Tuesday 21 November 2023

2022 Recap

Assalamualaikum,

Aku baru perasan even 2022 pun aku langsung takda entri diblogku ini. Marilah recap balik apa yang dah kulalui pada 2022. Aku pun tak berapa nak ingat apa jadi tahun lepas tapi aku cuba jela ek scroll scroll gallery telepon.

Buat IC baru


So on januari, aku buat IC baru sebab the 'latest' IC aku adalah muka sewaktu darjah 6 Pensivelepastu aku ada baca by the time umur 25 baru nak tukar IC nanti kena denda if not mistaken. Jadinya dikala umurku 23 tahun pada tahun 2022, aku pergila mengheret diriku untuk buat IC. Yang ini gambar nak pickup IC ok sebab nanti kena kecemss pulak nape pakai tudung cerah T^T dak, ni nak p pickup, waktu buat IC aku pakai tudung hitam.

Abah's retirement ceremony 


Abah aku pencen 2021 (if im not mistaken??) and majlis dia take place on 2022 pada bulan 2. 

Belajar mengait bahasa inggrisnya crochet


Aku mula mula mengait ni rasa fadeup gila sebab rasa cam.. "i cannot do this shit 
Pensive" tapi aku punya goals pada tahun 2022 dan kehadapan adalah untuk unlock one new skill. Jadinyaaaaa, 
 

Aku telah berjaya unlock skill berkenaan. Wahaha and im so happy. Not only i can make flowers, but i can make bag dan lain lain. Me love who?? Me love me😘

Make over rumah


Mak aku raji nak make over rumah balik, so belilah barang barang baru, bukan itu sahaja, aku and siblings aku also cat whole ruang tamu & ruang makan. 

Masuk u balik after covid


The last time i went to face to face class for my degree adalah sebelum covid which sempat 4 minggu aja, lepastu bertahun tahun class online kat rumah. Then masa dah last semester degree, dapat rezeki balik u jadinya happy nak mampos dapat jumpa rakan rakanku walaupun last semπŸ˜”

Celebrating raya aidilfitri


Went to Perlis for jalan jalan


Dah alang alang rumah kawan aku si teah dekat kedah (teah berada ditengah), terus la kita ke perlis. Ni dekat wang kelian view point cantik amat untuk gadis 20an yang sukakan view tiberhh.

Went to cameron highlands with fam

Kalau tak salah aku masani aku cuti sem, so mak aku ajak pergi cameron highlands 2 hari 1 malam and tak singgah banyak tempat sebab quite jem sebabnya cameron highlands bila ja tak ramai orang sila menangis.

Konvo diploma


Kisahnya aku habis diploma lama dah, tahun 2020 bulan jan, tapi disebabkan korona virus punya pasal, aku konvo pada tahun 2022 ye punyalah lama nak konvo dasar covid. I managed to get ANC (sila clap clap πŸ‘πŸ‘) . Finally a diploma in accounting holder. My tears and sweat are allll worth it.

Last exam for degree


Kisahnya walaupun aku masuk degree kelas face to face sewaktu last semester, examnya tetaplah online ahahah, it's an open book examination for almost every subjects tapi soalan KBAT dia boleh nangis guling guling

Tengok perarakan merdeka


Got a chance to see perarakan merdeka at ipoh. Best gila satgi kalau tua bolehla habaq kat orang yang diri kita pernah p tengok perarakan whahaha tiber sangat😭

Went to port dickson with fam


Aku rasa last aku pergi PD jalan jalan sana adalah masa kecik? Went to PD and tidoq sana 1 malam. Went to the beach, eat nice food. Overall best sebab pantainya cantik dan panjang.

My dear atok passed away


Most of my time dihabiskan dikampung bersama atokku. She passed away on her birthday. Tolong sedekah al-fatihah if you read this. 

Did my internship

Last semester degree aku adalah internship which i did from september 2022. Aku buat intern aku dekat office kilang near my house. All of them dekat office are super nice weh, cumanya part of me are quite regret sebab tak pergi intern dekat big4 hahaha 

Went to KL to jalan jalan 


Kakak aku duduk KL dah setahun masani, so aku and adik aku naiklah ets semata nak jalan KL.

Family day on december


This one is quite a highlight lah untuk 2022 sebab best and kelakar nak mampus family day belah mak akuπŸ˜­πŸ‘πŸ‘

Book i read


Untuk menajamkan minda aku, maka aku membacalah buku. 

Aku macam nak taip lebih banyak tapi seperti mulut yang kadangkala malas nak bercakap, sama jugak seperti nak menaip, malas nak explain tapi aku nak menaip. Hm faham tak? Hahahah. Aku rasa aku dah takdak skill nak menaip gamaknya. 

These are some things that happened to me in 2022 which tahun lepas sebabnya tahun lepas memang aku takda langsung menaip kat sini. I should visit and write here more often :( released la jugak stress secubit dua cubit walaupun blog ni public and anyone can get access to read it tapi ko baca jela. Kalau aku kutuk ko kat sini baru mai saman ok sebab setakatni memang aku bualkan tentang diri aku sahajer tambah tambah pasal gigi aku (read: braces muahahaha)

Thank you for reading,
Love syadiya

1 comment:

  1. Hye sis! Alhamdulillah congrats for your DIP graduation! Samalah kita sis! Habis belajar dah lama, lps pkp covid bru convo. Heeee. Anyway, saya faham sgt the perasaan nak post something tp too lazy to write hahahaha. Fighting!

    ReplyDelete

DO LIKE