Friday, 25 December 2015

Langkawi I-SkyCab

Assalamualaikum,
Minggu lepas aku pergi Langkawi dengan family aku plus sepupu aku sorang.Pergi 3 hari je cukup cukup makan ah tak kena cukai.Kekeke.First day sebenarnya weols tak pergi mana sebab haritu abah aku ada meeting.Jadi pepagi hari kedua tu weols dah bersiap nak naik skycab! Campur kalini dah 3 kali aku pergi Langkawi.First pergi masa aku umur 9 tahun.Tak naik slkycab pon masa ni weh sebab masih seronok main dengan rusa dan arnab di bawah gunung macicang.Sobs.

Kali kedua pergi pulak masa aku form1.Bayangkan,nak cari jalan pergi Gunung Macicang tak jumpak jumpak.Last last tak pergii.Dan lastlyyyyy 2015 is the lucky years for weols sebab dapat naik skycab!Eksited nak mampus rasa nak nangis nangis macam menang award lagaknya.Tumbuk sekali pompuan ni japgi T^T.

Kami sampai sana pukul 10 lebih.Dapat naik pukul 11 15.Harga tiket rm20.Tapi memandangkan aku adalah rakyat Malaysia seperti anda yang lain,maka dapat harga belas belas je.Bawak ic jangan lupaa.Hei manusia mana yang pergi bercuti tak bawak ic ?Explain kenapa?Adik aku lettewwww.

Memula tengok orang naik skycab duluuu.Sambil sambil tu boleh buat regangan.Kalau nak tidoq pun sempat lagi rasanya.

Sambil sambil tunggu boleh baca info pasal skycab ni.Aku baca secara laju seperti kelajuan cahaya.Hahaha.Pastu ada sesi tangkap gambar dimana pekerja skycab akan suruh kau berdiri dekat satu tempat dan lepas kau blah dari skycab,gambar itu akan diframekan.Keadaan ini berlaku sebanyak 3 kali! Last last abah aku beli.

Nah beratus orang beratur.Pastu masa kami semua beratur ada mat dengan minah salleh marah abah aku sebab abah aku potong barisan katanya padahal kami semua ni tak ada leader sebab kena tinggal dengan abah aku.Apa lagi,abah i pun speaking lah membidas katanya katanya.Jangan ingat abah iols tak pandai speaking.Kekeke.

Dari depan:sepupu aku yang tinggi bak kwangsoo yang pengkhianat si Amsyar,Kakak,Wiwin,Syafi dan Abah.Mak aku tiada dalam entri pada kali ini kerana beliau adalah seorang yang gayat akan ketinggian.

Sebenarnya,weols duduk sebab tunggu nak menikmati detik detik indah di dalam skydome sebelum naik skycab.Indah sangat =') Pompuan pregnant,sesiapa yang senang pening dan sebagainya dilarang menikmati detik ini kerana agak pening.Senang cakap memang pening.

Dalam skydome.Acah acah panggung wayang.

Start dah kepeningan.Rasa macam betul betul naik roller coaster sampai ada yang berwuu wuuuu.

Yang ini menjunam.Lagi ber"wuu wuuuu" lah manusia didalamnya.Abah aku pun sama.Hahahaha.Weols dalam skydome ni dalam 5-7minit je.

Lepastu,beratur semula sebab nak naik skycab pulak.

Ni semua sebab berdiri ikut lane.Ada 6 lane yang mewakili 6 orang.Satu cable car boleh muat 6 orang.Cukup cukup utk kami semua.


Debaran semakin menghampiri...

Smile uols.Masa ni tarik nafas lega.

Abah selfie kemahen.

Jumpak cable car lain,pastu lambai sikedd pastu jeling lidah.No im not doing that la mannn.

Boleh nampak telaga tujuh.

Sebenarnyakan,senyum yang dilemparkan mereka tadi tidaklah berpanjangan sebab takut.Bayangkan bergoyang goyang macam ada orang ayun dekat buaian laju lajuu T^T .Tapi lama kelamaan perasaan tu semua lenyap dibawa angin sebab pemandangan yang cantik!

Dah jauh gupenyee.


Dah nak dekat sampai.Ni station pertama.


Dah sampai station pertama apalagiiii yang boleh dibuat selain menangkap gambar?Kekeke.

Tetiba bertanduk pulak dah sampai diatas ya?Bukan begituuu,atas ni angin dia kuat gila.Memang nyaman je rasa.

Pemandangan dia pun.MashaAllah jelah yang mampu aku cakap.Tak rugi walaupun skycab tu bergoyang goyang.


Otw untuk station ke 2!

Station 2 ni lagi besar plus ada skybridge.Kami semua tak pergi pun dekat skybridge sebab harga dia dah lain kalau nak naik skybridge.

Pemandangan dari station 2.



Naik tangga.Entah berapa banyak tangga hoi.

Siap ada padlock lagi.Acah acah korea,paris dan bukit bendera gitew.Aku tak lock apa apapun.Kekasihnya enggak dibawak.Sobs.

Bila aku tangkap gambar Kakak nampak 5 padlock.

Bila dia tangkapkan gambar aku...2 ketul je nampak..


Lepas naik tangga ni,ada lagi tangga.Entah berapa puncak pun aku taktau.Tapi seronok plus berbaloi tengok pemandangan.

Nikmat apalagi yang kau dustakan maknusiaaaaaaa?

Sambil sambil layan pakcik ni main seruling.Padahal aku tengah berangan feeling titanic.Kakkakaka.

Aku taruk muka lipstick pagi tadi pastu sat gila dah tak nampak.Pasni colet banyak banyak sikit.

Aku tak pergi belah sana pun.Yang lambai tu abah aku.Aku cuma pergi belah belah sini ja sebab tempat dia macam sama.Tapi seronok angin kuat menyapa muka.Gitewww.

Ini stage yang paling tinggi.Serupa macam gambar diatas stagenya.Info tepi aku tu satu hama aku tak baca.Kalau baca pun mungkin sepantas kilat dan tak masuk otak pon.

Bila lagi nak acah candid?Kekekeke.

Tanpa menghiraukan orang.

Dia cuba cuba copy gambar diatas.


Boleh nampak skybridge.Nak masuk skybridge bayar masa dekat atas.Kat bawah tak boleh rasanya.Kena tambah rm5 macamtu kalau nak masuk.

Otw pulang.Tetiba derang cam tegang dah kenapa?



Masa balik cable car ni turun pelan pelan.Gila wei menjunam takut aden kang dia bawak laju laju jantung tertinggal kat atas pulak.

Safely arrived!

Berbaloi ke naik?Berbaloi sangat sangat.Sebab pemandangan yang super duper cantik plus angin yang sejuk walaupun panas dah that time.Takdalah takut mana.Tapi takut la jugak =P . Tunggu 5 tahun lagi aku pergi kalau ada perubahan dekat Skycab.Ok thats all!

Salam sayang,syadiya.

4 comments:

  1. tak ramai orang ka?? akak p 9hb haritu ramai btul orang..menunggu dan beratur berjam2..ohoiii

    ReplyDelete
  2. Langkawi indah belaka nak pulak tang cokelat tuu

    Salam :) rimba,benua dan dunia
    Dari perindu buat dirindu,

    Jiwa dilazim dengan zikir-lantas fikir bergema akhir.

    Menyambut salam empuNya Salam-Salam disambut empuNya Alam.

    Rindu dihati memujuk diri-Diri rebah sujud Ilahi.

    Rasa hidup beramal redup-Lantas rancak munajat hidup.

    ReplyDelete
  3. Haha kalau teringat balik masa pergi langkawi 2 tahun lepas . Lalu skybridge tu kemain rase gayat die . Haha . Time tu lagi gayat sebab hujan lebat , so bajet macam indiana jones la haha

    ReplyDelete