Monday 10 February 2020

BRACES PART 10: tarik gigi lapis

Assalamualaikum,
dah 8 hari aku tak update blog sebab aku demam hahaha. Aku dah demam 6 hari harini. Naknak kadang kadang waktu siang aku elok ja aktif, tapi datang malammm, terus demam tu attacked aku weh😭nampak macam aku menipu kan tetiba siang sihat malam demam? Kenyataannya tidak ye, aku dah search dekat pakcik google, rupanya ada demam malam :') jangan risau aku dah gi klinik cuma entahla nakk. Kalau tak baik jugak aku nak g hospital. Ni pun aku rasa panas panas badan lagi. Tapi aku gagahkan jugak cerita pasal braces. Sebab views aku untuk braces paling tinggi :P sksksk gurauu.

Okay yay dah cukup satu perenggan pasal demam. Hahaha ok jum sambung pasal braces. Kisahnya aku dah 7 bulan tak pergi jumpa doc braces aku. Ya weh, 7 BULAN. Hampa tak salah baca tau. Memang 7 bulan dah aku tak p appointment braces. Bukan aku sengaja nak mengelak pergi appointment braces, tapi tarikh yang doktor set kan aku untuk jumpa dia tu yang bermasalah.

Tarikh okkk bermasalah, bukan aku🙄 Konfiden kan aku menyalahkan tarikh? Kalau tarikh adalah manusia mesti dia pukul aku sebab salahkan dia. Hahaha. Ye, aku ada problem dengan tarikh. Contoh kan, klinik tu whatsapp aku:

Situation 1

Klinik gigi: awak ada appointment on this date blablabla

Me: oh saya ada test dekat U. Tukar tarikh boleh?

Klinik gigi: maaf doktor ada tarikh ni saja

Situation 2

Klinik gigi: awak ada appointment on this date yadayadayada

Me: saya final exam. Boleh bagi tarikh lain?

Klinik gigi: tarikh ni ja available

Nampak sama ke situasi ni? Tapi tidak okeh 😂

 Daripada aku annoying 50% dekat klinik gigi aku ni, terus annoying aku naik jadi 80% tau sebab dia takda tarikh lain nak bagi. Ini jugak menyebabkan gigi aku sebagai "a loser" sebab adik aku yang pakai braces kat hospital kerajaan dah rata ye gigi beliau. 

Masuk bulan 3 ni dah 3 tahun aku pakai braces, jadi untuk tak menjadi loser, aku dengan jayanya telah berjaya menarik (erti kata lain: tarik gigi) gigi aku! Hehehe. Kisah dia aku ada gigi lapis, ada gigi taring dan paling penting ada gigi berserabut dulu senang cerita. Kahkah. Tapi disebabkan mak aku baik, dia bagila aku pakai braces kat swasta after habis spm. Lagipun, hospital kerajaan tak ambil non student pakai braces. 

So, aku dah berjaya menyah-belahkan gigi taring aku dan gigi berserabut aku tu. Cuma gigi lapis aku ja belum tarik. Bila gigi lapis ni tak tarik, ia menyebabkan senyuman aku sangat sangat sangat buruk (For me lah, i don't know how others look at me)

So memang takla aku nak senyum nampak gigi. Then, after nak dekat 3 years pakai braces, on 9 Feb 2020, barulahh doktor tu "kasihan" melihat aku, maka dia pun tarik gigi aku. Hahaha sorryla doktor tu tak kesian pun kat aku, it's her job untuk tarik gigi aku pun kan. Tahpapetah aku🙄


Nampak tak yang aku bulatkan merah tulah proses besi berkenaan sedang gigih tarik gigi aku. Kalau nampak benda lain minta maaf la ye sebab acah betul guna bulatan warna merah dah macam ada hantu dalam tu😭 hahaha

Adakah tarik gigi sakit?

Jawapan aku: sakit :)) serius sakit weh. Rating kesakitan 8/10 kott sebab dua gigi depan aku ni turut serta sakit. Sekarang pun sakit lagi. Lagipun aku demam sekali, so memang pakej terbaik yang tak dapat kat mana mana la :'))

Sekarang aku suka ambil warna gelap macam hitam & ungu gelap sebab senang kerja aku takpayah nak susah susah pening kepala malu kalau braces tu tukar warna kekuningan , kelumutan, dan kekotoran. Wahaha

Dan tak lupa, aku still jongang T^T Hahaha but konklusi, braces is good and aku masih seronok pakai braces. 

Thanks for reading, salam sayang syadiya xoxo



Read more about braces:

13 comments:

  1. teringin pakai braces...sebab gigi kita pun stu lapis, harap nanti ada rezeki nak buat...

    ReplyDelete
  2. Sy kagum org pakai bracess..sb kne cuci betul2..hasil ny pn gigi jadi rata

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betultu. saya yang pakai bracesni kalau berus gigi memang lama beno hahaha

      Delete
  3. saya pun teringin nak pakai sbb gigi kat atas dua2 kedepan tapi tulah belum ada rezeki hmm.. mak pon bagi tk bagi je pakai braces ni :')

    ReplyDelete
  4. gws lah dik ya, kalau demam masih tak ok jangan lupa pi spital ye,...

    adik no2 akak ada pakai braces, dia pakai braces masa umur dia dah 30an, masa awal-awal dia pakai memang segala makanan keraas atau liat dia mampu tengok jelah... time raya makanan or biskut yang lembut n sedap je kami offr kt dia... sekrang rasa dah 2 tahun lebih dia pakai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih akak :D alhamdulillah dah baik demam. ya saya pun macamtu seksa sakit gigi nak makan apa pun serba tak kena huhu

      Delete
  5. My experience with braces had both the good and not-so pretty memories too! Haha Wore them for 3 years in secondary school with monthly visits to the dentist to pull the braces each time. It. WAS. painful. It can last for a week sometimes and I could only eat porridge or soft foods. Hahahaha But you'll get there! The results are worthyyyy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. awalnya pakaii masa sekolahh! hahaha so how long you wear retainer?

      Delete
  6. huish lamanya demam. Sama macam Aien dah 5 hari demam last week. bangun macam nak pitam gitu. Apa pun tak boleh. Malam panas bdn. hentam ubat pun tak ada kesan. sekali minum 100 plus, sampai 2 botol alhamdulillah baik. ^^ doc suspek kena demam virus gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah saya demam lama dalam 7 hari alhamdulilah ni dah baik. huhu

      Delete
  7. grrrr.. baca pun seram, inikan pula nak rasa. Pernah kena clog blood dekat gigi, almost 2 weeks baru boleh hidup tenang.

    ReplyDelete

DO LIKE