Wednesday, 10 July 2024

Buku saya baca part 2 : The five people you meet in heaven

 Aku ada motivation untuk membuat dua entry pada hari ini hahahaha. Best pulak sebab jarang nak taip taip. Kembalikanlah semangatku untuk menaip tuhan =') Buku ni aku baca last year. I gave this book a rating of 8/10. Aku banyak kali mengucap dua kalimah syahadah sewaktu membaca sebab bertentangan dengan agama islam kita hahaha tapi untuk dijadikan pengajaran, i would love to recommend. 


Cerita pasal this one old man umur 80 lebih, named Eddie yang mati dan after he died, dia akan terus kesyurga dan jumpa 5 orang yang sewaktu dia hidup, memberi impak yang besar pada hidup dia.

Contoh, orang pertama yang dia jumpa adalah "blue man". Lelaki gemok yang seluruh badannya berwarna biru, yang bekerja di circus yang eddie grew up with. So one fine day, sewaktu eddie kecil when he was playing a ball with his friends, bola dia terbaling jauh ke jalan raya. So he grabbed the ball, and happily went back to his friends. But, the happiness on his side doesn't mean the happiness on the other side sebab bola yang dia ambil tu menyebabkan pemandu kereta dijalan raya terkejut lalu hilang kawalan disebabkan oleh heart attack.

And who is the driver?

It was the blue man.

Take one story, viewed from two differents angles. The same day, the same moment, but one angle ends happily and the other ends badly.

Eddie even asked the blue man "what good came from your death"

And the blue man said: "you lived"

I criedddddd.


I also love when eddie met his wife as the fourth people he met in the heaven. I love not because im happy, tapi sebab aku sedihhhh hahaha. Sebab eddie ni really really reallyyy reallyyy missed his wife. Wife dia passed away waktu depa in their 50s. So another 30+years memang si eddie ni hidup sorang sorang. Depa takdak anak. 

So waktu dia jumpa wife dia as 4th person in heaven, eddie tak berhenti bercakap. Dia cerita semua apa yang jadi etc. 

And i feel a sudden sadness sebab you know the feelings of having someone out there that care for you and love you, you tell them everything 

and boom

one day

they're gone :')

Buku saya baca part 1 : Memoirs of a Geisha

Aku punya hobi usually jumped from one to another. Sometimes i feel like crocheting, then I will pulun crocheting like a mad girl, then i feel like i don't want to do anything at all, so the hobby slowly faded. Tapi datang pulak tiba tiba rindu nak baca buku. Last year i read manyyy books tapi tahunni aku baru baca 2 cebis buku. What a shame kan :')

I will slowly (maybe) post more entries on what I read, on my umrah journey last year, and many more inshaallah kalau rajin. 


Title of this book ada kat tulang buku jadinya tak nampak sangat tajuknya. Bought this at shopee bigbadwolf for RM14. Dia punya english tak canggih sangat so senang nak faham. Cerita pasal geisha which geisha ni kalau kita taktau kita often ingat geisha ni pelacurkan? Tapi they are not pelacur okay. They are more good than what we think they actually is. Geisha ni kena attend class everyday. Belajar samisen (macam gitar), belajar menari, berlakon, belajar adab buat air teh. Untuk capai nama "geisha" tu memang memerlukan kesabaran yang maha tinggi.

I even rate this book 10/10 tau sebab cerita dia menarik. 




Saturday, 8 June 2024

Sunscreen Terbaik Sesuai Untuk Kulit Sensitif - Jenis Aloe Vera Boleh Melembapkan Kulit & Tidak Meninggalkan White Cast

Assalamualaikum,

Apa sunscreen terbaik yang sesuai dengan skin type kita?

Dulu kan aku pernah cerita dekat blog aku yang aku punya muka pernah naik merah merah dan mengelupas sebab aku salah pakai sunscreen. Dia punya gatai dan menggelupas tu takleh bawak bincang sebab memang tak tertahan. Masa ni aku taktau lagi apa itu skincare routine dikala aku teenagers (baca: masa itu aku 18 tahun) dan selepas kejadian itu, aku banyakla tanya kawan kawan aku macammana nak buat basic skincare routine. And now I am 24 years old lady yang dah tahu apa itu basic skincare =)

Basically basic skincare routine adalah:

1.       Cleanser (pencuci muka)

2.       Moisturiser (pelembap)

3.       Sunscreen (pelindung)

Ni memang benda yang aku buat lah masa mula mula nak berjinak jinak dulu dan sekarang skincare routine aku dah bertambah which is aku pakai jugak toner & serum.

Berbalik pada sunscreen, disebabkan aku salah pakai sunscreen dulu, memang hazabbb gila muka aku.  Tapi sekarang no more painful things happened to my face sebab aku dah tahu sunscreen apa yang ada ingredients yang tak triggered muka aku which is Hansaegee Nature Aloe Vera sunscreen.

Btw, the SPF recommended by Dermatologists is generally SPF 30 and above, and guess what? Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ni SPF50+ tau which really kasi strong protection bila kita apply. Dengan suhu panas dekat malaysia ni, sunscreen memang dah dikira wajiblah pakai kalau tak terbakar kulit muka kita. Macam aloe vera sunscreen ni memang sesuai sangat sangat since it has SPF 50+ PA+++ yang sangat bagus, memang dijamin kasi perlindungan yang terbaik untuk kita yang duk Malaysia.

Sunscreen aloe vera yang aku guna ni dia punya ingredients very safe macam nama sunscreennya sendiri which ada aloe vera and ada juga contained tumbuhan lain dalam sunscreen ni which are extract from: Centella Asiatica, Morus Alba Bark and also from Orchid. Bukan setakat tu, sunscreen aloe vera ni jugak ada bahan like Sodium Hyaluronic, Glycerin & Allantoin yang mainkan peranan penting untuk moisturize and soothing kan our skin.

Paling penting bahan dalam sunscreen terbaik ni yang memang betul betul lembapkan kulit and soothes skin kita adalah aloe vera tu sendiri yang boleh merawat kulit kering kita. Sunscreen aloe vera is the best!

 

Tekstur Aloe Vera Sunscreen Terbaik

Sunscreen aloe vera memang jadi pilihan aku, sebab tekstur sunscreen ni sangat sangat lembab, light weight and tak oily jadi memang easy to blend well, paling penting jugak ianya cepat meresap. Aloe Vera Sunscreen SPF50 ni pun tak menyumbatkan liang pori. Siapa yang ada masalah kulit berminyak no need to worry sebab sunscreen untuk kulit berminyak macamni memang sesuai kalau nak pakai. Sticky feeling lepas apply kat muka pun takkan ada since ia jenis sunscreen yang tidak berminyak . Best kan?

Tekstur sunscreen yang ringan



 

             


Cara Pakai Sunscreen Dengan Betul

 

Setiap pagi selepas cuci muka dengan cleanser and pakai moisturizer then pakai lah sunscreen untuk step terakhir basic skincare routine. Ikut je step gambar aku kat atas. Ni bukti yang sunscreen ni memang easy gilaaa nak blend. Meresap terus dalam kulit muka.

Lepastu perasan tak kadang kalau kita pakai sunscreen mulalahh naik white cast yang putih putih buat muka rasa kelabu, tapi this sunscreen tanpa white cast really said no to that type of issue. Tak lupa juga macam aku cakap, aku pernah ada bad story dengan sunscreen which mean kulit aku sensitif, but once aku guna this sunscreen yang ada best ingredients macam aku cakap dekat atas tadi memang takda dah isu muka menggelupas. Pori besar akan start mengecil juga pakai this aloe vera sunscreen. Jadinya sesiapa yang ada kulit sensitive sangat sesuai pakai this sunscreen.


If you guys are wondering sunscreen ni free apa, jawapannya adalah it’s:

Alcohol-Free, Paraben-Free, Silicon-Free, Sulfate-Free, Allergen-Free so no need to worry oki!

My personal review on Hansaegee Nature Aloe Vera sunscreen is that after pakai aku boleh rasa skin aku well protected dari panasnya matahari. And I even can notice that my skin looks more healthier and more radiant. Takda tanda tanda sunburn or even irritation. Nak reapply sunscreen pun rasa happy since it’s lightweight sangat. Worth to try and have one of Hansaegee Nature Aloe Vera sunscreen 😊

This is my face after dah pakai Hansaegee Nature Aloe Vera sunscreen 😊 

Thanks for reading!

 

🌸Brand: Hansaegee Nature Website: www.hansaegee.com/shop

🌸IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

🌸FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

🌸Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

 




Thursday, 30 November 2023

My go-to zus drink

Assalamualaikum,

 Mukadimah entri blog ini adalah: ini bukan entri berbayar hahaha. Saja nak share ayaq apa aku selalu duk order kalau beli kat zus sejak semenjak starbuck duk sokong israhell ni

Btw rasa kelakar pulak sebab aku pernah buat entri pasal air tealive and sampai sekarang entri berkenaan ramai duk singgah😆

Dulu kalau aku pergi zus selalu jugakla tukar tukar air. Kadang kadang aku ambik velvet creme latte, TAPI TAPI TAPIII sejak semenjak ni memang aku gemar ambik spanish latte. My always go-to drink is forever spanish latte sekarang tak kisahla with or without buttercream. Rasa dia cukup syahdu 😞💘

Aku rasa this one spanish latter with buttercream sebab ada cam putih putih atas tu. Aku ni rajin sangat membeli zus sampai otak aku takleh nak brain itu spanish latte with or without buttercream wahahah


Yang kiri tu buttercream spanish latte mestiler aku punya. Yang kanan kakak aku punya dia saja nak try buttercream strawberry latte. Aku tak suka sangat air yang fruit based, so aku kasi 7/10 je kot. Rasa dia macam dutch lady strawberry? 

Btw kan, aku rasa barista mytown buat air sedap gilaa. Kalau dekat outlet lain sedap jugak, but barista mytown is on top paling bancuh ayaq spanish latte 😤👍👍👍


And finally aku beli jugak this spanish latte dalam botol sebab terpengaruh tengok intan najuwa minum dekat tiktok HAHAHA this one rm28+ tak silap aku. Boleh minum dalam 6 kali la jugak. Kat zus ni ada dua jenis biji kopi weh. Boleh pilih la kiranya which are boss & lydia. Aku selalu ambik boss aja sebab boss ni dia punya bijik kopi tu lagi pahit and rasa keras which i looooikeeeee. Plus aku also akan order less sugar untuk air aku.

Btw aku ada kisah funny ya dengan mak aku. Beliau tuang air spanish latte dalam botol yang aku belini didalam cawan, lalu beliau minum dan berkata:

"Rasa macam arang"

Nangezzz camtu je aku punya habitat genz suka minum air kopi dihentam oleh makku? 😔😭 Pray for your fallen sister. Hahaha

Terima kasih kerana membaca doakan saya rajin letak entri lagi agar dihari tua dapatku membaca ayat ayat indahku :'D

Salam sayang,
syadiya

Tuesday, 21 November 2023

2022 Recap

Assalamualaikum,

Aku baru perasan even 2022 pun aku langsung takda entri diblogku ini. Marilah recap balik apa yang dah kulalui pada 2022. Aku pun tak berapa nak ingat apa jadi tahun lepas tapi aku cuba jela ek scroll scroll gallery telepon.

Buat IC baru


So on januari, aku buat IC baru sebab the 'latest' IC aku adalah muka sewaktu darjah 6 Pensivelepastu aku ada baca by the time umur 25 baru nak tukar IC nanti kena denda if not mistaken. Jadinya dikala umurku 23 tahun pada tahun 2022, aku pergila mengheret diriku untuk buat IC. Yang ini gambar nak pickup IC ok sebab nanti kena kecemss pulak nape pakai tudung cerah T^T dak, ni nak p pickup, waktu buat IC aku pakai tudung hitam.

Abah's retirement ceremony 


Abah aku pencen 2021 (if im not mistaken??) and majlis dia take place on 2022 pada bulan 2. 

Belajar mengait bahasa inggrisnya crochet


Aku mula mula mengait ni rasa fadeup gila sebab rasa cam.. "i cannot do this shit 
Pensive" tapi aku punya goals pada tahun 2022 dan kehadapan adalah untuk unlock one new skill. Jadinyaaaaa, 
 

Aku telah berjaya unlock skill berkenaan. Wahaha and im so happy. Not only i can make flowers, but i can make bag dan lain lain. Me love who?? Me love me😘

Make over rumah


Mak aku raji nak make over rumah balik, so belilah barang barang baru, bukan itu sahaja, aku and siblings aku also cat whole ruang tamu & ruang makan. 

Masuk u balik after covid


The last time i went to face to face class for my degree adalah sebelum covid which sempat 4 minggu aja, lepastu bertahun tahun class online kat rumah. Then masa dah last semester degree, dapat rezeki balik u jadinya happy nak mampos dapat jumpa rakan rakanku walaupun last sem😔

Celebrating raya aidilfitri


Went to Perlis for jalan jalan


Dah alang alang rumah kawan aku si teah dekat kedah (teah berada ditengah), terus la kita ke perlis. Ni dekat wang kelian view point cantik amat untuk gadis 20an yang sukakan view tiberhh.

Went to cameron highlands with fam

Kalau tak salah aku masani aku cuti sem, so mak aku ajak pergi cameron highlands 2 hari 1 malam and tak singgah banyak tempat sebab quite jem sebabnya cameron highlands bila ja tak ramai orang sila menangis.

Konvo diploma


Kisahnya aku habis diploma lama dah, tahun 2020 bulan jan, tapi disebabkan korona virus punya pasal, aku konvo pada tahun 2022 ye punyalah lama nak konvo dasar covid. I managed to get ANC (sila clap clap 👏👏) . Finally a diploma in accounting holder. My tears and sweat are allll worth it.

Last exam for degree


Kisahnya walaupun aku masuk degree kelas face to face sewaktu last semester, examnya tetaplah online ahahah, it's an open book examination for almost every subjects tapi soalan KBAT dia boleh nangis guling guling

Tengok perarakan merdeka


Got a chance to see perarakan merdeka at ipoh. Best gila satgi kalau tua bolehla habaq kat orang yang diri kita pernah p tengok perarakan whahaha tiber sangat😭

Went to port dickson with fam


Aku rasa last aku pergi PD jalan jalan sana adalah masa kecik? Went to PD and tidoq sana 1 malam. Went to the beach, eat nice food. Overall best sebab pantainya cantik dan panjang.

My dear atok passed away


Most of my time dihabiskan dikampung bersama atokku. She passed away on her birthday. Tolong sedekah al-fatihah if you read this. 

Did my internship

Last semester degree aku adalah internship which i did from september 2022. Aku buat intern aku dekat office kilang near my house. All of them dekat office are super nice weh, cumanya part of me are quite regret sebab tak pergi intern dekat big4 hahaha 

Went to KL to jalan jalan 


Kakak aku duduk KL dah setahun masani, so aku and adik aku naiklah ets semata nak jalan KL.

Family day on december


This one is quite a highlight lah untuk 2022 sebab best and kelakar nak mampus family day belah mak aku😭👍👍

Book i read


Untuk menajamkan minda aku, maka aku membacalah buku. 

Aku macam nak taip lebih banyak tapi seperti mulut yang kadangkala malas nak bercakap, sama jugak seperti nak menaip, malas nak explain tapi aku nak menaip. Hm faham tak? Hahahah. Aku rasa aku dah takdak skill nak menaip gamaknya. 

These are some things that happened to me in 2022 which tahun lepas sebabnya tahun lepas memang aku takda langsung menaip kat sini. I should visit and write here more often :( released la jugak stress secubit dua cubit walaupun blog ni public and anyone can get access to read it tapi ko baca jela. Kalau aku kutuk ko kat sini baru mai saman ok sebab setakatni memang aku bualkan tentang diri aku sahajer tambah tambah pasal gigi aku (read: braces muahahaha)

Thank you for reading,
Love syadiya

Friday, 20 October 2023

Already 2023

 Assalamualaikum,

Punyalah lama aku tak taip dekat blog ni sebab orang kata blog dah tak berapa nak relevant tapi sebenarnya who caresss kan ahhaha pastu baru aku perasan aku takda apa apa entry pada tahun 2022 apatah lagi pada tahun 2023. Pastu tau tau dah nak masuk 2024. Cepat gila masa. Tak lupa juga aku rasa awkward dah nak taip kat sini dahtu aku siap lupa font apa dan warna apa dan size apa aku guna untuk taip taip wahahah

Banyak sebenarnya benda yang jadi dalam 2022 and 2023. Kalau aku rajin aku buatla entri lagi. Ni pun semangat nak taip lepas tengok maria elena still taip taip kat blog dia. Hidup blog! Hahaha

Btw, im still wearing braces hence aku akan teruskan niat suci murni aku untuk sambung entri braces oki.


Salam sayang, 

Syadiya



Friday, 12 November 2021

Cara unlock course hero (bayar below RM1)

 Assalamualaikum, 

lama dah aku tak update blog story story sikit sebab aku lazy =')

Disebabkan sekarang dah masuk new semester, jadinya mestilah ada berlungguk assignments and tercari cari dekat mana nak rujuk certain questions. Aku very tak reti ya nak unlock course hero, so caranya adalah:


"Unlock it thru shopee"

Btw ni bukan entri berbayar tau weh. Yang senangkan diri aku, memang aku share. Hahaha

So caranya, unlock jee thru shopee. Maksudnya, you guys boleh beli pakai shopee. Aku selalu beli dekat shopee @popcatstudy for only 86 sen untuk satu pdf.

Caranya:

1. Klik beli
2. Contact seller
3. Kasi email and link course hero yang kita nak unlock.
4. Tak lama lepastu, diorang akan emel kita the pdf  =)


Easy as satu dua tiga weh.




Ni contoh aku chat seller berkenaan. 


Semoga membantu =) <3

Tuesday, 14 September 2021

Result semester 5 degree

 Assalamualaikum, 

lama gilaaaa aku tak update blog. Aku selalu ja jenguk blog aku tapi aku takda mood nak taip. Wahahah. So dikesempatan ini aku nak berkongsi kegembiraan aku :') Aku berjaya dapat dean list lagi untuk third semester odl (online distance learning). Masalahnya aku punya result adalah benda yang aku sangatlah tak jangka aku akan dapat. Out of my mind weh result aku dapat.


Alhamdulillah :') It is beyond my expectation. Result kalini terlampau baik untuk aku. Hahaha aku expect aku tak dekan sebab ODL for the third time was super hard. Aku jadi demotivated.

Tips aku semester lepas adalah "Jangan tangguh kerja, jangan procrastinate. You gotta do what you gotta do"

Terimakasih untuk my friends yang banyak gilaaaaa tolong aku during past semester <3

Salam sayang, syadiya

p/s: aku nak cerita pasal braces tapi tengokla kalau terbukak hati hahaha


Wednesday, 28 July 2021

Got my first vaccine shot 💉!

 Assalamualaikum,

Dah nak dekat 5 bulan aku tak update blog hahaha gila betol. Semuanya sebab aku busy online distance learning punya new semester. Bayangkan last aku update adalah masa awal nak start semester dan sekarang aku dah habis semester and sedang final exam. Waddefish ._. 

So kisahnya aku nak cerita la sikit sebagai kenang kenangan yang aku dah dapat first shot of vaccine masa 20 July 2021 itu hari. Aku dapat vaksin dekat poliklinik, so tak ramai orang sangat.

Disertakan disini gambar aku selfie dengan borang vaksin jelah ekk. Sebab aku punya muka masa tangkap gambar memegang kertas "saya sudah divaksin" agak huduh :D


So my side effects lepas cucuk adalah:
1.Sore arm
2. Sakit kat bahagian lengan
3. Sakit kepala
4. Rasa nak demam

Sakit kepala dalam 2 days, yang sore and sakit arm tu about 3 days kot. Rasa nak demam tu 1 days after. Dahlah aku ada paper esoktu. Aku cepat cepat makan panadol lalu rasa nak demam tu pun berlalu. Hahaha. Lain lain effect tak ada. By the way i got comirnaty vaccine (Pfizer).

Lama jugaklah aku tunggu nak dapat vaksinasi ni. Aku register mysejahtera since 23 Feb 2021 kot :') so aku quite happy. Don't worry guys, later might be your turn!❤️

Thanks for reading,
salam sayang syadiya xoxo







Friday, 26 March 2021

Result semester 4 degree dan projek cuti sem .

 Assalamualaikum,
lama gila aku tak menaip dekat blog sebab aku malassssss sangat hahaha. 2 hari lagi dah nak start semester baru online distance learning (yeap still ODL for the third time). Makin lama soalan exam makin susah ya ala ala kemahiran berfikir aras tinggi tapi sebagai seorang student yang baik, kita kenalah berusaha semampu habis dan berdoa kepada tuhan supaya dapat dekan :')

Dan alhamdulillah aku berjaya dapat dean list lagi semester ni. Aku bersyukur sangat sangat walaupun pointer aku takdalah tinggi mana pon. Dia cam tak satisfied sangat pun for me tapi aku bersyukur. Terimakasih kepada parents, kawan kawan yang banyak tolong 💖
Apa yang aku tak suka pasal odl ni sebab masih ada group assignments. I hate group assignment. Semua kena bincang pakai whatsapp, takleh nak maki maki groupmate depan depan. Hahahah tibeh.

Okay cukupla sembang pasal ODL nanti kemarahan aku makin membuak pulak. Dahla lagi 2 hari nak start ODL balik. Malasnya ya tuhan. 
Mari aku cerita, cuti semester aku start 12 Feb sampai 27 March ajaa, nampak pendek tapi aku rasa bosan nak mampus asyik asyik kdrama, tak kdrama movie. Repeatlaaa dua ni sampai rasa nak menangis. Hahaha pastu kawan aku bagi cadangan suruh aku try buat embroidery bagi hilangkan bosan.

So aku pun belilah embroidery set dekat shopee. 
Inilah hasilnya :)

First aku buat yangni dulu. Ambil masa dalam 5 hari nak siap sebab sakit belakang weh duduk lama lama menjahit benda alahni. Hahaha. Dekat set embroidery ni dia bagi sekali jenis jahitan yang kena buat and kalau aku tak faham how to stitch, aku akan straight belajar dari youtube sampai aku reti. Sebenarnya nak embroidered ni senang aja weh. Serius. Hehe. Btw gigih aku nak pakai filter instagram tapi sucknya quality. Erghhh.

Then, lepas siap yang first embroidery aku, aku take a break dalam 2 hari and baru start the second embroidery. (I bought 2 sets of embroidery). This is the result for the second embroidery:

Tadaaaaa! I try to stitch my name hahaha nampak macam ugly but its okay first try kan.


My two embroideries 🧵 
Finally i have a new skill ya! Rasa best pulak bila embroidered ni sebab melatih diri supaya bersabar untuk siapkan dua benda alahni. Hahaha

Proud of myself. If i don't who will? T^T

Thanks for reading,
salam sayang, syadiya xoxo.


Saturday, 2 January 2021

BRACES PART 12: cabut dua batang gigi bawah + tips berhentikan darah

 Assalamualaikum,

Hi semua! Selamat tahun baru 2021! Curi masa kejap nak update pasal cabut dua batang gigi bawah on 19/12/2020. Nak dekat 2 minggu jugaklah aku dah nyahkan gigi bawah aku. Wahahaha. So cerita dia camni, kenapa aku cabut 2 batang gigi bawah after dah near 4 tahun pakai braces kan? Ni semua sebab aku selalu tangguh masa. Hahaha aku memang taknak cabut so aku duk buat rehearsal mengelak ngelak setiap kali dentist suruh cabut. Contoh:


Dentist : Okay awak kena cabut gigi bawahni. Saya cabut harini jugak boleh?

Me: Eh takbolehh saya banyak tests mingguni

Dentist: Kalau macamtu nanti free awak datang. Jangan lupa whatsapp klinik dulu

Me: Okay


Lepastu berminggu minggu laa aku malas sangat nak cabut. Sampai aku rasa macam "ala nanti kena cabut jugak. Better sekarang aku cabut sebab nanti lagi busy dengan macam macam assignments."

 So alhamdulillah aku berjaya cabut dua batang gigi bawah aku:')

Rating kesakitan: 4/10 sahaja.

 Senang cakap, ada ulser lagi sakit😂 Cabut gigi bawah sebenarnya tak sesakit cabut gigi atas. Cabut gigi atas sakit sangat. Pastu cabut gigi bawah ni, aku sangat bangga dengan diri aku sebab klinik bagi 6 pil ubat tahan sakit, and i just ate one!! So memang bearable lah sakit tu. Aku tak ingatlah braces part berapa yang aku cerita pasal aku cabut gigi atas, tapi memang merana kalau ingat cabut gigi atas. Whaha

Cabut gigi bawah punya experience:

🌼 Dentist cucuk ubat kebas dengan kelembutan so masa cucuk pun tak sakit sangat

🌼 Kebas lepas cucuk tahan lama dalam 2 jam or more so i don't feel the pain.

🌼 Darah berhenti cepat jugak. Cabut pukul 2, pukul 5 dah berhenti :D If you read my previous post pasal cabut gigi atas, darah aku tak berhenti sampai esok hari ya. So aku sangat takut kalau gigi bawah pun darah lambat berhenti.

🌼 Only take satu pil ubat tahan sakit sebab the pain is bearable

🌼 Disebabkan kebas sangat, aku tak sedar darah+air liur dah bercucuran meleleh terkena mask 😂


Okay ni pulak TIPS nak berhentikan darah secara cepat. Kawan aku student dentist so dia banyak bagi tips dekat aku (shout out to Alisya ❤️)  and it really works ya! Im happy ! Hahaha

1. Lepas cabut tu, aku terus letak ais supaya nanti tak rasa terlalu bengkak

2. Jangan gigit gauze (kapas) kuat sangat nanti dia akan disrupt blood clot and nanti lagi lambat sembuh

3. Jangan fikir sakit too much sebab nanti badan kita pun akan ikut sakit so natijahnya lagi lambat sembuh jugak

4. Makan aiskrim macam mcflurry or aiskrim vanilla but  i didnt have ice cream masani so aku banyak minum air ais. Punnn really help jugak hehe

5. Jangan makan makanan panas panas. Makan yang sejuk sejuk aja ya

6. Jangan makan makanan yang keras. Makan makanan lembut lembut macam bubur.

7. Jangan minum pakai straw

8. Kalau nak tidur, teruskan letak kapas and letak towel kecik bawah leher waktu tidur sebab takut ada darah+ayaq lioq tumpah. Hahaha

InshaaAllah darah akan berhenti cepat. Anyway cabut gigi mana je yang rasa selesa kan? Mesti akan rasa tak selesa. Nak cantik kenalah tahan. Wahh gituuu. Hahaha. 

By the way masuk 2021 ni nak dekat 4 tahun aku pakai braces :) Gigi aku lambat gerak sebab aku jarang sangat pergi appoinment. BUT i still and always enjoy wearing braces 💖 

Terimalah GIF saya dan kakak bersama my rata teeth :D (tapi still jongang wahaha)

Thanks for reading :) Salam sayang, syadiya xoxo.


Read more about braces:


DO LIKE