previous travel I try naik bus. But dulu I always take grab la if dengan friends if not I choose the cheap one which is bus hehehe

    ReplyDelete
  7. So far tak pernah cuba mana2 lagi sebab selalu family hantar. Kalau family sibuk, family kawan yang Tqa travel skali tu ajak naik sekali sebab jimat masa. But this is one helpful info.
    Mana tau nanti travel solo, senang lah tak payah nak susahkan family and kawan2.

    ReplyDelete
  8. Hi Shadiya! Jemput join my segment http://www.aimisyahirah.com/2020/01/segmen-bloglisted-2020-by-misya.html
    Hari ni last date penyertaan! :)

    ReplyDelete
  9. kalau sorang sy naik KLIA Express...kalau ramai ambik Grab la. Boleh kongsi tambang.

    ReplyDelete
  10. Memang mudah dengan traveloka.. Perkhidmatan yang disediakan pun dah makin banyak.. murah pula tu..

    ReplyDelete
  11. Wah! such a great sharing!! ;) Kalau Hana prefer pilihan number 3 ^_^

    ReplyDelete
  12. jarang travel dengan flight. btw nice sharing :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  13. Bestnya naik flight.😍😍😍

    Ada button follow kat blog saya. 😅

    cikpuanel.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Kalau jalan sendiri memang KLIA Express jadi pilihan. Sebab laju. I like!

    ReplyDelete
  15. Terbaik kupasan anda dan terus karya di dalam dunia alam maya yang cabaran luasa ini

    ReplyDelete
  16. dah lama x naik klia express tu

    ReplyDelete
  17. kalau emergency nak cepat naik erl. hahaha. naik grab xpernah lagi. so far baru 2 kali pergi klia sendiri. selebihnya ayah hantar. hehee

    ReplyDelete
  18. nice entry la sis! good info. thanks ;)

    ReplyDelete
  19. Xleh nak jenjalan sgt... Skrg ni corona virus merebak.... Hehehe

    https://shopee.com.my/husnamichi/3419029930/

    ReplyDelete

DO LIKE