Thursday, 16 February 2017

Langkawi 2017 (Gamat,Beras Terbakar,Pantai Chenang,&Kilim Karst Geoforest Park)

Assalamualaikum,
so i had a great after-spm holiday!Dapat pergi Langkawi after 1 years++ tak pergi.Last pergi 2015.Ada lagi entri Langkawi 2015.Mohon search dan tgk muka aku dulu.Hahaha.Trip kalini agak padat dengan isi isi penting (ayat berita tv3) sebab tak pergi dengan my family.Tapi pergi ala ala lawatan bersama orang yang tak dikenali+makcik makcik+sepupu sepapat membawa berkat+adik aku sekor+mak aku yang cantik seulas(ya i have a good vocab i know that-ahah)
Satu kepala untuk lawatan ni RM180,makan sendiri sendiri.Trip 2 days 1 night only tapi seriously it was a pack holiday ever!

Naik feri pukul 10.30 macamtu tak silap aku.I lupaa sebab tak penting.Gambar pun takda.Hello beg usung kiri kanan tepi bawah takda time nak bawak keluar kamera gedabak just to take a photo on how we go inside the ferry?Tanam diri.Hahahaha.

Sampai sampai sana,ada jurucakap yang bawak kami.Seronok.Tak rasa bosan dalam bas sebab jurucakap ni kelaka laka orangnya.

Mak aku cakap pakcik ni sebenarnya pensyarah.Dia buat part time jadi juru
cakap.


Tempat pertama yang kami pergi;Gamat for lyfeee. 


Upacara memegang gamat+minyak panas menggelegak.Uniknya gamat sebab walaupun panas sangat,tangan kita takkan melecur.


Ha ni pulak ownernya promote produk gamat.Sis tak berminat.Seriously saya tangkap gambar ja.



Tak lama sangat dekat gamat ni sebab nak kejar masa.Satu hari ni,memang pack sangat dengan macam macam tempat.

Tempat kedua;Beras Terbakar.
Ambik masa makan tengahari dekat kedai ikan bakar but unfortunately masa kami datang ikan baru nak bakar.Lepas makan boleh jalan jalan cari souvy.Aku beli spek mata hitam RM10 ja sebab lupa nak bawak spek.Pembaziran apakah ini.



Tempat ketiga:Pantai Chenang 
Jurucakap ni dah cakap pantai chenang memang tempat orang meskenn.Pakaian tak berapa nak cukup.Aku pergi tahun 2015 takdala ramai macam 2017 ni.Buat party ka apa depa ni.



Aktiviti air memang banyak tapi tak mandi sebab kejar masa.


Selfie satooo.


Done tempat ketiga,so tempat keempat:Kilim Karst Geoforest Park.

First time datang sini sebab selalunya datang Langkawi taktau pun kewujudan tempatni.Bahaha.
Satu bot 10 orang.Aku orang last yang dia kira.Bersyukur.Masuk sini semua dah bayar siap siap .Termasuk dalam tambang RM180.
Naik bot ni ada singgah singgah.Macam R&R.Kelakar sangat contoh aku bagi.Haha!Persinggah pertama;Gua kelawar.

Mak dengan makcik aku tak singgah.Aku,sepupu aku,maklong,and maklang ja masuk dalam.Sebab ada yang kata busuk.Serius tak tipu memang busuk.Nama pun kelawar.Haiwan,wajibbul ghunnah la dia berak.Hahaha


Dslr aku merajuk masa dalam gua ni.Gambar kelawar pun macam asdfghjkl.

Boleh baca info kalau rasa minat sangat dengan kelawaq.

Lepas dah round gua,bot tunggu and  destinasi seterusnya bagi makan helang.Aku punya la gigih acah acah berani jalan pegi depan sebab nak tangkap gambar,sekali abang yang drive bot ni tekan minyak.Tak ka terpelanting?Dia bawak laju nauzubillah mashaallah subhanallah weh.Makcik makcik aku dahla tua tua.Hahaha
Kalau tak ,kami nak bagi makan kulit ayam,tapi abang bot ni cakap helang helang dah kenyang.Ramai orang la kot bagi makan.

Masa dia kona laju laju macam nak kena air,maklong aku dah pegang tali.Serius aku ketawa berdekah dekah.Sepupu aku pulak jatuh terduduk.Haha!


Lepas helang,pergi terus dekat signboard Kilim Geoforest Park untuk tangkap gambar.

Tempat seterusnya yang kami pergi around Kilim Geoforest Park ; tengok orang ternak ikan pari,ikan nyiok nyiok dll.


TIPS bercuti:go try new thing.Contohnya bagi makan ikan pari ni.Sebab rugi kalau tak cuba.Tak ka balik rumah nanti rasa macam "kenapa aku tak try bagi makan ikan pari haritu hm"
Aku bagi makan dua kali.Sebab aku tak rasa dia makan.Mana sih mulotnya?Hahahaha


Belangkas.Depa ni patut tau yang orang orang selalu guna perkataan 
"bestfriend rapat macam belangkas" i think..
Ketam and udang galah pun ada


Muka dah macam zzz.Ha belangkas ni boleh pegang,dia rasa geli geli ja dekat tangan.Dia tak gigit.Sebab aku bestfriend dia(dah kenapa).Ketam tadi takboleh pegang sebab inalillah nanti.


Family potrait satu.Jangan cari aku sebab takkan ada.Hey who would be the photographer if i join?-_- Ni baru separuh family aku yang pergi vacay ni.Ada lagi separuh.
Sampai sampai ja ada gambar semorang.Ni gambar sebelum adventure time  .Aku baru nak pick satu.Sebab ada tiga.Tengok tengok,sap sap sappp tiga tiga gambar disambar makcik makcik aku =').Tak dapatla nak beli satu.Sad life.

Lepas Kilim Karst Geoforest Park ni,kami check in Teratak (nama tak ingat)dalam pukul 6.30++ ah i forgottt hahaha.Malam pulak,sendiri sendiri pergi beli coklat dan makan.
Ok day one done✔️

Salam sayang,syadiya xx

4 comments:

  1. Cantiknya view pantai kat langkawi.. bila lagi saya nak g sana :(

    ReplyDelete
  2. tengok post awak, teringat lama dulu g langkawi. Kalau naik boat tu lagi lagi air laut tengah pasang dan ombak kuat, boleh terpelanting tau tak.haha. Dah la abg2 plus pakcik2 kat situ bawak laju. haha. Tapi best. :)

    ReplyDelete
  3. Pernah sekali jer pg lngkawi tu pun hari ni pegi esok balik, sempat beli minyak gamat je, jalan2 nya tiada. huhu. btw tgk gambar ni trus rasa nak pg lagi. hehe.

    ReplyDelete
  4. semua tmpt kat atas tu sy pergi kecuali gamat, tak sempat nak singgah �� kali kedua pegi langkawi, menginap di homestay pantai chenang. buka pintu ja, depan tu pantai. yeehaaa ��

    ReplyDelete

DO LIKE