Friday, 26 March 2021

Result semester 4 degree dan projek cuti sem .

 Assalamualaikum,
lama gila aku tak menaip dekat blog sebab aku malassssss sangat hahaha. 2 hari lagi dah nak start semester baru online distance learning (yeap still ODL for the third time). Makin lama soalan exam makin susah ya ala ala kemahiran berfikir aras tinggi tapi sebagai seorang student yang baik, kita kenalah berusaha semampu habis dan berdoa kepada tuhan supaya dapat dekan :')

Dan alhamdulillah aku berjaya dapat dean list lagi semester ni. Aku bersyukur sangat sangat walaupun pointer aku takdalah tinggi mana pon. Dia cam tak satisfied sangat pun for me tapi aku bersyukur. Terimakasih kepada parents, kawan kawan yang banyak tolong šŸ’–
Apa yang aku tak suka pasal odl ni sebab masih ada group assignments. I hate group assignment. Semua kena bincang pakai whatsapp, takleh nak maki maki groupmate depan depan. Hahahah tibeh.

Okay cukupla sembang pasal ODL nanti kemarahan aku makin membuak pulak. Dahla lagi 2 hari nak start ODL balik. Malasnya ya tuhan. 
Mari aku cerita, cuti semester aku start 12 Feb sampai 27 March ajaa, nampak pendek tapi aku rasa bosan nak mampus asyik asyik kdrama, tak kdrama movie. Repeatlaaa dua ni sampai rasa nak menangis. Hahaha pastu kawan aku bagi cadangan suruh aku try buat embroidery bagi hilangkan bosan.

So aku pun belilah embroidery set dekat shopee. 
Inilah hasilnya :)

First aku buat yangni dulu. Ambil masa dalam 5 hari nak siap sebab sakit belakang weh duduk lama lama menjahit benda alahni. Hahaha. Dekat set embroidery ni dia bagi sekali jenis jahitan yang kena buat and kalau aku tak faham how to stitch, aku akan straight belajar dari youtube sampai aku reti. Sebenarnya nak embroidered ni senang aja weh. Serius. Hehe. Btw gigih aku nak pakai filter instagram tapi sucknya quality. Erghhh.

Then, lepas siap yang first embroidery aku, aku take a break dalam 2 hari and baru start the second embroidery. (I bought 2 sets of embroidery). This is the result for the second embroidery:

Tadaaaaa! I try to stitch my name hahaha nampak macam ugly but its okay first try kan.


My two embroideries šŸ§µ 
Finally i have a new skill ya! Rasa best pulak bila embroidered ni sebab melatih diri supaya bersabar untuk siapkan dua benda alahni. Hahaha

Proud of myself. If i don't who will? T^T

Thanks for reading,
salam sayang, syadiya xoxo.


4 comments:

  1. congrats and goodluck semester baru.. menarik ye embroideries tu, untuk corak bunga tu buat sendiri jugak ke memang dah bagi lukisan tu.

    ReplyDelete
  2. Tahniahhhh! And goodluck for your new semester :)
    Cantikkkkk embroideries tuuuuu.

    ReplyDelete
  3. cantiknyaa embroideries tuu!

    ReplyDelete

DO LIKE