Showing posts with label Shops. Show all posts
Showing posts with label Shops. Show all posts

Wednesday, 28 August 2019

Beli metal straw nak selamatkan turtle

Assalamualaikum,
Sementara cuti semester aku masih tersisa lagi 5 hari ni, baiklah aku cerita dan membebel banyak banyak sebelum aku jadi bisu dan blog ni jadi berhantu sebab takda siapa datang.
SO begini ceritanya,
 Bulan ni aku jadi pengguna tegar aplikasi shopee sebab duk gila beli macam macam walaupun kadang kadang barang yang sampai macam "Waddefishh, nyesal order online.Baik beli kedai" tapi tulah, hati nak jugak beli sebab gedik rasa macam budak hebat beli semua atas talian. Hergh. Aku taksuka pakai lazada aku taktau kenapa, mungkin sebab aku dah terbiasa pakai shopee.

Siapa layan Bretman Rock dekat youtube? Aku selalu gak tengok dia. Ikut mood jugaklah tengok dia, tapi selalunya mood aku memang asyik nak tengok dia sebab dia lawak. 

Dia suka guna metal straw sebab Bretman cakap:

 "Use metal sraw because they save the turtle and without turtles we would not have turtles" (Mean that he doesn't know why we need turtle in life. Hahaha)

Pastu haritu duit gaji zalora dah masuk, so aku pun belanjakan lah sedikit duit tersebut untuk membeli "benda" yang dapat save the turtle tersebut.

Ni packaging dia. Takyah habaq pun hampa tau ni packaging kan, sajala gedik nak bagitau.

One set provided : 1 straight straw
                         1 elbow straw
              Berus
                                                         Bag (yang jenis letak duit syiling tu)

Aku tak recommended la satu kedai shopee ni sebab dekat detail tulis one set ada 4 metal straws. Tapi aku mesej dia, dia cakap satu set ada 2 je metal straw. So aku berbalas cakap dengan dia pun takguna habis ayaqlioq ja at last aku redo.

So aku dapatlah 4 straw. Kalau tak nak bagi dekat seisi family aku which is 6 orang campur aku tapi tak cukup. Last last kemana mana entah lah metal straw tu.

Elbow straw (yang jenis melengkok sikit ) & berus untuk basuh dalaman straw 

Zoom sikit elbow straw 

Zoom sikit berus straw

Sorryla aku tak tertangkap gambar straight straw. Hahaha tapi tahu tahu jelah straight straw ni dia straight no belok belok punya straw. Aku ambil satu je which is elbow straw. Lagi 3 adik aku dua orang and cousin aku ambil.

Inilah dia cousin aku yang nak sangat metal straw. Beliau menggayakan straight metal straw dengan cawan yang tak save the earth but straw that save the turtle. Gitew. Kalau sapa komplen cakap "elleh still guna cawan plastik" yooo, at least we tried to save the turtle ok! 

Further information to be share to you guys, 

1 metal straws equal to 500 plastic straws! (if im not mistaken and correct me if im wrong please)

And this is my air masak with my elbow metal straw. Masa tu aku ada ulser banyak sampai bila tuntum air kena bibir rasa sakit gila, so terus guna metal straw senang nak sedut masuk terus dalam rongga. Hahaha. Sorry for the plastic bottle but at least i save the turtle.. again i brag ðŸ™„

By the way if you guys refused jugak nak guna metal straw, boleh try hay straws, paper straws, compostable straws, bamboo straws, and pastraws. Can read it here. I just found this page and it's good for people to read. (https://www.allianceforthebay.org/2019/01/six-alternatives-to-plastic-straws/) <--- btw aku tak buat review berbayar okay untuk this link hahaha

Aku sudahi entri ini dengan gambar from google:


Sampai sekarang aku pelik kenapa turtle tak kaji dulu sebelum makan sesuatu tu :( tapi okayla dia taktau sebab dia kan haiwan kalau manusia yang telan straw mungkin aku akan rasa pelik ðŸ˜ž btw don't judge me okay guys, kita sama sama improve pakai metal straws evendo sometimes im not using it but at least we try kan! hehehe 

Macehh untuk yang membaca aku bebel. 

Salam sayang, syadiya xoxo.





Thursday, 14 September 2017

So Lovely!

Assalamualaikum,
Soooo, i just bring my lappy here; at Uitm Tapah so dengan jayanya juga aku boleh lah update blog.Yehu!Last 4 days, i was at home.Cuti sebulan tapi dalam sebulan tu aku tak update langsung blog.Itu hari aku dah ada idea nak update blog,tapi sayang...Mak aku pulak memanggil manggil sampai aku terus lupa nak sambung that entry.Nevermind!Lagi pun aku busy gak lah majukan bisnes kecil kecilan aku iaitu BAWAL BY SYA'S (coz my siblings name start with 'sya').

Macammana boleh timbul idea nak jual bawal?
Sebenarnya,aku lah start sembang sembang(dan membebel)dengan mak & kakak aku,aku cakap perempuan sekarang selalu cari tudung bawal plain yang kain cotton tapi tak banyak jual padahal tudung bawal kosong ni lah dak dak muda selalu nak pakai ((termasuk aku)).Lepastu alang alang kakak aku dah habis matrik dan cuti lama,aku pulak baru nak masuk u ,kami semua decide nak jual bawal plain cotton voile AND we don't take this bawal from any supplier because mak tahu jahit dan ada mesin jahit tepi so sep sikitttt! 

Kain beli sendiri,
Jahit sendiri,
and if the bawals ada cacat cela,daripada kami sendiri jugak=')


All the colors dah habis,tapi lantak ah nak tunjuk jugak bagi memeriahkan lagi entry ini.
Paling stress bila gi mana mana,pastu kawan aku asyik cakap camni "eh lanja ah,hang kan kaya duit jual tudung" ala ala jangan la cakap camni =( aku nangis golek golek nanti! Hehehe.Kisahnya duit tudung aku jual ni memang tak pernah guna sebab mak cakap jangan guna buat belanja.Macam tak worth langsung weh...penat jual last last belanja dekat benda tak penting(?!).We still collect the money and simpan dalam tempat yang boleh bagi diri sendiri rasa macam ;keep calm and love yourself.Tetiba! Hahahahah.

Duit hasil jualan the bawals ni kisahnya nak kumpul bagi beribu (inshaaAllah) and aku dengan kakak cadang nak gi Tokyo.Nampak tak dia punya impian tu menggunung sangatzz sampai gunung pun takmau ngaku yang dia tu tinggi kalau baca ayat aku.Tapi, as i said, impian ja kot.Kalau ada rezeki kepuk kepuk dan duit lebih kepuk,we will be there.One.Day=)

I am me in cinnamon yang dah sold out, will be restock soon!<3

Kalau berminat boleh godek godek instagram @by.syas nah aku siap bold dan besarkan lagi.
Our bawal is bawal yang sangat senang jadi,kalo malas nak pakai skarf pun lagii senang jadi tapi tu ah rambut ko tu kan aurat=( 

That's all!
Salam sayang,syadiya xx.


Sunday, 14 May 2017

Nak jadi usahawan muda,lebih tepat perempuan paling kaya waktu muda.

Assalamualaikum,
Kalau budak akaun,mesti dah tahu konsep entiti berasingan.Di mana bila kau ada perniagaan,kau tak boleh sesuka hati tak bayar.Wajib bayar.Sebab sesebuah perniagaan dan kau adalah benda yang berasingan.Jadi kalo aku buat tudung brand aku sendiri pun,aku kena bayar.Waddefishh?!Tapi itulah konsep berniaga.Kalau tak, rugi besar la.

Kisahnya kakak aku dah habis matriks,dia cuti lama.Aku pulak baru nak start study balik (tak decide lagi sama ada aku mahu ke u atau ke matriks).

Pastu paling gawat masalah remaja perempuan termasuk aku pulak ialah hal tudung.I like shawl.But at the same time, i like bawal kanggarooooo more! Beli bawal saudya pun still tercarik carik bawal kanggaroo.Sebab bawal kanggaro ni look nice gila bila pakai.Kemas.Teratur.Nampak ayu.

Bila pergi stall jual tudung,bila tanya ja "ada tak bawal kanggaroo?" hampa jawapan semua takdak.So we decided to make our brand tudung.

Harga bawah rm10.

 Tudung bawal photoshoot gitew. Yang tudung biru tu kakak aku.Yang tudung koko tu cousin aku.

Young entrepreneur (inshaaAllah) yang gigih berphotoshoot di Marina Island.Semata mata photoshoot kot?! Dan rest in peace tujuh kupang padahal masuk dalam Marina ni punya lah sekejap.Cis.

Instagram dah ada, username : by.syas .
Boleh follow dah okay!=)

Salam sayang,syadiya xx.

Tuesday, 3 January 2017

Jerawat?!Macammane Nak Hilangkan Jerawat?! Senang saje,guna saje :

Assalamualaikum,
Jerawat?!Macammane Nak Hilangkan Jerawat?! Senang saje,guna saje :
Bait bait ayat di atas diambil dari iklan fair and lovely.Haks.Masa aku form 1,2,3 muka aku banyak gila doooo jerawat.Banyak sikit harkat dia sebab seriously banyak nak ditanam hidup hidup.Aku pemalas nak guna skincare.Tah kerja aku dulu malaz malaz malaz malaz and malazzzz.Lepastu aku taksuka pergi mana mana jumpak memakcik yang sebok nak tilik muka anak orang.

"eii kenapa muka tu "

"ei teruknye"

Siapa suka hangkat tangan please?Ohmai kenapa ada makcik kepoh macamni kan?Ntah aku rasa dia sepatutnya tak wujud.Menyampah pulak aku.Kadang sepupu aku datang picit jerawat aku sebab geram.Pastu nanti muka jadi macam kena gigit tebuan tapi yang paling minimum punya gigitan sebab dipicit kuat sangat.Ni biasa broh.Biasa.Zaman remaja kan.

Masa form 4,aku guna ni :


Aku pun taktahu nama sabun ni apa,aku panggil Sabun Oren sebab dia warna oren.(hahaha kejap).Lagipun sabun ni sabun Thailand punya.Mek Siam kan memang terkenal dengan kulit licin licin,so aku pun try la.


Gambar before tu tak silap aku tahun 2014 kot?Dan yang after tahun 2016.Bayangkan,gambar before tu aku dah guna effect camera 360 -_- tapi still hodoh noks.

Sabun oren mek siam ni boleh memutihkan muka,hilangkan pimples.Tapi parut take time.Well,parutkan bukan sekelip mata nak hilang.

Mengalami masalah jerawat?Pm me on gmail:syadiyasafiah@gmail.com

Ok bye! Salam sayang,dikya.

DO LIKE