Wednesday 31 July 2019

Blogger Challenge 2: my current relationship

Current relationship aku adalah aku sebenarnya aku tak single, tuhan sentiasa bersama aku. Ok joke joke hahaha aku dah ada bf :) and really in a good relationship since 6 years ago :D

p/s: tak pernah langsung cerita pasal bf-thing dekat belog ni tapi apakan daya blogger challenge yang suruh kan maka haruslah ku beritahu tak gitu?



Boleh juga baca entri lepas tentang blogger challenge:

Kalau nak main gak blogger challenge boleh tekan SINI for the list! :D

Tuesday 30 July 2019

Blogger Challenge 1 : introduction & your recent photo

Assalamualaikum,
Introduction ni maksudnya lebih kurang macam "about me" lah kann. kan kan?
Mari kita start!

Nama aku Syadiya Safiah Khairul Anuar tapi memang saja guna Syadiya Khairul which is nama depan aku dan abah aku. My friends called me Dikya, my family called me Adik or Dikya and strangers called me "hey awak yang manis tu" ok gurau gurau 🙄 Aku amat jarang suruh kawan kawan atau sesiapa yang aku baru kenal supaya panggil aku Dikya sebab aku rasa macam geli-geli gila nak suruh depa panggil aku camtu. So bila orang tanya nama aku, aku suruh panggil Syadiya walaupun panjang tapi aku nak hampa panggil jugak. Hahaha 

I will turn 20 years old on November, sebabtu aku still pakai umur 19 tahun. Acah orang putih sebab orang putih selalu anggap umur 19 tahun selagi tak masuk that birthday. 

Aku asal Perak Utara, and yes, perak utara DO SPEAK in utara macam Kedah & Penang. It make me a little bit annoyed & sometimes hate it bila orang duk kata : "eh orang perak cakap utara ka?!"

Which aku nak sangat depa yang taktau ni pi belajaq sikit yang perak ni ada 3. Perak Utara, Perak Tengah, dan Perak Selatan. Ha, kan dah membebel. Maap semua orang :( 

Aku masih student dekat Uitm Tapah, and ambil kos diploma accounting sebab aku suka gila mengira and aku suka akaun sangat sangat masa zaman sekolah (Sebab cikgu aku syok!) tapi tak berjaya dapat A+ sebab tuhan bagi aku dapat A solid ja. Munasabah bukan sebab aku? Hahaha. Masa zaman sekolah aku adalah student cemerlang dan target stret A tapi aku taksuka jadi budak target sebab perasaan "reality vs expectation" di mana aku takut nanti SPM aku tak nailed it pun. Tapi alhamdulillah aku ambik 10 subjek, aku dapat 2B lain A (sila fahamkan).

Aku cerita dekat atas ni bukan sebab aku riak aku bangga aku pandai ke apa, tapi aku nak semua tahu yang budak budak ambik Diploma bukannya bodoh & diploma bukannya cikai ye. Almost everyone pandang rendah dekat budak diploma and ofcourse la aku sedih :'D Btw kawan kawan aku dekat Uitm yang mana ambik diploma akaun, semuanya masa SPM dapat 6A ke atas okeh!

Konklusi : People do judge.

I came from middle class family sahaja, where both my parents adalah cikgu. Aku ada 4 sibs, and aku anak nomot dua. Kakak aku pun bakal jadi cikgu tapi but not me sebab aku taknak, i want to be different <3

Dulu cita cita nak jadi pilot tapi sebab bodo amet enggak mahu belajar kimia fizik bio, so sekarang cita cita nak jadi Akauntan sebab dah ambil kos akaun. Haks!

Blog ni aku jarang jarang update sebab aku tokleh gileee jadi multitasking plus diploma busy sungguh sungguh sampai aku jerit cakap 

"NAK KAWEN NAK KAWEN NAK KAWEN!!" masa tengah study ahahaha

Aku ada cita cita besar, aku nak belajar luar negara untuk sambung degree akaun tapi English aku so-so (dimana 2B aku masa SPM adalah English & Addmath) TAPI bak kata Dr Sheikh Muszaphar: 

"a dream is a dream, and it can be a reality"

Btw, hujung tahun ni aku nak habis diploma dah, so doakan aku dapat flying colours!

Btw,aku dah ada bf semua orang :P hahaha


Nah, recent photo aku untuk pembaca yang entah baca ke entah tak, tapi tak apa kerana sebenarnya belog ni fungsinya untuk diri sendiri baca balik kebodohan kebodohan apa yang ditaip 💁‍♀️

Salam sayang, syadiya xoxo


Kalau nak main gak blogger challenge boleh tekan SINI for the list! :D

Sunday 28 July 2019

Saya mahu cuba try test Blogger Challenge

Aku tak ingat la aku bukak blog blogger yang mana satu sampai aku terjumpak Blogger Challenge ni. Tapi disebabkan sekarang aku tengah cuti sem,so aku ada banyaklah jugak masa nak cabar diri aku buat semua benda atas ni. Adakah orang se-lazy aku ni akan berjaya? Mari saksikan =P Hahahah

Salam sayang, syadiya xoxo

p/s: esok aku start this challenge inshaaAllah!


Tuesday 23 July 2019

REVIEW MOVIE: Dilan 1991

Assalamualaikum,
hai semua orangggg! Aku dah habis final exam seminggu yang lepas tapi disebabkan aku ni pemalas so aku abaikanlah blog aku ni ibarat seorang stranger. 

Masa aku tengah sibuk sibuk final exam, kawan kawan aku plan ajak keluar pergi tengok wayang + makan steamboat. Depa cadang nak tengok cerita Dilan 1991 sebab geng aku ni memang semua minat dengan Dilan.

Sebelum meneruskan bacaan hampa, aku nak bagitau yang Dilan 1991 ni sambungan movie sebelumni which is Dilan 1990. Filem Dilan ni adaptasi daripada Novel from Pidi Baiq. Pidi Baiq ni pulak hasilkan novel ni sebab seorang perempuan (named Milea) yang cerita dekat dia. 

Btw, Dilan 1991 ni cerita Indonesia tau. Yang penting, cerita ni takda lupa lupa ingatan macam Sinetron TV3 okeh!  

Jumla aku start:
Disebabkan aku dah tengok filem pertama iaitu Dilan 1990, aku taktau la apa rasanya kalau terus main terjah Dilan 1991. Better tengok dulu kot filem yang first? (Banyak kat telegram. Sila download dan tonton) 

Okay sapa Dilan ni ? Adakah Dilan ni jenama keropok? Oh tidaklahhhh.
Dilan ni seorang lelaki umur lingkungan 16 tahun. Dia bagus gila dalam mengorat perempuan. I mean, ayat ayat dia bagi dekat perempuan tu sumpah punchline padu! Dan perempuan yang bertuah tu, namanya Milea. So movie previous ni(Dilan 1990), cerita pasal Dilan & Milea dah declared bercinta.

 And dalam Dilan 1991 ni pulak, banyak cerita pasal Dilan & Milea gaduh. Sebab perangai Milea tu sendiri. Milea ni bagi aku, jenis mengongkong. Dilan nak lepak dengan geng geng motor pun dia tak bagi. Tapi Milea ni ada sebab dia tersendiri, which is dia takut apa apa jadi dekat Dilan sebab kawan Dilan sebelumni (named Akew) meninggal sebab kena belasah dengan budak budak motor padahal tu rumors and Milea percaya.

Milea marah gila dekat Dilan sampai mintak putus.

So, adakah Dilan and Milea putus? JENG JENG JENG SILA TENGOK MOVIE INI! hahahaha

Don't worries guys, sebab dalam Dilan 1991 still ada romantik momen dan ke-cringe-an tersebut ye.

Scene yang aku paling suka dalam Dilan 1991 masa Milea bonceng motor dengan Dilan sebab this one conversation

Dilan: Lia, cita cita kamu apa?

Milea: Pilot. Kamu?

Dilan: cita cita aku menikah denganmu!


Ya, it's somehow cringe bagi aku tapi aku suka xD hahaha


Rating aku : 9.5/10 sebab ending dia.. :(

Siapa yang belum tengoktu bawak bawakla tengok. Tapi amaran keras pada yang taksuka cringey-things supaya elakkan tengok movie ini sebab nanti hampa balik ayaq kat screen tv. 

Salam sayang, syadiya xoxo.



Wednesday 3 July 2019

Kenapa final exam terasa lama

Assalamualaikum, 
Im update this blog using my phone. Gigih bukann?! Okay esok aku ada paper akaun sebenarnya. My  3rd paper dah ni. So ada lagi 3 lagi lepas ni. Sem 4 ni total paper aku 6 lah maksudnya. First time ambil paper 6 sebab selamani ambik 4 😭 
Ok tu ja nak update.
Salam sayang, syadiya xoxo.

DO LIKE