Assalamualaikum,
Adakah aku terjebak dengan bobba? Jawapannya adalah sedikit sebanyak jugaklah aku terjebak. Tapi aku cuma terjebak dengan satu bobba ja iaitu Tealive sebab tempat aku ada kedai bobba ni ja. Bila entah Daboba,The Alley dan sebagainya nak bukak. Rasanya 10 tahun lagi pun belum tentu bukak. Ceh💁🏻♀️
Btw aku punya tahap kepelikkan tu sangatlah tinggi ye sebab aku pelik gila bila generasi sekarang banyak panggil Bobba sebagai "bobba" sebab dulu aku panggil pearl kot! Tapi yang penting cousin aku berumur 4 tahun panggil "buah" hm i iz sad T^T hahaahha
Meh aku tunjuk gambar gambar air tealive yang aku order setakat ni.
Aku tak ingatlah belah kiri tu apa. Tapi adik aku punya. Aku taksuka sangat susu. Tapi rasa air belah kiri tersebut rasa macam minum air gula merah.
Aku order yang belah kanan. Bukan sekali dengan pearl. Tapi aku add on pearl RM1. Overall rasa superior coco ni biasa biasa je. Btw ni aku beli dekat truck tealive so tak banyak flavour.
Harga kiri : RM8+
Harga kanan: RM9+ kot sebab aku add on pearl RM1
Ini yang palinggg aku suka which is Coco Smoothie with Oreo Pieces ( tetiba budak syadiya ni ingat nama pulak eh ahahah sebab aku refer gambar atas ni ada tulis 😭👍🏻) Tapi yangni a little bit manis. Aku suka coco smoothie ni sebab dia blended. So lambat sikit habis. Ada setengah kedai tealive buat manis gila dan memang kennot go ah bila minum (tapi jangan risau sebab aku pernah sekali jela bad luck dapat manis sangat).
Overall okay je. Btw pearl pun aku add on sebab coco smoothie ni bukan sekali dengan pearl. Macam biasa add on pearl RM1.
Harga: RM8.35 (without pearl)
Yang ini pulak Coco Latte plus pearl. Ni pun sedappp! Really recommended buat sesiapa yang suka coco-thing. Aku add on pearl lagi sekali tambah RM1
Harga: RM8 (without pearl)
Yangni first time aku "mix and match rasa" kahkah. Ni sama je macam gambar ke 2 which is Coco Smoothie with Oreo Pieces tapi yang bezanya aku add on Puding!
Okay jangan jaj jangan jaj sebab rasa dia letops! Tapi of course la aku lagi suka dengan pearl.Puding ni best add on dengan air coco yang lain macam coco hazelnut. Cousin aku cakap dia suka order coco add on pudding. So boleh try lah. Add on pudding RM1 sama je macam pearl.
Harga: RM8.35 (without pudding)
Hazelnut Latte adalah not di-recommended oleh aku kalau hampa bukan pencinta kopi. Sebab rasa dia kawww gila weh. Aku ingat hazelnut latte ni sedap but turn out dia cam pahit jugaklah. Aku taktahu kenapa mahal sangat sampai RM9.35 sebab dia bagi aku cup kecik kot. Pepelik je. Aku add on pearl RM1 jugak.
Harga: 8.35 (without pearl)
Overall yang ni lah aku pernah try. Habis duit aku weh bulan ni sebab asyik beli tealive ( Maksud duit habis adalah "duit mak aku habis" ahahha)
Aku banyak recommended coco sebab aku suka coklat! And yang paling aku suka adalah Coco Smoothies and aku tak berapa minat air buah buah sebabtu takda yang aku recommend 😅
Haa pastu aku ada terbaca thread dekat twitter, pekerja tealive share air apa yang sedap. Boleh cari gak tweet tu untuk reference!
Okay thanks for reading!
Salam sayang,syadiya xoxo.
P/s: 2/9 ni nak balik u dah:'(