Sunday, 20 December 2015

Tips:Penjagaan Instax

Assalamualaikum,
Instax kalau sekali orang tengok boleh cakap harga ribu ribu ah,padahal harga tak sampai pun ribu ribu.Jaga instax ni  jangan duk halai balai ja sebab ianya adalah sejenis benda yang agak sensetif.

Warna instax yang baru telah muncul! Ada dua warna iaitu raspberry dengan ungu.Tapi masa aku nak beli tu ada warna ungu je so aku decide beli ungu.Kalau nak raspberry kena tempah.Malas ah nak tunggu tunggu ni.Baik aku ambil je ungu ni.

Tips yang aku nak kongsikan ni memang sangat sangat berguna untuk maknusia maknusia yang baru beli instax.Jangan mengkhinzir buta menggunakannya hokayyy.Japgi baru sehari pakai dah inalillah ini kamera.Kekekeke.

1)Cabut bateri bila tidak digunakan.
Kalau tak bukak bateri bila tak guna,japgi ang punya instax tu akan berair air dan rosak.Nak ke?

2)Ubah mode mengikut keadaan.
Ada 4 jenis mode.Kalau gambar rumah mean maksudnya gunakan mode tu masa dalam rumah.Mode awan lak aku pernah guna,tapi apa yang terjadi adalah yang keluar hanyalah filem yang kosong!Penat mak temah kibah tau uols.Senang senang masa outdoor,guna mode sun.Memang akan okay.Jangan tersilap sebab...
Nah,ambik ang.Ini yang telah terjadi kepada aku.Bayangkan,sekeping filem dah rm2.50.Aku dah mencacatkan 4 filem bersamaan rm10.Jadi,berhati hati.Jangan jadi macam aku.

3)Letak filem instax dengan berhati hati.
Bila filem instax dah habis,mesti lah kita nak isi filem yang baru kan.Ushar ushar sikit dekat filem tu sebab ada satu spot yang sensetif.Mean kalau kau pegang,satu filem tu dah tak boleh guna.Bayangkan,satu filem ada 10 keping bersamaan rm25.

4)Beli beg/case instax.
Aku beli jenis leather.Banyak warna tapi yang ini yang nampak macam gah.Muahahaha.Harga rm55.Kalau beli dekat onlineshop mungkin akan dapat harga lebih murah.
Belakang beg ni ada tempat simpan filem.Takla dia berterabur merata hala.

5)Jangan tarik filem.Biar filem keluar sendiri.
Maksud aku disini,bila dah lepas tangkap gambar mesti tangan tu gatal gatal nak filem tu keluar cepat sebab tak sabar nak tengok gambar rupa camana.Lebih baik anda elakkan! Nanti merosakkan lagi.

Thats all yang aku boleh share.Semoga memberi manfaat buat pengguna pengguna instax =)

Salam sayang,syadiya.







5 comments: