Thursday, 12 November 2015

10 Tips:Bila Kau Exam

Assalamualaikum,
Ada sesiapa yang masih rasa tertekan melihat tajuk entri post aku tak?Kihkih.Sabar sabar,tips exam ni tahun depan aku boleh la usha usha balik bila aku nak exam.Baca balik ke entri sendiri?Ewww.Haruslah.Tahukah anda blog yang paling menarik adalah blog diri sendiri?Hahahaha.
Tips tips atau helah atau cara yang akan aku bagi ni aku dapat dari bermacam macam manusia.Antaranya adalah mak aku,orang yang aku sayang,dan tak lupa juga diri sendiri.Tapi lebih kepada mak aku lah yang selalu bagi tips tips bila exam ni.Exam dah habis baru tergopoh gapah aku nak buat entri pasal exam.Tapi tak mengapaaaa,dak dak SPM masih ada lagi tak gitu?Harap dapat membantu =)


1)Buat nota kecil guna pen warna warni.
Nak exam takkan nak usung kitab ke hulu ke hala weh.Jadi,keratlah kertas A4 atau testpad kepada 4 bahagian.Ikut suka nak besar mana.Asal boleh muat masuk poket pun dah okay sangat.Selamani aku adalah manusia yang menghabiskan berpuluh puluh helai kertas semata mata mahu membuat nota ok! Entah dalam kotak dah berapa juta puluh ribu aku punya note dari zaman form3. 
Nak nampak menarik nota anda agar tak nampak hambar dan kusam,gunalah magic pen.Aku guna faber castel RM3 dan tak lupa juga,aku guna highlighter.

2)Makan pagi.
Sepanjang exam ni aku duk makan benda ringan ringan macam biskut biskut je.Pastu cicah dengan air milo.Tak pun nescafe.Selalunya aku makan nasi tapi ubah sikit sejak exam ni.Takut berat sangat.Mesti anda tertanya tanya bahawa saya seorang yang kedekut kerana membeli roti kering bukan?
Hahaha!Bukan apa,selalunya aku beli yang sedap sedap asyik kena pelahap dengan adik adik aku ja.Belum sempat nak exam lagi tau dak =')

3)Spirulina
Natang apa ni hoii?! Hahahaha.Okay ni sebenarnya spirulina.Didatangkan khas dalam bentuk ala ala pil yang cinonet.Mak aku yang sarankan bila exam makan spirulina.Boleh menguatkan tenaga,tak ngantuk.Tapi serius bila exam aku memang tak ngantuk plus bertenaga nak jawab.
Harga spirulina ni 100+ tapi parents aku ahli so taktau la berapa dapat.You can try it.Spirulina ni famous lani.Sampai sekarang dah ada biskut spirulina.Aku pun takleh nak teka rasa biskut tu cana sebab spirulina ni cam rumpai lumut lumut rumput rasa dia.Eh pernah rasa rumput ke aku ni ?! Hahaha!

4)Minum susu
Beli susu tepung pun boleh lah bancuh.Tapi aku golongan malas so kita beli yang instant.

5)Tipu kawan:bila dia tanya jawapan,bagi jawapan salah.
Apa yang aku maksudkan ialah,selalunya bila kita terpandang kawan kawan masa tengah jawab exam ni,kekadang kawan jenis suka tanya jawapan ni akan terpandang kita.Alahai!Mata bertemu mata lak dah.Malas guwa nak layan.Kisahnya terpandang tapi kan dah kena..Haha!
Jadi,bila dia mintak jawapan,buat la baik sikit bagi dia jawapan.Selalunya soalan objektif jelah.Contoh,soalan no 6 kau jawab A,kau bagitau la dia jawapan kau D. 
Tipu untuk kebaikan tak mengapa rasanya?Eh sapa suruh kau nak tiru! Kira baik la tu aku bagi jawapan.Hahahaha.

6)Tidur cukup
Mata pun nak lelap jugak.Otak pun sama.Tak guna dah baca daripada pukul 8 malam sampai 6 pagi.Nanti otak jem.Kesian otak.Mata pun kesian jugak.Kalini paling lambat aku tidur pukul 2.Aku start study pukul 8.
Yang lambatnya sebab nak ingat dan cara paling berkesan nak ingat adalah sambil menulis.Sebab tu la terhasilnya nota nota aku yang indah indah macam atas tu =')

Kalau dah tak sempat sangat pukul 1.30 macamtu aku dah stop buat nota dan start baca sahaja.Masuk jugak.Tapi esok pagi tu kena bukak "kitab" sikitla.

7)Jangan lupa pada si kalkulator!
Untuk yang ambil akaun macam aku,kalkutor is the most priority for us! Bayangkan ada 4 sub(Akaun,Math,Addmath & Ekonomi)aku nak kena guna kalkulator.Pastu paling sobs gila kalkulator aku slow masa aku tengah study addmath!Dahla esok tu Addmath hoi.Jenuh nak contact kawan mintak pinjam jap.Sedih gila.

Hallo,kalkulator ni aku peram daripada form1 sampai form4 tau.Nampak tak cermat aku di tahap kemampusan mana?Hahaha.Takleh jadi jugak asek pinjam kalkulator orang,maka aku ajak mak aku pergi kedai jam tukar bateri kalkulator.Aku pun tak tengok keadaan bateri aku macammana.Tah tah dalam proses pereputan dan berkarat.Uhuk.

8)Jangan semak jawapan.Move on.
Lepas jawab exam haruslah aku bersama rakan rakan sibuk bermain teka teka jawapan.Amalan ini masih lagi tak boleh dihapuskan.Padahal tak baik nak semak balik.Ini menyebabkan fikiran tak tumpu exam exam akan datang.Aku lettew.Sekarang pun dalam proses memberi nasihat pada diri sendiri tentang sifat bidaah ini.kekeke.

9)Makan coklat
 Haruslah makan ketika jawab exam.Wah ngajar ye engko ni syadiya ?Hahaha.Bukan apa,mak aku cakap bila makan coklat manis ni apa yang kita lupa boleh ingat balik =) 
Pastikan line clear bila nak makan takut cikgu nampak tak pasal pasal makan hati kena denda luar kelas.

10)Doa
Amalan membaca doa,membaca bismillah seringkali dilupakan bila menjengah alam sekolah menengah.Sekolah rendah jeke pupuk macamni?Aku pun selalu beringat,sebelum bukak paper tu baca bismillah,doa dan macam macam lagi lah.Tips ni kakak aku bagi rasanya.Dia selalu bagi doa doa kat aku.

Wamaa taufiqi illa billah pun dah cukup baik yang bermaksud my success is only for Allah.

Cukup 10 tips daripada aku.Nak buat 20 jenuh pulak aku nak merodok.Kihkih.Supaya dapat membantu anda semua =)

Salam sayang,syadiya.


4 comments:

  1. satu lagi tips jangan mengada nak main sukan berat. bila injured dah susah haha pengalaman.

    ReplyDelete
  2. Saya selalu amalkan tips pertama dan kedua tu :-)

    ReplyDelete
  3. hahaha tipu kawan time exam tu pun kita selalu buat XD

    ReplyDelete
  4. kalkulator saya harimau mcm tu jugakk tp pink.

    ReplyDelete