Tuesday, 13 October 2015

DIY:Flower Crown

Assamualaikum,
Rasa lama pulak aku menghilangkan diri akibat daripada didusta oleh sekolah yang mengatakan exam akan berlangsung pada 19hb.Sadis bukan?Saya sebenarnya sedang mencuba untuk mengarang ayat yang puitis untuk matapelajaran Bahasa Melayu.Kekekeke .Takda maknanya! Hahaha.Dengar dengar cerita exam 26hb.Main tukar tukar pulak kalini =') .Jadi,aku bolehla makan kopok goyang kaki lagi padahal dah siap sedia beli nescafe nak baca buku sampai 2,3 pagi.Gelojoh gila ang tau tak.Tapi sebab exam pun lambat lagi,entry dekat blog pulak macam bila baca asyik benda sama je,so aku decide buat entry baru.

Macam yang kita tahu,anak anak remaja sampailah yang kecik cinonet baru 9 bulan pun mak bapak luar sana sibuk sangat excited terlebih nak bagi anak pakai flower crown.Tak pun headband kan!Termasuklah aku.kekeke.Paling tak boleh belah,haritu aku pergi Pasar Kemboja(Parit Buntar) dengan kakak aku,lepastu ada sorang perempuan dalam umur 18+ camtu aaa,boleh pulak berjalan di sekitar pasaq kemboja memakai flowercrown.Orang tengok pun macam misteri gakla pompuan ni kan sebab nak tayang kat mat mat kemboja yang jual atau bagaimana?

Selalunya flower crown ni gilrs out there pakai masa pergi event je aku rasa.Hari Perempuan Sedunia ke,majlis kawen ke nak selfie ke...(aku sangat).Sebenarnya nak buat flower crown ni modalnya tak banyak mana pun.Senang cakap reasonable and affordable kalau buat sendiri. Jadi,harini aku nak tunjuk cara cara buat flower crown do it yourself! Atau omputih singkatkan jadi DIY kan.

Bahan bahan:

Ya serius,hanya menggunakan 4 perkakasan sahaja kita boleh menyangkut bunga bunga yang indah di atas kepala.Kemaihhh gilaa.Hiks.
#1 Dawai lembut.Gunakan 6 sahaja ya.Kalau nak lagi keras boleh tambah 8 atau 10.Atau boleh jugak guna dawai jenis sama yang lagi keras sikit.(Sebab tu aku paint merah dekat dawai tu ) .Dua pun dah cukup kalau keras ni.Tapi macam biasa,susah gila bak ang nak lentoqkan.So aku sarankan guna yang lembut.Warna dawai kalau silver pun boleh. 

#2 Bunga plastik.Beli mengikut kesesuaian.Kalau nak buat flower crown penuh bunga beli lah banyak sikit.Kalau rasa nak guna kejap,pastu duduk pulak dekat Cameron,guna jeler bunga betul yang fresh.Tapi kalau esok tu layu padan muka engko ler.Kakakaka.

 #3 Sellotape. Guna yang jenis ala-ala untuk gulung bunga telur tu.Warna ikut citarasa sebab selalunya kedai bunga jual warna putih dengan hijau.

#4 Gunting.Ni perkara wajib sebab nanti kalau takda gunting macammana nak buat semua benda termasuklah mengerat bunga plastik.Kalau rasa gunting takda aku decide engko guna sahaja gigi.ekekek.

Cara cara:

1)Gunakan tiga dawai lembut tadi.

2)Buat ikatan macam dendan atau kalau malas sangat ko simpul simpul je.Sama je.Tapi kalau nak nampak lebih kemas buat dendan =) sehingga habis.

3)Lepas dah buat satu dendanan,buat lagi satu.Sama macam sebelum ni.Jadi,dendadan nanti ada dua.

4)Sambungkan dua dendanan tadi hujung hujung sekali.Dua dua belah tau.

5)And lastly,dapatlah macamni .Keadaan "gelung" flower crown ni lembut tau. .Jadi kalau nak keras gunakan dawai keras tadi.

Asas flower crown dah siap! Lets turn to cara letakkan bunga dekat "gelung" flower crown tadi =)

6)Potongkan bunga tadi.Jangan main petik ala-ala strwaberi pulak.Gunting ya.Bukan petik.Gunting ikut kesesuaian. Masa nilah gunting berfungsi.Cuba bayang kalau guna gigi...

7)Lepas dah gunting,dapatlah bunga bunga dan daun daun seperti ini.Kalau taknak guna daun ala ala rumpai macam aku guna ni takpayah guna.Ikut citarasa.Ubah mana patut ya.

8)Gunakan sellotape tadi .Potong sikit ikut kesesuaian.Dan belitkan pada bunga.Make sure bunga tu dah rapi rapi dekat "gelung" flower crown.Belit sehingga ketat dan memuaskan diri sendiri.Step seterusnya,sambung sahaja sampai lengkap ko punya flower crown. Macam aku cakap,nak penuh atau tak penuh flower crown tu ikut diri sendiri.

9)Hasilnyaaa!Maaf separuh je sebab malas ok masani.Haha!

Kalau yang malas nak buat,boleh pm aku untuk flower crown ikut citarasa masing masing(syadiyasafiah@gmail.com).Ni je yang aku dapat kongsikan sepanjang menjadi seorang remaja pompuan yang masih muda =') sobs.

Salam sayang,syadiya.








2 comments: