Thursday 30 November 2023

My go-to zus drink

Assalamualaikum,

 Mukadimah entri blog ini adalah: ini bukan entri berbayar hahaha. Saja nak share ayaq apa aku selalu duk order kalau beli kat zus sejak semenjak starbuck duk sokong israhell ni

Btw rasa kelakar pulak sebab aku pernah buat entri pasal air tealive and sampai sekarang entri berkenaan ramai duk singgah๐Ÿ˜†

Dulu kalau aku pergi zus selalu jugakla tukar tukar air. Kadang kadang aku ambik velvet creme latte, TAPI TAPI TAPIII sejak semenjak ni memang aku gemar ambik spanish latte. My always go-to drink is forever spanish latte sekarang tak kisahla with or without buttercream. Rasa dia cukup syahdu ๐Ÿ˜ž๐Ÿ’˜

Aku rasa this one spanish latter with buttercream sebab ada cam putih putih atas tu. Aku ni rajin sangat membeli zus sampai otak aku takleh nak brain itu spanish latte with or without buttercream wahahah


Yang kiri tu buttercream spanish latte mestiler aku punya. Yang kanan kakak aku punya dia saja nak try buttercream strawberry latte. Aku tak suka sangat air yang fruit based, so aku kasi 7/10 je kot. Rasa dia macam dutch lady strawberry? 

Btw kan, aku rasa barista mytown buat air sedap gilaa. Kalau dekat outlet lain sedap jugak, but barista mytown is on top paling bancuh ayaq spanish latte ๐Ÿ˜ค๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘


And finally aku beli jugak this spanish latte dalam botol sebab terpengaruh tengok intan najuwa minum dekat tiktok HAHAHA this one rm28+ tak silap aku. Boleh minum dalam 6 kali la jugak. Kat zus ni ada dua jenis biji kopi weh. Boleh pilih la kiranya which are boss & lydia. Aku selalu ambik boss aja sebab boss ni dia punya bijik kopi tu lagi pahit and rasa keras which i looooikeeeee. Plus aku also akan order less sugar untuk air aku.

Btw aku ada kisah funny ya dengan mak aku. Beliau tuang air spanish latte dalam botol yang aku belini didalam cawan, lalu beliau minum dan berkata:

"Rasa macam arang"

Nangezzz camtu je aku punya habitat genz suka minum air kopi dihentam oleh makku? ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜ญ Pray for your fallen sister. Hahaha

Terima kasih kerana membaca doakan saya rajin letak entri lagi agar dihari tua dapatku membaca ayat ayat indahku :'D

Salam sayang,
syadiya

1 comment:

  1. belum pernah lagi try zus ni sebab rasanya belum ada cawangan zus kat tempat BV. maybe rasa arang sebab rasa 'smoky' tu kan? hahahhaa

    ReplyDelete

DO LIKE