Tuesday 28 February 2017

Langkawi 2017 II (Gamat Kedua,Makam Mahsuri,Dataran Lang)

Assalamualaikum,
so im quite busy and this night curi masa sikit nak taip bagi habis percutian bulan lepas.Kami check out pagi dalam pukul 9 lebih.Makan pagi pandai pandaila cari sendiri kan dah beso.So tempat pertama pergi untuk hari kedua adalah Gamat for lyfe lagi.Makcik makcik kan ramai.Agaknya depa request nak datang tempat gamat lagi.Kalini tempat gamatnya besar.

Botol sahaja.Dalamnya takdak ubat gamat.Jangan nak blur sangat k

Aku suka tempat kedua ni sebab lagi besar.Tempat pegang gamat+minyak panas menggelegak ni pun besar.

Ok settle tempat pertama untuk hari kedua.Aku tak sempat nak snap banyak dekat gamat sebab bateri kamera nak habis.Al kisahnya satu bilik,satu plag.Mana nak cas fon,mana nak cas kamera lagi.

Tempat kedua;
Makam Mahsuri
To be honest,i never go to this place setelah 4 kali pergi.So 2017 is the year!A big applause please.Haha.Mula mula aku ingat takmau pergi sebab malas,nak tidur dalam bas ja.Tapi dengar sepupu aku kata "kakak nak masuk,nak baca sejarah",baru terkedek kedek nak ikut.


Boleh baca info info dan tengok gambar,salasilah Mahsuri.Nak cerita panjang panjang nanti aku rasa kesian,ayuhla engkau menge-search sahaja di internet pasal kisah Mahsuri.

 Tengok perempuan perempuan cantik main alat muzik.

Pakej tengok wayang lagi.Kau hade?Haha

 Kubur Mahsuri

Rumah Mahsuri dari sudut dapur 

Ada satu hall,ni pun main alat muzik jugak.

Cuba teka ni bunga apa?Ni la bunga bunga cinta layu dipusara.Heh menyampah cia cia pliz

Last destination;
Dataran Lang
Terus angkut barang dari bas letak dekat jeti.Rushing nak mampus sempat dekat dataran lang 15 minit je kot







Dah snap banyak sangat,tetiba sapa entah call suruh balik pergi jeti sebab nak naik feri dah.A so kalut-malut trip but ya seronok have bonding time with makcik makcik.

Salam sayang,syadiya xx

Sunday 19 February 2017

RESEPI:IKAN BAWAL MASAK SWEET SOUR

Assalamualaikum,
Harini nak bagi resepi ikan bawal masak sweet sour, malas sembang banyak banyak bukan orang baca sebab selalunya orang nak resepi jewpp.

UNTUK IKAN BAWAL DUA EKOR

Ikan kena goreng dulu.
Bahan goreng : kunyit+garam (salut) then goreng sampai garing.

BAHAN2 MASAK:
1)Bawang besar sebiji (kisar.cara kisar;masukkan air sedikit)
2)Bawang merah 2 biji
3)Bawang putih 3 ulas
4)Kulit kayu manis 1 batang
5)bunga lawang 2 kuntum
6)Cili kisar 2 senduk besar
7)Sos satu senduk
8)Cuka 1 sudu
9)Gula satu sudu besar
10)Garam satu sudu kecil
11)Ajinamoto renjis renjis jer
12)Daun limau purut 4/5 helai
13)Buah nenas ikut suka banyak mana (potong dadu)
14)Bawang besar holand ikut suka banyak mana(potong dadu)
15)Timun ikut suka banyak mana(potong dadu)

CARA CARA:
1)Tumis bawang merah,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
2)Masukkan cili kisar,cuka,sos,dan bawang besar (yang sudah dikisar).Kacau hingga naik minyak.
3)Masukkan gula,garam,dan ajinamoto.Juga hingga naik minyak.
4)Masukkan daun limau purut.
5)Masukkan buah nenas,bawang besar holand,dan timun yang sudah dipotong dadu.
6)Dah masak,masukkan ikan.

SIAP!=)

Resepi kredit from my mom.

Salam sayang,syadiya xx

Thursday 16 February 2017

Langkawi 2017 (Gamat,Beras Terbakar,Pantai Chenang,&Kilim Karst Geoforest Park)

Assalamualaikum,
so i had a great after-spm holiday!Dapat pergi Langkawi after 1 years++ tak pergi.Last pergi 2015.Ada lagi entri Langkawi 2015.Mohon search dan tgk muka aku dulu.Hahaha.Trip kalini agak padat dengan isi isi penting (ayat berita tv3) sebab tak pergi dengan my family.Tapi pergi ala ala lawatan bersama orang yang tak dikenali+makcik makcik+sepupu sepapat membawa berkat+adik aku sekor+mak aku yang cantik seulas(ya i have a good vocab i know that-ahah)
Satu kepala untuk lawatan ni RM180,makan sendiri sendiri.Trip 2 days 1 night only tapi seriously it was a pack holiday ever!

Naik feri pukul 10.30 macamtu tak silap aku.I lupaa sebab tak penting.Gambar pun takda.Hello beg usung kiri kanan tepi bawah takda time nak bawak keluar kamera gedabak just to take a photo on how we go inside the ferry?Tanam diri.Hahahaha.

Sampai sampai sana,ada jurucakap yang bawak kami.Seronok.Tak rasa bosan dalam bas sebab jurucakap ni kelaka laka orangnya.

Mak aku cakap pakcik ni sebenarnya pensyarah.Dia buat part time jadi juru
cakap.


Tempat pertama yang kami pergi;Gamat for lyfeee. 


Upacara memegang gamat+minyak panas menggelegak.Uniknya gamat sebab walaupun panas sangat,tangan kita takkan melecur.


Ha ni pulak ownernya promote produk gamat.Sis tak berminat.Seriously saya tangkap gambar ja.



Tak lama sangat dekat gamat ni sebab nak kejar masa.Satu hari ni,memang pack sangat dengan macam macam tempat.

Tempat kedua;Beras Terbakar.
Ambik masa makan tengahari dekat kedai ikan bakar but unfortunately masa kami datang ikan baru nak bakar.Lepas makan boleh jalan jalan cari souvy.Aku beli spek mata hitam RM10 ja sebab lupa nak bawak spek.Pembaziran apakah ini.



Tempat ketiga:Pantai Chenang 
Jurucakap ni dah cakap pantai chenang memang tempat orang meskenn.Pakaian tak berapa nak cukup.Aku pergi tahun 2015 takdala ramai macam 2017 ni.Buat party ka apa depa ni.



Aktiviti air memang banyak tapi tak mandi sebab kejar masa.


Selfie satooo.


Done tempat ketiga,so tempat keempat:Kilim Karst Geoforest Park.

First time datang sini sebab selalunya datang Langkawi taktau pun kewujudan tempatni.Bahaha.
Satu bot 10 orang.Aku orang last yang dia kira.Bersyukur.Masuk sini semua dah bayar siap siap .Termasuk dalam tambang RM180.
Naik bot ni ada singgah singgah.Macam R&R.Kelakar sangat contoh aku bagi.Haha!Persinggah pertama;Gua kelawar.

Mak dengan makcik aku tak singgah.Aku,sepupu aku,maklong,and maklang ja masuk dalam.Sebab ada yang kata busuk.Serius tak tipu memang busuk.Nama pun kelawar.Haiwan,wajibbul ghunnah la dia berak.Hahaha


Dslr aku merajuk masa dalam gua ni.Gambar kelawar pun macam asdfghjkl.

Boleh baca info kalau rasa minat sangat dengan kelawaq.

Lepas dah round gua,bot tunggu and  destinasi seterusnya bagi makan helang.Aku punya la gigih acah acah berani jalan pegi depan sebab nak tangkap gambar,sekali abang yang drive bot ni tekan minyak.Tak ka terpelanting?Dia bawak laju nauzubillah mashaallah subhanallah weh.Makcik makcik aku dahla tua tua.Hahaha
Kalau tak ,kami nak bagi makan kulit ayam,tapi abang bot ni cakap helang helang dah kenyang.Ramai orang la kot bagi makan.

Masa dia kona laju laju macam nak kena air,maklong aku dah pegang tali.Serius aku ketawa berdekah dekah.Sepupu aku pulak jatuh terduduk.Haha!


Lepas helang,pergi terus dekat signboard Kilim Geoforest Park untuk tangkap gambar.

Tempat seterusnya yang kami pergi around Kilim Geoforest Park ; tengok orang ternak ikan pari,ikan nyiok nyiok dll.


TIPS bercuti:go try new thing.Contohnya bagi makan ikan pari ni.Sebab rugi kalau tak cuba.Tak ka balik rumah nanti rasa macam "kenapa aku tak try bagi makan ikan pari haritu hm"
Aku bagi makan dua kali.Sebab aku tak rasa dia makan.Mana sih mulotnya?Hahahaha


Belangkas.Depa ni patut tau yang orang orang selalu guna perkataan 
"bestfriend rapat macam belangkas" i think..
Ketam and udang galah pun ada


Muka dah macam zzz.Ha belangkas ni boleh pegang,dia rasa geli geli ja dekat tangan.Dia tak gigit.Sebab aku bestfriend dia(dah kenapa).Ketam tadi takboleh pegang sebab inalillah nanti.


Family potrait satu.Jangan cari aku sebab takkan ada.Hey who would be the photographer if i join?-_- Ni baru separuh family aku yang pergi vacay ni.Ada lagi separuh.
Sampai sampai ja ada gambar semorang.Ni gambar sebelum adventure time  .Aku baru nak pick satu.Sebab ada tiga.Tengok tengok,sap sap sappp tiga tiga gambar disambar makcik makcik aku =').Tak dapatla nak beli satu.Sad life.

Lepas Kilim Karst Geoforest Park ni,kami check in Teratak (nama tak ingat)dalam pukul 6.30++ ah i forgottt hahaha.Malam pulak,sendiri sendiri pergi beli coklat dan makan.
Ok day one done✔️

Salam sayang,syadiya xx

Wednesday 8 February 2017

What I Buy Every Month and a TIPS to make it tidy.

Assalamualaikum,
so guys what do you like to buy every month?Baju?Maaflah saya tak beli baju setiap bulan,tak keje duit manada u.u Hahaha.Tapi benda yang setiap bulan aku beli ni memang murah.Berbaloi.Lawa.Eh barang kemas ka apa?Bukannnnn tu mahai la noks.Hahaha.Senang kata,benda ni kalau cakap "mak nak rm10" terus dia bagi.



Ya post ni banyak untuk girls,kalau rasa boys nak baca pun bolehhh.Hahaha.Mana tahu nak bagi tips kat bini.Nilah harta dunia yang aku ada setakat ni.Bahaha!Im not going to SHOW OFF tapi post ni lebih kepada nak share WHAT I BUY EVERY MONTH.Rumah aku dekat dengan Pasar Kemboja yang besar besaran punya tu.Maila datang sini.Tudung,baju ha apa lagi semua murah dekat pasar kemboja.Tapi aku tatahannn wehh.Aku kalau shopping 30 minit pun aku tak mampu nak bertahan sebab aku suka pening kepala.Dengan bisingnya,dengan ramai orang.Oh i kennot u.u

TIPS nak simpan tetudung ni?
Firsttt!Carila laci ke apa yang boleh sumbat tudung muat muat.Macam shawl,aku gulung pastu tenyeh kan dia masuk gerobok macamtu.

Yang macam kuih lapis tu pulak bawal.Bawal ni susah nak gulung sebab dia leperr.Hahaha.Carila bekas yang macamtu,susunkan dia .Taklah berterabur tudung.Trust me,it's work!

Kalau ada tips lain pun,share kan la eh?Aku pernah jugak try tempat letak tudung jenis penyangkut tu.Tapi sememeh ja aku tengok.hahah

Jadi,WHAT DO YOU BUY EVERY MONTH?=)

Salam sayang,syadiya xx

DO LIKE