Saturday, 24 October 2015

Dah Berbuah!

Assalamualaikum,
Ada haritu aku cerita pasal aku tolong mak aku menanam anak anak pokok cabai dan pokok anthurium.Kalau nak baca boleh rujuk post ini 
Kenapa DIY? Haruslah kerana aku ada selitkan cara cara menanam.Okay ini agak poyo gila tapi kenyataan yang harus anda terima adalah sekarang dan detik ini pokok cabai aku (bila dah tumbuh pandai pulak kau cakap pokok tu pokok kau ya syadiya.ihik) telah berbuah! Omomo saya amatlah teruja okay teman teman =')
Dekat entri yang aku buat,komen sangat menggalakkan apatah lagi aku masih muda dan mempunyai semangat yang tinggi nak menanam.Kekeke kemain tau puji diri sendiri aku ni.Padahal pada mulanya aku telah dipaksa dengan kejam oleh mak aku.Takdalah kejam mana,saja je buat ayat cam mak aku paksa kalau boleh kejam tu nak tipu sampai mak aku paksa rotan aku.Haha!
Ada seorang blogger nama "adaa" komen cakap rajin rajinlah cakap dengan pokok.Pastu abah aku pun cakap macamtu.Aku pun macam ek betulke ekkk japgi orang cakap aku gila tapi blogger tu dah warning jangan bagi orang nampak.Kekeke.Tapi pokok cabai ni berbuah dengan lebatnya adakah sebab ada sesiapa yang bercakap dengan dia?
Takkan mak kut?Takkan adik aku?Syafi ? Atau wiwin? Atau lebih pasti Abah?Sebab pokok ni mak aku rajin tanam je.Yang rajin untuk menyiramnya adalah abah aku.Nampak tak co-operate disitu?Sweet angat family ite ni.
Macammana la aku tak teruja tengok cabai ni berbuah.Rasa macam akulah remaja perempuan yang power daripada remaja perempuan lain yang suka tidur.(padahal petang petang sebenarnya aku tidur gak.Kruhhh)
Rasa cepat sangat pokok cabai ni berbuah.Masa tanam haritu 11 September, sekarang dah 24 Oktober.Ambil masa dalam sebulan la dia tumbuh.Kalau ko cakap "ek eleh,lambat aaa tu",ko gila.Nak tau kenapa?Sebab ko pun tak pernah tanam nak cakap lambat.Emo pulak kan =')

Aku ni duk meng agak sekarang pokok cabai ni tumbuh cepat sebab tanah belakang rumah yang digunakan.Kutla kat situ sebelum guna ada kambing mana datang menyahtinjah disitu dulu.Tak pun burung burung merpati kat sini yang banyak dah melabur aset disitu jugak?Takpalah cabai,kami sekeluarga makan engkau seadanya.Kekeke.

Kun fayakun.dan Dia berfirman:Jadilah,maka jadilah ia.

Salam sayang,syadiya.


2 comments: