Assalamualaikum,
7hb itu hari aku pergi USS.Pergi balik hari ja.Tak mampu nak stay dekat hotel sana harga mahal nak mampusss.1 dolar singapore bersamaan dengan RM3.10.Baru search google tadi.Ahahaha.Aku masuk USS harga sebenar 74 dolar.Tapi ada uncle cina dreba bas tolong belikan dapat 70 dolar.Masuk memang takyah beratur sebab awal sangat perginya.
Pakai travel agensi mana?
Abah decide to not using mana mana travel agensi sebab lagi mahal rasanya harga?Konsep;main redah.Sepanjang 3 negara aku pegi,pegi Singapore ni ah first time main redah kot.Aku macam was was.Tapi dalam hati 'asalkan sampai sudah'.
Mula mula nak naik bas yang katanya rm5 je dah boleh sampai USS.Tapi bas tu lambat.Sejam sekali baru sampai.Makanyaaa,redah dekat bus stop Johor Bahru.Tanya satu uncle cina yang tengah baca sotkabar "mana bas nak pergi uss?" pastu dia tunjuk dekat satu bas yang nak jalan dah.Naik situ.Itu bas untuk pekerja singapore yang duduk dekat JB sebenarnya.Uncle cina sot kabar ni cakap RM8 ja.Tapi naik naik,uncle cina yang bawak bas ni cakap "RM 10" ah ok latu.Double.Dasar penipuu tadi memula cakap RM5-.- Hahaha.
Pastu sampai Woodlands,cop pasport.Aku taksuka pegawai imigresen singapore.I thought depa bisu.Dahla muka masam-_- Omg scary macam em malas ah nak ingat.Then,gegas pergi dekat bas balik.Aku tak menikmati pemandangan.Aku qada' tidur aku yang dulu bekas aku bersengkang mata study masa SPM.hahaha.Tapi lama gak ah sampai USS.Tahla lama ke tidak atau mata aku ni yang ckp lama?Sampai sampai dalam pukul 11 .30.Masuk masuk rasa heavennya!
Abah cakap jangan buang masa.Sebab takut tak habis main.SOOO,benda first yang kami masuk adalah :
1)World's First Sesame Street Spaghetti Space Chase
Ni dekat luar.Sesame Street ni pasal Elmo.Elmo yang comelll.Serius comel.Dekat dalam Sesame Street ni banyak pasal galaxy.Kalau masuk dalamni,fefeeling dekat galaxy,nampak elmo makan spagethi.Aku banyak tak snap dalam Sesame Street ni sebab susah sikit nak snap dan tak nampak sangat pon keadaan dia macammana.
2)World's Tallest Dueling Roller Coasters
Bagi gelap sikit agar menampakkan effect yang takut dekat belakang tu.Kahkah.Ini paling seram aku rasa dan tak dapat ditandingi oleh mana mana benda lagi dah.Dia punya menjunam tu!Menangis weh menangis!Tak sebenarnya tak sempat nak nangis pun sebab dia laju sangat.Mata aku ni jadi hangat hangat sebab laju sangat udara masuk mata sampai berair.Like seriously?! Mohon pergi dan try.Sekali seumur hidup je yols.
3)World's First Transformers Ride
Transformer ni 3D punya.Ini pun memang tak allowed nak bawak camera,fon untuk rakam ke apa.Bahaya sebab transformer ni bergoyang sana sini.Tapi ni paling aku suka plus buat aku sakit badan tahap gila punya sebab lama dan menakutkan.Go try.Seronok dan seram.
4)Revenge of the Mummy
Mumia ni pun sejenis yang seram weh.Serius seram.Segala gambar yang aku letak ni semua dekat kawasan kawasan tempat tu ja.Sebab kat dalam dia takleh bawak camera pa semua.So segala binatang tu aku tinggal dkt mak aku.Mak aku tak naik.Mumia tu macam ride gak ah.Tapi ekstrem.Macam transformer jugak cuma mumia ni sat sangat.Ah tak puas! Go try.Ni seronok.Tah semua benda aku cakap seronok.Ahahaha.
5)Shrek 4-D Adventure
Ini dalam far far away punya kawasan.Belakang tu istana Shrek dengan Fiona.Dalam ada panggung wayang untuk tonton kisah Shrek 4D.Ini memang 4D melampau.Bayangkan keldai si Shrek tu bersin sampai terpercik air dia dekat aku.Geli nak mampus walaupun air biasa je dia pancut kat aku.Aku dah "eiuu" Hahahaha.Dalam pun tak tangkap gambar.Banyak outdoor je.Indoor bagi aku untuk menikmati game jer.Hahaha.Ha,semua dan segala tok nenek yang ada dalam ni FREE kecuali lah pergi makan dengan ole ole punya kedai tu.
Tak silap aku,lepas Shrek 4-D ni kami pergi makan jap.Bawak roti sorang sebungkus ja kot.Tu pun kebulur lagi.Hahahah.So peringatan:bawak roti 5 bungkus.Lagi murah dari makan dekat sini.Asal kenyang perut.Tak pun bawak ah makanan sendiri.Nasi lemak ke.Pekerja sini takdanya nak check.Kami makan dekat kedai dalam USS ni.Aku tak ingat nama kedai dia apa.Tapi mahal lah bagi orang Msia.Sebab total kami makan 32 dolar kot.Kalau convert ke RM jadi lahh RM99=') Padahal yang kami makan hanyalah Fish and Chips dua set,air coke 3.
6)World's First Puss In Boots Roller Coaster
Ha,yangni memang jelas nampak roller dia.Masa first aku naik roller aku macam dah penat.Seriously banyak gila kot roller coaster T^T Kalau aku tak naik nanti adik beradik aku cakap apa pulak.Layankan jalah.Lagipun sekali seumur hidup.Tapi aku rasa nak datang lagi pasni.Tunggu kaya gila gila baru aku datang balik k?Hahaha.Puss In Boot punya roller coaster ni pun mencabar jiwa aku jugak.Adrenaline merembes dengan teruk aku rasa masani.
Jurassic Park ni fav aku gak.Sebab aku basah lencun gaklah! Dahla tak bawak baju salin!Kat luar lepas dah lencun ni ada tempat bagi dry.Tapi of kos ler bebayar.Aku mana kaya sangat nak dry dry bagai ni.So aku biar ja.Start dari jurassic park ni la aku dah jadi sememeh like wad izikkk.
(Sumber google)
Ni aku cedok google ja.Pelampung macamni kami naik.Tapi serius seronok!Go try please go and tryy u.u Hahaha.Peringatan:Bawaklah baju lebih siap siap.Sebab ada setengah orang yang tak basah.Macam aku memang basah jugaklah.
8)Jurassic Park Roller Coaster
(sumber:google)
Ntahla berapa banyak roller coaster dah aku naik weh.Tapi serius semua menakutkan.Takdak lagi roller coaster yang tak menyeramkan aku.Sumber google sebab tak sempat nak snap.Masa aku terhad.Tapi seronok roller coaster jurasic park ni sebab boleh tengok kawasan dekat USS.
9)World's First Madagascar Ride
Waktu ni dah pukul 4 10.Nak kena pergi dekat uncle china bas tu balik pukul 4 30.Memang takut tak sempat.So aku ada gambar ni ja.Kahkah.Bosan madagascar ride ni.Kalau ada dak dak kecik mungkin seronok.Sebab dalam air dan tengok lion,zebra and lain lain joget joget and banyak kartun jelah.Ni sempatla kalau nak rest jap.Not bad.Hahaha.
Semuanya ada 10.Aku sempat 9.Satu lagi tak sempat.Water World Jurasic Park.Nanti kalau aku banyak duit lagi,aku akan pergi Water World Jurasic Park first sekali sebab benda ni ja yang tak sempat.Doakan saya jadi kaya ya gais?Hahahaha.
Mesti ada yang pelik sebab aku tak bergambar dengan patung patung elmo or firaun bagai macam Kak Paten kan?Tahla nak oi.Segala benda tu takda pon masa aku datang u.u Elmo adalah dua tiga.Tapi beratur panjang gila dan yang beratur semua dak dak kecik.Bagi peluang lah ko dah tua syadiya u.u
Oklah,sesiapa yang nak pergi USS.Bolehla ambik peringatan dekat atas atas ni yang aku dah bold.Aku tak sempat pergi Merlion.Tak cukup masa.Thanks for reading!=) Salam sayang,dikya.
Bestnya dapat pergi singapura dah. Akak x berpeluang lagi nak melawat. 😅
ReplyDeleteHi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...
ReplyDeleteJuga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price! Nak Private Tour 🚘 (car/starex)? Ya ada.. Silakan tanya...
Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219
*Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86