Sunday, 16 August 2015

Medan ,Indonesia (2014) PART 1

Assalamualaikum,
Aku ni jenis manusia biasa yang taklah boleh ingat semua benda. Kadang selalu lupa gak apa yang jadi seperti password password yang berlungguk (ig,facebook,twitter dll) . Jadi, selalunya password password dan emel emel sedemikian aku akan tulis dalam private book la. Mana boleh letak merata . Mampus aku. Haha. Jadi, kalini aku nak share pasal aku pergi bercuti . Dengan siapa? Eh aku bawah umur mestilah pergi dengan family!

Actually, percutian ke medan ni memang dah ditempah awal. Ada dalam 6 bulan sebelum pergi (tak silap aku) ini untuk mengelakkan harga tiket yang mahal apabila ditempah lambat dan sure lah harga tiket kami semua murah. (anda perlu tahu ini okay) Jadi taklah rasa macam dihambat pilu bila kau kena harga mahal tapi aku takpun padahal tempat yang dituju adalah sama.

Kami ke medan pada 1 disember hingga 4 disember (4 hari 3 malam) pada 2014. Ya, tahun lepas .Macam aku cakap, manusia ni zahirnya pelupa, so aku buatlah sedikit coret coretan di belog ini. Penerbangan kami adalah pada pukul 9 30 pagi gitula(dah lupa) .Jadi nak ke KLIA tu mestilah pagi pagi buta . Tidur dulu sementara sampai adalah perkara utama. Setelah masuk ke balai berlepas , mestilah kena menunggu berdetik detik lamanya . Masani pun aku buat taik mata lagi. Nak menunggu bukan sekejap. Dengan kapal terbang nak diselenggara lagi. Tapi kalau tak nak bosan, silalah bawa bahan bacaan atau cas bateri fon anda hingga penuh untuk berwhtsapp/wechat sebab nanti sampai ke luar negara line maxis/digi/celcom tidak boleh dirodok dimana mana. Kecuali kalau kedai kedai yang anda kunjungi tu memang ada wifi yang tak bersangkut paut dengan your maxis/digi/celcom.
Mukadimah sebelum berlepas ke negara orang lain haruslah berjela okay.Kuikui. Jadi setelah berliur basi menunggu kapal terbang siap sedia untuk membawa penumpang, kami pun masuk ke dalam perutnya.Masa yang diambil untuk ke medan tak sampai sejam pun . Ye aku tak tipu. Dalam 45 minit sahaja, kau boleh melihat negara asing. Hebat bukan encik pilot yang handsome ? Tak maksud aku, hebat bukan kapal terbang ? Ekekeke.

Setelah dicop segala bagai dan mengisi borang yang berkenaan untuk memasuki negara joko widodo , kami terpaksa mencari seorang lelaki iaitu tourist guide kami . Alhamdulillah, tak lama mana pun sebab abang yang kami panggil Kiki (nama macam nak gelak je) tu dah bersiap sedia memegang kertas bertulis "Encik Anuar , Parit Buntar" . Lepas dah jumpa dia, terus ke kereta yang dibawa oleh Kiki dan tempat pertama yang dituju adalah Danau Toba! Okay kalini ingatan aku dah kuat sikit bab ke Danau Toba.Pernah dengar tak Danau Toba ? Alah tv3 cerita dongeng yang jum relaks tu ada satu episod pasal Danau Toba . Kiki bagitau, Danau Toba ni terkenal sebab tasik(danau) dan juga sebab ada batu tergantung. Sebelum ke Danau toba, kami telah berhenti makan untuk mengisi peruts (sebab ramai) yang dah berbunyi.

Disebabkan restoran tu macam canggih aje, jadi try trylah buat muka taktau malu seumur hidup minta password wifi. Alangkah bertuahnya sebab memang ada wifi! Hahaha. Apalagi, updatelah dimana mana bahawa "i arrived" . (bajet je padahal lepastu blah dari kedai termenung jugak sebab internet tak ada. Ekekeke)

 

Masa yang diambil untuk ke Danau Toba adalah 6 jam ye teman teman.Jadi,Kiki ajak kami berhenti sebelum sampai. Sebab pemandangan kat sini memang cantik. Lepas dah rasa segala sendi cergas dan mampu bergerak dengan sempurna, kami meneruskan perjalananan ke Danau Toba.Masa ni tak silap aku sikit ja lagi nak sampai . Itupun macam nak menangis dah duduk dalam kereta T^T

Setelah setengah jam, kami pun sampai ke Danau Toba pada waktu petang.Untuk pengetahuan semua, suhu di Danau Toba adalah seperti di Cameron Highlands . Sejuk dan nyaman. Kami decide untuk menyewa bilik yang murah sebab alahhh bermalam di sini sehari sahaja dan esoknya akan ke bandar besar iaitu Medan. Ditambah lagi , bilik yang kami sewa ini bila bukak je pintu terus nampak tasik dan pemandangan yang memang sedap mata memandang tau! 











Bila sekilas pandang dah macam pantai sahaja, adik adik aku mulalah terjun bermandi manda. Dan yang paling penting, bukan sahaja mereka, malah aku dan kakak aku yang merasa peluang sekali ini harus dihargai so we decided nak mandi jugak T^T hahahaha. Tengah tengah seronok berendam, satu bapak datang dekat kami dan tanya "dik, mau bandalam ngak?" yang kami ni mereput menganga taktahu bandalam tu apa padahal bandalam tu pelampung! Hahaha. Okay you should know this. Hahaha.Harga pelampung yang disewa adalah rm3-rm5 (pelupa) tapi yang pasti berpatutan sebab tasik je kut . Dah puas bermesra bersama tasik Toba yang pernah ditonton ditv3 (kisah dongeng jom relaks) maka kami pun naiklah. Mengigil sejuk okay dah nama pun suhu Cameron Highlands! Kuikui.




Selepas itu, kami berjalan jalan di sekitar Danau Toba membeli dan mencuci mata sambil menghirup udara yang segar . Masa ni aku tak habiskan duit yang banyak sebab aku beli seluar satu dengan baju satu. Rasa menyesal sebabnya kat Medan bukan ada apa sangat . Sedih sangat. Rasa nak datang lagi weh. Masa ni jugak, kami decide nak naik bot/feri bersiar siar sekitar Danau Toba. Tapi nasib badan ni tak untung semua, sebab that day bot/feri tak ada . Huwaa. Next time datang lagi inshaaAllah jika berkesempatan.

Disebabkan tekak pun masing masing dah kering, maka kami pun pergilah ke kedai makan untuk basahkan tekak masing masing. Masa nilah kena tipu bila order air wartel (lobak) tapi harganya mencecah rm15 secawan. Jadi, siapa yang nak pergi tu hati hati ok!  Dan setelah hari dah nak menginjak ke senja, kami pun pulang ke bilik yang dah disewa untuk berehat.Malam pulak, hujan mencurah dengan lebat gamaknya dan ofkos ler perut pun dah makin lapar maka yang pergi beli makanan hanya Abah aku dan Kiki sahaja. Dapat dapat makanan pulak nasiknya punyalah banyak. Inilah dinamakan rezki diwaktu hujan. Jadi, malam berkenaan kami semua tak pergi mana cuma lay on bed jelah .

Esoknya, pagi pagi lah dah bersiap nak bertolak ke Medan. Tupun sempat lagi adik adik aku berendam dalam danau(tasik) . Sebelum bertolak, mestilah ada sesi tangkap gambar yang tak berjemaah.Yang pastinya ,paling sikit gambar hakulah! Gambar siapa lagi. Sebabtu menjadi photographer ini bernasib malang T^T Hahaha.



Oh ya, semasa otw ke medan, kami sempat singgah ke Taman Buaya dan juga Istana Maimun. Dan sebab entry kalini dah berjela, aku akan sambung pada entry entry yang seterusnya. Okay toodles ! ;)

Salam sayang ,Syadiya.

7 comments:

  1. Anda atau saudara mara menghidap kanser? Ikuti tips menarik disini Rawatan Awal Kanser

    ReplyDelete
  2. wah bestnya adik ke sana, kakak lama sdh mau ke sana tp belum ada rezeki :)

    ReplyDelete
  3. wah bestnya adik ke sana, kakak lama sdh mau ke sana tp belum ada rezeki :)

    ReplyDelete
  4. wah.bestnya pergi bercuti..
    seronokkan pergi dgn family :)

    ReplyDelete
  5. Seronoknya dpt p holiday... harap2 dpt ke sana jugak nt ;)

    ReplyDelete