Friday, 14 August 2015

About Me

Assalamualaikum,
disebabkan aku ni dikira seorang yang misteri tak pernah bercerita tentang siapa aku , dan senang cakap blogger lain anggap aku ni new blogger padahal aku dah menceburkan diri dalam dunia blog ni since aku darjah 6 (2011)lagi weh T^T .Jadi tanpa membuang saat saat yang sedang berjalan , aku nak jugaklah share 20 facts ke apa tapi yang pastinya pasal aku . 

#1 Nama adik beradik aku semua start dengan "Sya" (Syaza,Syadiya,Syafi,Syafa)

#2 Pembenci tegar cicak no satu dalam dunia. Dengar dia berbunyi bunyi pun bulu roma aku meremang . Kalau dia muncul aku menjerit. Eekekeke.

#3 My parents is a teacher. Mak aku cikgu sains tapi aku langsung tak minat sains ok. Pt3 result sains aku umpama kau jatuh gaung. Fikirlah gred apa ya. HAHAHA. Abah aku cikgu matematik dan aku seorang yang sangat meminati matematik.Mengira umpama jentik jentik ja bagi aku. Pt3 math aku taklah A tapi B . Sebab macam aku cakap ko ingat senang ke pt3.

#4 Bercita cita nak jadi pilot. Tapi rasanya tak jadi dah kut. So cita cita kedua nak jadi cikgu matematik. Cita cita ketiga nak jadi akauntan sebab aku ambil akaun.

#5 Garang, selalu menjerit, kuat marah. Bab menjerit ni selalu dipesan oleh mak abah begini ya "jangan menjerit kalau pergi mana mana" em sedih . Nak buat cane.

#6 Seorang yang jimat cermat (kedekut) untuk menghadapi dugaan masa hadapan ok. kuikui

#7 Tak pernah gemuk walaupun makan banyak gila . weh serius aku makan banyak gila. Tapi berat lagi turun.

#8 Suka menyanyi dan mestilah dalam hati selalu puji suara aku sedap . Kalau nak dengar aku nyanyi silalah follow ig saya ya : syadiyakhairul . Lepastu ko boleh kritik dan aku sudi mendengar segala cacian T^T

#9 Talkative sangat. Kalau rasa pendiam, jangan bersembang dengan aku. Tapi bestfriend aku adalah orang yang pendiam ntah macammana boleh bestfriend. Mungkin camaraderie kami ni tinggi. (Pikah)

#10 Sangat sangat tak suka tengok tv. Ya, sangat taksuka. Dengar lagu pun taksuka. Tambah lagi dengar orang menyanyi. (aku nyanyi takpee) Hahaha.

#11 Suka membaca.Selalunya beli mastika la sebab baca pasal benda feliks.Juga surat khabar, tak kisah surat khabar tu dua hari lepas atau seminggu lepas. Eh berita baru gakkan ?  Ekeke. Dan kadangkala novel. Tapi novel cinta sekarangni malas dah nak baca. Cliche . Mak bapak asyik suruh kawen dengan pilihan depa. Padahal zaman moden sekarang satu dalam sejuta uols.

#12
Bila bersembang sahaja aku jadi talkative . Tapi bila belajar aku akan jadi pendiam dan mata straight tengok cikgu (walaupun cikgu tu suara perlahan) . Orang duduk sebelah aku adalah Una dan Hawa. Kalau depa sembang aku suruh diam. Tak diam luku.

#13 Pernah buat tiga blog. Lagi dua tak ingat password. Link dirahsiakan kerana ayat ayat di dalam blog itu semua mashaaAllah.

#14 Selalu try buat cake/cupcake tapi tak pernah jadi. Pity me.

#15 Selalu tulis puisi dalam buku . Tapi kakak aku selalu curi curi baca dan minta ayat ayat puisi .

#16 Dulu pernah nak jadi photographer tapi rasa tak seronok sebab nanti bila tangkap gambar orang je gambar aku pulak yang sikit :b

#17
Cucu kesayangan atok dengan arwah tokwan . Sebab dari kecik melompat , berenang parit depan rumah sampai tak mau balik nyorok dekat sebelah rumah atok iaitu rumah maklong . Ekekeke

#18 Mempunyai seorang abah yang sangat baik ya . Tak pernah cakap takboleh kalau nak pergi mana mana. Sanggup hantarkan dan sanggup ambil.

#19
Mempunyai seorang emak yang dah habis sambung belajar tapi kalau konvo mak takmau pergi dia cakap dah tua tua buat apa pergi. Kuikui

#20 Pada asalnya nama aku tak ada maksud tapi bila selidik secara detail lagi menggunakan kanta, baru kutahu maksud nama aku adalah "alunan suci" (Syadiya Safiah)

Okay tuje. Toodles!


                                               Salam sayang, Syadiya . 

3 comments:

  1. Seindah nama dan maksudnya..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. hi selamat berkenalan sya... hik3x.. fact no7... wawawa.. bestnya klu dpt cmtu jgk aih!

    ReplyDelete
  3. Hey that's me

    ReplyDelete