Showing posts with label BRACES. Show all posts
Showing posts with label BRACES. Show all posts

Saturday, 2 January 2021

BRACES PART 12: cabut dua batang gigi bawah + tips berhentikan darah

 Assalamualaikum,

Hi semua! Selamat tahun baru 2021! Curi masa kejap nak update pasal cabut dua batang gigi bawah on 19/12/2020. Nak dekat 2 minggu jugaklah aku dah nyahkan gigi bawah aku. Wahahaha. So cerita dia camni, kenapa aku cabut 2 batang gigi bawah after dah near 4 tahun pakai braces kan? Ni semua sebab aku selalu tangguh masa. Hahaha aku memang taknak cabut so aku duk buat rehearsal mengelak ngelak setiap kali dentist suruh cabut. Contoh:


Dentist : Okay awak kena cabut gigi bawahni. Saya cabut harini jugak boleh?

Me: Eh takbolehh saya banyak tests mingguni

Dentist: Kalau macamtu nanti free awak datang. Jangan lupa whatsapp klinik dulu

Me: Okay


Lepastu berminggu minggu laa aku malas sangat nak cabut. Sampai aku rasa macam "ala nanti kena cabut jugak. Better sekarang aku cabut sebab nanti lagi busy dengan macam macam assignments."

 So alhamdulillah aku berjaya cabut dua batang gigi bawah aku:')

Rating kesakitan: 4/10 sahaja.

 Senang cakap, ada ulser lagi sakitπŸ˜‚ Cabut gigi bawah sebenarnya tak sesakit cabut gigi atas. Cabut gigi atas sakit sangat. Pastu cabut gigi bawah ni, aku sangat bangga dengan diri aku sebab klinik bagi 6 pil ubat tahan sakit, and i just ate one!! So memang bearable lah sakit tu. Aku tak ingatlah braces part berapa yang aku cerita pasal aku cabut gigi atas, tapi memang merana kalau ingat cabut gigi atas. Whaha

Cabut gigi bawah punya experience:

🌼 Dentist cucuk ubat kebas dengan kelembutan so masa cucuk pun tak sakit sangat

🌼 Kebas lepas cucuk tahan lama dalam 2 jam or more so i don't feel the pain.

🌼 Darah berhenti cepat jugak. Cabut pukul 2, pukul 5 dah berhenti :D If you read my previous post pasal cabut gigi atas, darah aku tak berhenti sampai esok hari ya. So aku sangat takut kalau gigi bawah pun darah lambat berhenti.

🌼 Only take satu pil ubat tahan sakit sebab the pain is bearable

🌼 Disebabkan kebas sangat, aku tak sedar darah+air liur dah bercucuran meleleh terkena mask πŸ˜‚


Okay ni pulak TIPS nak berhentikan darah secara cepat. Kawan aku student dentist so dia banyak bagi tips dekat aku (shout out to Alisya ❤️)  and it really works ya! Im happy ! Hahaha

1. Lepas cabut tu, aku terus letak ais supaya nanti tak rasa terlalu bengkak

2. Jangan gigit gauze (kapas) kuat sangat nanti dia akan disrupt blood clot and nanti lagi lambat sembuh

3. Jangan fikir sakit too much sebab nanti badan kita pun akan ikut sakit so natijahnya lagi lambat sembuh jugak

4. Makan aiskrim macam mcflurry or aiskrim vanilla but  i didnt have ice cream masani so aku banyak minum air ais. Punnn really help jugak hehe

5. Jangan makan makanan panas panas. Makan yang sejuk sejuk aja ya

6. Jangan makan makanan yang keras. Makan makanan lembut lembut macam bubur.

7. Jangan minum pakai straw

8. Kalau nak tidur, teruskan letak kapas and letak towel kecik bawah leher waktu tidur sebab takut ada darah+ayaq lioq tumpah. Hahaha

InshaaAllah darah akan berhenti cepat. Anyway cabut gigi mana je yang rasa selesa kan? Mesti akan rasa tak selesa. Nak cantik kenalah tahan. Wahh gituuu. Hahaha. 

By the way masuk 2021 ni nak dekat 4 tahun aku pakai braces :) Gigi aku lambat gerak sebab aku jarang sangat pergi appoinment. BUT i still and always enjoy wearing braces πŸ’– 

Terimalah GIF saya dan kakak bersama my rata teeth :D (tapi still jongang wahaha)

Thanks for reading :) Salam sayang, syadiya xoxo.


Read more about braces:


Saturday, 16 May 2020

BRACES PART 11 : finally gigi dah rata :)

Assalamualaikum,
Hellu semua! Harini nak update pasal braces walaupun last pergi appointment braces masa bulan 2 haritu sebab sekarang takleh pergi, klinik stop kejap appointment braces patient diorang. Last entri braces part 10 (boleh klik kalau nak baca), aku ada cerita yang aku tarik gigi lapis. Aku ada satu gigi lapis, tahun ke 3 aku pakai braces baru doktor tarik gigi tu. Maksud tarik dekat sini, bukanlah doktor tu gigih tarik kedepan gigi akuπŸ˜‚ tapi dia letakkan wire braces so gigi lapis aku tu boleh maju kedepan.

Adakah tarik gigi sakit? 
Jawapan aku: sakit. Naknak kalau hang baru bangun tidur, rasa gigi tu meronta ronta sakit sebab nak maju kedepan. Hahaha.

So daripada bulan Februari sampai bulan May which is dah 3 bulan lebih, aku boleh nampak perubahan gigi aku which is cepat gila gigi aku gerak kedepan! πŸ˜


Yang aku spark tu lah gigi lapis aku sebelumni nampak tak beliau dah semakin maju kehadapan untuk join  rakan rakan gigi yang lain😚

Ni gigi aku masa bulan februari haritu:

Ni masa bulan august 2019 masa aku pakai coil spring untuk bagi ruang kat gigi:


Tapi still lah aku nampak jongang. Setelah pakai braces 3 tahun, aku boleh buat assumption yang lepas gigi aku dah rata ni, mungkin kena pakai powerchain untuk tak bagi jongang. Pray for me, your fallen sister :')

Ha yang panjang warna biru ni lah powerchain, bagi aku powerchain ni untuk rapatkan gigi dan jugak untuk hilangkan ke-jongangan =) 
(Sumber gambar: google)

  Dekat page https://orthodonticassoc.com/braces/braces-power-chains/, ada bagitahu pasal powerchain which is:

Power chains on braces are highly efficient because they add more pressure and force in moving the teeth than the traditional brackets and ligatures do alone.

Marilah tunggu next next dan next entry aku dimana aku dah pakai powerchain pada waktu itu okay πŸ˜Œ Hahaha

Thanks for reading! Doakan gigi aku rata dan cantik dengan cepat! Ehehe

Salam sayang, syadiya. xoxo




Read more about braces:





Monday, 10 February 2020

BRACES PART 10: tarik gigi lapis

Assalamualaikum,
dah 8 hari aku tak update blog sebab aku demam hahaha. Aku dah demam 6 hari harini. Naknak kadang kadang waktu siang aku elok ja aktif, tapi datang malammm, terus demam tu attacked aku weh😭nampak macam aku menipu kan tetiba siang sihat malam demam? Kenyataannya tidak ye, aku dah search dekat pakcik google, rupanya ada demam malam :') jangan risau aku dah gi klinik cuma entahla nakk. Kalau tak baik jugak aku nak g hospital. Ni pun aku rasa panas panas badan lagi. Tapi aku gagahkan jugak cerita pasal braces. Sebab views aku untuk braces paling tinggi :P sksksk gurauu.

Okay yay dah cukup satu perenggan pasal demam. Hahaha ok jum sambung pasal braces. Kisahnya aku dah 7 bulan tak pergi jumpa doc braces aku. Ya weh, 7 BULAN. Hampa tak salah baca tau. Memang 7 bulan dah aku tak p appointment braces. Bukan aku sengaja nak mengelak pergi appointment braces, tapi tarikh yang doktor set kan aku untuk jumpa dia tu yang bermasalah.

Tarikh okkk bermasalah, bukan akuπŸ™„ Konfiden kan aku menyalahkan tarikh? Kalau tarikh adalah manusia mesti dia pukul aku sebab salahkan dia. Hahaha. Ye, aku ada problem dengan tarikh. Contoh kan, klinik tu whatsapp aku:

Situation 1

Klinik gigi: awak ada appointment on this date blablabla

Me: oh saya ada test dekat U. Tukar tarikh boleh?

Klinik gigi: maaf doktor ada tarikh ni saja

Situation 2

Klinik gigi: awak ada appointment on this date yadayadayada

Me: saya final exam. Boleh bagi tarikh lain?

Klinik gigi: tarikh ni ja available

Nampak sama ke situasi ni? Tapi tidak okeh πŸ˜‚

 Daripada aku annoying 50% dekat klinik gigi aku ni, terus annoying aku naik jadi 80% tau sebab dia takda tarikh lain nak bagi. Ini jugak menyebabkan gigi aku sebagai "a loser" sebab adik aku yang pakai braces kat hospital kerajaan dah rata ye gigi beliau. 

Masuk bulan 3 ni dah 3 tahun aku pakai braces, jadi untuk tak menjadi loser, aku dengan jayanya telah berjaya menarik (erti kata lain: tarik gigi) gigi aku! Hehehe. Kisah dia aku ada gigi lapis, ada gigi taring dan paling penting ada gigi berserabut dulu senang cerita. Kahkah. Tapi disebabkan mak aku baik, dia bagila aku pakai braces kat swasta after habis spm. Lagipun, hospital kerajaan tak ambil non student pakai braces. 

So, aku dah berjaya menyah-belahkan gigi taring aku dan gigi berserabut aku tu. Cuma gigi lapis aku ja belum tarik. Bila gigi lapis ni tak tarik, ia menyebabkan senyuman aku sangat sangat sangat buruk (For me lah, i don't know how others look at me)

So memang takla aku nak senyum nampak gigi. Then, after nak dekat 3 years pakai braces, on 9 Feb 2020, barulahh doktor tu "kasihan" melihat aku, maka dia pun tarik gigi aku. Hahaha sorryla doktor tu tak kesian pun kat aku, it's her job untuk tarik gigi aku pun kan. Tahpapetah akuπŸ™„


Nampak tak yang aku bulatkan merah tulah proses besi berkenaan sedang gigih tarik gigi aku. Kalau nampak benda lain minta maaf la ye sebab acah betul guna bulatan warna merah dah macam ada hantu dalam tu😭 hahaha

Adakah tarik gigi sakit?

Jawapan aku: sakit :)) serius sakit weh. Rating kesakitan 8/10 kott sebab dua gigi depan aku ni turut serta sakit. Sekarang pun sakit lagi. Lagipun aku demam sekali, so memang pakej terbaik yang tak dapat kat mana mana la :'))

Sekarang aku suka ambil warna gelap macam hitam & ungu gelap sebab senang kerja aku takpayah nak susah susah pening kepala malu kalau braces tu tukar warna kekuningan , kelumutan, dan kekotoran. Wahaha

Dan tak lupa, aku still jongang T^T Hahaha but konklusi, braces is good and aku masih seronok pakai braces. 

Thanks for reading, salam sayang syadiya xoxo



Read more about braces:

Thursday, 8 August 2019

BRACES PART 9: ahli baru di gigi bernama "coil spring"

Assalamualaikum,
Wahwawawawaaaa dah sampai part 9 eh aku cerita pasal braces dan dah 2 tahun 5 bulan jugaklah aku pakai braces. Aku ada bagitau kat entri sebelumni yang proses melawakan gigi aku adalah sangat lambat sebab aku malas gila nak pergi klinik braces aku itu. 

Aku geram gila sebab sepatutnya aku dah habis bayar duit braces, but unfortunately masa aku datang appointment dia cakap baki aku tertunggak lagi RM100. 

I know that this is  klinik swasta tapi takkan tak pernah dengar jangan main main dengan duit orang kot? :(

Pastu nak jadi cerita, itu hari aku appointment di klinik gigi tersebut, ada pekerja kaunter baru (sebab that was the first time I saw her). Aku memang bawa RM100 ja untuk bayar duit baki tertunggak. So lepas appoinment- nak bayar kat kaunter, tetiba akak tu kata baki aku lagi RM300.

weh mahu tak ngamok aku?!! Dahla aku dah marah klinik gigi ni dekat wassap, depa siap tunjuk lagi baki aku RM100, then tiba tiba RM300?! IM DEAD.

Pastu aku cakaplah "bukan ke baki saya lagi RM100? Saya ada bukti"

Pastu terus akak kaunter tu cam ragu ragu and check balik dan langsung cakap aku dah habis bayar and cuma ada tertunggak RM80 sebab tukar besi & pakai coil spring.

Wah panjang nak mampos aku mengadu. Yalah, memanglah kita pakai braces kat  swasta orang ingat kita kaya tapi duit orang janganlah main main. Aku sepatutnya dah habis bayar lama dah, tapi klinik gigi aku tetiba naikkan harga tak bagitahu customer dia.

Kalau orang nak cakap "Alah dah tahu takdak duit buat apa pakai swasta"
I do have money ( I mean: my mom) tapi kita dah ada kontrak sampai bila and berapa amount nak kena bayar so bila klinik tu yang exceed-kan bayaran kita sapa je tak bengang kan.

I don't want to reveal nama klinik sebab periuk nasi depa TAPI for sure kalau aku ada anak nanti and anak aku gigi berterabur, klinik gigi yang aku pergi ni will not be the first klinik gigi aku akan pergi & will never go walaupun harga affordable sebab duk makan duit orang ja keja!

Okay fuh fuh done marah :D

So jomla aku cerita sebab penat dah aku membebel. Hahaha. Okay, aku baru pakai coil spring dekat gigi. Meh aku tunjuk gambar ye.


Haa yang aku bulatkan merah tu la coil spring. Mula mula aku taktau apa function coil spring ni. Tapi sebab otak aku cergas & bertenaga, maka aku pun search la kat google. 

Coil spring ni adalah spring untuk jarakkan gigi bagi ada ruang. 

Aku ada gigi lapis. So doktor nak tarik gigi lapis aku tu kedepan. Tapi malangnya, takda ruang untuk gigi lapis aku untuk kedepan. Jadinya, doktor terpaksa letak coil spring untuk menjarakkan dua gigi diantara gigi lapis itu. 

Hm faham tak? Takpalah kalau tak faham aku copy ayat google jap.

The coil spring slides over the archwire and fits between brackets. It is used to push 2 brackets apart, therefore creating space between 2 teeth in the same jaw. ( credit to www.orthodontist-brisbane.net/braces-faqs/parts-of-braces/)

Selalunya aku appoinment braces tukar getah ja which is masuk dalam bilik jumpa doktor and around 5 minit dah settle. Tapi tidak untuk kalini yee sebab kali ini lama gilaaa, aku rasa around15 minit atau lebih aku duk berbaring nganga mulut ngadap doktor.

Doktor aku memang nak bagi ada ruang jugak dekat gigi, so digerudinya gigi aku :( I don't know term apa yang aku nak guna, alahhh tapi faham fahamla gerudi gigi tu macammana. Hahaha. 
Disebabkan doktor nak bagi ada ruang jugak, sampai berdarah darahlah gigi aku. Dahlah aku dah janji dengan Wiwin nak makan sushi ( which is dia merajuk and kami terpaksa makan sushi pada lusanya) .

Tahap kesakitan doktor gerudi sampai keluar darah adalah 3/10 sahaja sebab masih boleh makan dan bergembira.

Disebabkan aku juga tukar code besi, so ofcourse lah sakit sikit sikit jugak. Tahap kesakitan jugak aku kasi 3/10.

Aku ada baca satu blog ni which dia cakap setiap kali dia appointment braces tukar getah , dia mesti akan sakit sangat sangat. Aku berkerut dahi membaca kerana almost more than 10 times of appoinment braces, aku pernah sakit 2 kali sahaja masa tukar getah.

So aku andaikan, rating kesakitan seseorang itu mungkin berbeza agaknya.

Kalau orang tanya aku tak sabar tak nak buka braces?
Jawapan aku: Aku kalau boleh taknak bukak braces sebab aku suka gila braces! It kinda cute and cool. Cuma aku nyampah dengan "kadang-kadang" sakit selepas appointment braces tersebut.

But overall, I do enjoy braces πŸ˜¬ πŸ˜¬ 

Thanks for reading! salam sayang, syadiya xoxo

Read more about braces:


Sunday, 21 April 2019

BRACES PART 8: senyuman lain after 2 years braces

Assalamualaikum,
lama tak taip taip kan! Bersawang dah blog ni.
^
|
ayat di atas adalah ayat yang selalu digunakan oleh mana mana orang and aku pun tak terkecuali. hahaha g mampos

Okla, meh la aku cerita, aku kan dah pakai braces selama 2 tahun 1 bulan (nampak tak pekanya aku?!) so aku ni dulu sebelum pakai braces dahla jongang, gigi pulak bersepai nak jugak tumbuh merata hala secara cacamerba kan, sebabtu la aku pakai braces.

Boleh cakap improvement gigi aku lambat sebab:
1) aku duduk u, so aku malas bazir duit balik nak g review
2) kalau satu sem ada 14 weeks bersamaan 3.2 bulan, aku hanya akan g appoinment braces sekali sahaja or tunggula sampai habis sem baru balik kampung pergi buat appoinment. Lagi satu aku banyak gilaaa test yang pakai sabtu aku. So waddefish sikitla if aku gigih nak balik kampung that sabtu and come back that ahad/isnin kan!

So,aku rasa dua sebab ni je kot sekarang ni improvement gigi aku lambat gila. Okla takdala lambat gila but boleh tahan lambat jugakla. 

When you are wearing braces, kalau hang jongang, hang akan double jongang

mean :
jongang + jongang=double jongang

sebab braces tu kan tebal so memang nak tutup mulut tu akan ternampak gak gigi dan getah braces hang. Tambah lagi bila senyum. Buruk siottt! Aku dahla tak suka senyum nampak gigi sebab gigi aku berlapis and doktor tak tarik lagi and kalau senyum macam nampak takda gigi =( pity mihh weh =(
 Sampai one day tu adala kawan uni aku tolong tangkap gambar aku and  bagi tahu aku

"eh kau senyum la nampak gigi, pasang mahal mahal tapi taknak tunjuk"
πŸ˜‘

MASALAHNYA buruk lagi weh gigi nak tunjuk mende walaupun braces tu beribu riban tapi selagi buruk aku tutup gak mulut ni! Dan bila aku terbayang zaman awal aku pakai braces, dahla gigi bersepah sepah lagi pulaktu sibuk jugakk nak tunjuk braces. Sampai kalau ingat balik aku rasa aku nak duduk atas katil dan selimut satu badan sambil menjerit
 " ya tuhan !! dikya yang lama! jangan goblokkk! πŸ˜©πŸ˜©πŸ˜© gigi lho ngak lawa lagi tuhh"

 Ye tahu sedih but sabaqlaa hidup ni tak selalunya indah huhuw

Tapi jangan risau, nanti dah lama lama pakai braces, boleh nampak yang 
"AKU DAH SENYUM DIFFERENTLY!"

So marilah aku sertakan bukti bahawa iM nOT ThaT WEirD wHeN i SmILe :D

Silakan judge what do you guys think? Sebab i, me , myself pon boleh rasa aku nampak lain. Hoho

Thanks for reading! Salam sayang, syadiya xoxo

P/s: tetiba rajin edit gambar pakai UnfoldπŸ˜‚


Read more about braces:



Friday, 1 February 2019

BRACES PART 7 : Warna warna getah

Assalamualaikum,
sebagai mukadimah entri braces ni,aku berbaik hati nak letak terus gambar warna warna getah braces seperti diatas tersebut.Mimpi apa pun taktau.Sebab selalunya aku bebel banyak banyak dulu baru aku letak gambar.Hehe. So,aku ada satu perangai bila aku appoinment braces,iaitu aku gemar bertanya dekat siblings aku:

me: kakak,warna apa eh yang lawa?

kakak: cuba warna merah weh!

me: eee nanti nampak macam kulit cabai(cili) melekat ja

kakak: kalo camtu cuba try warna kuning?

me: eeee nanti nampak macam taik gigi banyak :( :(

pastu ending dia,kakak aku mengamuk dekat aku cakap 

"BAIK TAKPAYAH TANYA PENDAPAT" 

Hoho. 

So kalini aku nak share tips or share warna apa yang sesuai and seronok nak bertahan sampai sebulan sebelum next appoinment tukar warna getah lain DAN JUGA aku tunjuk la sikit warna apa yang worse gila untuk pakai so hampa boleh aware.Dalam lebih 10 appoinment braces aku pergi dan untuk tahun pertama, aku paling suka warna biru. Aku taktahu kenapa.Tapi biru memang fav aku. Kalau next appoinment pun,aku still nak ambik biru.

Okay kalau hampa tanya aku, adakah aku highly recommended warna biru?

Jawapan aku: 50-50 sahaja.

Kenapa 50-50 sahaja untuk warna biru?
 Okay as we know, biru ni banyak jenis,ada yang biru lembut & biru terang. Untuk warna biru lembut, aku tak recommended langsung weh.Sebab nanti bila hang makan kari,dia jadi warna macam kuning kuning. Penipulah kita melayu tak makan kari or masakan yang warna dia oren/kuning. TAPI,untuk warna biru terang,yappp aku setuju kalau hampa nak pakai getah warna biru terang sebab warna terang ni susah sikit nak berubah jadi warna tak sedap mata memandang (iaitu warna seakan akan ikan berwarna biru tak mandi 10 tahun ya)

Dan disebabkan muak dan mungkin rasa loya sebab selalu pakai biru,aku start pakai warna getah lain dan second warna getah aku selalu pakai pulak ialah pink
Aku langgggsung tak recommended getah pink sebab nanti turns out jadi warna oren or to be worst,jadi kuning plus masatulah hang nak first date dengan bf kan lagi lah haru weh. Hahaha. Resultnya,wajiblah hang akan nampak buruk gila .At first memang la memuji gila sebab "pink cantik pink cantik pink cantik" kononnya. Tapi takpa,hampa tunggu natijahnya seminggu selepas itu ya!

Then,aku selalu pakai warna hitam dan dark purple

Untuk warna hitam & dark purple : sumpah aku recommended gila weh! Sebab ala biasala bila warna hitam & dark purple kan kegelapan dia sangatlah tinggi so hang makanlah apapun,warna dia still tak berubah tau!

Tak lupa juga,aku pakai warna KELABU

Warna kelabu ni kawan aku yang suggestkan. Dia kata lawa sebab sama dengan warna besi kita. Aku suka gila pakai warna kelabu. Tapi warna kelabu ni ada bad sides jugak weh T^T . Sebab apa? Sebab warna kelabu ni pun akan tukar jadi warna kuning or hijau. Geli sikitla bila tengok rasa yucks: "adakah ini getah braces atau jagung melekat?!"

Dan sekarang,warna aku pakai adalah transparent. This is my first time try pakai getah transparent.
Bagi aku,pakai getah transparent ni sama je warna macam getah kelabu.Exactly the same.Contoh kalau hang tengok cermin,mesti hang jadi keliru sama ada hang pakai getah transparent or kelabu.Jadi aku tak berapa impress sangat untuk getah transparent

Setakat ni,ini jelah yang boleh aku recommended and yang aku tak recommended. But feel free to wear whatever warna getah yang hampa suka ok!

Pastu kan weh,aku sering tertanya tanya:

apa eh nama getah braces in english?

answer: ligature ties 

Tapi nak senang,panggil jelah getah braces. Panjang berbelit sikit nama dia in english. Lol.

Thankyou for reading!

salam sayang,syadiya xoxo.

Read more about braces:


Thursday, 8 November 2018

BRACES PART 6: pasang braces bawah

Assalamualaikum,
Sebenarnya 4 bulan lepas aku pasang braces bawah tapi tak tersempat nak update blog pasal braces.Pastu aku rasa sekarang macam baru istiqamah nak update pasal braces.

Yes! I got my braces bawah bulan 8 hari tu (5/8/2018) and it was quite challenging walaupun sakit pakai braces bawah tak lah sesakit macam pakai braces atas.Aku rasa the reason aku tak sakit sangat mungkin sebab gigi bawah aku dah rata?Mungkin laaa.Yap,gigi bawah aku dah rata tapi aku nak jugak braces bawah sebab dia macam pelik dohhh tak pakai braces bawah.Walaupun klinik gigi aku ni tabur janji palsu cakap "6 bulan lagi awak boleh pakai braces bawah" tapi realitinya aku dapat pakai braces bawah lepas 1 tahun 5 bulan ya guys=) Takpa, aku macam mana pun boleh asalkan dapat pakai. 

Yay braces bawah! And also aku pilih warna getah yang tak pernah aku pilih which is grey. Kawan aku yang recommended color ni sebab before ni dia pakai braces and dia cakap dia suka warna grey sebab sama warna dengan besi&bracket. First pakai braces bawah aku ambik warna turqoise sebab adik aku suruh sebab aku tabur janji kat dia cakap "kalau hang teman aku,aku bagi hang pilih warna getah aku" and papp, turqoise for the first color of braces bawah.K.

Aku rasa aku tersangatlah happy dengan gigi aku yang sekarang berbanding WITHOUT braces yalah buruk nak mampoz kot weh kalau boleh nangis keluar air mata darah, ha tu lah aku.


Ini gambar lepas 5 hari pakai braces nampak je aku okay padahal besi dalam mulut aku tengah rancak berjoget berdangdut sebab dia kikis dalam mulut aku and turn out dia jadi macam luka. Masani aku tengah enjoy wedding cousin aku dekat Melaka.

Rating kesakitan braces bawah aku hanyalah 3/10 sebab aku masih boleh makan lahap segala benda cuma rasa kurang selesa sebab alahhh benda baru masuk dalam mulut kan.

Thanks for reading!

Salam sayang,syadiya xoxo.

Read more about braces:


                                            



Tuesday, 17 July 2018

BRACES PART 5 : dah tak jongang sangat (1 tahun 4 bulan)

Assalamualaikum,
you want to believe it or not , dulu aku jongang. Dahla jongang,gigi bersepah pulak tu.Sedih bukan?:( Bukanlah jongang teruk sangat,but you know.... tetap jongang.

Disebabkan aku dah pakai braces selama 1 tahun 4 bulan, aku betul betul enjoy everything about braces TERMASUKLAH everyday gigi berdarah.Don't know why tapi gigi aku memang sensitif sikit.Dulu aku ada pakai powerchain,tapi sekarang tak pakai dah sebab powerchain over nakmampos pergi tarik gigi aku sampai senget kekiri.TAPI TAPI,i really love powerchain.Cute gila kot powerchain?!

Hai,inilah namanya powerchain. Dia getah panjang yang menyatukan gigi.Gitew.Tak ingat ah last pakai bulan berapa,tapi sekarang aku dah tak pakai powerchain.

And inilah saya sekarang! Lol, i got gigi berlapis tapi sampai sekarang tak tarik tarik lagi.Klinik aku ni dia cam lambat sikit.

Still jongang,tapi aku nak panggil dia 

"tak jongang sangat"


Salam sayang,syadiya xx



Read more about braces:



                                            


DO LIKE