Monday, 16 January 2017

Fav Things Dulu dan Sekarang.Maybe?

Assalamualaikum,
dalam bilik aku memangla banyak benda tapi aku rasa benda benda ni je yang pernah jadi favourite aku.

1)Pendrive macam kunci rumah (ke kunci hati)


Aku guna pendrive ni kerap sangat.Masa sekolah je la.5 hari pegi sekolah,ada 3 kali aku guna sebab aku budak ICT.Takdak benda ni teriak la sebab segala kerja kursus ICT dalam ni.Kalau hilang pun mintakla tuan ehsan kawan kata nak tiru kerja kursus =P  Pastu pendrive ni pun salah satu kunci kejayaan aku meloloskan diri pergi makmal ICT.Konon bagitau cikgu yang masuk waktu PJ,"saya nak pergi makmal ICT (sambil tunjuk pendrive) kerja kursus tak siap"padahal tuhan ja tau aku buat apa.Haha! 

2)Tabung Kid & Cash


Dah peram tabung ni 5 tahun dah.Wohooo.Aku dapat tabung ni masa pergi pertandingan Kid & Cash peringkat kebangsaan.Ntahla permainan dia tak adil -_- So aku rasa negeri aku tak kalah.Dulu tabung ni pernah penuh but yaa,hostel make it decrease!Duk bawak keluaq nak call orang.Bagi tabung lain pun,aku asek isi tabung ni satu ja.Takdak nak isi tabung lain.Rasa tak da hati la nak isi tabung lain u.u.Zaman bebudak sangat dengan tulis nama besar besar "Syadiya" pastu pelekat gambar tree tu daripada stokin baru beli (maybe masa awal persekolahan?entah dah lupa)Lepastu ada salotape.Salotape masa nak balut buku sekolah.Tumpang dekat tabung.Rindu sekolah la camni T^T

3)Box Muffin Letak Brooch 


Got this dari Mr DIY.Berapa hengget ntah sebab kecik sangat.Paling sadis kalau aku dah kelepek tudung elok elok dah,pastu nak ambik brooch and suddenly,box ni terlupa nak bukak! Kalau aku lepas tudung aku japgi tak lawa dahhh.Last last terpaksa la guna gigi bukak benda ni.Lawaqqq sangat.Box ni besi.Tu susah sikit nak bukak.Tapi sesuai nak bawak gi travel/jenjalan.Kecik je tapi tak sekecik hati saya pada awak.(Dah kenapa?)

4)Kapal terbang Kayu Kayan Buat Sendiri


Ni paling favourite sangat sangat!Dulu kan aku pernah berangan nak jadi pilot,pastu tengok tengok kakak and mak aku belikan aku kayu ni.Buat sendiri.Kena pecahkan,tulis number pastu cantumkan.Mula mula kakak aku la,dia dapat gift kayu macamni tapi bentuk zirafah.Tak lama tu aku teringin sangat,tetengok mak and kakak beli.Dekat pasar karat ipoh.Haritu pergi ada tapi tak berkenan sangat.

Pastu..Haritu sepupu aku kecik lagi umur 7 tahun datang,namanya Adip.Masuk bilik aku terus gapai benda ni.Ah sudahh T^T Adip ni kalau dia pegang satu benda tu,he really mean to have it!Tapi dia bukanlah ngamuk sangat kalau nak.Tapi kan aku sayang benda ni,wajibbul ghunnah la aku takkan bagi! Haippp.Pastu kali kedua dia datang rumah,masuk bilik still dia tengok benda ni.Kesian la pulak.Nanti baru nak bagi dia.Bye aeroplane.Pecah hatiku.

Atas aeroplane ni tetiba dia bawak barang secara pukal pulakk-- Bukan apa,aku mengemas,pastu aeroplane ni jatuh.Pelagi bederai la dia jatuh.Malas cantum balik (tak sebenarnya susah nak cantum) letak jela atas dia.Dia pun perlukan passenger jugak=)  

Ok thats all! salam sayang,syadiya.xx

2 comments:

  1. nice memories...
    Tedi follow \(^o^)/

    ReplyDelete
  2. Fav things dulu dulu patung kertas :)

    spitoutkata.blogspot.com

    ReplyDelete