Wednesday, 11 November 2015

Happy Birthday Myself! (10hb)

Assalamualaikum,
Rindunya nak memberontak di ruangan yang satu ini! Huk over sangat.Dah 20+ hari rasanya blog ni kesepian setelah entry yang lepas pasal room deco yang macam kopok leko ja entrinya.Aku pun macam pelajar biasa gak,apa tidaknya aku pun ambik exam la ko tahu tak? Hahaha.Jadi,aku telah menabur janji yang begitu kuat pada diri aku yang aku takkan update secebis mahupun sebesar hama pun entri.Nak fokus exam lah katekan.Hek eleh drama gila aku ni weh.Hahaha.

Alhamdulillah!Syukur today is the last day of my examination.Last tadi paper ICT.Well,siapa yang ambil ICT mestilah tau yang ICT ni satu paper je.Tak macam sub lain.Pastu dak dak kelas aku pulak dibahagikan.15 orang ambil ICT,dan 10 orang ambil Sains Sukan.Sedih pulak aku tengok kawan kawan aku terpaksa menadah mata dan otak untuk menjawab exam lagi sedangkan lagi 15 orang sudah bergumbira k uols.Aku latuuuu.

Ya ya,kita semua sudah pun mengetahui bahawa 10 hb haritu adalah Deepavali bersamaan dengan date Birthday aku yang agak so so.Apa tidaknya asyik dibahan dan diucap dengan "Dikyavali" .Suwit sangat dorang ni tau wish birthday kita macamtu =') 
Disebabkan deepavali adalah perayaan,dan semestinya sekolah cuti, keluarga aku rancang nak pergi jenguk Kakak aku.Bagi semangat sikit dia kan SPM.
Birthday aku ni bagi aku taklah gilang gemilang sambutnya .Kalau takkk,dulu kemahen aku punya birthday party kawan kawan aku,mak aku,abah aku datang bawak hadiah jenis gedabak punya.Itu cerita dululah masa aku budak budak ! Hahaha.

Sekarang dah tak excited macam dulu sebab dah besar takyah gedik macam macam serta yang bukan bukan k gais.
Cadangnya mak nak beli kek untuk aku masa lawat Kakak.Tapi abah pulak dah lajak sampai sekolah Kakak.So weols makan ja apa yang dibawak.Mak aku bawak makanan seperti Ikan masak 3 rasa dan juga Cheesekut! 

Cheesekut ni berlemak gila.Kalau hari hari buat boleh naik 10 kilo dalam masa sebulan aku rasa.

Makan pulak lagi strategik tempatnya.Dalam sekolah Kakak.Sobs.Tak apa,asalkan aku senang hati makanan sedap sedap!Lepas dah habis makan,decide pergi Mall pulak dah kakak dengan adik aku nak main bowling.Disini aku pun macam konfius,sebenarnya Birthday sapa ni ? Haha! Aku diajak sebenarnya,tapi aku jenis tak reti main bowling.Asyik 0 ja.Baik aku yang berguling dekat situ.Heh.

Tengah depa main tu aku pun lencong la sesorang dekat Mall tu.Tetiba dekat luar tu ada mesin gambar ala ala jepun mata besaq.Haa.Hahaha.Sebelum ni aku pernah gak la ada experience masuk dalam kotak tangkap gambar ala ala jepun tu.Aku pernah tangkap gambar dengan cousin cousin aku.Masatu 3 tahun lepas.Kahkah.Memang gambar dia cantik gila.Harga pun cantik nak mampus.Padahal dapat 4 keping kecik ja bersamaan RM13.

Kalini semua ikut cakap aku sebab hari  jadi aku so bukan selalu nak dengar cakap aku yang entah hapa ni kan.
Aku,mak aku,kakak aku ,dan adik aku yang lelaki (sibuk gila) pun masuklah dalam kotak berkenaan.Wah kemain ok kami posing kalau boleh nak berguling guling posingnya! Hahaha. 

Maka,hasilnya :
Agak hambar sebab its dont turn good macam yang aku dengan cousin aku tangkap T^T .Waktu dalam kotak tu kemahen kami pilih nak suasana yang terang,mata cantik dan lain lain.Tengok tengok keluar rupa macam tanggaci filem tamil weh.Sesuai sangat dengan deepavali.Hahaha.
Tapi tak apa,buat kenang kenangan jalah gambar ni pada birthday aku.Jadi,gambar ni pun koleksi aku buat lekat kat dinding.

Salam sayang,syadiya.



14 comments: