Friday, 13 December 2019

1st Giveaway by YYSELLA


Klik link di atas kalau nak join GA ni :)

Giveaway ended on: 31 December 2019

Sunday, 8 December 2019

Planner 2020 Giveaway by Messarah

Planner 2020 Giveaway by Messarah
Marilah ramai ramai join Sarah punya giveaway =D

Nak share quotes:
"If someone is not good to you, they are probably bad to themselves. Remember that"

Giveaway ended on 20/12/2019

Wednesday, 27 November 2019

I miss my blog :(

Assalamualaikum,
hello! I miss my blog. Tapi apakan daya banyak giloo assignments dan lain lain nak kena settle.

2 weeks more before i end my diploma :')

Current week: WEEK12

Saturday, 2 November 2019

Try request sample libress and berjaya dapat. (serius ini bukan entri berbayar ok!)

Assalamualaikum,
aku selalu ja jenguk blog aku ni tapi takda modal nak update apa apa. Sekarang aku tengah habiskan sisa sisa midterm break aku :') esok aku dah balik U balik dah. Aku rasa since start midterm break sampai sekarang, aku tak pernah la rehat chill chill sebab almost everyday aku akan buat assignments and segala yang berkaitan dengan U. Aku cuba husnuzon bahawa ini last sem aku so marilah fighting! Hahaha btw Isnin ni aku ada presentation entreprenuer. Doakan aku and group aku tau!

Sebelum hampa  meneruskan bacaan, aku nak tekankan bahawa entri ni memang bukan entri berbayar dan bukan iklan okay! Ni memang entri yang aku sendiri nak share😊Also, entri ini lebih sesuai dibaca oleh perempuan😊 

Mehla aku cerita, aku ni kan suka jimat dan suka benda free. Btw siapa ja taksuka benda free cuba bagitau? Hehe. So aku gigihla cari sample macam macam produk dekat google. Aku gigih mencari sebelum aku masuk semester baru.

Aku request sample libress.Pulaktu tamak request sampai 2 samples πŸ˜‚πŸ˜‚
Request saja saja je sebab aku tak pernah try mana mana sample. So aku tak berharap pun aku dapat sample libress ni.

Dalam 20 hari lepastu, parents aku bagitau ada barang aku sampai.

Cuba teka apa?

Haruslah sample libress πŸ’πŸ»‍♀️
Ampunkan customer macam aku ye libress sebab request sampai dua samples! Hahaha sebab aku tak sangka la aku akan dapat. Terharu siot aku:').  Aku tak ingat aku request jenis pad yang macammana sebab aku suka hati tekan mana mana jenis yang aku suka. HAHAHA. Lagipun aku kalau beli pad, akulah sejenis manusia yang ambil je mana mana. Sapa macam aku? Ha boleh ah geng😌 Tapi ini serius aku nak puji libress sebab packaging yang aku dapat ni cute!

Dalam packaging ni ada 4 pad. Weh benda free kot sample kot so aku sangat amaze sebab dapat 4 pad!!

And ada 2 panty liner. Lagi sekali, siapa nak bagi free banyak banyak camni. Thanks libress!

So total dalam satu packet ada 4 pad + 2 pantyliner

dan juga....

DAPAT VOUCHER WEHHH! Dahlah aku yang request sample, pastu libress siap sertakan voucher lagi. So kalau beli pad harga RM6, hampa dapat RM4.50 ja sebab dah ada voucher ni. Again, thanks libress πŸ˜­❤️

Overall, i love how libress marketkan depa punya produk, siap bagi voucher dalam sample!

Sesiapa yang nak try sample depa pandai pandaila taip dekat google "sample libress" hehe.

Thanks for reading, salam sayang syadiya xoxo.


Wednesday, 9 October 2019

current update

Assalamualaikum,
macam biasa bila masuk u aku tak tersempat nak update pastu kalau nak update pun taktau nak update benda apa huwah stghess. 
So sedikit sebanyak pasal current life aku adalah UTI (urinary tract infection atau kencing tak lawas) aku still belum pulih :')

Pastu aku ada banyak gilo assignment dan salah satu assignment yang menguji kesabaran aku sekarangni adalah ENT (entrepreneur)

Lepastu 2 more weeks aku akan ada 5 tests to go until 4 weeks akan datang. Fuh fuhh moga tuhan permudahkan urusan aku untuk  last semester in diploma!

Lain lain tu sama jugak, jerawat aku still tumbuh dan pemalas still banyak. Hahahahaha =P

Biasalah gambar nak meriahkan entri. Btw ini buku akaun tebal tebal :'D

Salam sayang, syadiya xoxo

Thursday, 26 September 2019

#4 QUOTE

"He gives, He takes. He allows to overflow,He restricts. He peppers our days with laughter, He grants us pain. He instructs the skies to thunder, & shortly after rain. He does what He does, with love, wisdom & deep knowledge. Little do we understand, that He does all for our sake"

Salam jumaat everyone! Jangan lupa bersedekah❤️

Monday, 16 September 2019

Kampung Agung, Penaga, Pulau Pinang what's good??

Assalamualaikum,
Selamat Hari Malaysia dan selamat bercuti pada saat akhir! Hehe sila nikmati waktu malam yang masih bersisa ni sebelum hari esok πŸ€ͺ Esok kelas aku pukul 8 pagi tapi saja curi masa sikit nak hapdet blog cerita pasal pergi jalan penang dengan family aku sebelum balik u haritu.

Haaa pastu aku nak update pasal diri aku yang kena kencing tak lawas (kencing kotor in english they called UTI) tapi takda masa, nantilah aku cerita sebab aku kalau membebel panjang betul! Hahaha and sekarang pun still kena kencing tak lawas tapi dah jumpa doktor dan hopefully sembuh. Semua yang baca tolong aminkan insan lemah macam aku ni supaya sihat please😭 penat 10 kali bangun p toilet.

Huwa dah satu perenggan aku membebel pasal kena kencing kotor. Demmm. Hahahah so itu hari masa sikitt hari lagi nak balik u start new semester, mak aku ajak pergi Kampung Agung,Penaga sebab katanya ada sarang burung macam dekat Indonesia tu.

Kalau nak search pakai Google Maps: Kampung Agung, Penaga, Pulau Pinang.

Harga masuk: RM5 dan takda apa apa cas dah lepastu.

Dikutip sisa sisa dari ig story aku. First Impression aku dekat this place : it was so cantik! Tapi spoil mood sebab beratur panjang nak bersarang telur. Tambah tambah jenis satu orang nak 100 gambar memang idakler nak tunggu. Last last aku fade up, aku pun pergi snap dekat port lain. Hahaha.
Sarang ni ada 4 tau. 2 jenis yang sama which is yang memang jadi tumpuan teruk. Yang lagi dua beshe beshe je.

Sorry terpaksa tutup muka sebab senyum macam nampak katak terbang T^T Ni sarang yang "beshe beshe" tu. Hahaha aku dengan cousin aku ja sebab tangkap gambar sini sebab ada sorang makcik tu duk kalut apa sangat taktau nak snap gambar anak dia takmau beratur helo melayu common sense lah beratoq lah πŸ™„ tengok aku dah membebel

Ada rumah tapi tokleh naik. Bawah rumah ni boleh. Ada congkak. Pastu ada toilet untuk orang pundi kencing tak functioning well. Tepi tu ada orang jual air jugak.


Fade up betul aku last last selfie sensorang pujuk hati tak dapat naik sarang ='D

Buaian pun ada. Sorry la edit gambaq muka jadi kuning macam mayat dah. Ampun hahaha

Tapi hampa dukla celah mana pun semua lawa untuk tangkap gambar ❤️

Kakak guwe

Me acah macam salji turun padahal panas lit lit hahaha

Ni pun beratur tau tapi okayla tak ramai sangat masih boleh bersabar

Buaian ni kena pandai cari. Ada dekat ceruk ceruk. Serius tempat ni memang luas. Jangan berharap dekat sarang burung tu ja ( said the one yang nak sedapkan hati and dissapointed sebab tak dapat naik sarang πŸ™„)

Syafi at buai laju laju sampai syurga sana. Agituu hahaha. Aku terbayang kalau padi menghijau mesti lagi bombbbb gambar gambar.

Kakak syaza

Adik syafa aka anak pungut


What is love? Love is when your parents are inside of the love. Hehe πŸ’‹
Love besar ni pun kena pandai cari kat ceruk tau. Tak ramai dekat sini sebab semua duk buat busy tangkap gambar dekat sarang burung. Circle shape pun ada tau, bukan setakat love. Cuma aku banyak tak tangkap gambar kawasan sini. Sebab didn't expect pun nak buat entri. Wahaha


Still at this love thing cuma aku outside the love so maksudnya apa tu :(


Kakak pun outside the love maksudnya apatu :( 

Haa yangni pun best port sebab nampak je pendek, padahal nak naik ni kena pakai ladder tau! 

Sekian sahaja daripada saya untuk entri kalini.Mintak maaf muka owner blog tak banyak sebab baju aku sangatlah tak mesra alam ye sebab mak aku cakap aku pakai baju kaler hitam kot. Pastu seluar aku cutting dia agak over, banyak gambar gambar yang nampak macam kaki aku ni tiang tiang bendera T^T 

Overall kampung penaga ni best! Cuma toksah pergi la masa cuti umum or whatsoever cuti sebab memang pack gilaa! Kalau sapa sapa yang kesabaran dia senipis kulit bawang seperti aku, haa tangkap gambar dekat port lain pun dah okay. 

Untuk student u yang tengah cuti sem, elok datang weekdays mungkin tak ramai.

Pastu sorrylah gambar terpecah sana sini sebab biasala aku nak edit bagi gambar gempak πŸ’πŸ»‍♀️

Berbaloi lah for me sebab orang jenuh p indonesia nak naik sarang burungg, ehh alih alih kok Malaysia ada. HAHAHA

Thanks for reading!
Salam sayang, syadiya xoxo


Sunday, 8 September 2019

Gambar makanan di dalam smartphone, aku letak kat sini

Assalamualaikum,
Aku rasa bukan aku sorang ja yang suka dan gemar benar tangkap gambar makanan. Disini, aku sertakan gambar gambar makanan yang ada dalam smartphone aku :D

Roti canai & teh tarik

Roti & serawa

Always my fav, laksa

Peneram 

Pulut durian

Manggis

ko-tiau

Nasi kandaq

Gula gula kapas

Akok my fav!

MEE

Sate kajang

My fav also! paprik!

Lontong

My fav sagu gula melaka! (letak susu)


Done! Hhehe

salam sayang, syadiya xoxo

ps: ini entri ke 50 di blog aku.Yay!




Friday, 6 September 2019

sem last diploma

Assalamualaikum,
Aku dah cakap dahhhh, bila aku masuk u balik mesti blog aku ni jadi stranger. Tapi serius aku tak pernah lupa nak jenguk blog aku ni (tapi dekat fon jela aku duk rajin menjenguk)

So masuk last semester ni, aku dah jadi budak diploma semester akhir yay!πŸ˜™Dan semester last ni jugak aku kena duduk rumah sewa sebab of course lah kena tendang.Also, aku jugak takkan  dapat dah ler wifi free uitm tapah dah :') Hahaha ni pun gigih pakai hotspot fon dahla aku sejenis kedekut nak melabur duit beli data πŸ™„
Terimalah sekeping gambar aku dan kengkawan seperjuangan uitm diploma akaun
From left: Pijah, Teah, & Me!

Tak lupa juga, salam awal muharram walaupun harini dah 7 muharram! Hahaha. May we be a better muslim and may more blessing to come❤️

Belanja gambar sendirilah!😜


Salam sayang , syadiya xoxo

Friday, 30 August 2019

Blogger Challenge 15: five things i hope to have in my future

Yay! Last entri untuk blogger challenge. Alhamdulillah berjaya jugak aku habiskan blogger challenge masa cuti sem ni. Kalau aku buat masa tengah berjuang study dekat u, memang taklaaa nak habis buat benda ni😌

Here are five things yang aku harap aku akan ada in my future.

1. A house under my own name with my own money (Amin kan please!)

2. Bila dah ada house, tak semestinya dia jadi home. So i hope i have a home which mean A FAMILY. Dimana aku berharap aku berkahwin dengan partner aku.

3. Ilmu yang bertambah tambah. Sebab not everyone got to further their study, not everyone ada kekuatan nak sambung lagi study sebab actually study adalah satu benda yang sangat memenatkan. Sebab tulah, aku salute gila kalau orang tu ada ilmu yang banyak.

4. Kereta. Sebab semua orang sekarang megah menyusur di jalan raya dengan kereta jenama malaysia ahahaha ada macam kenal kenal tak lagu ni dari manaπŸ˜‚

5. A clear eyes. Which mean i got to do operasi lasit mata sebab aku rabun! Hehe

Okay dah cukup 5 yang mana apa yang terlintas di otak aku, aku letak ja. Hoho 

YAYY DAH HABIS DAH BLOGGER CHALLENGE BY SYADIYA KHAIRUL!πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰

May you got what you dream in your future dearself.

Boleh juga baca entri lepas tentang blogger challenge:



Kalau nak main gak blogger challenge boleh tekan SINI for the list! :D

Wednesday, 28 August 2019

Beli metal straw nak selamatkan turtle

Assalamualaikum,
Sementara cuti semester aku masih tersisa lagi 5 hari ni, baiklah aku cerita dan membebel banyak banyak sebelum aku jadi bisu dan blog ni jadi berhantu sebab takda siapa datang.
SO begini ceritanya,
 Bulan ni aku jadi pengguna tegar aplikasi shopee sebab duk gila beli macam macam walaupun kadang kadang barang yang sampai macam "Waddefishh, nyesal order online.Baik beli kedai" tapi tulah, hati nak jugak beli sebab gedik rasa macam budak hebat beli semua atas talian. Hergh. Aku taksuka pakai lazada aku taktau kenapa, mungkin sebab aku dah terbiasa pakai shopee.

Siapa layan Bretman Rock dekat youtube? Aku selalu gak tengok dia. Ikut mood jugaklah tengok dia, tapi selalunya mood aku memang asyik nak tengok dia sebab dia lawak. 

Dia suka guna metal straw sebab Bretman cakap:

 "Use metal sraw because they save the turtle and without turtles we would not have turtles" (Mean that he doesn't know why we need turtle in life. Hahaha)

Pastu haritu duit gaji zalora dah masuk, so aku pun belanjakan lah sedikit duit tersebut untuk membeli "benda" yang dapat save the turtle tersebut.

Ni packaging dia. Takyah habaq pun hampa tau ni packaging kan, sajala gedik nak bagitau.

One set provided : 1 straight straw
                         1 elbow straw
              Berus
                                                         Bag (yang jenis letak duit syiling tu)

Aku tak recommended la satu kedai shopee ni sebab dekat detail tulis one set ada 4 metal straws. Tapi aku mesej dia, dia cakap satu set ada 2 je metal straw. So aku berbalas cakap dengan dia pun takguna habis ayaqlioq ja at last aku redo.

So aku dapatlah 4 straw. Kalau tak nak bagi dekat seisi family aku which is 6 orang campur aku tapi tak cukup. Last last kemana mana entah lah metal straw tu.

Elbow straw (yang jenis melengkok sikit ) & berus untuk basuh dalaman straw 

Zoom sikit elbow straw 

Zoom sikit berus straw

Sorryla aku tak tertangkap gambar straight straw. Hahaha tapi tahu tahu jelah straight straw ni dia straight no belok belok punya straw. Aku ambil satu je which is elbow straw. Lagi 3 adik aku dua orang and cousin aku ambil.

Inilah dia cousin aku yang nak sangat metal straw. Beliau menggayakan straight metal straw dengan cawan yang tak save the earth but straw that save the turtle. Gitew. Kalau sapa komplen cakap "elleh still guna cawan plastik" yooo, at least we tried to save the turtle ok! 

Further information to be share to you guys, 

1 metal straws equal to 500 plastic straws! (if im not mistaken and correct me if im wrong please)

And this is my air masak with my elbow metal straw. Masa tu aku ada ulser banyak sampai bila tuntum air kena bibir rasa sakit gila, so terus guna metal straw senang nak sedut masuk terus dalam rongga. Hahaha. Sorry for the plastic bottle but at least i save the turtle.. again i brag πŸ™„

By the way if you guys refused jugak nak guna metal straw, boleh try hay straws, paper straws, compostable straws, bamboo straws, and pastraws. Can read it here. I just found this page and it's good for people to read. (https://www.allianceforthebay.org/2019/01/six-alternatives-to-plastic-straws/) <--- btw aku tak buat review berbayar okay untuk this link hahaha

Aku sudahi entri ini dengan gambar from google:


Sampai sekarang aku pelik kenapa turtle tak kaji dulu sebelum makan sesuatu tu :( tapi okayla dia taktau sebab dia kan haiwan kalau manusia yang telan straw mungkin aku akan rasa pelik πŸ˜ž btw don't judge me okay guys, kita sama sama improve pakai metal straws evendo sometimes im not using it but at least we try kan! hehehe 

Macehh untuk yang membaca aku bebel. 

Salam sayang, syadiya xoxo.





DO LIKE