Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Thursday, 18 January 2018

Kisah Roomate Penyayang

Assalamualaikum,
Disebabkan saya baru sahaja balik ke rumah,jadi saya ada sikitlaaa rasa rindu dekat rumet saya yang agak rumit ni.

(Omg i hate the way that i smile before i wear the long powerchain.Ugly duckling!)
The left one is me,the purple is Ainaa aka Na'a (please speak it properly haha!),belakang sekali is Sofea aka Pia,and depan Pia is Anniesa aka Niesa.

Im the roomate with a nagging style.Like yeah,nagging you knowwwwww.Suka bebel gitu.Na'a pulak jenis suka gaduh mulut dengan aku.Sofea paling pendiam dalam bilik senang cakap kalau tetiba lempar barang dia luar bilik pun dia macam tak kisah maybe and diam jugak maybe??And Niesa is soooo pekak 24 hours sumbat telinga tu dengan earphone!Tengok aku dah nak nagging ni?

All of us from faculty accountancy except...PIA!My pity went to her sebab dia paling banyak penat dalam bilik aku rasa.All the time she will read the science book...Dahla tebal....Hm.....

While the accounting students love to tengok movie together on the weekend.Weekend yalls tambah dengan baru sem 1 lagi asyik la tengok movie.Pia selalu pergi bilik sebelah kalau nak study sebab bilik sebelah aku sorang akaun,3 sains.

Aku perangai jenis masuk air dan yang sama naik masuk air dengan aku adalah Na'a.Kalau bukak lagu tu,kalau boleh nyanyi sama sama macam akulah juara padahal suara macam itik dengan angsa sangat!

Roomate aku pulak yang paling baik dan sangat sopan adalah PIA.Sopia=sopan.Sopan=sopia.Em mecing mecing.Aku cakap dia sopan sebab dia tak pernah kentut dalam bilik.Macam aku dengan roomate aku yang lain semua kentut bersepai.Hahahahaha.

BUT,THAT ONE DAY...
Me:*kentut
Pia:EEE!PERGI LA KENTUT DEKAT LUAR.

And all of us like...
WHOAAAA
:o
:o
:O
Pia said that?!Terus aku malu em K.Mari berhuhu.

AND ALSO THAT ONE DAY,Na'a and Pia balik that week kecuali aku dengan Niesa.So tinggal kami berdua jelah.Pastu malamtu,aku tidur lambat dalam pukul 2,main main ws dulu and rasa cam nak peepee,lalu aku pun pergi la ke tandas berseorangan sebab lampu koridor ada.Biasan cahaya lampu tu menampakkan yang Niesa dah tidur.So aku cam oh ok takpalah sebab baru kejap tadi dengar dia nyanyi lagu korea(she is k-popper guys-.-) .Pastu lepas peepee aku masuk tutup pintu apa semua,sambung tengok fon.TIBA TIBA,
Aku dengar someone menyanyi.

Niesa,

Dia ada dekat depan meja study tengah berdiri.Aku panggil dia buat taktahu and teruskan menyanyi.Padahal tadi aku nampak dia dah tidur kot?!
IF all of you at my situation mesti ingat dia ni dah kena sampuk ke apa kan?Sumpah kuat gila aku panggil "Niesa Niesa!"padahal jarak aku dengan Niesa dekat je pun pahal tak dengar ni confirm kena sampuk pastu aku rasa nak maki hamun masa tinggal berdua ni lah tetiba nak kena sampuk pehal kan.Rasa nak meraung guling guling.
Pastu aku ambil alternatif nak bukak lampu,baru nak pergi bukak lampu niesa menyahut cakap 

"YE?APE?" 

damn guys.Dia pakai earphone sebab tu dia tak dengar.Nak luruh jantung mak nak oi='))))

Okay next Na'a pulak.Dengan Na'a ni paling banyak aku rasa .Tambah tambah bab gaduh tu nombor satu.Dia suka marah sebab alarm aku ada 30 tapi satu pun tak pernah aku bangun=") Thanks korunkkk sebab tabah dapat roomate macam saya padahal taklah setabah mana.

Na'a:Dikya pagi tadi alarm ko berbunyi aku rimas gila ko tak bangun nak tutup pun.Pastu aku sampai pergi dekat katil ko nak tutup tapi tak jumpa fon ko.
Me:Hehehehe,ada belakang badan kot tersorok.

Also Na'a
Na'a from bilik air:Dikyaaa!Ambilkan towel aku.
Banyak kali pulak tu guys (tepuk dahi)

And also Na'a
Me and Na'a in gaduh gaduh mulut situation dan ayat ni mesti keluar dekat mulut dia 
"Kau keluar bilik sekarang dikya!!"


Sekian sahaja kisah roomate saya yang penyayang.Ops sorry 'ex' roomates la =P

From left:Pia,Niesa,Me,and Na'a
Pia:You tengok tangan i ni ade ape?!
Niesa:I pun taktahu jap pikir
Me:Ahahaha nak gelak jap sopan ciked la top mulottt
Na'a:ehehehehe

Masa one day kenal.Semua cam acah sok suci sangat!

From left:Me,Pia,and Na'a 

 Me and Niesa


From left:Me,Na'a and Pia.


Thanks for reading.
salam sayang,syadiya xx.

Wednesday, 17 May 2017

New Me in 2017.

Assalamualaikum,
tahun 2017 ni aku ingatkan gigi aku ja yang berubah,maksud aku pakai braces.Tapi ada jugak yang berubah.Aku bukan botokslah! Haha.Kisahnya aku dapat matriks,aku dapat uitm tapah kos diploma perakaunan dan aku juga baru check tadi aku dapat ipg.

Tapi,aku dilemma pasal ketiga tiga benda ni.'pro and contra' ada dalam tiga tiga tempat tu.Masa aku form 5,cikgu tak banyak sokong niat aku nak sambung matriks dan mak aku pulak tak sokong aku untuk ipg (walaupun mak abah aku cikgu,but look, they dont support kot weh -_-).Sebab aku memang tak sesuai jadi cikgu.Dahla kalau ajar classmate aku pun,aku cakap laju gila.Pastu garang.

Jalan terbaik,aku pilih uitm.Sebab aku memang minat akaun.Since form5,niat aku memang nak sambung diploma perakaunan.Perginya pulak ahad ni untuk daftar.Kalut gila nak settle medical checkup dengan bayar yuran dekat bank islam (tak settle lagi pun)

Talking about medical checkup.Here's the starting to my 'new' me.Kawan aku dah buat medical check up,pastu dia cerita lah serba sikit kat aku apa yang kena buat nanti.Salah satunya,baca huruf dari jauh sambil tutup sebelah mata.Kawan aku ni rabun,dan badly dia tak bawak spek masa pergi.So dia tak nampak! Hahaha and goodly akak kerja klinik tu bagi pinjam spek dia.So dia lepas.

Aku pulak baru pergi semalam.Aku pergi medical checkup dekat hospital ja.Sebab nak jimat kos.Duit nak banyak guna -i -iz-kedekut.

Aku pergi dengan kawan aku,si Una tapi ramai gak budak sekolah aku yang buat that day.Pastu weolls pun sembang sembang kosonglah sambil tunggu (lama sangat).Tunggu punya tunggu,nama aku pun dipanggil.

Mula mula,timbang berat badan dengan ketinggian.Berat aku turun jadi 43 kg and tinggi 156 cm.(BMI tak normal balik T^T but it's okay *tangangemalai)

Then,nurse lelaki tu (wujudkah nurse lelaki? ah wat eva) suruh aku berdiri dekat satu garisan merah.Dalam hati aku apa yang dia suruh buat ni hish.

"Pandang depan,baca huruf depan tu"menyentak lamunan ku betul.

Baca huruf tu pulak jauh gaklah,dan kena tutup sebelah mata.Badly dua dua mata aku teruk! Tak nampakkkkk.Ada 8 level.Level 1 huruf paling besar.Level 8 tu paling kecil.Dekat level 4 pun aku dah tak nampak.Wanted to cry,but tak bolehhhh.Perempuan harus kuat! (i need emoji muscle ketul2 here).

Dahla mulut nurse lelaki tu boleh tahan mashaAllah.

"kamu buta ka apa?"

"teruknya mata kamu"

"kamu taktahu ka kamu rabun ni?"

"pergi balik buat spek,esok datang balik"

Disebabkan aku nak siap cepat medical checkup,petang tu jugak aku ajak kawan aku,si Anis (i call her Maneh -Manis ) pergi buat spek.Sama sama mengajaklah jugak.Sebab dia nak cari kasut sport.Dua dua meluahkan perasaan.Dia soal nak duduk hostel atau tak.Aku pulak luahkan kebengangan aku pasal mata.

Dia bawak aku pergi kedai spek yang sama dia buat untuk spek dia.Owner kedai cermin mata ni so nice person!Pekerja dia pun baik gila.
Dia cakap "haiyaaa manyak rabun aaa" -_-.Aku kan peramah.Aku cakaplah saya pun taktau saya rabun.Sebelum tu aku dah bagitau dah uncle tu pasal medical checkup aku yang malang.Check check,memang rabun.

Dengan bangganya tanpa rasa salah memilih kedai spek uncle niiii,spek aku siap dalam masa 30 minit.Sampai ada kawan tanya "spek tipu ka".Takdak masa nak carik spek tipu!Hahahaha

Rabun jauh 100.Silau 70.
RM 220.

Dan aku mula sedar,rupanya mata aku bukanlah elok sejak aku menduduki SPM 2016.Im so sad.Serious.This ruin my mood.

Dan aku juga sedar,
Success need sacrifice.
Oklah aku mengaku,memang aku baca buku dalam gelap.Sebab aku kesian dengan seisi dormmate aku ketika aku duduk hostel.Hang sanggup ka tengok depa semua tidur dalam keadaan bercahaya?Cepat kerepot tahu tak kalau tidur pakai lampu?(please say yes to this fact).Terngiang ngiang suara adik dorm mintak izin nak tutup lampu."Kak yaya kami nak tutup lampu sini boleh?".Wajiblah aku jawab YA.Yang nak tidur 18 orang.Yang nak membaca buku seorang.Bukan soal beralah,tapi soal kesian T^T.Tapi dorm aku memang akan bukak lampu satu bila masuk tidur.So aku baca buku pun pakai satu lampu tu jalah.Boleh bayang tak suram dia cenna.Huhuks.


Senang cerita,aku memang banyak membaca tanpa henti masa aku form5.I need a bom-good-wow result in spm.And i got it! Tapi mata ni lah,jadi rabun.

 Aku masih dalam fasa belajar pakai spek kejap kejap.Rasa berat ja muka sebab sangkut spek.Menaip ni pun,aku pakai spek.Sebab uncle kedai cermin mata tu cakap .Pakai spek masa guna lappy,masa tengok papan putih or yang berkenaan dengan huruf yang kecil kecil.

By the way,aku dah tak cam orang kalau orang tu jauh.Nampak macam dia ada dua kepala.HAHAHA i swear i didnt lie.

It's me and Maneh.Look! We look like a twin.Because of that spek dengan gigi besi je pun.Hahahaha

Hello new me in 2017! (wipe tears)

salam sayang,syadiya xx.


Tuesday, 2 May 2017

Kerja Satu Hari.

Assalamualaikum,
Dari habis paper ICT pada 5/12/2016 sehingga harini,aku tak pernah bekerja .Kerja aku cuma duduk rumah.Belajar masak,lipat baju,sidai kain,sapu sampah,mop lantai(jarang because i hate mop sebab renyah).So,i can marry la kalau camni kan?!
Tell me guys,masak apa yang aku tak reti?Haa,ayam paprik?Ayam masak pedas?Ayam masak kicap?Alah petik jari ja.Muahahaha.Dari potong bawang yang slow macam siput babx ,terus skill aku boleh jadi power macam James Oliver.Padahal akulah manusia paling malas nak turun dapur kalau kakak aku balik sebab dia yang akan tolong mak aku dekat dapur.Aku akan berusaha lari.

TAK BOSAN KA CUTI LAMA TAK KEJA?
Bosan la jugak.Dah la duduk rumah sorang sorang dari pagi sampai petang sebab parents aku kerja.Nak keluar lagilah malaz.Sebab memang rutin hidup setelah habis spm sentiasa sama.Bangkit,solat,mandi,tengok tv cerita kesukaan (Pangako Sayo),pastu baru kemas rumah.

BUT,
one ,
day.
I read my friend punya status whatsapp.Macam dalam keadaan cemas sebab dia sorang je yang jaga kedai.Dia kerja kedai jam dekat Mydin and Mydin dekat gila dengan rumah aku.Aku pun balas lah whatsap status dia tanya kenapa.Dia kata dia penat sangat layan customer dia sorang sorang.So secara haromnya,dia ajak aku teman dia.

Aku pun gegas gegas la teman dia.Dari pukul 12 tengahari sampai 10 malam.Boss kedai kawan aku ni pun memang naiss person ever.Siap tanya aku ,adakah aku memakai fake braces hanya untuk menunjukkan kecantikan dan kehipsturan?Memang aku menafikan lah kenyataan dua orang boss kawan aku tersebut!

Sebenarnya memang aku dah lama nak kerja,jadi bila dapat peluang kerja seharini memang aku bersorak riang ah kalau boleh nak bawak pom pom girls datang.Kahkah.A very so very so very very nice experience for me semalam sebab dapat keje.Hihi dan tak boleh lupa,semalam aku terspeaking dengan Mat Egypt dengan her beautiful daughter,Mariam.Peramah sangat akuni.Sapa suruh anak dia comel sangat.

Gaji walaupun sehari ja aku kerja memang bagi aku banyak lah.Padahal ikhlas nak teman kawan aku dalam kesusahan.Hm ayat bff till jannah sangat.

Gambaq besaqnya.Nampak habis jerawat.
Belakang saya tulah yang ajak saya kerja.Namanya Hidayah Milik Allah.Oh bukan,itu bab dalam agama islam.Namanya Hidayah Wai. 
(Throwback:Gambar 8 bulan yang lepas.Jamuan raya)

p/s:Saya dapat matrik pulau pinang.

Salam sayang,syadiya xx.

Saturday, 2 January 2016

Story Of 2015.

Assalamualaikum,
Selamat tahun baru semua!360 hari dalam tahun 2015 ofkos ler ada baik dan buruknya.Yang baiknya result aku tak teruk.Yang buruknya,pimples aku tak hilang lagi.Eh dah tahuke.Hm takpalah nak cerita jugak.Nak cerita yang buruk buruk terjadi dalam 2015 agak kejam pulak sebab aku rasa banyak yang buruk.Jadinya,lebih baik aku cerita yang baik baik agar mendapat keberkatan Ilahi.Hihi.

  • Pindah sekolah 
    Ini memang unexpected ah.Masa ni aku dah takda perasaan bila nak pindah.Kita haruslah membuat kenalan yang baru bila dah besar besar ya teman teman.Takkan nak terperuk di tempat yang sama.

    Bila pindah sekolah,makanya aku telah meninggalkan kekasih kekasihku disana..Maaflah bukan kekasih lelaki,tapi si perempuan(girlfriends orang orang selalu kata).Selamani aku ada 3 orang girlfriends atau lebih tempat babygurls(geli nak mati) yang sekepala dengan aku.

    Yang pertama,Pikah.Dialah yang mengajar aku erti no feelings weh.Serius dia sangat cantik.Rambutnya gen resesif.Tapi yang aku tau dia bukan anak mat salih ok.Satu satunya manusia yang boleh buat dia marah aku sorang je.Sebab aku suka memaksa dia.Tapi sebenarnya dia sangat sayangkan aku.Kan Pikah?(tolong cakap ye).Paling sedih,aku tak ada gambar dengan dia sebab dia adalah bangsa yang takut dekat kamera.Maksud aku taksuka tangkap gambar.Kalau ada pun sekeping.Tupun dah tak ingat folder mana aku letak.

    Dan yang kedua,My fav, SUN! Stand for Syadiya Umi Nurin.Depa ni pulak mengajar aku bercakap kuajo.Tapi depa jugak lah yang menyedarkan aku ketika aku tersengukur.(mata ke atas tangan dibahu).Mesin mulut kami tak boleh ditandingi oleh mana mana manusia sebab serius memang kurang ajar.Kakaka.Pernah weols hangout sesama,pastu sorang makcik ni usha usha kami.Lalu dia menyapa kami dengan ayat ayat pedas iaitu:

    "Kenapa loqlaq sangat ni?"(Dengan muka yang tak puas hati)

    flashback dua tahun lepas:(me,nurin,umi)

  • Meet the new!
    Dengan rasminya,aku telah membuat kenalan yang baru apabila aku masuk sekolah baru.Eh manusia mana yang bila ke tempat baru takda kenalan?Poyo giler.

    Aku telah memilih aliran akaun.Chaiyok chaiyok for life! Dan aku juga telah berkenalan dengan semua classmate aku secara harom.Maksud aku tertegur sebab nak mintak duit kelas,pastu terus jadi kawan.Pelik bukan?Apapun i love 4 Akaun.Taun depan dah tua jadi 5 akaun k teman teman jangan ingat muda mudi sangat diri tu.

  • Flying colours.
    Aku telah semaksima mungkin membijakkan otak aku yang agak 'so so' ini agar belajar dan alhamdulillah aku telah berhasil =') Sedih sebab dulu bongok.Haha!


    Okay,thats all yang aku rasa bahagia.Mihmih.Terimakasih kerana menyaratkan mata untuk menatap dan membaca!

    Salam sayang,syadiya.

Friday, 24 October 2014

Kawan

Assalamualaikum.
Benda yang aku belajar, bila orang tak hegehkan kita, jangan kita desak desak nak hegeh dengan dia. Contoh kawan or teman rapat.Teman rapat ni aaa aku suka hegeh gak. Hahahaha. Tapi kawan sekarang makin lama makin pudar untuk aku hegehkan. Bukan sebab apa, ce bagitau, kita baik dengan dia dia,rapat dgn dia tapi tetiba jadi stranger . Its not bcause ada perang ke apa, tapi sebab dah lamatak  tegur jadi macam 'hm buat taktahu dahla'.

Aku macamtu mungkin. Kalau nak dihitung kawan mungkin beribu . Daripada aku sekolah rendah. Banyak gila kawan duh. Tapi cuba bayangkan bila kita dah bersemuka tetiba kita nak lambai then dia boleh nak hindarkan. PADAHAL KITA DAH NAMPAK DIA. APA HANG RASA HAAA?!! mula nak emo tak tentu psal. Tapi memang la aku geram gila. Cuba anda rasa kann ? Jadi, lepas lepastu memang aku tak kan pandang dah spesies yang begini. Ha, sampai dipanggil spesies. Ha Ha. Yala, orang nak kawan pun tak endak. Tak ka ........ hm nothing.


Kawan sekolah rendah yang aku contact banyak pun yang dah satu sekolah dengan aku sekarang . Tapi ada gak yang baik menegur. Kalau dihitung tak sampai suku pun okey ? Jangan nak bangga sangat. Hahaha. Kawan sekolah menengah such a good people i have be seen. Kelas hujung pun kadang kawan. Tapi yang selepung serupa pocong tolak tepi k. hahahaha. Sebab dah besar dan matang boleh bfikir rasionalll.


MATANG perkataan yang jelas sangat, bila dah matang mula otak bfkiran pun ada jahat ada tak. Sebab tu orang selalu cakap kawan sekarang duit syiling. Otak terlampau matang kadang bila kita cerita mula nak pecahkan atau kutuk belakang. Budak sekolah rendah jangan nak ngada sangat eh cakap kawan tikam belakang kepe, kecik lagi jangan nak mengada. hahahaha aku dulu sekolah rendah pun tak poyo macamtu so jangan k jangan hahaha.

Jadi, bila kawan menjadi duit siling ni dia macam "ah, tak da apala. dah biasa" sebab dah lali dengan manusia yang dah matang terlampauuuuu. Jadi , nak kawan biar biasa biasa. Jngan percaya sangat. Tapi kalau dah kawan sejak lahir, sekolah sama kelas sama masuk universiti sama teruskan sampai nnti kawen pun sama sama  harapnya begitu. Okey . Bye. Salam sayang syadiya. 

DO LIKE