Thursday 30 May 2019

Terjebak beli FOCALLURE

Assalamualaikum,
aku bukak blog orang, review focallure...

Aku bukak youtube, orang duk review jugak..

 Aku agak mental ye sebab keinginan aku sangatlah tinggi nak try product focallure ni. Nampak tak bukan makcik makcik ja senang terpengaruh, anak muda macam aku pun senang nak mampus terpengaruh!Plus, senang gila nak beli easy mizy sebab boleh beli kat shopee. Pastu kan weh... aku pun order lah satu :Dv

Mula mula aku beli FOCALLURE CRAYON : RM 3+ (around this range).Tapi aku takda gambar dengan lipstick tu sebab aku tak snap and warna aku beli tu nude sangat.Tapi sumpah recommended. Function tak aku buat entri ni? Takpa sabaq sat sebab nanti aku swatch ok untuk the second time aku order! Hehe.

Pastu aku agak berpuas hati sebab
"Dahlah murah, nice pulak tu!"

Makanya jiwa muda aku pun order lagi. Kalini aku order 7!!!! Tamak kan! Sebab kawan aku punya 3, aku punya 4 (refer: untuk mak, kakak, serta adik aku)
Tapi aku tak order crayon, aku order matte.

Sebab aku punya 4 ja, so ada 4 jela eh yang aku akan swatch.

Packaging : 8/10 aku bagi sebab nampak mahal kan kan kan??
Tapi katanya ada packaging lagi lawa sekarang. Aku tengok youtube la Lily Brahim tunjuk. Tak tipu memang lawa weh!

Harga focallure matte ni : RM4++(around this range and campur postage rm5 if not mistaken and bahagi dengan kawan kawan) So tips dia, "buy in bulk" boleh jadi murah 

Code colour yang aku beli.

Ok jumla kita swatch ye anak anak



Sumpah dia matte sangat sangat. Kalau pakai sikit pun dah okay dah sebab warna dia UMPHHHH!

And aku bebal la sebab packaging warna lain, bila pakai warna lain sikit. Tang ni aku bagi 5/10 rating dia.

Ni aku pakai warna Frence Beige. Aku calit sikit je weh punyala warna di UMPH kan. Kalau aku pakai banyak sumpah nampak aku black metal. AHAHAHA

Overall puas hati je dengan lipstick focallure. 

Focallure ni product China. Kalau siapa nak try aku recommended je. Boleh cari dekat Shopee belambak jual tau!

Salam sayang, syadiya xoxo

Tuesday 28 May 2019

Ramadan Day Twenty Three : what ulser did to me

Assalamualaikum,
pada tajuk entri ni sajala letak hari ke berapa puasa sebab bila baca balik rasa macam "oww puasa puasa pon rajin eh aku taip taip" LOL kan! Hahaha

Sebenarnya semester 4 aku dah nak habis and aku ada lagi satu semester which is semester 5 untuk habiskan diploma. Aku excited gila nak habiskan diploma tapi dalam masa yang sama mesti rasa sedih sebab there's no more diploma life buat kali kedua atau ketiga unless kau gila nak ambik banyak kali. Tak sanggup guwe. Diploma pun main air mata aku dah. Cis.

Pastu semester 4 ni aku selalu gakla sakit sakit. Aku rasa kalau satu semester ada 14 weeks,aku akan ada ulser almost 12 weeks =') per 14 weeks. Sounds rude kan ulser ni?

like.. 
that ulsers, and you are so sooo fuckin bestfriend. 

Dia nak ja melekat dengan hang sampai lepas dah sembuh dia mai balik dan mai dan mai lagi sampai rasa nak demam! Hergh.

Aku selalu tumbuh ulser dekat dalam mulut yang palingggg hujung. Sebab wisdom teeth aku dua dua dah tumbuh. And in my opinionn (ayat essay english waddefishh) wisdom teeth ni kalau salah makan, boleh luka dinding bibir tu and start situ la tumbuh ulser. Ada itu weeks, aku punya sakit tu sampai aku nangis terduduk dalam kelas weh sebab:

1)Petang tu aku ada quiz tax and aku telah menghalai balaikan quiz berkenaan tapi Allah sayang hamba Dia, so dia bagi aku markah cemerlang. Aku sumpah terkejut sebab aku memang dah mental breakdown waktu tu.

2) After quiz tax tu, esoknya pulak aku ada Test COSTING YE and disebabkan aku adalah natural habitat punya student, of course la aku akan study last minute. Dan sebagai peringatan Allah kat hamba dia yang suka sangat study last minute, dia kasi aku sakit so aku beringat sikit. Makanya malam itu, aku pakej ulser sakit teruk & sakit kepala. Aku bangun tidur bangun tidur ja buat exercise sikit sikit pastu tutup lampu terus and sambung tidur.

Aku target lulus ja. Tapi tulahhhh tuhan sayang kat aku maka aku dapat tinggi gaklah yang pasti aku tak expect langsong dapat tinggi gitu. 

Btw, ulser aku ni kalau dia datang BUKAN SATU,

TAPI DUA :)

Masa first week aku dekat u, ulser aku tumbuh dekat lidah and dinding bibir bawah aku. Sakit weh. 

Tak terkira la ulser aku.

Pernah ulser aku sebesar home button iphone tu. Ni la ulser yang aku nangis tu sebab jadi berdengung siot.

Punca ulser ni banyak, contoh macam aku:
1) Wisdom teeth bagi luka
2) Besi braces aku bagi luka 
3) Kurang minum air. Aku senang gila dehydrated. So kalau kurang sikittt ja minum air memang nahas la aku.
4) Dalam mulut kotor (aku baca sumber dari web lain)

Paling aku takut, banyak page yang mention :

"ulser yang tak dirawat boleh datangkan kanser mulut"

And everytime sebelum tidur mesti aku akan baca balik artikel artikel ulser sebab gigih nak bagi takut diri pasal kanser mulut. Bullshit gakla perangai. HUWAA

Aku selalu je rawat ulser aku. Aku pakai bonjela tapi lambat. Aku juga kumur air garam tapi aku nyampah sebab entahla macam takda outcome pon. And paling latest aku sapu madu. Madu yang asli tau! SUMPAH BERKESAN.

So selama aku bercinta dengan ulser ni, <--- (ergh i hate to say this but this is true enough.)

Aku rasa cara merawat ulser dengan baik sekali adalah dengan sapukan MADU ASLI.Ini pada pendapat aku ye, sebab everyone ada dia punya cara healkan sendiri.

Bibir bawah bengkak kerana ulser di dinding mulut dalam.

Thanks for reading, 
salam sayang, syadiya xoxo.

Sunday 5 May 2019

Ramadan Day One

Assalamualaikum,
there's a lot of assignments, test, quizzes, and stresses of course but here I am to wish you guys HAPPY RAMADAN MUBARAK! <3


(sumber gambar: google)

May we will be bless with this beautiful and holy month! 



Lanje gambar raya 2 tahun lepas . Lol hahahaha

Salam sayang, syadiya xoxo

DO LIKE