Assalamualaikum,
di petang hari yang hening selalunya aku buat taik mata sebab hidup aku ni kan cam hectic jarang nak beriadah jengah keluar hirup udara segar belakang rumah kepe.Jadi tadi tak ku sangka dan tak ku duga,mak aku memborong banyak gila pasu pasu bunga.Dia cakap nak menanam pokok cabai (cili).Aku pun macam endah tak endah sebab aku tahu pokok pokok dengan pasu pasu tu semua takda kena mengena dengan aku.Ayat bangga macam memang takkan jadi mangsa anak buah mak nak menanam pokok.Sobs.
di petang hari yang hening selalunya aku buat taik mata sebab hidup aku ni kan cam hectic jarang nak beriadah jengah keluar hirup udara segar belakang rumah kepe.Jadi tadi tak ku sangka dan tak ku duga,mak aku memborong banyak gila pasu pasu bunga.Dia cakap nak menanam pokok cabai (cili).Aku pun macam endah tak endah sebab aku tahu pokok pokok dengan pasu pasu tu semua takda kena mengena dengan aku.Ayat bangga macam memang takkan jadi mangsa anak buah mak nak menanam pokok.Sobs.
Jadi tadi,aku pun nak melelapkan lah mata buat kali kedua setelah selesai membasuh dan menyidai baju pada pukul 4 30.Tiba tiba,aku dikejutkan dengan suara seorang ibu yang sayup sayup mengetuk pintu mengatakan:
Adik,jum tolong mak tanam pokok.
Adik,jum tolong mak tanam pokok.
I was like OMG!Tertimbus niat suci murni nak tidur,tapi disebabkan aku seorang anak yang taat lagi menghormati ibu,maka aku pun terus menyalin baju,pakai tudung lelawa sikit sebab nak tolong mak aku menanam pokok.Mesti si pembaca menyoal perlu ke lawa lawa?Haruslah,baru lah pokok tu tumbuh! Hiks (takda kena mengena) padahal aku dah target nanti nak masukkan gambar gambar dalam blog buat tatapan pembaca pembaca sekalian =)
Pokok yang akan ditanam adalah pokok cili dan juga pokok anthurium.Nama kemain gah ye kau pokok.Tapi sebenarnya penanaman lebih kepada pokok cililah.Pokok cili ni dah lama mak aku beria nak tanam sebab makcik aku tanam pokok cili berbuah lebat gila so takpayah nak pergi beli dah.
Mak aku ni jenis semua benda kalau boleh nak tanam.Haritu pokok pelam,pastu kangkung,pastu halia.Bukan apa sekarang ni jimat kalau tanam.Cuba tengok bunga kantan sekarang satu dah rm2.Mahal tau! Lebih baik menanam dapatlah 2,3 buat laksa free bunga kantan.Ni tidak,mahal nak teriak aku.
Jadi,pokok yang ditanam adalah anak anak pokok cili yang comel dan menawan.Ada setengah dah layu sebab kesibukan hidup membuatkan anak anak pokok cili ni terbiar seketika oleh mak aku.Sorry pokok cili.Harap awak tabah.Hahahaha.Nama pun nak menanam,maka haruslah yang wajib ialah pasu.Nampak tak pasunya banyak mana?Sayalah yang mengangkutnya turun dari kereta.Semua pasu baru beli dari kedai pasu india.Ekekeke. Aktiviti petang ini bertiga sahaja.Aku,mak dan si kecil adik aku,Wiwin.
Sebelum meletakkan tanah ke dalam pasu,perlulah beringat untuk menutup lubang lubang pasu tersebut.Japgi kalau tak tutup tetiba tanah terkeluar dari bawah jangan nak kerek cakap pokok tu berak pulak.Hahaha! Tugas aku tolong mak aku 'senang' je.Angkut tanah yang ala ala dah dibakar belakang rumah.Tupun mengah nak mencangkul sebab peralatan untuk menanam pokok ni semua dekat rumah lama.Jadi segala peralatan yang ada harus bijak digunakan.
Lepas dah angkut tanah bakar tadi,masukkan setengah dalam pasu.Lepastu,masukkan pulak tanah lain.Aku taktahu tanah apa tapi yang pastinya tanah tu dalam guni besar tu.Makcik aku bagi dekat mak aku.Lepas dah masukkan dua dua,gaul sebati.Macam main masak masak pulakkan =) Lepastu buat lubang sikit,masukkan anak pokok cili tadi dan timbus guna tanah.Masani aku kena complain dengan mak.I said to her:
Mak,perlu ka guna tanganni?Gelinya.
Mak,perlu ka guna tanganni?Gelinya.
Mak:Lepastu macammana nak tanam asdgfghjkl .
Sendu gila tau mak cakap macamni.Hahahaha!Pastu mulalah aku teringat,dulu mak pernah cakap dekat aku : Budak sekarang ni nak tanam pokok pun tak reti.Semuanya menanam dekat facebook.(farmville)
Jadi,lepas dah tanam cecantik,bagilah anak anak cili ni minum sikit supaya cepat besar jadi cepatlah tuanmu boleh makan cilisss bebanyak.Pokok cili sudah selesai! Makanya,pokok kedua seperti yang aku sebutkan juga ditanam iaitu pokok anthurium! Pokok anthurium ni tanam anak anak dia jugak.Mak aku beli rm14.Dekat pasu tu tepi tepi melekat anak anak anthurium.Dapatlah dalam 6 anak pokok bila diasing asingkan.Pokok anthurium tu acana yaa?
Inilah pokok anthurium ya anak anak.Pokok anthurium ni sekali tengok macam tak percaya je betul atau plastik.Pastu tadi mak aku hias letak tepi rumah.Then abah cakap "ni plastik ka betulni?" Hahahaah!
Anak anak anthurium yang boleh ditanam yang warna hijau kecik kecik bawahtu =) gambar tak disertakan sebab masani aku dah letih menolong.Baru sekali weh.Belum banyak kali lagi mengadap tanaman tanaman hijau ni.Paling seronok badan memang sihat sebab peluh merenek renek keluar.Karangan bm lepasni haruslah menulis tentang faedah berkebun ataupun menanam pokok.Kuikui.
Jadi,setakat ini sahajalah my first experience menolong mak menanam pokok.InshaaAllah ada rezki tanam anggur lak saya akan kongsikan ya.kekeke.
Ohya sebelum terlupa,kamera yang aku guna ialah nikon d3100 yang berabad punya dah.Kamera ni dibeli sebenarnya kepunyaan mak aku turun dekat aku sebab aku je macam reti guna.Harga?Masa beli 4 tahun lalu rm1300+ gitu lah.Sekarangni mungkin dah murah sebab dah 4 tahun berlalu.Okay tuje.
Salam sayang,syadiya.
Moga tumbuh subur senua anak2 pokok ini ye..
ReplyDeleteBanyakknya tanam pokok cili. Pasni leh jual cili dah kalau semua berbuah banyak. Hehe..
ReplyDeleteBanyaknya tanam! Hehe memula ingat satu pasu je tadi. Best kan tanam tanam camni nak pakai tinggal petik je.
ReplyDeletethumbs up! rajin tolong mak tanam pokok :-)
ReplyDeletewah..semangat cintakan alam semulajadi ni... done follow u ye.. http://firohar.blogspot.my/
ReplyDeletebaguih naaa heheh lawa tang seluar tu..
ReplyDeleteSekarang akak pun cuba2 menanam..tapi tanam sayur kangkung, sawi..senang nak makan petik belakang umah ja..hehe
rajin2 lah bercakap dengan pokok, tapi jangan bg org nampak, nanti orang kata gila hahaha
www.adaa-inspiration.com
Rajinnya dia ni :)
ReplyDelete