Wednesday 12 August 2015

Tabung dan Menabung

Assalamualaikum,
Macam yang kita semua tahu, tabung dan manusia adalah elemen yang amat penting untuk menghidupkan perkataan menabung . Eh betullah kan? Hahaha kalau takda diri kau, macammana tabung tu nak terisi ?  Aku seorang manusia yang amat kedekut. Kalau boleh , aku akan cari bawah meja, kerusi , tepi peti ais, dalam kabinet duit duit syiling . Tak kira jumlahnya 10 sen, 20 sen atau 50 sen bahkan 5 sen jugak aku kutip ok! HAHAHA.

Aku dah terbiasa dibesarkan dengan ayat "dik , jangan lupa menabung" . Selalunya mak aku yang akan cakap macamni. Tapi entah perangai cermat mana aku pungut sampai kalau dekat kantin beli air. Mesti dah target "okay 50 sen ni bawak balik letak tabung" . Teruknya perangai aku. Jadi , takda istilah untuk aku beli makanan lebih atau apa. Lagipun iols bawak bekal. Sebab bagi aku masakan kantin tu amatlah tak sedap. (nak kutuk makcik kantin masak tak sedap)

Selalunya aku akan menabung duit duit syiling sahaja sebab duit kertas ni payah sikit nak simpan sebab aku akan bolot beli ais blender dan segala macam bila balik sekolah atau lebih tepat bila pergi shopping kompleks. Nampak sekecil kecil benda contohnya rm3 tapi tak sangka duit yang sikit tu menyebabkan penyimpanan duit tabung ringgit aku dimamah mamah ! Jadi, senang cerita simpan duit syiling sahaja. Ya, mesti si pembaca  menyoal ,(ntah sapa nak baca sadis ja) nampakke hasilnya? EM, memang hasilnya susah nak nampak dan mengambil masa setengah tahun okay! Tapi kalau kau jenis yang kedekut tak pernah beli apa memang akan berbukit bukit bergunung ganangla duitnya.

Selalunya aku dalam 6 bulan akan pergi tukar duit syiling sama ada di KOOP sekolah yang selalu buat announcement "kepada pelajar yang mempunyai duit syiling, anda boleh tukar di koperasi" or sometimes pergi jala tukar dekat kedai runcit . Minggu lepas aku tukar dapat rm40 ok! Aku rasa dah cukup hebat sebab tak semua orang mampu nak tukar duit syiling hasil titik peluh badan telinga kaki tangan . Tambah lagi budak sekolah menengah macam aku yang ada ada ja nak buat dengan duit syiling. Contohya, terdetik nak beli aiskrim tapi sayang duit ringgit maka si mangsa adalah duit syiling.

PERLUKE MENABUNG?
Kalau ditanya orang yang kedekut macam aku, aku akan jawab YA ! SANGAT PERLU! Sebab banyak manfaat. Antaranya, takpayah dah susahkan mak bapak nak beli barang yang kau nak. Tambah lagi ayat cliche yang berbunyi"mak, kalau kakak dapat nombor satu kakak nak telefon tau" . Apa kata kita cuba sendiri ? Dan, duit tabung ni boleh masukkan dalam akaun bank kalau taknak guna. Dapat jugak menampung perbelanjaan bila dah sambung belajar bila kau ambil PTPTN . ekekekeke.

Kadang kadang, amalan menabung ni base on family kitalah. Kalau family jenis yang tak menabung , mcammana kita nak menabung kan? Family aku jenis yang memang selalunya aku nampak je tabung kat ceruk mana mana termasuklah dalam bilik aku. Sebelum keluar pegi mana mana tu masukkanlah sikit ok ? Dan kalau nak pergi tukar duit tabung tu, tetapkanlah matlamat apa duit tabung tu ditukar ! Jangan pulak tukar duit tabung padahal beli jajan (coklat) ja lebih. Haritu aku tukar nak beli kasut sneakers, second pulak aku beli baju . Jadi kalau nak tukar duit tabung tu pastikan beli barang yang tahan lama, kalau macam jajan tu memang sudah terang lagi bersuluhler tak tahan lama.



Konklusinya,buatlah amalan jimat cermat ni walaupun kau dah kaya sebab manatahu kita jatuh miskin ada gak duit syiling berbaki . Ekkeekeke.
Salam sayang, Syadiya.

_____________________________________________________________________
8SHARE:
Selain menabung, budak sekolah macam aku jugak boleh tambah duit poket dengan menggunakan 8share. Memang senang, orang klik je kita boleh dapat duit . Memang tak banyak tapi yaa inshaaAllah kalau rezki berkepukla duit dalam 8share .

Kalau nak sign up boleh TEKAN SINI. Paling penting duit ni boleh dicash out bila dah sampai rm50 ! Selamat mencuba :) Kalau taktahu step nya macamana, boleh tanya Mr Google tentang tutorial 8Share ni .
Contact lens : Selalunya si pemakai kanta lekap yang baru sahaja memakainya tak tahu mana satu belah kiri dan kanan ataupun keliru kerana selalunya mata  akan sakit dan pedih jika tersilap belah kanan dan kirinya. Jadi , kalau nak tahu cara untuk mengetahui belah kiri atau kanan boleh KLIK SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut .Senang cerita, kalau dengan satu klik sahaja dan membaca isi isinya  , kita boleh mempercepatkan urusan seharian bila dah lambat sangat pergi kerja atau bila dah nak fade up sebab mata sakit. Ok toodles !


3 comments:

  1. bagusnya amalkan menabung.. semoga terus menabung ea.. ^_^

    ReplyDelete
  2. menabung sgt2 digalakkan lbh2 lagi zaman skrg nii...dlm keadaan ekonomi skrgg ni kan.hehe..

    ReplyDelete
  3. bagus sangat amalan menabung ni tiyy ya, satu hari nanti kita akan memerlukan juga, singgah malam ke sini dari anajingga.com

    ReplyDelete

DO LIKE