Saturday, 2 January 2021

BRACES PART 12: cabut dua batang gigi bawah + tips berhentikan darah

 Assalamualaikum,

Hi semua! Selamat tahun baru 2021! Curi masa kejap nak update pasal cabut dua batang gigi bawah on 19/12/2020. Nak dekat 2 minggu jugaklah aku dah nyahkan gigi bawah aku. Wahahaha. So cerita dia camni, kenapa aku cabut 2 batang gigi bawah after dah near 4 tahun pakai braces kan? Ni semua sebab aku selalu tangguh masa. Hahaha aku memang taknak cabut so aku duk buat rehearsal mengelak ngelak setiap kali dentist suruh cabut. Contoh:


Dentist : Okay awak kena cabut gigi bawahni. Saya cabut harini jugak boleh?

Me: Eh takbolehh saya banyak tests mingguni

Dentist: Kalau macamtu nanti free awak datang. Jangan lupa whatsapp klinik dulu

Me: Okay


Lepastu berminggu minggu laa aku malas sangat nak cabut. Sampai aku rasa macam "ala nanti kena cabut jugak. Better sekarang aku cabut sebab nanti lagi busy dengan macam macam assignments."

 So alhamdulillah aku berjaya cabut dua batang gigi bawah aku:')

Rating kesakitan: 4/10 sahaja.

 Senang cakap, ada ulser lagi sakit😂 Cabut gigi bawah sebenarnya tak sesakit cabut gigi atas. Cabut gigi atas sakit sangat. Pastu cabut gigi bawah ni, aku sangat bangga dengan diri aku sebab klinik bagi 6 pil ubat tahan sakit, and i just ate one!! So memang bearable lah sakit tu. Aku tak ingatlah braces part berapa yang aku cerita pasal aku cabut gigi atas, tapi memang merana kalau ingat cabut gigi atas. Whaha

Cabut gigi bawah punya experience:

🌼 Dentist cucuk ubat kebas dengan kelembutan so masa cucuk pun tak sakit sangat

🌼 Kebas lepas cucuk tahan lama dalam 2 jam or more so i don't feel the pain.

🌼 Darah berhenti cepat jugak. Cabut pukul 2, pukul 5 dah berhenti :D If you read my previous post pasal cabut gigi atas, darah aku tak berhenti sampai esok hari ya. So aku sangat takut kalau gigi bawah pun darah lambat berhenti.

🌼 Only take satu pil ubat tahan sakit sebab the pain is bearable

🌼 Disebabkan kebas sangat, aku tak sedar darah+air liur dah bercucuran meleleh terkena mask 😂


Okay ni pulak TIPS nak berhentikan darah secara cepat. Kawan aku student dentist so dia banyak bagi tips dekat aku (shout out to Alisya ❤️)  and it really works ya! Im happy ! Hahaha

1. Lepas cabut tu, aku terus letak ais supaya nanti tak rasa terlalu bengkak

2. Jangan gigit gauze (kapas) kuat sangat nanti dia akan disrupt blood clot and nanti lagi lambat sembuh

3. Jangan fikir sakit too much sebab nanti badan kita pun akan ikut sakit so natijahnya lagi lambat sembuh jugak

4. Makan aiskrim macam mcflurry or aiskrim vanilla but  i didnt have ice cream masani so aku banyak minum air ais. Punnn really help jugak hehe

5. Jangan makan makanan panas panas. Makan yang sejuk sejuk aja ya

6. Jangan makan makanan yang keras. Makan makanan lembut lembut macam bubur.

7. Jangan minum pakai straw

8. Kalau nak tidur, teruskan letak kapas and letak towel kecik bawah leher waktu tidur sebab takut ada darah+ayaq lioq tumpah. Hahaha

InshaaAllah darah akan berhenti cepat. Anyway cabut gigi mana je yang rasa selesa kan? Mesti akan rasa tak selesa. Nak cantik kenalah tahan. Wahh gituuu. Hahaha. 

By the way masuk 2021 ni nak dekat 4 tahun aku pakai braces :) Gigi aku lambat gerak sebab aku jarang sangat pergi appoinment. BUT i still and always enjoy wearing braces 💖 

Terimalah GIF saya dan kakak bersama my rata teeth :D (tapi still jongang wahaha)

Thanks for reading :) Salam sayang, syadiya xoxo.


Read more about braces:


9 comments:

DO LIKE