Sunday, 17 February 2019

Makan laksa sarang

Assalamualaikum,
Wah rajinnya aku tiap hari nak update blog dan jugak join giveaway.Hahaha.Mentang mentang cuti sem aku dah nak habis, pulonlah sesikit update blog sementara tak buat apa. Cerita dia, aku sebenarnya hantu laksa. Aku boleh habiskan laksa supsapsupsapsupsappp dalam masa kurang 10 minit kalau aku tak endahkan orang dan tak makan sambil main fon. Aku punya tak endahkan orang tu macam nak terputus hubungan silaturahim agaknya dengan family aku😂 Kalau depa tengah borak borak dengan riang aku sejenis tak peduli and teruskan menikmati laksa tersebut. Selalunya after mak aku balik kerja, mak aku selalu ajak gi makan laksa. Cumanya laksanya just laksa biasa. Kedai makcik ni antara one of kedai yang memang kami selalu pergi.

And oso (read: and also),masa aku dengan kakak aku tengah rancak cuti sem, parents aku dah jadi food hunter sebab rajin bebenar ajak berjalan makan sana sini. Mak aku jenis suka curious dengan sesuatu makanan yang keluar dekat tv. Contoh haritu viral milo ais kepal kuala kangsar dekat tv, so semualahh pergi kuala kangsar try milo ais kepal viral tu. Bagi aku rasa dia biasa je.Bolehla sapa nak cuba. Aku tak snap langsung gambar sebab phone aku rosak masatu. Nanti aku cerita kenapa phone aku rosak :')

Lepas kami beli milo kepal viral yang keluaq tv tu, mak aku ajak pulak cari Laksa Sarang Pokok Limau yang masuk majalah 3 (betulkan aku kalau aku salah).Laksa sarang ni dekat Kuala Kangsar jugak. Ada banyak jugak kedai jual laksa sarang area Pokok Limau,Kuala Kangsar so mak aku pun dah pepening lalat dah taktau mana satu kedai majalah 3 pegi 😂

Tapi disebabkan mak aku ni dikira lucky people yang pandai guna google maps,kami pun dapatlah makan laksa sarang pokok limau yang sedap. Aku bagi 9/10 weh sebab sedap gila!Orang chinese pun pergi makan kedai ni tau! 

AND

MALANGNYA

FON

AKU ROSAK MASATU SO TAKDA GAMBAR:'))

Pastu ,lepas seminggu makan laksa sarang kuala kangsar yang super sedap tu, mak aku jadi lagiii food hunter. Kami pergi Ipoh pulak sebab nak try Laksa Sarang Taman Botani. Haa, masa ni aku dah dapat phone lain, so adala beberapa gambar yang aku akan letak dekat entri karangan berjela aku ni. Kahkah

Ini sarang bukan saranghae jungkook saranghae cute girl tu tau 😂

 Kemain aku tangkap gambar macam pro dari atas. Ni kalau masuk dalam laksa ni nangis lah lagi phone menemui ajal. Hukhuks

 Decoration kedai laksa sarang taman botani ni sangat nice! Kena layan diri and jangan tunggu waiter datang pulak. Nanti tertidoq kat situ mapuihla.


📍 Laksa Sarang,Taman Botani.

Kedai laksa ni dekat bangunan kedai biasa tau! 
By the way, ada orang cakap laksa sarang taman botani ni banyak tempat jugak. Macam kakak aku dia cakap sebelumni dia pergi laksa sarang taman botani dekat tempat lain. 

Aku rate rasa laksa tu 5/10 je sebab laksa dia kenyal sangat & kuah quite masin. Aku lagi recommended kalau hampa nak try laksa sarang dekat Pokok Limau,Kuala Kangsar. Tapi citarasa dan lidah manusia ni lain lain. Mana tau bila hampa try rasa sedap tak macam yang aku cakap pun. Hehe

Salam sayang,syadiya xoxo.

7 comments:

  1. Wah, pertama kali baca pasal laksa sarang ni.

    ReplyDelete
  2. takpernah try lg laksa sarang.. tp bab2 laksa ni, mmg kena p kuala langsar juga. baru piorrr. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti try cuba test! dekat kuala kangsar memang umph!

      Delete
  3. good post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com

    ReplyDelete

DO LIKE