Tuesday, 19 March 2019

Garu garu muka

Assalamualaikum,
disebabkan sekarang punyalah panaih lit lit, aku taktau la kat tempat lain panaihhh litlit atau tak, tapi obvious sangat lah sekarang ramai gakla cakap panas. Aku kan study kat Tapah, so Tapah ni jarang jarang la nak panas. Dalam seminggu mesti ada hujan. Tapi start aku masuk balik U ni, ya tuhan panaih dia takleh nak bendung. 

Oklah cerita dia start camni, aku ni pemalas jaga muka. Dulu aku jerawat banyak gila tapi disebabkan dah besaq la konon, jerawat aku dah tak larat nak buat come back so memang jarang jerawat nak naik banyak. TAPI,bukanlah maksudnya kulit aku licin. Ada jugakla tumbuh sesikit.

Aku ni pemalas tau nak proses muka. Kalau aku beli scrub muka, setahun pun belum tentu habis. Sebab apa? Confirm lah sebab aku malas! HAHAHA. Level pemalas aku ni ibarat hampa kena seret orang seberat 45kg. Haa,aku ah tu. 

Contoh macam gosok gigi. Aku kan pakai braces. So bila masuk U, aku akan mandi pukul 6 petang. Lepas mandi aku akan berus gigi aku bebersih siap cungkil pakai berus gigi braces tu. Dan aku SANGGUP tahan lapaq sebab aku adalah remaja yang pemalas nak memberus gigi di tengah malam buta ye.

Ha same goes to muka aku.

Muka aku ni tak pernah burn. I told you honestly, memanggg tak pernah langsung.Cumanya awan ni taklah selalu cerah sebab dia nak jugak mendung kan, jadinya kalau kena panas, MUKA AKU SELALU MERAH MERAH. 

NI bukan muka merah merah nak cendol tu aku lepuk hampa satgi! Ni kalau bebetul kena panas cahaya matahari yang superb tu. Kalau tak memang beshe beshe je merah muka aku. Then minggu lepas, aku pergi pasar malam dekat dalam U aku. Waktutu habis kelas awal dalam 4.30. 4.30 petang ni memang rancakla matahari berdansa memancarkan cahaya gemilang beliau itu ye.

Tapi aku sejenis gigih, nak jugak beli itu beli ini dekat pasar malam. Aku dah rasa dah muka aku berdenyut. Alaaa, hampa pernah tak rasa denyutan kepanasan? Kalau tak pernah rasa takpala, duk ja dediam u.u

Tapi aku tak syak la jadi teruk. So after balik, malamtu aku start garu garu muka aku pakai jari jari halusku ini =") Takkan nak garu guna lutut kot kan. Ye i know salah nak garu garu muka ni tapi tahap kegatalan muka aku ni adalah ditahap gatalnya perempuan muda kat luaq sana yang gatai nak kat laki orang!!! Okay tak tak aku gurau :D hahaha tahap gatal dia tu aduhhh tak senang duduk lah ceritanya.

It has been a WEEK. And the consequences yang aku dapatlah adalah kulit aku jadi kering and menggelupas. Kalau dalam gambar tak obvious. Tapi depan depan, hm nangis aku weh.

Sekarang pun duk merenyam gatai! Arghhh. Pastu alhamdulillah la aku pergi Pekan Tapah tadi pergi guardian cari aloe vera yang Maisarah Mahmud duk review tu tapi habeh. Haih student U aku semua baca review Maisarah ka?! So aku beli je product lain yang contained with aloevera.

Doakan muka aku tau. Aku tak kisah kalau ada pimples, but ada kulit gatal + menggelupas ni sumpah aku rasa takmau kawan semorang! Okay motif sangat apa aku cakap ni!!Hahaha

Ha aku dapat beli ni je:') :')

 Nampak ja pipi aku macam nampak okay apa semua padahal kalau hang pegang kulit muka aku rasa macam "eww adik beradik ulaq ka" deepnya sapa cakap camni kat aku , aku pukoi dia satgi kottt. (p/s: sebelah tu adik aku, itulah Wiwin)

Okay dahla banyak betul ngadu kat blog.

Salam sayang,syadiya xoxo

P/s: entri pergi Danok tak habis lagi..aku takda idea lah nak update apa sebab duduk u.Ni pun aku pakai data free 1GB 1 hours ye sebab rajin redeem dekat hotlink red. Kahkah. 


Thursday, 28 February 2019

Random Giveaway by Mieza S

Random Giveaway by Mieza S
Klik gambar untuk join giveaway! :)

Facebook: Syadiya Safiah

Tuesday, 19 February 2019

Tutorial : Unlocked Twitter sebab katanya below 13 years old

Assalamualaikum,
siapa kat sini pernah gatal tangan pergi tukar tahun birthday dekat twitter? Pastu cakap takziah dekat diri sendiri sebab twitter locked hang punya twitter. Aku lattewww. Aku ingat bila twitter dah terlocked ni senang ja nak dapatkan balik. Rupanya susah weh!

Cerita dia aku memberontak sebab birthday aku dekat twitter aku letak tahun 1998 padahal aku lahir 1999. Pastu aku pun tukarlah kerana keinginan aku yang amat sangat kann, then twitter halau aku weh! 

Dia hantar menda alah ni pulak dekat aku kalau aku nak log in. Then aku pun klik lah form yang tulisan warna biru tu. Masa isi form ,dia (siapakah dia ini? adakah dia ini berjantina perempuan atau lelaki? yang pasti nama dia twitter) akan tanya sebab aku nak unlocked balik. Banyak reasons hang boleh pilih tapi aku pilih "because now i'm above 13 years old". Lepas aku isi form ni, aku ingat settle dah ah masalah aku. Rupanya sangkaan ku meleset T^T Twitter buat bodo je weh kat aku. By the way dia akan connected dengan email kau . So bagi lah email yang valid.

 Oh ya, btw aku punya twitter locked sebab twitter kesan yang masa aku buat twitter, umur aku bawah 13 years old. Err🙄 Bebal gila aku masatu. Around 2-3 weeks jugak aku cari tutorial tak jumpak jumpak.

Last last aku jumpak satu tutorial dari Indonesia on how to unlocked twitter. Walopon bahasa indonnya agak tebal banget, tapi akibat daripada suka tengok sinetron Indonesia, aku berjaya baca sampai habis tutorial berkenaan secara sabar dan aku jugak berjaya dapat twitter aku balik hokeh! Lho pikir guwe ngak bisa cakap bahasanya Indonesia? Urgh annoying pulak dengan diri sendiri 🤭

First thing first, isi dulu form ni https://help.twitter.com/forms or klik terus link ni aku akan bawa hampa ke form berkenaan. Kalau tak keluar form tu, tekan atas tu ada tulis Submit A Ticket. Kalau tak boleh jugak, do comment below okay nanti aku cuba tolong semampu kederat aku.Hehe

Lepas buka form tu, kat sini quite tricky sebab masa aku baca tutorial indonesia tu, aku dah pening lalat sebab penjelasan dia tak ok (ke aku yang lemah bahasa indonesia,yela mana ada subjek tu masa zaman sekolah. hahahahahaha)

Benda yang kena isi dekat form tu adalah:

Nama, Emel , and uplodkan kad pengenalan (ic). Tak silap aku ada tiga benda ni je.

Aku start dengan upload ic. JANGAN UPLOAD IC HAMPA. Hampa tu budak budak! bukan aku kata, twitter yang kata! 😛 Kalau hampa bukan budak budak, masakan bisa ya si goblok twitter menge-locked akaun kalian?!

Okay, kalau tak uplod IC sendiri, nak uplod IC siapa?
Answer: Tolong pakai IC parents, or kalau ada kakak or abang. Guna depa punya.
Jangan lupa upload IC depan je.Belakang yang ada tandatangan tu takyah tau. Upload in folder types jpg,png dan sewaktu dengannya

Kalau hang perempuan, gunalah ic mak or kakak
Kalau lelaki, gunalah ic ayah or abang.

Untuk isi NAMA pulak,nak letak nama siapa?
Answer: Jangan letak nama sendiri. But letaklah nama yang sebijik dua bijik tiga bijik macam nama dalam IC yang hampa guna. Kalau nama mak Sasusi, haaa taip dekat name tu "sasusi"

For bahagian emel pulak?
Answer: untuk emel, letak emel sendiri. Jangan letak emel parents pulak. Letak emel yang connected dengan twitter. Macam aku syadiyaxoxoxoxox@gmail.com. Ok contoh ok.Jangan ngorat pakai emel peliks sedemikian pulak.


And then tekan SUBMIT. 
Then twitter akan hantar emel.

Jangan seronok lagi tau! Sebab ni nak confirmkan je yang kau ada submit form. Jangan nangis eh releks dulu! Hahaha

Aku baca tutorial indonesia tu, dia punya twitter unlocked after 3 hours. Tapi aku punya, esok tu baru boleh guna. So kalau dah boleh unlocked, twitter akan hantar emel lagi sekali. Rajin eh twitter ni takda kerja lain gamaknya  

Okay dia akan hantar macamni! So bolehla hampa bukak twitter balik dan bergossip sakan bertea kembali bersama rakan seperjuangan twitter.


Harap boleh membantu!

salam sayang,syadiya xoxo